Blog

  • Dua dunia berbeza, Amilesny minat biologi dan protokol

    Dua dunia berbeza, Amilesny minat biologi dan protokol

    BERGELAR pelajar sains dan pada masa sama aktif dalam dunia protokol mungkin kelihatan seperti dua dunia yang berbeza. Namun, bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi Sel dan Molekul (Dengan Kepujian), Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Amilesny Perumal, kedua-duanya merupakan ruang penting yang membentuk jati diri, keyakinan dan profesionalisme dirinya hari ini. Amilesny, 22, yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan dibesarkan di Johor, memulakan perjalanan akademiknya dengan mengikuti Diploma Perikanan di Universiti Putra Malaysia……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/22/dua-dunia-berbeza-amilesny-minat-biologi-dan-protokol/

  • Belanja RM1,000 sebulan beli kopi mahal

    Belanja RM1,000 sebulan beli kopi mahal

    PETALING JAYA – Penangan ketagihan kopi mengakibatkan penggemarnya sanggup berhabis ribuan ringgit sebulan atas alasan mahu kekal fokus pada kerja atau pelajaran walaupun me­nyedari ia merupakan satu beban yang sangat sukar untuk dielakkan. Rata-rata penggemarnya me­ngakui tidak boleh memulakan hari tanpa kopi dan menjadi satu kewajipan untuk membelinya hing­ga mencecah lima cawan sehari. Muhammad Faiz Nordin, 29, berkata, dia membelanjakan kira-kira RM1,000 bagi memenuhi kehendak menikmati kopi pada setiap bulan, bersamaan RM30 hingga RM40 sehari atau lima cawan kopi di…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/22/belanja-rm1000-sebulan-beli-kopi-mahal/

  • Budaya Jepun pengaruhi hidup masyarakat kita

    Budaya Jepun pengaruhi hidup masyarakat kita

    KEHADIRAN susyi di pasar raya, populariti anime dalam kalangan remaja serta kecenderungan terhadap gaya hidup minimalis menjadi bukti jelas bahawa budaya Jepun semakin mengakar dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Apa yang dahulunya dianggap asing, kini menjadi sebahagian daripada rutin harian. Keupayaan Jepun mengekalkan tradisi sambil memodenkan masyarakatnya menjadikan budaya negara itu mudah diterima, sekali gus memberi kesan mendalam terhadap pelbagai aspek kehidupan kita. Pengaruh paling ketara dapat dilihat melalui perubahan dalam corak pemakanan. Jika dahulu hidangan Jepun hanya dinikmati dalam kelompok……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/22/budaya-jepun-pengaruhi-hidup-masyarakat-kita/

  • Dikesan hidap kanser selepas main bola

    Dikesan hidap kanser selepas main bola

    JITRA – Seorang pelajar sekolah dikesan menghidap kanser otot atau rhabdomyosarcoma (RMS) selepas mata kiri bengkak akibat kecederaan ketika bermain bola.

    Muhammad Danish Akif Muhammad Zulkhaery, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, menghidap kanser pada April lalu dan kini menjalani rawatan kemoterapi serta radioterapi.

    Menurut ibunya, Nur Hidayah Md. Salleh, 42, anaknya cedera ketika bermain bola sepak dan mendapat rawatan di hospital.

    Bagaimanapun, selepas dua minggu, matanya semakin bengkak dan doktor melakukan Pe­ngimejan Resonans Magnetik (MRI) sebelum mengesan ada ke­tumbuhan sebesar bola pingpong di belakang mata kiri.

    “Pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan itu dan seterusnya Danish menjalani rawatan,” katanya di rumahnya di Taman Cahaya di sini.

    Menurutnya, anak kedua daripada empat beradik itu tidak menunjukkan sebarang simptom kanser sebelum ini.

    “Dia seorang pelajar aktif dan mewakili sekolah untuk bermain bola sepak. Danish tidak pernah sakit teruk sebelum ini sehingga disahkan menghidap kanser.

    “Danish sudah menjalani se­penuhnya rawatan 28 kali radioterapi dan tujuh daripada 13 kali kemoterapi di Hospital Pulau Pinang. Setakat ini dia menunjukkan perkembangan baik kerana kanser dikesan pada peringkat awal, alhamdulillah,” katanya.

    Katanya, dugaan itu agak berat untuk dirinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir sebuah agensi kerajaan, manakala suami, Muhammad Zulkhaery A. Rahman, 45, hanya bekerja kampung.

    “Danish telah mendapat bantuan Majlis Kanser Nasional sebanyak RM200 sebulan untuk membeli kelengkapan diri se­perti pad penutup mata,” katanya.

    Ujarnya, Muhammad Danish terpaksa bercuti sekolah sejak Mei lalu dan berharap anaknya itu segera sembuh.

