Blog

  • ADUN Kuala Perlis dilantik sebagai Menteri Besar Perlis baharu

    ADUN Kuala Perlis dilantik sebagai Menteri Besar Perlis baharu

    KANGAR 28 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

    Abu Bakar, 57, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis yang berlangsung pada jam 4.04 petang hari ini.

    Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis serta Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Perlis.

    Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Abu Bakar memenangi kerusi DUN Kuala Perlis dengan majoriti 1,254 undi.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13345

  • Wanita ditahan kes dera bayi di taska

    Wanita ditahan kes dera bayi di taska

    KUALA LUMPUR 28 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wanita warganegara tempatan pada 16 Disember lalu bagi membantu siasatan kes penderaan membabitkan bayi berusia antara enam hingga sembilan bulan.

    Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

    Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras mengesahkan menerima laporan mengenai kes penderaan terhadap mangsa yang berlaku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak.

    “Kes ini disiasat oleh Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

    “Sebanyak tiga laporan polis diterima dan satu tangkapan melibatkan seorang wanita tempatan telah dibuat pada 16 Disember lalu. Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan perbuatan sekumpulan wanita dipercayai melakukan penderaan terhadap bayi di sebuah taska, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13346

  • ‘Jika mampu beli kereta RM300,000, takkan insurans RM2,000 beri alasan’

    ‘Jika mampu beli kereta RM300,000, takkan insurans RM2,000 beri alasan’

    KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebanyak 915 buah kenderaan mewah termasuk Aston Martin, Ferrari dan Lamborghini dalam Ops Luxury yang dilaksanakan sejak 1 Julai lalu hingga semalam.

    Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, masih terdapat pemilik kenderaan mewah yang enggan memperbaharui cukai jalan dan insurans walaupun telah berulang kali diingatkan.

    Katanya, antara alasan yang sering diberikan oleh pemilik terlibat adalah terlupa serta menghadapi masalah kewangan, namun alasan tersebut disifatkan tidak munasabah.

    “Walaupun terdapat peningkatan dalam pembayaran cukai jalan, namun masih ramai pemilik yang ingkar. Ada yang mendakwa terlupa, ada juga yang memberi alasan kewangan.

    “Namun, jika mampu memiliki kenderaan mewah bernilai lebih RM300,000, tidak wajar insurans sekitar RM2,000 dijadikan alasan untuk tidak diperbaharui,” katanya pada sidang akhbar selepas Ops Pelbagai JPJ Kuala Lumpur di Jalan Ampang, di sini, malam tadi.

    Muhammad Kifli berkata, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana kenderaan mewah yang tidak memiliki cukai jalan dan perlindungan insurans yang sah.

    Katanya, kenderaan terlibat boleh disita pada bila-bila masa sekiranya dikesan melakukan kesalahan tersebut.

    Sebelum ini, pada 1 Ogos lalu, JPJ memaklumkan pihaknya mempunyai senarai kira-kira 1,000 kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan.

    Susulan itu, sehingga 12 Disember lalu, JPJ merekodkan sebanyak 706 kenderaan mewah disita di seluruh negara sejak Ops Luxury dilancarkan, termasuk 78 kenderaan mewah yang ditahan dalam Ops Luxury 4.0. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/culas-cukai-jalan-915-kereta-mewah-kena-sita/

  • Ramai anak cemerlang di sekolah, tak lepas masuk asrama

    Ramai anak cemerlang di sekolah, tak lepas masuk asrama

    PETALING JAYA – Ramai ibu bapa meluahkan rasa sedih apabila anak mereka mendapat keputusan cemerlang termasuk dinobatkan sebagai tokoh pelajar, namun masih tidak mendapat tempat di asrama sekolah.

    Tawaran itu melibatkan Sekolah Khusus iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk kemasukan tingkatan satu tahun 2026.

    Seorang daripada ibu, Hidayu Kamal memuat naik pada TikTok berkenaan pencapaian cemerlang anaknya, namun turut tidak berjaya untuk permohonan tersebut.

    “Maaf meluah, saya tahu ramai mengalami nasib sama. Saya sedih kerana kasihankan anak saya. Dia dah berusaha sehabis baik.

    “Saya saksi penat lelah dia selama ini. Kalau ada yang tahu, tahap apa yang diukur supaya lulus untuk ke sekolah khusus. Merata saya cari jawapan,” katanya.

