Blog

  • Ibu lari sejak kecil, remaja tanggung akibat

    Ibu lari sejak kecil, remaja tanggung akibat

    PONTIAN – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun merayu orang ramai menjejaki ibu kandungnya yang menghilang sejak dia masih bayi sekali gus menyebabkan hidupnya terumbang-ambing tanpa kad pengenalan dan peluang bersekolah.

    Muhammad Al Amin ditinggalkan kepada sebuah keluarga di Kampung Parit Ghani, Simpang Renggam, Kluang ketika berusia hanya dua bulan.

    Ibu angkatnya, Mar Siti Khamis, 58, berkata, remaja itu tidak pernah ke sekolah kerana ketiadaan dokuman lengkap selain terpaksa bergantung kepada surat daftar kelahiran bagi menguruskan urusan asas kehidupannya.

    Katanya, paling menyedihkan apabila Muhammad Al Amin pernah menyuarakan hasrat untuk berjumpa dan memeluk ibu walaupun sekali.

    “Dia dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 25 Ogos 2009 sebelum diserahkan oleh ibu kandungnya dikenali sebagai Ida Ratna Sari dipercayai berketurunan Indonesia kerana mahu mencari pekerjaan kerana kesempitan hidup.

    “Selepas itu dia terus menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. Muhammad Al Amin sering bertanya siapa ibunya dan kenapa dia tidak bersekolah seperti rakan sebaya. Setiap kali ditanya, hati saya hancur kerana tidak tahu bagaimana hendak menjawab,” katanya.

    Menurut Mar Siti, dia menjaga remaja itu selepas penjaga asal, Sariah Marjonet, 62, uzur akibat sakit tua, namun proses pe­ngangkatan secara sah tidak dapat dilakukan tanpa kehadiran ibu kandung.

    Ujarnya, usaha menjejaki Ida Ratna Sari amat penting bagi membolehkan urusan pengangkatan diluluskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekali gus membolehkan Al Amin memiliki kad pengenalan dan menjalani kehidupan seperti remaja lain.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Ida Ratna Sari diminta menghubungi Mar Siti Khamis di talian 019-724 8967.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/ibu-lari-sejak-kecil-remaja-tanggung-akibat/

  • Aaron-Wooi Yik mula selektif pilih kejohanan

    Aaron-Wooi Yik mula selektif pilih kejohanan

    PEMAIN beregu lelaki negara, Aaron Chia menyuarakan hasrat untuk mengekalkan stamina serta tahap kecergasan menjelang saingan musim baharu yang akan bermula pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena 6 Januari ini.

    Pemain kelahiran Melaka itu menjelaskan, dia dan pasangan, Soh Wooi Yik sudah pun mengikuti proses pemulihan yang sudah termasuk dalam program latihan, ditambah pula dengan usia semakin meningkat.

    Kata Aaron, menjelang musim 2026 nanti, mereka akan melakukan beberapa perubahan seperti memilih mana-mana kejohanan perlu disertai nanti termasuk 12 kejohanan Jelajah Dunia yang wajib.

    “Mungkin itu (stamina) adalah pandangan daripada jurulatih, beliau rasa mungkin tahap fizikal kita perlu ditambah baik lagi. Bukan nak cakap kita paling tua di sini, tetapi boleh dikatakan senior.

    “Kami pun harap dapat kekalkan kecergasan dan tahap fizikal. Kami pun selalu mengikuti program latihan yang dibuat, memang ada program pemulihan, jadi itu bukan satu masalah,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

    Sebelum ini, ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi memberi penekanan kepada faktor kecergasan barisan pemain negara, terutamanya Aaron-Wooi Yik ketika temasya Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand sebelum ini.

    Sementara itu, Aaron juga meletakkan sasaran untuk beraksi kurang daripada 20 kejohanan menjelang saingan musim depan bagi memastikan kondisi dan kecergasan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.

