Blog

  • ‘Tindakan tegas terhadap tiga ADUN demi disiplin parti’ – Tuan Ibrahim

    ‘Tindakan tegas terhadap tiga ADUN demi disiplin parti’ – Tuan Ibrahim

    Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan bahawa parti itu telah mengambil tindakan tegas terhadap tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kerana parti tidak bersedia berkompromi dalam soal disiplin jemaah.

    Beliau menjelaskan, walaupun keputusan ini berpotensi menjejaskan kestabilan kerajaan Perlis, prinsip dan integriti parti mesti diutamakan berbanding kepentingan jangka pendek.

    “Dalam suasana ini, saya menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS agar kekal tenang, berdisiplin serta tidak mudah terpengaruh dengan provokasi yang hanya menguntungkan pihak lawan,” ujar beliau.

    Dalam pada itu, beliau turut berharap agar parti BERSATU mengambil tindakan serupa terhadap ADUN mereka yang terlibat menandatangani statutory declaration (SD) sehingga menimbulkan ketidakharmonian di Perlis. Menurut beliau, tindakan tegas ini penting bagi menghormati rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) serta memastikan disiplin dan keutuhan gabungan terus terpelihara.

    Beliau membandingkan situasi di Perlis dengan isu yang pernah berlaku di Nenggiri, di mana BERSATU telah menghentikan keahlian ADUN Nenggiri kerana menyokong PMX sehingga membuka ruang kepada Pilihan Raya Kecil (PRK), walaupun kejadian itu tidak melibatkan SD.

    “Berbanding dengan Nenggiri, apa yang berlaku di Perlis jauh lebih serius kerana ia memberi kesan langsung kepada keutuhan kerajaan PN,” jelas beliau.

    Sebagai rakan dalam gabungan utama PN, Tuan Ibrahim yakin BERSATU akan bertindak secara konsisten dan tegas, selaras dengan semangat Akta Anti Lompat Parti serta prinsip amanah kepada mandat rakyat.

    “PAS telah melakukan tindakannya demi mendisiplinkan parti, kini saya merasakan BERSATU wajar melakukan perkara yang sama kepada ADUNnya,” tambah beliau.

    Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memutuskan keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani akuan bersumpah (SD). Tiga ADUN yang terlibat ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

    🔗 Source: https://thereporter.my/tindakan-tegas-terhadap-tiga-adun-demi-disiplin-parti-tuan-ibrahim/

  • Kenali Viscacha iaitu haiwan yang sering digelar sebagai makhluk paling kecewa dan sentiasa nampak memerlukan tidur.

    Kenali Viscacha iaitu haiwan yang sering digelar sebagai makhluk paling kecewa dan sentiasa nampak memerlukan tidur.

    Walaupun wajahnya kelihatan sedih namun rupa unik itu sebenarnya adalah hasil evolusi hebat untuk bertahan hidup di pergunungan Andes yang sangat ekstrem.Kelopak mata yang kuyu dan mulut mencebik itu sebenarnya berfungsi sebagai pelindung daripada silau matahari serta debu di kawasan tinggi.

    Dengan bulu yang sangat tebal serta kebolehan menjimatkan air dalam badan haiwan ini merupakan pakar kelangsungan hidup di celah cenuram batu yang sejuk.Biarpun nampak tidak bersemangat dengan kehidupan sebenarnya setiap ciri pada wajah Viscacha adalah alat survival yang sempurna hasil evolusi berjuta tahun.Sumber: Walker’s Mammals of the World Britannica, University of Michigan Animal Diversity Web Gambar: How.things.works

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/16onVTAG6c/

  • Tourism Malaysia nafi kaitan acara Miss & Mister Celebrity International

    Tourism Malaysia nafi kaitan acara Miss & Mister Celebrity International

    Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Tourism Malaysia menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penganjuran acara Miss & Mister Celebrity International 2025 yang berlangsung dari 14 hingga 22 Disember lalu di Galaxy Hall, HGH Convention Center, Sentul.

    Menerusi satu kenyataan, pihak kementerian dan agensi pelancongan negara itu memaklumkan bahawa penggunaan logo korporat Tourism Malaysia serta logo kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) oleh pihak penganjur acara berkenaan telah dibuat tanpa sebarang kebenaran bertulis rasmi.

    “Penggunaan logo kempen Visit Malaysia 2026 oleh pihak penganjur telah dibuat tanpa kebenaran bertulis rasmi,” jelas kenyataan itu.

    Sehubungan itu, MOTAC dan Tourism Malaysia menegaskan bahawa mereka tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi, tafsiran awam atau liabiliti yang timbul akibat penganjuran acara berkenaan atau penggunaan logo tanpa kebenaran.