    Hidayu berkata, antara pencapaian anaknya di sekolah ialah dinobatkan Tokoh Akademik, Tokoh Kokurikulum, Anugerah Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Terbaik, Ketua Pengawas, penyertaan pelbagai pertandingan, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah, Majlis Sukan Sekolah Johor dan antarabangsa serta keputusan 9A Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

    “Cikgu kelasnya pun terkejut bila dapat tahu pagi tadi,” katanya menjawab komen seorang cikgu lain.

    Seorang lagi ibu, Qaseh Iman turut berdepan nasib sama apabila anaknya sudah sampai ke peringkat temu duga, namun tiada rezeki buatnya.

    “Kita senasib, dah lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Dah panggil temu duga, tapi tak ada rezeki. Allah dah atur macam tu. Mungkin nak anak selalu dekat dengan kita,” katanya.

    Pengguna TikTok, Lina Wan juga memberitahu, anaknya tidak mendapat tempat di Sekolah Khusus tersebut dan dia akan menghantarnya ke sebuah sekolah agama yang lain.

    “Anak saya pun sama, aktif dan semua keputusan A dan Mumtaz bagi Penilaian Sekolah Rendah Agama. Tak dapat SBP, MRSM, SMKA. Tapi Allah tahu yang terbaik untuk anak. Kami berlapang dada. Alhamdulillah, anak sekarang rezeki di madrasah,” katanya.

    Terdahulu, Kementerian Pendidikan memaklumkan, Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan MRSM Tahun 2026 bagi murid tingkatan satu, tingkatan empat dan tahun satu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dibuka mulai semalam hingga 13 Januari 2026.

    Murid yang tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah khusus atau MRSM boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian yang mana tarikh rayuan bermula semalam hingga 13 Januari 2026, manakala tarikh semakan rayuan bermula 6 hingga 10 Februari 2026. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/ramai-anak-cemerlang-di-sekolah-tak-lepas-masuk-asrama/

  • ‘Tak cukup rehat je, ujian darah, X-ray semua okey’

    ‘Tak cukup rehat je, ujian darah, X-ray semua okey’

    PETALING JAYA – “Alhamdulillah okey, saya sihat walafiat.”

    Demikian respons pelakon Datuk Remy Ishak selepas diserang sakit dada seperti terkena renjatan elektrik sehingga perlu mendapatkan rawatan semalam.

    Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata, hasil pemeriksaan menyeluruh semalam, kesihatan badannya berada dalam keadaan baik dan semua itu berlaku disebabkan tidak mendapat rehat secukupnya.

    “Perkara semalam itu berlaku bila tak cukup rehat saja.

    “Tapi semuanya okey termasuk keputusan darah dan sinar-X (X-ray), syukur,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

    Ditanya sama ada doktor meminta perkara lain selain rehat, bintang filem Sangkar itu memberitahu, rutin pemakanannya bukan penyebab kepada berlakunya perkara tersebut.

    “Tiada perkara lain yang doktor nasihatkan. Diet pemakanan saya ‘clean’ dan semua teratur, alhamdulillah,” ujarnya.

    Semalam, Remy berkongsi pengalaman apabila dadanya seperti terkena renjatan elektrik sebanyak tiga kali.

    Insiden tersebut beraku ketika dia melakukan rutin senaman sebelum memilih untuk melakukan pemeriksaan doktor di sebuah pusat perubatan. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/tak-cukup-rehat-je-ujian-darah-x-ray-semua-okey/

  • Pemilik perjelas punca Oyen lari dari Bukit Kayu Hitam ke Sekinchan

    Pemilik perjelas punca Oyen lari dari Bukit Kayu Hitam ke Sekinchan

    ALOR SETAR – Kucing yang tersesat dari Bukit Kayu Hitam ke Sekinchan, Selangor dipercayai menaiki kenderaan bomba yang pergi ke rumah pemilik haiwan itu untuk membakar tebuan sebelum menumpang lori ke Selangor.

    Itu penjelasan Marya Mohd. Noor, 43, berkaitan kucing jantan yang tular di media sosial gara-gara ‘mengembara’ sejauh 350 kilometer sebelum ditemukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, baru-baru ini.

    Marya berkata, kemungkinan besar juga Oyen yang berusia dua tahun itu menumpang lori yang selalu diletakkan berdekatan dengan rumah mereka tanpa disedari pemandunya.

    “Kami pun buntu memikirkan macam mana Oyen boleh sampai ke Selangor tetapi bila fikir balik mungkin itulah caranya. Pada 21 Disember itu, kami ada panggil bomba untuk bakar sarang tebuan di halaman rumah dan yang datang dua buah kenderaan mungkin Oyen naik kenderaan itu ke balai di Bukit Kayu Hitam.

