Blog

  • Anak Najib sedih keputusan 1MDB, anggap hukuman bapa di luar jangkaan

    Anak Najib sedih keputusan 1MDB, anggap hukuman bapa di luar jangkaan

    KUALA LUMPUR 29 Dis – Keputusan mahkamah membabitkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diputuskan Jumaat lalu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Razak meluahkan rasa sedih, pilu dan dukacita, sambil menyifatkan keputusan berkenaan sebagai sesuatu yang di luar jangkaan keluarganya.

    Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada para penyokong bapanya serta rakyat Malaysia yang terus mendoakan kesejahteraan Najib dan keluarga.

    “Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua penyokong ayahanda Najib Razak dan rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk ayahanda saya.

    “Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa tuan puan semua,” katanya dalam video berdurasi dua minit 10 saat yang dimuat naik di Facebook.

    Bekas Presiden UMNO itu didapati bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.

    Keputusan berkenaan disampaikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesemua 25 pertuduhan melampaui keraguan munasabah.

    Najib, 72, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB melalui cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014.

    Mengulas lanjut keputusan itu, Mohamad Nizar berkata keluarganya amat terkesan dengan hukuman tambahan 15 tahun penjara serta denda mencecah lebih RM11 bilion yang dikenakan terhadap bapanya, yang disifatkan amat mengecewakan.

    “Sebagai reaksi kepada keputusan yang dibacakan oleh hakim, kami sekeluarga amat sedih, pilu dan dukacita. Keputusan itu benar-benar di luar fikiran dan jangkaan kami,” katanya.

    Beliau turut menyatakan bahawa keputusan demi keputusan yang dibuat sebelum ini hanya menambah kekecewaan, seolah-olah tiada ruang mencukupi diberikan kepada pihak pembelaan.

    “Hakikatnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan sendiri pernah mendapatkan pengesahan bahawa derma diterima ayahanda daripada Kerajaan Arab Saudi dan siasatan itu memuaskan.

    “Namun di mahkamah, ‘hearsay dan double hearsay’ pula dijadikan sandaran. Kami sekeluarga kecewa tetapi tidak akan berundur.

    “Perjuangan menuntut keadilan buat ayahanda akan diteruskan. Mohon doa sahabat semua agar kebenaran akhirnya menang,” katanya.

    Mohamad Nizar turut menegaskan jasa serta sumbangan Najib kepada negara sepanjang tempoh pentadbirannya wajar diambil kira, selain mempersoalkan ketiadaan individu yang didakwa sebagai dalang utama dalam kes berkenaan.

    “Lebih mengecewakan apabila dalang utama kes ini, Jho Low, masih belum ditemui dan mereka yang bersubahat serta bersekongkol dengannya pula dijadikan saksi,” katanya.

    Menurut beliau, keputusan berkenaan mencerminkan ujian dan dilema besar yang terpaksa dihadapi bapanya sepanjang hayat.

    “Bayangkan hukuman sebegini dijatuhkan. Saya fikir ini ujian yang amat berat buat ayahanda.

    “Kami akan terus bersabar dan tabah menghadapi ketentuan Ilahi serta tidak akan berputus asa memperjuangkan keadilan buat ayahanda.

    “Kami adik-beradik tidak akan berhenti menuntut bela dan akan terus memberi bantuan kepada beliau. Semoga ayahanda tabah menghadapi episod sedih ini,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13351

  • Warga emas maut kereta ditusuk besi dalam kemalangan ngeri di Ayer Itam

    Warga emas maut kereta ditusuk besi dalam kemalangan ngeri di Ayer Itam

    GEORGE TOWN 29 Dis – Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan ngeri apabila kereta yang dipandunya ditusuk sebatang besi dalam kejadian di Ayer Itam, di sini, pagi ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa, Lim Soon Teik, 67, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

    Difahamkan, mangsa yang memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios secara bersendirian dipercayai memasuki laluan yang ditutup bagi kerja pemasangan kabel elektrik.

