Blog

  • Sebuah syarikat di China mencuri perhatian dunia apabila memperkenalkan inisiatif ‘cuti sedih’ khusus untuk kakitangan yang merasa tidak gembira atau tidak bersemangat untuk bekerja.

    Sebuah syarikat di China mencuri perhatian dunia apabila memperkenalkan inisiatif ‘cuti sedih’ khusus untuk kakitangan yang merasa tidak gembira atau tidak bersemangat untuk bekerja.

    Mana-mana pekerja yang merasa tertekan boleh memohon kebenaran pihak atasan untuk bercuti tanpa perlu memberikan alasan sakit fizikal.Langkah ini diperkenalkan sebagai usaha menyokong kesihatan mental rakyat berikutan peningkatan kes tekanan melampau di tempat kerja.

    Melalui inisiatif ini, pihak pengurusan berharap dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih manusiawi dan mengurangkan risiko isu kesihatan mental yang lebih serius dalam kalangan pekerja.

    Sumber: South China Morning Post

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AvsH2fdz3/

  • Jepun memperkenalkan perkhidmatan luar biasa yang dikenali sebagai “ikemeso danshi”, iaitu gabungan perkataan lelaki tampan (ikemen) dan esakan tangis (mesomeso).

    Jepun memperkenalkan perkhidmatan luar biasa yang dikenali sebagai “ikemeso danshi”, iaitu gabungan perkataan lelaki tampan (ikemen) dan esakan tangis (mesomeso).

    Melalui servis ini, wanita yang mengalami tekanan atau emosi terpendam boleh menyewa lelaki tampan untuk menemani mereka menangis dan mengelap air mata dengan lembut.Lelaki yang disediakan telah dilatih khusus untuk memberikan sokongan emosi dan mewujudkan ruang yang selamat bagi pelanggan melepaskan stres.

    Konsep ini berasaskan kepercayaan bahawa menangis adalah satu terapi kesihatan mental, dan kehadiran teman yang empati serta sedap dipandang dikatakan mampu mempercepatkan proses kelegaan emosi.Sumber: Tokyo.explores

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/15VyrAM7DWD/

  • Kajian baru ke atas anak muda di Amerika mendedahkan pandangan mereka membimbangkan tentang Hitler dan Holocaust.

    Kajian baru ke atas anak muda di Amerika mendedahkan pandangan mereka membimbangkan tentang Hitler dan Holocaust.

    Hampir 3 dalam 10 responden percaya Hitler ‘tak terlalu jahat’ manakala 1 dalam 10 mempersoalkan kebenaran Holocaust.Sejarawan menegaskan, Hitler bertanggungjawab ke atas kematian jutaan orang dan Holocaust adalah fakta sejarah yang sah.

    Pendidikan yang lebih kukuh diperlukan supaya generasi muda memahami dan menghargai kepentingan sejarah ini.Sumber: WallGambar: History Today

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1CCTgs2ctE/

  • Ramai mahu berubah tetapi sukar melangkah kerana ‘loss aversion’ rasa takut kehilangan yang lebih kuat daripada potensi keuntungan.

    Ramai mahu berubah tetapi sukar melangkah kerana ‘loss aversion’ rasa takut kehilangan yang lebih kuat daripada potensi keuntungan.

    Otak manusia secara semula jadi lebih sensitif terhadap risiko rugi, membuatkan seseorang memilih kekal di zon selesa walaupun keadaan semasa tidak membantu jangka panjang.Sebab itu ramai takut tukar kerja, mula gaya hidup sihat atau tinggalkan hubungan toksik kerana membayangkan perkara buruk lebih besar daripada manfaat.

    Pakar menjelaskan otak memproses kerugian dua kali lebih kuat daripada keuntungan.Untuk mengatasinya, pakar mencadangkan perubahan dimulakan dengan langkah kecil, menilai manfaat sebenar, mendapatkan sokongan dan memberi masa untuk menyesuaikan diri.Faham konsep loss aversion boleh bantu seseorang lebih yakin ambil langkah pertama.

    Sumber: Threads @aimafirdausezaddin

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/16wPE8cxeF/

  • Kajian menunjukkan bahawa perbualan kecil dengan diri sendiri sebenarnya membantu meningkatkan fungsi otak dan memudahkan kita menyiapkan tugasan.

    Kajian menunjukkan bahawa perbualan kecil dengan diri sendiri sebenarnya membantu meningkatkan fungsi otak dan memudahkan kita menyiapkan tugasan.

    Sebagai contoh, jika anda mencari sesuatu, cuba sebutkan secara lantang apa yang dicari ia boleh membantu anda menemui objek lebih cepat.Selain itu, visualisasi matlamat sebelum bertindak juga terbukti berkesan.

    Membayangkan apa yang ingin dicapai dalam minda membantu anda fokus, lebih teratur, dan meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya dalam tugasan harian.

