Blog

  • ‘Mahu anak kenal ibu ayah, bukan dijaga orang lain’

    ‘Mahu anak kenal ibu ayah, bukan dijaga orang lain’

    PETALING JAYA – Pelakon Datin Atikah Suhaime menegaskan pendiriannya untuk membesarkan cahaya mata sulungnya, Lyla Mulan Teh tanpa bantuan pembantu rumah, kecuali ketika tuntutan kerja benar-benar memerlukan.

    Ujar Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, keputusan itu dibuat kerana mahu Mulan membesar dengan kasih sayang penuh daripada ibu bapa sendiri, bukan bergantung sepenuhnya kepada orang luar.

    “Mulan bawa seribu satu rahmat dalam keluarga kecil kami. Bila keluar, saya memang tak bawa pembantu rumah sebab nak Mulan luangkan masa bersama kami.

    “Saya nak dia kenal ibu dan ayah sejak kecil, bukan dijaga orang lain,” katanya dalam TikTok.

    Tambah pelakon filem TanTiAna itu, pembantu hanya diperlukan bagi memudahkan urusan ketika bekerja agar fokus terhadap komitmen profesional tidak terganggu.

    Malah dia mengakui, suaminya, Datuk Lokman Teh sudah memahami prinsip tersebut dan turut terlibat secara langsung dalam menjaga anak mereka.

    “Bagi saya, maid hanya untuk bantu bila saya bekerja. Itu sahaja. Bila saya tak bekerja, saya sendiri nak jaga Mulan sepenuhnya.

    “Syukur suami sangat faham. Dia pun sama-sama jaga Mulan. Kami bahagikan tanggungjawab dan nikmati fasa ini bersama,” jelasnya.

    Perkongsian Atikah itu mencuri perhatian ramai dan rata-rata netizen memuji pendirian pelakon tersebut selain menyifatkan sikapnya sebagai contoh terbaik buat ibu muda.

    “Ini baru ibu sebenar, sanggup jaga anak sendiri walaupun mampu ambil pembantu. Kasih sayang kena ada, jangan serahkan sepenuhnya kepada pembantu,” komen netizen.

    “Tak semua orang sanggup buat macam ini, salute dengan Atikah.

    “Anak kecil perlukan sentuhan ibu bapa, bukan semata-mata kemudahan,” tulis netizen.

    Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata sulung pada 8 Mac lalu dan diberi nama Lyla Mulan Teh. – KOSMO! ONLINE.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/mahu-anak-kenal-ibu-ayah-bukan-dijaga-orang-lain/

  • Orang KL, Putrajaya dan Labuan dapat 2 hari cuti tambahan

    Orang KL, Putrajaya dan Labuan dapat 2 hari cuti tambahan

    Seorang pempengaruh pakar HR berpengalaman, Ku Sim Ling menjelaskan mengenai kekeliruan orang ramai mengenai dua cuti umum tersebut yang jatuh pada hari Ahad.

    Menerusi perkongsian di Instagram oleh @professionalbimbo atau lebih dikenali sebagai Aunty HR, katanya, menurut undang-undang buruh, sekiranya cuti umum jatuh pada hari rehat mingguan, pekerja berhak mendapat cuti gantian pada hari bekerja berikutnya.

    “Undang-undang Malaysia sejak 1955 menyatakan bahawa jika cuti umum jatuh pada hari rehat, maka cuti gantian akan diberikan. Jadi untuk kes ini, Isnin dan Selasa akan menjadi cuti ganti. Pekerja hanya mula bekerja pada hari Rabu,” jelasnya.

    Menurutnya, bagi pekerja di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya untuk Hari Thaipusam dan Hari Wilayah yang jatuh pada hujung minggu akan digantikan dengan dua hari cuti tambahan pada hari Isnin dan Selasa.

    “Untuk mereka yang masih perlu bekerja pada hari cuti tersebut, untuk Ahad akan dibayar dengan kadar bayaran hari rehat, manakala untuk Isnin dan Selasa perlu dibayar mengikut kadar bayaran cuti umum,” jelasnya.

    Katanya, malah pada minggu tersebut rata-rata pekerja di Wilayah Persekutuan bakal menikmati cuti hujung minggu yang panjang.

    Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai apabila rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa lega selepas memahami hak cuti gantian yang termaktub dalam undang-undang buruh negara.

    “Terima kasih! Sekarang saya dah boleh beli tiket kapal terbang dengan senang hati!,” seloroh Ed Mat Rasul.

    “Untuk yang bekerja di Kuala Lumpur sahaja ye. Yang bekerja di Selangor jangan pandai-pandai ambil cuti sampai hari selasa,” komen Fad Ariffin.