    Akibat kejadian itu, tayar hadapan kenderaan mangsa terperosok ke dalam lubang yang dikorek untuk kerja pemasangan kabel sebelum sebatang besi di lokasi berkenaan menusuk dari bahagian bawah kereta hingga menembusi bumbung kenderaan.

    Susulan kejadian itu, orang awam yang berada di lokasi tampil memberikan bantuan awal sebelum ketibaan pihak berkuasa.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

    “Kenyataan media berhubung kejadian ini akan dikeluarkan kemudian,” katanya ketika dihubungi.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13353

  • Dua lelaki dalam perjalanan ke tempat kerja maut kereta dipandu rempuh tiang elektrik

    Dua lelaki dalam perjalanan ke tempat kerja maut kereta dipandu rempuh tiang elektrik

    DUNGUN 29 Dis – Perjalanan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila dua lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Kilometer 3 Jalan Paka–Bandar Al Muktaffi Billah Shah, berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Paka, pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Asyraf Mohd Zahir, 21, dan seorang warga Pakistan, Siraj Norman, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

    Kedua-dua mangsa merupakan pekerja kontrak sebuah syarikat dan dipercayai dalam perjalanan dari rumah sewa mereka di Paka menuju ke tempat kerja di Santong Paka ketika kemalangan berlaku.

    Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Rohaya Jamil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.34 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka digerakkan ke lokasi.

    “Sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza terbabit dalam kemalangan itu dengan lapan mangsa lelaki dewasa berada di dalamnya.

    “Enam mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam, manakala dua lagi tersepit di dalam kenderaan sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

    Menurut Rohaya, semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati MPV berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13357

  • Kontroversi gelaran ‘Dr’ sudah selesai – Dr Mohammed Taufiq

    Kontroversi gelaran ‘Dr’ sudah selesai – Dr Mohammed Taufiq

    ALOR STAR 29 Dis – Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menganggap kontroversi berkaitan penggunaan gelaran ‘doktor’ oleh beliau telah selesai susulan penjelasan yang dibuat oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

    Beliau berkata, penjelasan MMC berhubung perkara itu sudah memadai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

    “Saya percaya MMC telah pun menjelaskan perkara ini,” katanya selepas lawatan kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Kedah, di sini hari ini.

    Menurut beliau, fokus utamanya kini adalah memastikan aspirasi kerajaan diterjemahkan kepada hasil yang bermakna dalam pembangunan belia dan sukan negara.

    “Fokus utama saya sekarang adalah kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi memastikan agenda pembangunan belia dan sukan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

    Pada 24 Disember lalu, MMC menjelaskan bahawa graduan perubatan dibenarkan menggunakan gelaran ‘doktor’ sebagai mencerminkan kelayakan akademik, walaupun mereka tidak berdaftar sebagai pengamal perubatan dengan badan itu.

    Bagaimanapun, isu tersebut terus dibangkitkan oleh pihak pembangkang, khususnya berkaitan universiti tempat Dr Mohammed Taufiq memperoleh kelayakan perubatan, Universitas Islam Bandung, yang tidak diiktiraf oleh kerajaan, MMC atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

    Mengulas lanjut, Dr Mohammed Taufiq berkata, beliau kini mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada pelaksanaan tugas dan tanggungjawab di kementeriannya.

    “Sekarang adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan dan melaksanakan kerja. Saya memohon ruang dan masa supaya pembangunan belia serta pemerkasaan sektor sukan dapat terus diperkukuhkan,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau menjelaskan penglibatan kementerian di peringkat negeri bukan sekadar pemeriksaan rutin, sebaliknya bertujuan menilai aspek kesiapsiagaan, kebajikan serta pelaksanaan program di peringkat akar umbi.