    Jangan takut bercakap dengan diri sendiri, ia bukan gila, malah otak anda akan lebih efisien!Sumber: CNN Health

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1CVh2ifaPL/

  • Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan membabitkan dana 1MDB RM2.3 bilion

    Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan membabitkan dana 1MDB RM2.3 bilion

    PUTRAJAYA 26 Dis – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.

    Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

    Beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesemua 25 pertuduhan terhadap Najib melampaui keraguan munasabah.

    Najib, 72, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB melalui cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan antara 24 Feb 2011 hingga 19 Disember 2014.

    Beliau didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

    Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan tersebut di bank sama antara 22 Mac 2013 hingga 30 Ogos 2013.

    Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Najib, yang mengenakan sut biru, kelihatan tenang sepanjang prosiding. Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, anak-anak perempuan, Nooryana Najwa dan Puteri Norlisa serta anak-anak lelaki, Datuk Mohd Nazifuddin dan Datuk Mohd Nizar.

    Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib dan Datuk Kamal Baharin Omar, dibantu oleh Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, Deepa Nair Thevarahan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.

    Najib diwakili oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dibantu oleh Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Wan Mohammad Arfan Wan Othman, Hartrisha Kaur Sandhu dan Naresh Mayachandran.

    Bekas Perdana Menteri itu pertama kali didakwa pada 20 September 2018, dan perbicaraan bermula hampir setahun kemudian, pada 28 Ogos 2019, sebelum pihak pendakwa menutup kesnya pada 30 Mei 2024.

    Perbicaraan kes berprofil tinggi itu berlangsung selama tujuh tahun, menarik perhatian antarabangsa, melibatkan 50 saksi dan sembilan hari hujahan lisan pada peringkat pendakwaan.

    Antara saksi utama bagi pihak pendakwaan ialah bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohamad Bakke Salleh, bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, dan Pegawai Penyiasat SPRM Superintendan Kanan Nur Aida Ariffin.

    Pada 30 Oktober 2024, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie dan memerintahkan Najib untuk mengemukakan pembelaan terhadap semua pertuduhan.

    Kes pembelaan didengar dari 2 Disember 2024 hingga 6 Mei 2025 selama 58 hari, dengan 26 saksi dipanggil memberi keterangan.

    Saksi utama bagi pihak pembelaan termasuk bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin,Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud, adik kepada Sultan Terengganu, serta bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

    Pendengaran hujah lisan dalam perbicaraan 1MDB berjumlah RM2.3 bilion itu diselesaikan pada 4 November selepas kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan, menamatkan hujah terakhir masing-masing.

    Najib kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang berhubung kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. – BERNAMA

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13328

  • Kes 1MDB: Azam Baki puji ketekunan pasukan penyiasat, pendakwaan penat lelah selama 10 tahun

    Kes 1MDB: Azam Baki puji ketekunan pasukan penyiasat, pendakwaan penat lelah selama 10 tahun

    KUALA LUMPUR 26 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Razak adalah manifestasi pelaksanaan amanah institusi penguat kuasa, hasil usaha panjang dan berterusan pasukan penyiasat serta pendakwaan sejak hampir sedekad lalu.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hari ini menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pegawai penyiasat serta pasukan pendakwaan yang disifatkan bekerja tanpa mengenal penat lelah sejak siasatan 1MDB dimulakan pada Julai 2015 sehingga membawa kepada keputusan penghakiman kes berkenaan.

    “Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan ketekunan luar biasa pegawai penyiasat, khususnya dalam mendapatkan keterangan dan bukti sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

    “Siasatan ini berdepan dengan pelbagai cabaran perundangan, teknikal dan bidang kuasa, namun pasukan penyiasat kekal beriltizam untuk memenuhi piawaian perundangan yang ketat bagi membolehkan kes ini dibawa dan dibicarakan di mahkamah.

    “Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang tempoh siasatan ini, khususnya Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mengulas lanjut, Azam berkata, kerjasama rakan penguat kuasa luar negara turut memainkan peranan penting dalam proses mendapatkan bukti rentas sempadan melalui mekanisme Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance).

    Katanya, antara agensi yang memberikan bantuan amat bernilai termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), Pusat Penyelarasan Antirasuah Antarabangsa (IACCC) United Kingdom (UK), Pejabat Peguam Negara Switzerland, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura serta pihak berkuasa berkaitan dari Belanda dan Barbados.

    “Profesionalisme serta komitmen berterusan mereka dalam kerjasama rentas sempadan ini amat dihargai,” katanya.

    Bagaimanapun, Azam menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan bekas Perdana Menteri itu tidak wajar dijadikan detik untuk diraikan atau dibanggakan.

    Sebaliknya, beliau berkata, keputusan berkenaan mencerminkan pelaksanaan tanggungjawab dan amanah kepada negara selaras dengan mandat serta kepercayaan yang diberikan kepada SPRM.