    Terdahulu Pengerusi Cancer Survivors Malaysia, Zuraini Kamal dan penaungnya, Datuk Mohd. Asri Redha mengunjungi remaja itu untuk menghulurkan sumbangan wang tunai dan bekalan makanan.

    Mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Nur Hidayah 7079022520 (CIMB).

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/22/dikesan-hidap-kanser-selepas-main-bola/

  • Jalan jadi perangkap dek sepotong makanan

    Jalan jadi perangkap dek sepotong makanan

    PORT DICKSON – Sikap segelintir individu yang suka memberi makanan kepada kera dan monyet terutamanya di Jalan Air Kuning-Si Rusa dekat Su­ngai Menyala di sini, menyebabkan haiwan itu sering berkeliaran di jalan utama itu. Keadaan itu turut mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal. Seorang pengguna jalan raya yang ingin dikenali Ahmad, 30-an berkata, dia sering menggunakan laluan tersebut dan sentiasa berhati-hati ketika melalui Sungai Menyala kerana bimbang terlanggar kera atau monyet. “Kebiasaannya pada waktu pagi dan……

    Hak cipta terpelihara © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/22/jalan-jadi-perangkap-dek-sepotong-makanan/

  • ‘Kami belum berani balik rumah’

    ‘Kami belum berani balik rumah’

    KEMAMAN – Walaupun banjir sudah mulai pulih berikutan cuaca kembali baik, rata-rata penduduk terjejas masih mahu kekal di pusat pemindahan sementara (PPS) kerana bimbang bencana bah kembali berulang. Rata-rata penduduk yang tinggal di pinggir sungai yang ditemui mengakui berada dalam kea­daan berjaga-jaga berikutan jangkaan fenomena air pasang besar masih berlaku sepanjang minggu depan. Salah seorang penduduk terjejas, Suhana Saleh, 47, berkata, dia yang tinggal di kawasan rendah berhampiran sungai belum dapat menarik nafas lega meskipun banjir di sekitar rumahnya di……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/22/kami-belum-berani-balik-rumah/

  • Bakat baik pulih badan kenderaan graduan IKM

    Bakat baik pulih badan kenderaan graduan IKM

    PELAJAR aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) diakui mempunyai kemahiran luar biasa dalam dirinya. Itu apa yang dibuktikan alumni Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, Perak, Muhammad Zuhaily Akmal Amran. Lelaki ini antara graduan IKM yang kini berjaya bergelar usahawan dalam bidang baik pulih badan kenderaan setelah tamat pengajian pada tahun 2017. Dia yang telah mengikuti program Sijil Teknologi Baik Pulih Badan Kenderaan di IKM Lumut selama setahun setengah begitu meminati bidang itu dan sangat berbakat dalam bidang pengecatan serta……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/22/bakat-baik-pulih-badan-kenderaan-graduan-ikm/

  • Kerusi KLIA jadi katil gelandangan

    Kerusi KLIA jadi katil gelandangan

    SEPANG – Jika sebelum ini beberapa lokasi di sekitar ibu negara menjadi tempat bermalam buat gelandangan, namun kini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini pula menjadi ‘rumah sementara’ mereka. Sekurang-kurangnya lima gelandangan termasuk lelaki dan wanita dengan ada antaranya warga emas ‘menghuni’ KLIA sejak lebih setahun lalu. Golongan ini dikatakan tidak akan menetap di KLIA dalam tempoh lama bagi mengelakkan ditahan, sebaliknya akan berpindah randah termasuk menjadi gelandangan di sekitar ibu negara. Tinjauan Kosmo! selama hampir……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/22/kerusi-klia-jadi-katil-gelandangan/

  • Pakai EV canggih, mentaliti ketinggalan

    Pakai EV canggih, mentaliti ketinggalan

    SAUDARA PENGARANG Saya ingin meluahkan sedikit kekecewaan sebagai pengguna kenderaan elektrik (EV). Ketika ini semakin ramai yang menggunakan kenderaan EV selepas harganya mampu milik terutama selepas Proton mengeluarkan model baharu. Stesen pengecas pula kadangkala penuh terutama pada musim perayaan atau cuti umum di lokasi menuju ke utara atau selatan tanah air. Ada segelintir pengguna yang mengecas berjam-jam lamanya kenderaan EV mereka. Malah bateri sudah 100 peratus penuh pun mereka masih ‘melekat’ di ­stesen, manakala pemandunya ­bersenang-­se­nang di hentian rehat atau…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/22/pakai-ev-canggih-mentaliti-ketinggalan/

  • ‘Konsert juga santapan jiwa, bukan hiburan semata-mata’

    ‘Konsert juga santapan jiwa, bukan hiburan semata-mata’

    DI sebalik hiruk-pikuk dunia hiburan dan arus kandungan pantas, masih wujud sebuah medan tenang berteraskan jiwa, ilmu serta nilai.

