Blog

  • Media sosial kecoh dengan perkongsian yang mempersoalkan tindakan guru duduk di atas kerusi sementara murid pula dibiarkan berpanas di atas lantai semasa perhimpunan sekolah.

    Media sosial kecoh dengan perkongsian yang mempersoalkan tindakan guru duduk di atas kerusi sementara murid pula dibiarkan berpanas di atas lantai semasa perhimpunan sekolah.

    Situasi tersebut dikiaskan seperti latihan ketenteraan yang kurang menitikberatkan keselesaan pelajar.Namun begitu sebahagian pihak menganggap perkara ini tidak perlu dijadikan isu besar kerana tempoh perhimpunan yang singkat.

    Mereka berpendapat ia adalah sebahagian daripada disiplin sekolah dan tidak sepatutnya diperbesarkan oleh ibu bapa atau orang awam.Sumber: MStar Gambar: Sirap Limau

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1Gt8dFyBW6/

  • ‘Bersuara itu hak, tapi jaga maruah parti’ – Nurulhidayah tegur Akmal Saleh

    ‘Bersuara itu hak, tapi jaga maruah parti’ – Nurulhidayah tegur Akmal Saleh

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Exco Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad Zahid, tampil memberikan pandangan terhadap kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, yang mengajak ahli menentukan sama ada UMNO perlu “kekal atau keluar” daripada kerajaan.

    Menurut Nurulhidayah, beliau tidak menafikan kenyataan itu lahir daripada rasa sayang dan kegelisahan akar umbi, malah mengakui peranan Pemuda sebagai suara semak dan imbang dalam parti. Namun, beliau menegaskan isu tersebut perlu dinilai dengan lebih matang daripada sudut prinsip kepimpinan dan disiplin organisasi.

    Nurulhidayah berpandangan, naratif “kekal atau keluar, kita yang tentukan” bukan sekadar membuka ruang perbincangan dasar, sebaliknya membawa isyarat berat seolah-olah keputusan strategik parti boleh ditentukan melalui tekanan emosi dan mobilisasi segera.

    Beliau mengingatkan bahawa dalam organisasi besar seperti UMNO, hala tuju parti tidak ditentukan oleh satu sayap, apatah lagi melalui tekanan terbuka di ruang awam yang boleh ditafsir sebagai ugutan politik dalaman.

    🔗 Source: https://thereporter.my/nurulhidayah-tegur-akmal-saleh-pemuda-umno/

  • ‘PAS layak ketuai PN, yang khianat sila berambus!’ – Afnan Hamimi

    ‘PAS layak ketuai PN, yang khianat sila berambus!’ – Afnan Hamimi

    Kenyataan keras Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden mencuri perhatian apabila beliau mendakwa wujud kelemahan serius dalam kepimpinan gabungan di Perlis, khususnya berkait tindakan beberapa ADUN yang didakwa menandatangani surat akuan berkanun (SD) menolak Datuk Seri Shukri Ramli.

    Menurut Afnan, “faktanya jelas” apabila “kawan kita” gagal mengawal ADUN parti mereka yang menurunkan tandatangan pada SD berkenaan.

    Afnan turut mempersoalkan jawapan bahawa “tiada arahan” diberikan kepada ADUN untuk menandatangani SD tersebut, kerana bagi beliau isu sebenar ialah apa yang berlaku selepas itu.

    Katanya, walaupun didesak mengambil tindakan tegas seperti PAS yang pernah bertindak terhadap tiga bekas ADUNnya, namun sehingga kini tiada tindakan diambil. Malah, beliau mendakwa nama turut dihantar untuk jawatan Menteri Besar.

    Bagi Afnan, kombinasi “tak bagi arahan” tetapi “tak ambil tindakan” membawa maksud sama: seolah-olah merestui tindakan berkenaan.

    🔗 Source: https://thereporter.my/pas-ketuai-pn-afnan-hamimi/

  • ‘Kami hanya meraikan sambutan hari jadi anak rakan’ – Pekin Ibrahim nafi sambut Krismas

    ‘Kami hanya meraikan sambutan hari jadi anak rakan’ – Pekin Ibrahim nafi sambut Krismas

    Isu dakwaan pasangan selebriti Mona Allen dan Pekin Ibrahim meraikan sambutan Hari Krismas mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas satu video siaran langsung tular sejak beberapa hari lalu.

    Video berkenaan memaparkan suasana sebuah majlis makan dengan tetamu mengenakan topi Santa Claus, selain adegan pertukaran hadiah yang mencetuskan tanggapan bahawa pasangan selebriti itu menyertai perayaan Hari Natal, sekali gus menimbulkan kritikan dalam kalangan netizen Muslim.

    Rakaman yang dipercayai diambil daripada siaran langsung akaun TikTok Reenazach itu turut menampilkan Mona Allen dalam keadaan tidak bertudung, sekali gus mengundang reaksi bercampur-campur daripada warganet.

    Sebahagian netizen meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan penyertaan umat Islam dalam perayaan agama lain sebagai tidak wajar, malah ada yang mengaitkan isu tersebut dengan sensitiviti bulan Rejab.