    Tambah kenyataan itu lagi, pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur acara terbabit bagi melindungi hak harta intelek, integriti jenama serta identiti korporat rasmi agensi berkenaan.

    Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa berpakaian wanita ketika menghadiri sebuah majlis. Penampilan individu berkenaan yang dikatakan bertindak sebagai juri dalam majlis tersebut menerima kritikan ramai, dengan netizen mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap individu terbabit serta pihak penganjur.

    🔗 Source: https://thereporter.my/tourism-malaysia-nafi-kaitan-acara-miss-mister-celebrity-international/

  • Satu rakaman video tular dari Guangdong, China memaparkan detik cemas seorang wanita dipercayai kekasih gelap nyaris maut apabila terpaksa berpaut pada belebas tingkap di tingkat 10.

    Satu rakaman video tular dari Guangdong, China memaparkan detik cemas seorang wanita dipercayai kekasih gelap nyaris maut apabila terpaksa berpaut pada belebas tingkap di tingkat 10.

    Kejadian berlaku selepas isteri lelaki tersebut pulang ke rumah secara mengejut.Lelaki berkenaan yang panik dilaporkan menolak wanita itu ke balkoni sebelum melarikan diri.

    Wanita tersebut terpaksa merangkak di birai bangunan yang sempit dan mengetuk tingkap jiran untuk menyelamatkan diri.Netizen mengecam hebat tindakan lelaki itu yang sanggup menggadaikan nyawa orang lain demi menutup rahsia hubungan sulitnya.

    Insiden ini dianggap sebagai pengajaran ngeri tentang bahaya pengkhianatan dalam rumah tangga.Sumber: The Sun

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AMMh2cf4P/

  • Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menggesa Bersatu segera mengambil tindakan tegas terhadap lima ADUN mereka yang didakwa menandatangani Akuan Bersumpah atau SD bagi menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Perlis sebelum ini.

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menggesa Bersatu segera mengambil tindakan tegas terhadap lima ADUN mereka yang didakwa menandatangani Akuan Bersumpah atau SD bagi menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Perlis sebelum ini.

    Kegagalan bertindak dibimbangi memberi isyarat negatif terhadap keutuhan kerjasama politik dalam Perikatan Nasional atau PN.Tindakan ini menyusul selepas PAS terlebih dahulu melucutkan keahlian tiga ADUN mereka yang turut terlibat dalam kemelut politik yang sama.

    PAS menegaskan bahawa langkah disiplin amat diperlukan bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri Perlis yang kini dikuasai oleh gabungan tersebut dengan majoriti besar.Lima wakil rakyat Bersatu yang dikaitkan dengan isu ini melibatkan kawasan Kuala Perlis Titi Tinggi Pauh Tambun Tulang dan Sena.

    Fokus kini terarah kepada pucuk pimpinan Bersatu untuk menentukan langkah seterusnya bagi mengelakkan perpecahan lebih besar dalam gabungan PN.Sumber: Sinar HarianGambar: Free Malaysia Today

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17qR5JT5H1/

  • Musang king diserang belang harimau

    Musang king diserang belang harimau

    JERANTUT – Masalah ‘belang harimau’ atau durian tidak masak serentak menjadi cabaran kepada pekebun raja buah itu yang telah menyebabkan kua­liti buah terjejas sehingga harga jatuh sekarang ini. Akibat masalah belang harimau itu, durian itu termasuk musang king didapati mempunyai tompokan hitam seperti lebam dan kualiti terjejas. Pekebun durian, Lim Kim Chooi, 62, berkata, masalah belang harimau ini telah membuatkan ramai terpaksa menjual buah di bawah harga pasaran memandangkan lambakan raja buah berkenaan. “Keadaan ini sudah berlarutan dan setakat ini……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/musang-king-diserang-belang-harimau/

  • Duri hitam RM20 sekilo, semua mampu makan

    Duri hitam RM20 sekilo, semua mampu makan

    JERANTUT – Musim durian berpanjangan daripada bulan Jun hingga penghujung tahun ini dan lambakan raja buah itu di puncak musim menyebabkan harganya jatuh merudum. Ketika ini musang king telah dijual serendah RM10 sekilogram, manakala buah rebutan ramai adalah damak dengan RM6 kg. Selain itu, durian duri hitam yang dijual serendah RM20 kg ju­ga dilihat menjadi rebutan pem­beli yang kebanyakannya datang dari seluruh negeri dan dari Lembah Klang. Berdasarkan tinjauan Kosmo! di sekitar pekan Damak yang merupakan hab durian kampung premium…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/duri-hitam-rm20-sekilo-semua-mampu-makan/

  • EPL: Dua pemain tengah sasaran Man. United

    EPL: Dua pemain tengah sasaran Man. United

    MANCHESTER – Manchester United tidak menolak kemungkinan untuk menyertai pasaran perpindahan musim sejuk bulan depan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah.