    “Mungkin sekitar 18 hingga 20 (kejohanan) tahun depan tetapi kami akan cuba buat bawah 20. Saya harap kami juga boleh kekalkan ranking dalam kelompok tiga teratas kerana kadang-kadang ia membantu dari segi undian,” ujarnya.00

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/aaron-wooi-yik-mula-selektif-pilih-kejohanan/

  • EPL: Guardiola sedia tinggalkan pemain ‘gemuk’

    EPL: Guardiola sedia tinggalkan pemain ‘gemuk’

    MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberi peringatan kepada barisan pemainnya supaya menjaga pemakanan semasa perayaan Krismas bagi memastikan fizikal mereka berada pada tahap terbaik.

    Pengendali dari Sepanyol itu pastinya tidak mahu momentum kemenangan The Citizens terbantut akibat daripada berat badan pemain yang semakin naik gara-gara tidak menjaga pemakanan masing-masing.

    Justeru, Guardiola memberikan amaran mana-mana pemain tidak akan berada dalam skuad untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest di City Ground malam ini sekiranya gagal ketika waktu timbang berat.

    “Semua pemain akan menimbang berat masing-masing sebaik sahaja kembali daripada cuti Krismas. Saya akan berada di sana untuk sesi timbang berat itu dan mahu melihat sama ada mereka sudah ‘gemuk’ ataupun tidak.

    “Saya tidak kisah sekiranya mereka mahu makan sepanjang perayaan, tetapi ia perlu berada dalam kawalan. Jika berat pemain naik lebih 3 kilogram (kg), mereka tidak akan dibawa ke Nottingham,” katanya.

    Bekas jurulatih Barcelona itu berharap pemain-pemainnya sudah mendapatkan rehat yang cukup selain meluangkan masa bersama keluarga masing-masing sebelum kembali meneruskan misi mengejar takhta kejuaraan.

    “Saya tahu kami berdepan jadual yang cukup padat sebaik sahaja memasuki Disember dan ini peluang untuk pemain berehat dan bersama keluarga. Selepas ini, kami akan kembali fokus untuk aksi Liga Perdana,” ujar Guardiola. – AGENSI27

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/epl-guardiola-sedia-tinggalkan-pemain-gemuk/

  • Bintang cilik Nickelodeon kini merempat, hidup di kaki lima

    Bintang cilik Nickelodeon kini merempat, hidup di kaki lima

    PERNAH mencipta populariti bersama saluran televisyen Nickelodeon ketika zaman kanak-kanak sekitar awal tahun 2000, keadaan pelakon Tylor Chase kini mengundang simpati ramai apabila dia didakwa menjadi gelandangan.

    Los Angeles yang dulu pernah menjadi medan kemasyhurannya sewaktu menggalas watak sebagai Martin Qwerly dalam siri Ned’s Declassified School Survival Guide mengubah nasib lelaki berusia 36 tahun itu.

    Beberapa laporan menyebut Chase dilihat dalam keadaan tidak terurus, kotor serta tidur di kaki lima atau lokasi yang menjadi tumpuan gelandangan.

    Difahamkan keadaan sukar dilaluinya sejak beberapa tahun lalu berpunca daripada masalah kewangan ditambah penyakit bipolar dihadapinya.

    Menurut wanita terbabit, anaknya memerlukan rawatan perubatan dan sokongan kesihatan mental yang konsisten, bukan wang semata-mata.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/bintang-cilik-nickelodeon-kini-merempat-hidup-di-kaki-lima/