    “Di luar pagar balai itu banyak lori dan treler parking. Mungkin Oyen naik lori kemudian terus ke Sekinchan. Bomba Sekinchan ada bagi tahu di tepi balai itu pun banyak lori parking dan mungkin lepas turun dari lori atau treler Oyen terus ke balai itu.

    “Teori lain, mungkin Oyen naik lori milik jiran kami yang selalu diletakkan tidak jauh dari rumah tanpa disedari pemandu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Marya juga tidak menolak kemungkinan kucing kesayangannya itu ‘merajuk’ kerana dia dan suami, Mohd. Nazri Ismail, 45, agak sibuk membuat persiapan perkahwinan majlis perkahwinan anak sulung mereka, Rabiatul Adawiyah, 22, pada 22 Disember lepas.

    “Mungkinlah Oyen merajuk sebab kami sekeluarga sibuk uruskan resepsi perkahwinan itu. Kami hanya menyedari kehilangan Oyen apabila bomba dari Sekinchan itu telefon, 23 Disember lepas.

    “Oyen memang selalu keluar rumah tetapi akan selalu balik semula. Sekarang Oyen masih kat Sekinchan, esok baru kami pergi ambil,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/pemilik-perjelas-punca-oyen-lari-dari-bukit-kayu-hitam-ke-sekinchan/

  • Gajah ‘serang’ Honda City sebab bau durian

    Gajah ‘serang’ Honda City sebab bau durian

    PETALING JAYA – Seekor gajah liar telah menyerang sebuah kereta semasa pemilik kenderaan itu berhenti rehat di sebuah restoran berdekatan Titiwangsa, petang semalam.

    Menerusi satu klip video yang tular di laman sosial, kereta milik mangsa jenis Honda City itu telah mengalami beberapa kerosakan termasuk cermin bahagian pemandu pecah.

    Berdasarkan klip video tersebut, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7 petang dan ketika kejadian terdapat beberapa kenderaan lain berada berdekatan kereta mangsa.

    Difahamkan, gajah terbabit menyerang kereta mangsa dipercayai tertarik dengan bau durian yang dibawa mangsa serta sisa makanan dari tong sampah berdekatan.

    Menjengah ke ruangan komen rata-rata pemgguna telah meninggalkan pelbagai komrn terhadap kejadian itu.

    “Katanya simpan durian dalam kereta, bila terbau abang besar (gajah) teringin pulak,”komen @mohdshariffudin54.

    Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @zubaidah.

    “Gajah pnn makan durian ke? Allahuakbar nasib baik tuan punya kereta tak ada apa-apa cedera,”tulisnya.-KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/video-gajah-serang-honda-city-sebab-bau-durian/

  • Penutup 2025, trafik sesak di semua lebuh raya utama

    Penutup 2025, trafik sesak di semua lebuh raya utama

    PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya bertol utama di Semenanjung Malaysia dilaporkan semakin meningkat dan bergerak perlahan setakat pukul 8.17 malam ini.

    Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) memaklumkan, kesesakan dikesan di beberapa lokasi kritikal melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dan selatan, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah serta Lebuh Raya Koridor Guthrie.

    Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kesesakan dilaporkan dari Sungkai ke Bidor, Gopeng ke Simpang Pulai, Kuala Kangsar ke Bukit Berapit, Changkat Jering ke Taiping Utara serta Bukit Merah ke Alor Pongsu. Arah selatan pula melibatkan laluan Alor Setar Selatan ke Pendang, Gurun ke Sungai Petani Selatan, Permatang Pauh ke Perai, selain Tanjung Malim ke Lembah Beringin dan Sungai Buaya ke Rawang Selatan.

    Di selatan tanah air, trafik perlahan turut dilaporkan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Ayer Keroh ke Pagoh, Pagoh ke Yong Peng serta Simpang Renggam ke Kulai.

    Keadaan sama turut dikesan di Tambak Johor dan Lebuh Raya Linkedua menuju ke pusat pemeriksaan imigresen Singapura.

    Sementara itu, kesesakan turut berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak melibatkan laluan Karak ke Lentang serta Bukit Tinggi ke Gombak, manakala Lebuh Raya ELITE mencatatkan aliran trafik perlahan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Gamuda Cove.