    “Wah, sekarang baru saya betul-betul faham hari cuti ni. Selama ni selalu risau ada cuti ganti atau tidak sebab dua cuti umum jatuh pada hari yang sama,” komen Nisa Ray. – KOSMO! ONLINE

    A post shared by Sim Ling KU (@professionalbimbo)

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/video-orang-kl-putrajaya-dan-labuan-dapat-2-hari-cuti-tambahan/

  • ‘Kurang ajar! Saya tak pernah kacau tapi orang suka cari fasal’

    ‘Kurang ajar! Saya tak pernah kacau tapi orang suka cari fasal’

    Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata, dia tidak boleh berkompromi dengan perbuatan tidak beretika itu, apatah lagi pelaku turut mengecam ahli keluarganya.

    “Boleh tak sesiapa yang kenal orang ini (maklumkan saya). Biadab dan kurang ajar!

    “Saya, anak-anak dan isteri tak pernah kacau orang. Tetapi orang masih suka mencari masalah,” katanya dalam hantaran di Instagram.

    Tidak diketahui punca, pelaku dengan kasar mendesak agar Aaron pulang ke negara kelahirannya iaitu Singapura.

    Lebih menjijikkan, pelaku dengan megah mengugut mahu melakukan perkara tidak senonoh terhadap isteri aktor terbabit, Datin Diyana Halik serta anak-anak mereka.

    Pada masa sama, Aaron menzahirkan rasa kesal apabila situasi sebegitu sudah dinormalisasikan dalam kalangan pengguna media sosial dan kemudian akan disusuli dengan permohonan maaf.

    “Lepas itu buat video minta maaf,” katanya lagi.

    Dalam hantaran tersebut bapa kepada tiga cahaya mata itu turut meminta orang ramai menjejaki pemilik akaun FB itu selain meminta bantuan pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/kurang-ajar-saya-tak-pernah-kacau-tapi-orang-suka-cari-fasal/

  • ‘Pembuluh darah dia pecah, doakan moga ada keajaiban’

    ‘Pembuluh darah dia pecah, doakan moga ada keajaiban’

    KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui terkesan dengan ujian yang menimpa seorang peminat setianya yang kini berada di unit rawatan tapi, Hospital Kuala Lumpur.

    Menurut Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, peminat yang dikenali sebagai Mohd Fadzil itu sentiasa berada di setiap acara membabitkan dirinya.

    “Saya memang kenal dengan Fadzil, suami saya pun mengenali dia. Wajahnya selalu ada di setiap acara. Dia seorang peminat yang setia.

    “Setiap kali saya nak ke luar negara dia akan datang di lapangan terbang. Bila balik dia akan sambut.

    “Bila saya dapat tahu dia sakit dan berada di wad kecemasan sudah tentu saya sedih. Jadi saya ambil peluang untuk menziarahinya.

    “Dia cuma ada dua beradik. Ketika itu cuma ada abang dan kakak iparnya. Ketika berjumpa, dia sudah tidak sedarkan diri kerana pembuluh darahnya pecah,” katanya ketika ditemui di sidang media Konsert Legacy 30 Tahun Siti Nurhaliza, di sini, hari ini.

    Tambah penyanyi nombor satu negara itu lagi, sokongan peminat sangat besar ertinya bahkan kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah kerana mereka.

    “Peminat sebenarnya kekuatan bagi artis. Kalau tak ada sokongan peminat, kita mungkin tak sampai ke tahap ini, saya mungkin tak boleh kekal sampai sekarang.

    “Jadi pengorbanan mereka sangat besar buat saya. Harap dengan kehadiran saya dapat sedikit sebanyak memberi semangat untuknya walaupun dia sudah tidak sedar tetapi mungkin dia boleh dengar.

    “Saya mengharapkan doa semua pihak supaya ada keajaiban daripada Allah untuk dia,” jelasnya.

    Terdahulu tular dalam media sosial perkongsian video lawatan berkenaan yang dimuat naik oleh kelab peminat Sitizoners dalam TikTok

    Video itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-rata memuji keprihatinan serta keperibadian Siti sebagai anak seni berjiwa besar dan tidak pernah melupakan jasa peminat. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/pembuluh-darah-dia-pecah-doakan-moga-ada-keajaiban/

  • Harga runcit RON97, RON95 dan diesel turun mulai esok

    Harga runcit RON97, RON95 dan diesel turun mulai esok

    PETALING JAYA – Kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak lapan sen kepada RM3.16 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun enam sen kepada RM2.56 seliter bermula esok.

    Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, diesel di Semenanjung Malaysia turut mengalami penurunan sebanyak lapan sen kepada RM2.94 seliter sehingga 31 Disember ini.

    Katanya, penetapan harga itu dibuat seiring perubahan harga pasaran minyak dunia dan pelarasan mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

    “Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” ujarnya

    Dalam kenyataan sama, kementerian menjelaskan, harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) kekal RM1.99 seliter, manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada harga RM2.15 seliter.