    Antara komen yang tular termasuk persoalan mengenai penampilan Mona tanpa hijab, selain kenyataan individu yang mendakwa sudah lama berhenti mengikuti perkembangan pelakon itu di media sosial.

    🔗 Source: https://thereporter.my/pekin-ibrahim-nafi-sambut-krismas/

  • Sebuah kenderaan ringan dilaporkan mengalami kerosakan selepas diletakkan di laluan khas kenderaan berat di R&R Ayer Keroh Melaka.

    Sebuah kenderaan ringan dilaporkan mengalami kerosakan selepas diletakkan di laluan khas kenderaan berat di R&R Ayer Keroh Melaka.

    Tindakan pemilik kenderaan yang meletakkan kereta di petak parkir lori tersebut akhirnya mengundang padah dan kerugian.Kejadian ini menjadi peringatan tegas kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi papan tanda di kawasan rehat.

    Elakkan meletakkan kenderaan di zon tidak sepatutnya bagi menjamin keselamatan diri dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.Sumber: MyNewsHub

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1BJH2Yo6oX/

  • Personaliti media sosial Johan Rosli berkongsi berita duka mengenai kematian kucing kesayangannya Jellybean yang telah pergi meninggalkan kita semua pada 25 November lalu.

    Personaliti media sosial Johan Rosli berkongsi berita duka mengenai kematian kucing kesayangannya Jellybean yang telah pergi meninggalkan kita semua pada 25 November lalu.

    Selepas lebih sebulan mendiamkan diri Johan kini lebih tenang untuk menceritakan detik pemergian mengejut si bulu yang dianggap sebagai puteri dalam hidupnya.Menurut Johan pemergian Jellybean berlaku secara tiba-tiba ketika kucing itu dalam keadaan sihat selepas baru sahaja selesai makan dan bermain.

    Walaupun sukar untuk menerima hakikat tersebut Johan menyatakan rasa syukur dan redha atas pinjaman kasih sayang selama 10 tahun yang diberikan oleh Allah SWT melalui kehadiran Jellybean.Sebagai usaha untuk mencari kekuatan diri menjelang hari lahirnya Johan telah memutuskan untuk berangkat ke tanah suci bagi melakukan ibadah serta berdoa.

    Beliau berharap agar kepulangannya nanti akan membawa semangat baharu buat dirinya dan para pengikut yang selama ini turut menyayangi Jellybean.Sumber: Instagram @johanandhiscats

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1EWkR5Zzuq/

  • Dulu ‘kakak-kakak’, sekarang lelaki kacak

    Dulu ‘kakak-kakak’, sekarang lelaki kacak

    PETALING JAYA – Seorang pemuda dari Papar, Sabah tidak me­nyangka penghijrahannya men­jadi lelaki sejati selepas tidak tahan dikecam masyarakat membawa perubahan positif. Nadzri Marsan Askalani Aslad, 21, yang mempunyai sejuta pengikut di TikTok menjadi tumpuan kerana wajahnya yang kacak berbanding imej wanita yang dibawanya sebelum ini. Pencipta kandungan yang pernah mencetus fenomena dengan trademark ‘lima puluhhhh’ itu mengakui awalnya dia berubah menjadi lelaki sejati pada Disember tahun lalu kerana tidak tahan dikecam orang ramai. “Sejak kecil hingga menginjak dewasa, saya…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/29/dulu-kakak-kakak-sekarang-lelaki-kacak/

  • EPL: Wirtz akhirnya pecah badi

    EPL: Wirtz akhirnya pecah badi

    LIVERPOOL – Pemain tengah Liverpool, Florian Wirtz memperoleh keceriaan berganda ketika memacu Liverpool raih kemenangan 2-1 ke atas Wolverhampton di Anfield, kelmarin.

    Jaringan kedua The Reds di hujung babak pertama tidak hanya memastikan tiga mata buat pasukan, malah menamatkan penantiannya untuk melakar gol sulung bersama pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

    “Perasaan berada di dalam padang cukup mengujakan khususnya apabila ada penyokong di sekeliling. Saya cukup yakin mampu jaringkan gol, namun inilah situasi yang saya perlu lalui.

    “Saya tahu jaringan pasti akan hadir dan saya hanya perlu terus lakukan tugas saya seperti ini. Kami bermain dengan baik sepanjang babak pertama, namun dalam tempoh 20 mini terakhir, kami berdepan kesukaran.

    “Saya tidak mampu untuk jelaskan sebabnya, tetapi kami perlu berubah. Di sebalik kesukaran, kami tetap melakukan tugas dengan baik untuk memastikan mata penting buat pasukan,” katanya.

    Liverpool kini kekal dengan rekod bersih tanpa kalah dalam tujuh perlawanan terakhir di semua pertandingan dan pengurus pasukan, Arne Slot jelas gembira dengan sumbangan dimainkan oleh Wirtz.