    LLM menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati, mengekalkan jarak selamat dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

    Maklumat trafik terkini boleh diperoleh melalui hotline 1800-88-7752, laman sosial @llmtrafik serta aplikasi TUJU dan MYJalan.-KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/penutup-2025-trafik-sesak-di-semua-lebuh-raya-utama/

  • Jalan Gua Musang–Merapoh sesak teruk, kenderaan ‘tak bergerak’

    Jalan Gua Musang–Merapoh sesak teruk, kenderaan ‘tak bergerak’

    PETALING JAYA – Laluan utama pengguna jalan raya dari Kelantan ke Kuala Lumpur iaitu Jalan Gua Musang–Merapoh dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa sehingga kenderaan hampir tidak bergerak, ketika ini.

    Tinjauan menerusi beberapa siaran langsung di media sosial TikTok mendapati, kesesakan panjang berlaku di laluan selepas bandar Gua Musang menghala ke kawasan Rehat dan Rawat Gua Musang sehingga Merapoh.

    Difahamkan, keadaan tersebut dipercayai berpunca daripada permukaan jalan rosak akibat hujan berterusan selain kerja pembinaan lebuh raya baharu yang masih belum siap, sekali gus mengecilkan laluan dan memperlahankan aliran trafik.

    Keadaan diburukkan lagi dengan pertambahan kenderaan apabila ramai pengguna jalan raya dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Krismas dan cuti persekolahan.

    Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan pihak berkuasa serta bersabar bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/jalan-gua-musang-merapoh-sesak-teruk-kenderaan-tak-bergerak/

  • 日本米蛋价高不下 民众感叹鸡蛋拌饭已成“奢侈品”

    日本米蛋价高不下 民众感叹鸡蛋拌饭已成“奢侈品”

    (东京28日讯)日本媒体上周六(27日)援引最新统计数据报导,日本白米和鸡蛋价格均创有统计以来最高值。许多日本民众感叹,鸡蛋拌饭已成“奢侈品”,面对许多价格上涨的食材不得不寻找“平替”。

    新华社周日援引日媒报导,日本农林水产省(部)发布的统计数据显示,截至12月21日的一周,市场上一袋5公斤装白米均价为4337日圆(112.23令吉),连续16周处于4000日圆(103.51令吉)以上高位。

    受饲料涨价、禽流感蔓延等因素影响,日本鸡蛋价格同样出现上涨。日本大型销售公司“JA全农鸡蛋”发布的数据显示,今年东京地区中号鸡蛋平均批发价为每公斤324日圆(8.38令吉),刷新有统计以来最高值。

    面对白米和鸡蛋这两种常见食材价格上涨,一些日本民众感叹,鸡蛋拌饭已经变身为“不能随便吃的奢侈品”,另有人表示不舍得在点咖喱饭时多加鸡蛋。

    今年以来,受原材料、人工成本上涨和日圆贬值等因素影响,日本遭遇食品“涨价潮”。日本帝国数据库公司一项最新统计数据显示,日本今年共有超过两万种食品涨价,而明年初将有近3600种食品价格上调。

    日本媒体报导,日本民众正在为牛肉、黄油、蕃茄等价格较高的食材寻找“平替”,改为购买相对便宜的鸡肉、人造黄油和萝卜。面对居高不下的米价,不少人选择以面条和面包替代。

    var width=window.innerWidth||document.documentElement.clientWidth;var outerDiv,stopperDiv,div2Stick,getOffsetTop,window2Top,outer2Top,stopper2Top,o2w,w2s;getOffsetTop=function(adAElem){var offsetTop=0;while(adAElem){offsetTop+=adAElem.offsetTop;adAElem=adAElem.offsetParent;}return offsetTop};outerDiv=document.querySelector(‘.AdA_RiSticky’);function AdA_RiStickyScroll(){stopperDiv=document.querySelectorAll(‘.td-footer-wrapper’);window2Top=(window.pageYOffset||document.documentElement.scrollTop)-(document.documentElement.clientTop||0);outer2Top=getOffsetTop(outerDiv);div2Stick=outerDiv.firstElementChild;stopper2Top=(getOffsetTop(stopperDiv)||document.documentElement.offsetHeight)-div2Stick.offsetHeight;o2w=outer2Top-window2Top;w2s=window2Top-stopper2Top;if(o2w<0&&w2s<0){div2Stick.className='div2Stick sticked';div2Stick.setAttribute('style','position: fixed;top: 0px;')}else if(o2w>0&&w2s<0){div2Stick.className='div2Stick stay';div2Stick.setAttribute('style','position: inherit;top: auto;')} else{div2Stick.className='div2Stick stop';div2Stick.setAttribute('style','position: fixed;top:-'+w2s+'px')}};if(!outerDiv&&width<900){}else{addEventListener("scroll",AdA_RiStickyScroll)};

    🔗 Source: https://news.seehua.com/post/1423233