    Bagi tempoh 18 hingga 24 Disember, harga RON97 ditetapkan pada RM3.24, RON95 tanpa subsidi (RM2.62) dan diesel Semenanjung (RM3.02) seliter. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/ron97-ron95-tanpa-subsidi-diesel-semenanjung-turun-mulai-esok/

  • Pemimpin DAP cadang perbincangan pengampunan penuh Najib

    Pemimpin DAP cadang perbincangan pengampunan penuh Najib

    Di tengah ketegangan politik antara UMNO dan DAP yang kembali tercetus susulan keputusan Mahkamah Tinggi menolak pelaksanaan Titah Adendum bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, seorang pemimpin DAP tampil membawa nada berbeza dengan menekankan keperluan melihat isu tersebut dari sudut kemanusiaan dan kematangan politik.

    Menerusi kenyataan panjang yang dimuat naik di Facebook, Ong Kian Ming menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana Titah Adendum berkenaan tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan. Justeru, katanya, keputusan tersebut wajar dihormati sepenuhnya sebagai ketetapan undang-undang.

    Bagaimanapun, Ong berpandangan tiada keperluan untuk mana-mana pihak ‘meraikan’ keputusan mahkamah atau mengeruhkan lagi suasana politik. Menurutnya, Najib telah menjalani hukuman penjara lebih tiga tahun sejak 23 Ogos 2022, selain berdepan isu kesihatan yang berulang kali dibangkitkan oleh ahli keluarganya.

    Beliau mengingatkan bahawa Najib merupakan satu-satunya bekas Perdana Menteri Malaysia yang pernah menjalani hukuman penjara, dan situasi itu bukan mudah, lebih-lebih lagi pada usia lanjut. Ong turut menzahirkan empati terhadap keluarga Najib, khususnya anak-anak dan cucu-cucunya, sambil menegaskan bahawa rasa simpati itu tidak bermaksud menafikan kesalahan yang telah berlaku.

    🔗 Source: https://thereporter.my/pemimpin-dap-cadang-perbincangan-pengampunan-penuh-najib/

  • Pemimpin DAP cadang perbincangan pengampunan penuh Najib | The Reporter

    Pemimpin DAP cadang perbincangan pengampunan penuh Najib | The Reporter

    Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.

    Baca juga:

    Ong turut menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan meraikan keputusan mahkamah secara terbuka hanya akan menyimbah ‘minyak ke api’ dalam suasana politik yang sudah pun terpecah akibat sentimen perkauman dan keagamaan.

    Menurutnya, kenyataan atau reaksi yang dilihat tidak sensitif bukan sahaja mengabaikan perasaan sebahagian masyarakat Melayu yang mungkin tidak menyokong perbuatan Najib dalam skandal 1MDB, tetapi tetap tidak mahu melihat seorang bekas Perdana Menteri dihina secara terbuka. Keadaan itu, katanya, berpotensi melemahkan keupayaan Kerajaan Madani untuk berfungsi dengan berkesan dalam tempoh baki penggal pentadbiran.

    Dalam nada lebih reflektif, Ong berkata sudah tiba masanya, mungkin bermula pada tahun 2026, untuk memulakan perbincangan serius mengenai kemungkinan pengampunan penuh Najib Razak. Beliau mengakui, pendiriannya telah berubah berbanding tahun 2023 apabila pengampunan penuh itu pernah dianggap sebagai ‘garis merah’ bagi DAP.

    Perkembangan politik semasa, termasuk keputusan pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, menurutnya, membuatkan beliau tidak lagi yakin bahawa pengampunan penuh terhadap Najib wajar kekal sebagai ‘garis merah’ mutlak.

    Baca juga:

    Ong turut merujuk cadangan “grand amnesty” yang diketengahkan oleh Khairy Jamaluddin, yang menurutnya boleh membuka ruang kepada satu ‘reset politik’ bagi menghentikan amalan menggunakan instrumen negara untuk memburu lawan politik setiap kali berlaku pertukaran kuasa.

    Beliau menegaskan, perbincangan mengenai pengampunan penuh tidak bermaksud melupakan kesalahan lampau, sebaliknya sebagai usaha ke arah pendamaian, kematangan demokrasi dan kestabilan jangka panjang negara.

    Dalam semangat Krismas, Ong menyeru pendekatan kemaafan tanpa melupakan kesalahan, demi matlamat lebih besar untuk perdamaian dan masa depan Malaysia yang lebih baik.