  • Thailand mula kaji servis tekong Malaysia

    Thailand mula kaji servis tekong Malaysia

    SUKAN SEA 2025 yang berlangsung penuh meriah di Bangkok, Thailand telah melabuhkan tirainya secara rasmi pada hujung minggu lalu. Pada temasya dwitahunan itu, kontinjen negara berjaya membawa pulang 57 pingat emas, 57 perak dan 117 gangsa, sekali gus melepasi sasaran 200 pingat. Lebih manis, pingat emas ke-57 negara disumbangkan oleh skuad sepak takraw yang berjaya meraih emas dalam acara regu selepas menundukkan Vietnam pada perlawanan akhir. Menariknya, skuad takraw negara berjaya menenggelamkan ego Thailand di gelanggang sendiri dengan meraih dua……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/thailand-mula-kaji-servis-tekong-malaysia/

  • Pisah tidur sebab suami berdengkur

    Pisah tidur sebab suami berdengkur

    PETALING JAYA – Tidak mahu tidur terganggu selain dibebani dengan masalah kecurangan pasangan antara punca ramai suami isteri memilih tidur bera­singan atau sleep divorce. Trend yang sema­kin popular itu turut berpunca daripada masalah dengkur, ke­tagihan permainan video selain mahu tidur berkualiti menjadi faktor memi­lih untuk ‘berpisah’ ketika tidur. Kebiasaannya pasangan memilih sama ada tidur berlainan bilik atau katil kerana mahu mendapatkan rehat yang baik memandangkan suami isteri bekerja. Pakar Motivasi dan Kaunseling Rumah Tangga, Hushim Salleh berkata, selain mahu rehat……

    Hak cipta terpelihara © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/pisah-tidur-sebab-suami-berdengkur/

  • Doktor ‘pindahkan’ telinga ke kaki wanita

    Doktor ‘pindahkan’ telinga ke kaki wanita

    BEIJING – Seorang pekerja kilang di China terpaksa menjalani pemindahan telinga yang tercabut dengan doktor-doktor meletakkan organ itu pada kaki kanan pesakit, lapor portal berita MSNews.

    Mangsa wanita yang dikenali sebagai Sun, mengalami kemalangan ngeri di tempat kerjayanya. Doktor-doktor meletakkan telinga mangsa di kakinya selama lima bulan sebelum mereka menyambungkannya di tempat sepatutnya.

    Pada mulanya, rambut Sun tersangkut pada sebuah mesin, April lalu. Kemalangan itu menyebabkan telinga kiri mangsa putus dan sebahagian kulit kepalanya koyak..

    Ketika tiba di hospital, lukanya tercemar, menyebabkan penyambungan semula tidak dapat dilakukan pada waktu itu.

    Pakar-pakar bedah memilih kaki kerana salur darah dan keadaan kulit yang hampir sama dengan telinga.

    Pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira sepuluh jam untuk diselesaikan

    Bagi tempoh beberapa bulan berikutnya, Sun memakai kasut kanan yang longgar bagi melindungi telinganya.

    Selepas lima bulan tempoh pemulihan, doktor-doktor memindahkan telinga tersebut ke kepalanya.

    “Saya sangka saya akan hidup dengan kecacatan ini sepanjang hayat saya,” kata Sun. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/doktor-pindahkan-telinga-ke-kaki-wanita/

  • 颜艾菱:3州议席是否悬空 需按玻州宪法判断

    颜艾菱:3州议席是否悬空 需按玻州宪法判断

    玻璃市州唯一的希盟州议员颜艾菱表示,玻璃市州出现的政治风波,应依据宪法与制度框架处理,以确保州政局稳定及民主制度的正常运作。

    针对3名伊党州议员被撤除党籍一事,颜艾菱说,有关议席是否悬空,仍需依据玻璃市州宪法作出进一步判断。

    也是英特拉加央岸州议员的她强调,只有在议席被裁定悬空后,才需要进一步讨论是否举行补选;而在州议会任期已接近3年的情况下,是否补选应从整体情况及实际需要审慎考量。

    “任何涉及补选的安排,均牵涉行政程序及公共开销,相关决定仍有待选举委员会依照法律程序处理,并遵循王室相关程序。”