    “SPRM akan kekal untuk menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih.

    “Siasatan kami akan berpandukan sepenuhnya kepada fakta, bukti dan kepentingan awam,” katanya.

    Hari ini, Najib disabitkan bersalah menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13329

  • Kes 1MDB: Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, denda RM11.38 bilion

    Kes 1MDB: Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, denda RM11.38 bilion

    PUTRAJAYA 26 Dis – Mahkamah Tinggi malam ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.38 bilion terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas beliau disabitkan bersalah atas keseluruhan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah pada jam 9 malam, selepas mahkamah mendapati bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu bersalah terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

    Bagi empat pertuduhan menggunakan kedudukan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun, manakala bagi setiap 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dihukum penjara lima tahun.

    Mahkamah turut memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak dan hanya bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

    Selain itu, Sequerah memerintahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman penjara tambahan selama 40 tahun sekiranya gagal membayar denda RM11.38 bilion yang dikenakan ke atasnya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13330

  • Vijay selamat ‘landing’ di Kuala Lumpur, teruja pilih Malaysia lancar audio Jana Nayagan

    Vijay selamat ‘landing’ di Kuala Lumpur, teruja pilih Malaysia lancar audio Jana Nayagan

    KUALA LUMPUR, 27 Dis – Bintang terkenal industri perfileman selatan India yang kini bergelar ahli politik, Vijay, tiba di Kuala Lumpur semalam menjelang pelancaran audio filem terbaharunya, Jana Nayagan, yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

    Menurut penganjur, Malik Streams Corporation, pelakon berusia 51 tahun itu berlepas dari Chennai dengan menaiki jet peribadi sebelum mendarat di Subang Skypark pada kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan.

    Ketibaan Vijay mencuri perhatian ramai dan tular di media sosial menerusi perkongsian di pelbagai platform digital.

    “Ketibaan Vijay yang diiringi oleh pengarah muzik filem berkenaan, Anirudh Ravichander, diserikan dengan persembahan tarian tradisional,” menurut penganjur kepada Bernama.

    Vijay turut merakamkan penghargaan atas sambutan yang diberikan dan meluangkan masa beramah mesra bersama para penari yang membuat persembahan menyambut kehadirannya.

    Sebelum ini, Vijay pernah menyuarakan hasrat untuk mengurangkan penglibatannya dalam bidang lakonan secara berperingkat bagi memberi tumpuan kepada kerjaya politik.

    Menjelang acara berkenaan, maklumat berkaitan kehadiran kru produksi filem itu di Malaysia turut dikongsi secara meluas di media sosial, termasuk hantaran memaparkan ketibaan petugas kreatif.

    Pelancaran audio Jana Nayagan disifatkan sebagai program hiburan berkonsepkan penghargaan dan dijangka menarik kehadiran puluhan ribu peminat, dengan Stadium Nasional Bukit Jalil mampu menampung kira-kira 85,000 penonton.

    Program berkenaan akan berlangsung dalam dua segmen utama, bermula dengan Thalapathy Thiruvizha, iaitu konsert penghargaan yang menampilkan kira-kira 30 penyanyi, sebelum diteruskan dengan pelancaran audio rasmi.

    Vijay bersama barisan pelakon dan kru produksi dijadualkan berucap pada segmen pelancaran audio itu.

    Beberapa tokoh terkenal industri perfileman Tamil, termasuk pengarah Atlee dan Nelson Dilipkumar, serta pelakon dan pengarah Prabhu Deva, turut berada di Malaysia bagi menghadiri acara berkenaan.

    Filem terbitan KVN Productions itu dijadualkan menemui penonton di pawagam mulai 9 Januari 2026.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13332

  • 12 individu ditahan susulan kes merusuh di Pasar Awam Melor

    12 individu ditahan susulan kes merusuh di Pasar Awam Melor

    KOTA BHARU 27 Dis – Polis menahan lima lelaki dan tujuh wanita dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Pasar Awam Melor di sini, yang berlaku pada Khamis.

    Kesemua individu berusia lingkungan 20-an hingga lewat 50-an itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang wanita berusia 19 tahun yang mendakwa dirinya telah dikasari oleh seorang wanita lain berusia sekitar 20-an.

    Menurutnya, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 petang dan turut membabitkan ahli keluarga pengadu serta suspek.

    “Punca kejadian masih dalam siasatan dan pergaduhan berkenaan telah berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

    Beliau berkata, akibat kejadian itu, pengadu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam.

    Tambah Mohd Rosdi, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi permohonan reman untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

    Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi lima minit 21 saat di media sosial Facebook yang memaparkan pergaduhan melibatkan beberapa wanita di Pasar Awam Melor, sekali gus mencetuskan perhatian orang ramai.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13333