  • 槟3座水坝水位高于90% 8年来应对旱季最佳状态

    槟3座水坝水位高于90% 8年来应对旱季最佳状态

    槟州3座水坝,即亚依淡水坝、直落巴巷水坝及孟光水坝处于最佳水位,也是8年来应对下一个旱季的最佳状态。

    槟州供水机构(PBA)首席执行员拿督巴玛纳登周二发文告指出,自2017年以来,亚依淡水坝和直落巴巷水坝的有效水量首次在12月下旬同时高于90%。同时,扩建后的孟光水坝的蓄水量也高于90%的标记。该水坝于2021年1月重新启用,其有效水量提升了393%。

    “这意味着截至2025年12月23日,槟城所有3座主要水坝的有效水量均已达到最佳水平,以迎接预计于2026年1月开始的下一个旱季。”

    他说,水坝达到最佳状态的主要原因是,今年9月至11月期间,水坝集水区的降雨量很大,根据集水降雨量记录,直落巴巷水坝达1265毫米、亚依淡水坝744毫米及扩建后的孟光水坝1864毫米。这主要得益于东北季风季节以及拉尼娜气候现象的增强。

    他表示,次要因素是槟州供水机构实施了数项措施,包括亚依淡水坝行动计划(AIDAP),以支持有效补充这座21亿5900万公升水坝的蓄水。在今年8月经历一段干旱期后,亚依淡水坝的有效水量曾降至49.1%。为了最大限度地减少取水量,槟州供水机构从威省的双溪赖滤水厂抽水供应亚依淡和发林服务区,并优化了从两个次级取水口(主要取水口和达取水口)抽取原水。

    他指出,该机构也对直落巴巷水坝(182亿4000万公升)进行战略性补水,原水来自另外两个集水区(峇都丁宜集水区和双溪槟榔集水区)。同时还优化使用了来自峇都丁宜的原水,以支持峇都丁宜滤水厂的运营,从而最大限度减少从水坝取水。当其集水区降雨量较低时,直落巴巷水坝的有效水量在2025年4月曾降至45.3%。

    “扩建后的孟光水坝的有效水量全年基本保持稳定,因持续执行相关规程,以最大限度从慕达河抽取原水,并尽量减少从扩建后的孟光水坝(864亿公升)取水,除非在紧急或危机情况下。”

    他表示,本月至今,慕达河在拉哈甸取水口的水位介于2.15米至2.56米之间,槟州供水机构得以高效抽取原水,以支持双溪赖滤水厂的净水运营。对槟州供水机构而言的“安全”取水水位是2.0米。

    “就供水而言,槟城正处于8年来应对下一个旱季的最佳状态。”

    他说,槟城3座主要水坝的有利状态,预示着本州在迎接2025年圣诞节和2026年新年的节庆活动期间,供水状况将保持良好。然而,12月槟城的降雨量已逐渐减少。天气预报表明,2026年年初的旱季将在1月的第二周左右开始。预计2026年2月和3月,当槟城人民庆祝大宝森节、农历新年和开斋节时,将是干燥的月份。

    “我们预计,为了支持所有节庆活动以及外地宾客和游客的到来,亚依淡水坝和直落巴巷水坝的取水量将会显著增加。希望2026年4月和5月会有一些降雨,以补充我们的水坝蓄水量。”

    “尽管槟城目前在水坝蓄水储备方面处于有利位置,但槟州仍然是一个供水压力较大的州属,目前高度依赖唯一的原水资源(慕达河)。我们不知道气候变化在2026年可能会如何影响槟城的供水运营。”

    他说,在祝愿槟城人民2025年圣诞快乐和2026年新年快乐的同时,槟州供水机构也提醒所有用水户在槟城明智用水。

    明智用水的消费者也能节省水费。有关实用的节水建议,请浏览www.pba.com.my。

    【2025年槟城3座水坝的有效水量】

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1730845

  • 中国又发现一处大型金矿 蕴藏量逾100吨

    中国又发现一处大型金矿 蕴藏量逾100吨

    国际金价持续大涨之际,中国宣布又发现一处大型金矿。据中国吉林网消息,吉林省地矿局表示,今年于吉林伊通地区外围新发现多条金矿体,经进一步工作,该区域金资源量将突破100吨。

    美东时间22日晚间,纽约期金价格一度突破每安士4500美元。在截至大马时间23日早上11时40分,现货黄金报每安士4487美元。

    本月16日,山东省烟台市海洋发展和渔业局也宣布,莱州市三山岛北部海域新发现中国唯一、亚洲最大的海底巨型金矿。推估这座海底金矿的黄金储量高达562吨,平均每吨矿石能淘出4.2克黄金。

    烟台市海洋发展和渔业局指出,这座海底金矿开采总投资将超过百亿人民币,建成后每天能处理1.2万吨金矿石,预计年产黄金15吨,能直接带动近千人就业。莱州市累计探明金资源储量3900余吨,约占全中国的26%,金矿资源储量和产量均居中国首位。

    莱州市为山东省辖县级市,由烟台市代管,位于烟台市西部,西临渤海莱州湾。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1730819