    Katanya, maklum balas daripada pegawai belia dan sukan di peringkat negeri juga penting bagi membolehkan isu-isu berkaitan ditangani secara berkesan di peringkat kementerian.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13358

  • Lelaki tak sempat jual Lamborghini, JPJ sita gara-gara LKM tamat tempoh 15 bulan di Kuala Selangor

    Lelaki tak sempat jual Lamborghini, JPJ sita gara-gara LKM tamat tempoh 15 bulan di Kuala Selangor

    KUALA SELANGOR 29 Dis – Impian seorang pemilik perniagaan kenderaan terpakai untuk menjual sebuah kereta mewah jenis Lamborghini terbantut apabila kenderaan berkenaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans telah tamat tempoh selama 15 bulan.

    Tindakan penguatkuasaan itu diambil dalam pemeriksaan Ops Luxury di susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (LATAR) di sini, kira-kira jam 10.05 pagi semalam.

    Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 34 tahun itu sedang dalam perjalanan ke Setia Alam bagi urusan jual beli kenderaan berkenaan.

    Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kereta mewah tersebut gagal mempamerkan nombor pendaftaran di bahagian hadapan.

    “Hasil pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati LKM dan insurans kenderaan itu telah tamat tempoh sejak 15 bulan lalu.

    “Alasan yang diberikan adalah kerana pemilik ingin menjual kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Azrin berkata, semakan lanjut turut mendapati pemandu berkenaan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau termasuk gagal mematuhi had laju, tidak memiliki lesen memandu dan lesen memandu percubaan yang telah tamat tempoh.

    Susulan itu, kenderaan terbabit disita dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa (SPK) Ijok untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Dalam pada itu, beliau menegaskan JPJ Selangor akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan terhadap semua aduan yang diterima.

    “Ia bagi memastikan setiap kenderaan di jalan raya sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13359

  • Ingat mahu bercuti, tapi kena duduk PPS

    Ingat mahu bercuti, tapi kena duduk PPS

    KUALA NERUS – Seorang wanita yang balik kampung tidak me­nyangka percutian dia dan dua anaknya berakhir dengan mereka terpaksa berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) setelah rumah ibu bapanya ditenggelami banjir di Kampung Jati, Gong Badak di sini pada Jumaat lalu. Nurul Asyiqin Najihah Zulkifli, 27, berkata, dia dan dua anaknya berusia dua dan empat tahun yang pulang ke kampung pada Khamis lalu terkejut apabila rumah keluarganya mula dimasuki air kurang 24 jam selepas itu. “Rumah ibu bapa saya mula……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/29/ingat-mahu-bercuti-tapi-kena-duduk-pps/

  • EPL: Villa akui belum sedia galas status

    EPL: Villa akui belum sedia galas status

    LONDON – Aston Villa masih belum bersedia menggalas status pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini biarpun merekodkan kemenangan ke-11 berturut-turut ketika membenam Chelsea di Stamford Bridge 2-1 awal pagi semalam.

    Kejayaan itu menyaksikan mereka berjaya menyamai rekod yang pernah dicipta pada 1914 dan hanya kurang satu lagi kemenangan di EPL untuk menyamai rekod sembilan kemenangan berturut-turut ketika melakukannya pada 1910.

    Skuad kendalian Unai Emery itu mampu merealisasikan impian sembilan kemenangan itu apabila berdepan Arsenal sekali gus menyempurnakan dua misi dalam satu perlawanan termasuk menyamakan kutipan mata dengan pendahulu saingan itu jika mereka berjaya.

    “Saya fikir kami lebih mengutamakan peluang untuk beraksi di Eropah berbanding bersaing merebut gelaran juara liga bersama Manchester City atau Arsenal.

    “Kami sudah bermain 18 perlawanan dan masih ada 20 aksi yang perlu dihadapi. Pasukan seperti Liverpool, Chelsea dan Manchester United adalah pencabar sebenar kami. Kami perlu konsisten untuk kesemua 38 perlawanan,” katanya.