    她说,目前政局动荡尚未对其选区服务造成明显影响,各项工作仍如常进行。

    另一方面,玻璃市希盟主席诺阿敏阿末指出,涉及玻璃市州国盟州议员的政治危机,反映该联盟在执政过程中更着重内部政治与权力考量,而非人民利益及州行政稳定。

    他说,有关政治风波原本不应发生,因伊斯兰党与土团党在州议会中分别拥有9席及5席,掌握稳固多数议席,理应有能力通过内部协商妥善解决分歧。

    诺阿敏表示,即便涉及州务大臣人选更换,也应循党内机制处理,而非采取即刻中止党籍的方式,进而导致玻州出现3个州议席悬空,影响州政运作。

    他指出,此次事件并不存在来自国阵或希盟的外在压力,问题完全源自国盟内部,主要涉及权力安排的考量。至于州行政是否毫无调整,他认为并非如此,因新的行政议员已于2024年11月25日宣誓就职。

    “我不认为州务大臣不能更换,州务大臣可以更换,但国盟既然拥有多数议席,却未能善用这一优势进行有效沟通,反映出领导层在处理问题方面仍有不足。”

    诺阿敏也指出,当内部问题未能妥善处理时,反而会不必要地将王室机构牵涉进政治争议,而有关问题原本可通过党内讨论加以解决。

    此外,他提及玻州州议会议长鲁斯叻日前表示,为了稳定州政府,有必要举行补选的言论,显示部分玻州土团党州议员或已不再被视为州政府的一部分。

    他认为,若最终举行补选,这将为加强国阵与希盟在玻州的合作关系提供契机。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1732268

  • Kampung Hakuba di wilayah Nagano, Jepun akan mengenakan denda sehingga 50,000 yen (RM1,300) bagi kesalahan mengganggu ketenteraman seperti membuat bising pada waktu tengah malam dan menconteng grafiti.

    Kampung Hakuba di wilayah Nagano, Jepun akan mengenakan denda sehingga 50,000 yen (RM1,300) bagi kesalahan mengganggu ketenteraman seperti membuat bising pada waktu tengah malam dan menconteng grafiti.

    Langkah ini diambil bagi memelihara keselesaan penduduk dan pelancong susulan peningkatan kunjungan ke kawasan tersebut.Pindaan peraturan ini telah diluluskan oleh majlis kampung dan dijadualkan berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Julai 2026.

    Sebelum ini, peraturan adab sedia ada hanya bersifat larangan tanpa melibatkan sebarang penalti denda.Sumber: Sinar HarianGambar: JapanExperience

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1Agy3USz1z/

  • Trend mencari jodoh secara digital kini melonjak dengan lebih 13 juta pengguna menggunakan aplikasi sebagai medium mencari pasangan hidup.

    Trend mencari jodoh secara digital kini melonjak dengan lebih 13 juta pengguna menggunakan aplikasi sebagai medium mencari pasangan hidup.

    Faktor kesibukan kerja dan kekangan masa menyebabkan ramai individu beralih daripada kaedah tradisional kepada platform seperti Baituljannah, Muzz, dan TillJannah yang lebih berorientasikan taaruf serta syariat Islam.Meskipun banyak kisah kejayaan pasangan yang berkahwin dalam tempoh singkat, pengguna diingatkan supaya tetap berwaspada dengan aplikasi itu seperti profil palsu dan individu yang tidak serius.

    Kos langganan dan keselamatan diri ketika bertemu buat kali pertama juga menjadi antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan oleh pengguna sebelum memulakan perkenalan.Kisah pengguna membuktikan bahawa aplikasi digital bukan sekadar ruang sembang kasual, malah boleh menjadi jalan kepada ikatan perkahwinan yang sah.

    Walau bagaimanapun, penglibatan keluarga dan usaha mengenali hati budi secara mendalam tetap menjadi kunci utama bagi memastikan hubungan yang dibina kekal lama dan diredhai.Sumber: Utusan

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AYFtYTbiq/