    Selain minat yang ditunjukkan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Bournemouth, Antoine Semenyo, United dilapor mahu membuat perubahan pada jentera tengah dengan mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain di posisi itu yang berpengalaman.

    Pengendali United, Ruben Amorim dilapor memerlukan khidmat pemain di posisi No. 6 yang memiliki kriteria mampu memenangi bola ketika perebutan serta mempunyai kelajuan pada bahagian tengah.

    Beberapa nama dilapor berada dalam senarai ketika masa depan Bruno Fernandes, Kobbie Mainoo dan Casemiro masih lagi tidak menentu sekali gus menyaksikan mereka terdesak membawa masuk pemain baharu.

    Bagaimanapun, dua nama yang paling kuat dikaitkan adalah pemain Atletico Madrid, Conor Gallagher dan bintang Al Hilal, Ruben Neves selain Elliot Anderson, Adam Wharton, Tyler Adam dan Angelo Stiller.

    Gallagher dilapor berminat untuk kembali ke England, namun United memerlukan usaha yang lebih apabila Atletico tidak bersedia melepaskan khidmat pemain itu kecuali tawaran itu tiba dengan status pinjaman.

    Sementara itu, Neves juga turut bersedia mempertimbangkan tawaran United apabila menolak untuk menerima tawaran baharu daripada Al Hilal ketika dia juga berminat untuk kembali ke Eropah dan menyempurnakan impiannya beraksi di Liga Juara-Juara. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/epl-dua-pemain-tengah-sasaran-man-united/

  • Zii Jia kembali ke gelanggang

    Zii Jia kembali ke gelanggang

    PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dijangka kembali daripada rehat panjang menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 6 hingga 11 Januari nanti.

    Kemungkinan itu diperkuatkan lagi menerusi kemas kini dibuat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan Zii Jia yang mendapat perlindungan ranking akan turun sebagai pilihan ketujuh pada Jelajah Dunia Super 1000 itu.

    Perkembangan terbaharu itu disambut baik legenda badminton tanah air, Ong Ewe Hock yang menganggap kepulangan semula Zii Jia sebagai satu perkara positif di kala pemain-pemain lain terus bergelut dengan prestasi tidak menentu.

    Justeru, beliau berharap bekas juara Asia dan All England itu akan menampilkan prestasi terbaik apabila turun beraksi kerana sudah lama berehat daripada aksi kompetitif selain bermain di laman sendiri.

    “Ini memang satu perkara positif kerana dia pun sudah lama berehat akibat masalah kecederaan. Sudah tentu ia memberi kelegaan dan saya harap dia dapat mempamerkan aksi terbaik di Terbuka Malaysia nanti.

    “Tambahan pula dia akan bermain di laman sendiri. Oleh itu, gunakan peluang ini untuk mendapatkan semula sentuhan terbaik. Kita sebagai peminat, gembira apabila bekas pemain No. 1 negara kembali,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

    Sebelum ini, Zii Jia yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2020 terpaksa berehat panjang pada Mac lalu bagi memberi perhatian kepada kecederaan buku lali serta belakang.

    Bagaimanapun, dia membuat kepulangan semula dengan menyertai Kejohanan Badminton Dunia Ogos lalu diikuti Terbuka Hong Kong dan China Masters pada September sebelum mengambil keputusan berehat hingga akhir musim.

    Sementara itu, Ewe Hock juga menganggap kepulangan semula Zii Jia ke pentas kompetitif tepat pada masanya di kala pasukan negara dalam persiapan bagi menghadapi saingan Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark April depan.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/zii-jia-kembali-ke-gelanggang/

  • Isteri meninggal saat jenazah suami dimandikan

    Isteri meninggal saat jenazah suami dimandikan

    SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri dari Penaga, Butterworth di sini bagaikan berjanji untuk sehidup semati apabila kematian mereka hanya berselang tujuh jam pada Ahad lalu. Syed Abu Bakar Syed Omar, 75, meninggal dunia pada pukul 2 pagi setelah menderita kanser hati, manakala isterinya, Marina Awang, 60, pula menyusul pukul 9 pagi ketika jenazah suaminya mahu dimandikan. Anak saudara Syed Abu Bakar, Wan Sahalina Mohamed Rabu, 42, berkata, pemergian ibu dan bapa saudara pada hari sama mengejutkan ramai pihak. Katanya,……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/isteri-meninggal-saat-jenazah-suami-dimandikan/