    Pada perlawanan itu, Emery membuat percaturan bijak dengan memasukkan penyerangnya, Ollie Watkins sebagai pemain gantian dan perancangan itu menjadi apabila pemain itu meledak kedua-dua gol tersebut.

    “Ia adalah kemenangan yang hebat, secara peribadi untuk saya masuk sebagai pemain gantian dan meledak dua gol adalah perasaan yang sukar digambarkan. Tidak mudah untuk kami tiba di Chelsea dan memenangi perlawanan.

    “Pengurus kami membuat taktikal yang berbeza, pada babak kedua beliau memasukkan saya, dan meletakkan Jadon Sancho di bahagian sayap bersama Morgan (Rogers) dan Youri (Tielemans), kami memiliki ramai pemain di bahagian hadapan. Ia adalah taktikal yang sangat genius,” kata Watkins. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/29/epl-villa-akui-belum-sedia-galas-status/

  • Kanak-kanak bukan untuk pancing ‘likes’

    Kanak-kanak bukan untuk pancing ‘likes’

    BEBERAPA hari lalu, tular satu video kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berpakaian wanita dengan berbaju dan bertudung serta melakonkan watak sebagai seorang isteri. Dalam masa sama, seorang lagi kanak-kanak lelaki mungkin bersekolah rendah, melakonkan watak sebagai seorang suami dalam video berkenaan. Konten tersebut dimuat naik di media sosial seorang daripada bapa kanak-kanak itu sehingga mengundang kritikan dan kecaman orang ramai, memandangkan ia tidak sesuai dengan usia mereka. Ramai yang mengkritik dialog pada video tersebut didakwa mengandungi unsur ‘soft porn’ dan…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/29/kanak-kanak-bukan-untuk-pancing-likes/

  • Dr. Shureen terokai bidang landskap terapi hutan

    Dr. Shureen terokai bidang landskap terapi hutan

    “TERAPI bermaksud apa-apa sahaja yang boleh membantu kita untuk melupakan keresahan atau tekanan seharian. “Ada orang memilih untuk berbelanja, tidak kurang juga bersukan atau melakukan apa sahaja yang menggembirakan. “Bagi landskap berciri terapi pula, ia tidak semestinya memerlukan satu kawasan yang luas. Cukup ruang kecil di kawasan rumah ada ciri-ciri yang boleh membuatkan kita tenang, itu dinamakan ruang terapi.” Itu perkongsian awal penyelidik dan arkitek landskap yang juga merupakan Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Siswazah di Fakulti Rekabentuk dan Seni……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/29/dr-shureen-terokai-bidang-landskap-terapi-hutan/

  • Isu kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression (PPD) kembali tular selepas seorang aktres dikaitkan dengan sindrom ini.

    Isu kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression (PPD) kembali tular selepas seorang aktres dikaitkan dengan sindrom ini.

    Pakar menegaskan PPD berbeza dengan baby blues kerana ia melibatkan perasaan sedih dan cemas melampau yang berlarutan lebih dua minggu sehingga menjejaskan keupayaan ibu menguruskan diri dan bayi.Ibu yang pertama kali melahirkan anak dikesan paling berisiko akibat tekanan rutin baharu, kekurangan sokongan keluarga, serta faktor keletihan melampau.

    Tekanan di tempat kerja dan masalah kewangan turut menjadi faktor penyumbang yang boleh memburukkan lagi kesihatan mental ibu jika tidak dikesan melalui saringan klinikal sejak awal.Masyarakat digesa memberikan sokongan padu dan tidak menghakimi ibu yang berdepan masalah emosi ini.

    Rawatan awal seperti kaunseling atau ubat-ubatan sangat penting kerana PPD yang tidak dirawat boleh melarat menjadi kemurungan jangka panjang serta berisiko memudaratkan keselamatan nyawa ibu dan anak.

    Sumber: Berita Harian

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17xLymUNE7/