    “Pasukan sudah lihat apa yang dia lakukan, mencipta peluang dan berada hampir dengan gawang lawan. Dia akan jaringkan lebih banyak gol dan kali ini Florian lakukan tugasnya dengan sempurna, melebihi daripada satu jaringan dihasilkannya,” kata Slot. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/29/epl-wirtz-akhirnya-pecah-badi/

  • ‘Kontroversi lepas tamat program islamik, kami tak boleh kawal’

    ‘Kontroversi lepas tamat program islamik, kami tak boleh kawal’

    HAMPIR sedekad tanpa program realiti bertemakan islamik, Astro kembali dengan rancangan baharu yang segar dan relevan diberi nama Mualim Muda.

    Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah platform untuk mencungkil bakat kepimpinan agama dalam kalangan belia, mendidik masyarakat melalui pendekatan dakwah kontemporari, serta melahirkan ikon muda Islam yang dihormati generasi baharu.

    Seramai 10 peserta dipilih menerusi sesi uji bakat. Antara tugasan teras dalam Mualim Muda adalah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan dan komunikasi.

    Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, tempoh 10 tahun yang diambil untuk menerbitkan semula program realiti islamik disebabkan ingin memberi ruang kepada pemenang dan peserta program terdahulu seperti Imam Muda dan Pencetus Ummah mencipta nama.

    “Sekarang adalah zaman digital dan media sosial. Jadi pendekatan dakwah para peserta juga perlu selaras dengan masa kini,” katanya.

    Ditanya adakah kontroversi yang berkait dengan peserta-peserta program sebelum ini menjadi salah satu faktor Astro berehat selama 10 tahun, Raqim menepis dakwaan itu.

    “Tidak sama sekali kerana apabila kami menerbitkan setiap program, kami akan periksa latar belakang setiap peserta untuk memastikan mereka benar-benar layak. Mereka perlu ada latar belakang pendidikan Islam.

    “Tetapi apa yang berlaku selepas tamat program adalah sesuatu yang kita tak boleh kawal. Apa yang terjadi sama ada kontroversi dan sebagainya adalah dugaan untuk mereka,” jelasnya.

    Sementara itu, bagi Haris, peluang untuk mengendalikan Mualim Muda mengimbau semula kenangan sewaktu dia menyertai Pencetus Ummah musim keempat, 10 tahun lalu.

    “Saya antara peserta Pencetus Ummah musim yang terakhir 10 tahun lalu. Bila saya lihat peserta-peserta Mualim Muda, teringat sewaktu saya mula-mula membabitkan diri dengan program sebegini. Ketika itu saya berusia 21 tahun,” katanya.

    Bagi Neelofa pula pembabitannya sebagai juri tetap didorong sokongan suami. Menurutnya, pada awalnya dia hanya mahu menjadi juri untuk satu episod sahaja.

    “Bila saya tanya, Haris kata sambutlah program yang baik, jangan lepaskan. Dia minta saya terima tawaran untuk jadi juri tetap. Jadi saya terima. Mungkin ada ilmu-ilmu yang saya juga boleh dapat daripada peserta-peserta ini,” kongsinya.

    Mualim Muda mula bersiaran secara langsung di saluran Astro Oasis dan Astro Prima secara serentak bermula 19 Disember 2025 setiap Jumaat pukul 9 malam.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/29/kontroversi-lepas-tamat-program-islamik-kami-tak-boleh-kawal/

  • Kelantan sesak teruk, 11 jam dari Tanah Merah ke Bangi

    Kelantan sesak teruk, 11 jam dari Tanah Merah ke Bangi

    PETALING JAYA – Tempuh perjalanan selama 11 jam dari Tanah Merah, Kelantan ke Bangi, Selangor.

    Itu antara situasi dihadapi perantau yang mengharungi kesesakan jalan raya sempena musim cuti sekolah ini.

    Menerusi perkongsian di TikTok, beberapa lebuh raya utama mengalami kesesakan teruk semalam ekoran pertambahan kenderaan.

    Seorang pengguna dikenali sebagai Airulminn berkata, dia menempuh perjalanan lebih 11 jam dari Tanah Merah, Kelantan kerana kesesakan teruk di Gua Musang.

    “Tanah Merah ke Bangi. 11 jam 30 minit, Gua Musang punya pasal,” katanya.

    Selain itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Honey Wee berkata, dia turut mengharungi kesesakan lalu lintas yang mengambil masa lebih 10 jam untuk ke Machang, Kelantan.

    “Akulah salah seorang dalam jem ni semalam. Gerak dari Melaka pukul 12 tengah hari, Alhamdulillah 10.45 malam sampai bumi Machang. Jem tapi bergerak, yang tak bergerak hala ke Kuala Lumpur, dapat jugalah merasa suasana jem,” katanya.

    Sementara itu, sorang lagi pengguna Bboyka berkata, hampir di semua tempat mengalami kesesakan lalu lintas sempena musim cuti sekolah ini.

    “Rata-rata tempat sesak, saya dari Melaka nak Kedah pun sampai 15 jam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/29/video-kelantan-sesak-teruk-11-jam-dari-tanah-merah-ke-bangi/