    Medan itu menjadi ruang TV AlHijrah menutup tirai siaran 2025 dengan deretan pencapaian membanggakan apabila berjaya menghasilkan kandungan lebih matang, berani meneroka format baharu serta memperkukuh peranan sebagai penyiar Islam buat rakyat Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris menyifatkan tahun 2025 sebagai fasa penting membuktikan kandungan Islamik berkualiti mendapat tempat di hati masyarakat.

    Sebagai penghargaan buat penonton setia, mereka menghadiahkan lima program berimpak besar menutup tirai tahun antaranya Konsert Malam Hijrah Bergema buat julung kalinya dianjurkan pada 31 Disember ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

    Ujarnya, konsert itu merupakan buah tangan istimewa hasil inisiatif mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr. Haji Mohd. Na’im bin Haji Mokhtar.

    “Konsert ini digerakkan sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat Malaysia serta bukti dakwah mampu disampaikan penuh seni, jiwa dan kemuliaan nilai.

    “Semua ini bukanlah semata-mata hiburan, sebaliknya santapan jiwa membangkitkan rasa syukur, refleksi serta keharmonian ketika melangkah ke tahun baharu,” katanya kepada HibGlam.

    Konsert ambang tahun baharu itu menyatukan irama nasyid, alunan zikir serta semangat hijrah dalam satu malam penuh refleksi.

    Konsert berkenaan menghimpunkan barisan artis ternama seperti Rabbani, Raihan, UNIC, Lah Ahmad, Hijjaz, Mawi, Sufian Suhaimi serta Munsyid Muda melibatkan Simfoni, Rabithah, Fine, Aeydan, Onepath dan Andika.

    Persembahan turut diperkukuh dengan kemunculan legenda Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah serta Datuk Nash.

    Tambah Namanzee, gandingan hos berpengalaman Faizal Ismail dan Ustaz Nabil Ahmad diyakini mengangkat mutu persembahan selain kolaborasi turut diperkukuh menerusi kehadiran IKIMfm sebagai Rakan Penyiar Radio.

    Selain hiburan, pengisian ilmu turut diberi penekanan menerusi Konvensyen Assalamualaikum: Perjalanan Menuju Kepada-NYA yang dianjurkan di PICC pada 30 Disember diikuti Bengkel Solat sesi petang bersama Ustazah Muzayyanah dan Ustaz Dr. Haji Nur Mohammad Hadi Zahalan.

    “Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IKIMfm serta Munsyid Malaysia atas kesudian berkolaborasi demi memastikan Konsert Malam Hijrah Bergema dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    “TV AlHijrah menghadiahkan konsert dan konvensyen ini sebagai warkah penghargaan buat setiap jiwa menempuh perjalanan dakwah penuh harapan dan cahaya.

    “Konvensyen pula dianjurkan dalam skala besar dengan penyertaan lebih 800 peserta berdaftar. Tokoh seperti Ustazah Muzayyanah Abdullah, Ustazah Nazirah Abu Bakar, Abu Talib Husin, Heliza Helmi serta Hazwani Helmi membimbing masyarakat memperhalusi hati serta memperbaiki hubungan dengan Allah,” jelasnya.

    Penonton di rumah turut diraikan menerusi program Anugerah Carta 114 musim ketiga, disiarkan secara langsung pada 27 Disember jam 9 malam.

    Melangkah ke 2026, Namanzee menegaskan tekad TV AlHijrah untuk memperluas capaian, memperhebat kandungan digital serta kembali aktif di lapangan masyarakat.

    “Tahun hadapan menjadi titik tolak Al Hijrah bukan sekadar stesen televisyen, tetapi sebuah gerakan masyarakat, memupuk kefahaman agama, membina karakter ummah serta menyantuni kehidupan melalui penyiaran membawa perubahan,” tuturnya.

    Antara perancangan utama termasuk pengisian di masjid, institusi pendidikan, lokasi tumpuan awam serta penganjuran Karnival Hijrah 2026, membuka lembaran baharu hubungan fizikal antara TV AlHijrah dan masyarakat.

    Bagi tontonan digital, TV AlHijrah turut menawarkan kandungan eksklusif menerusi aplikasi AlHijrah Plus (AH+), termasuk program gaya hidup Islamik Tenang Sekejap serta lima telefilem terbaik iaitu Surat Dari Syurga, Menantu Datuk Nikah Kahwin, Vibrasi Ayat-Ayat Tuhan, 30 Juzuk Terakhir dan Tanda Kiriman Tuhan.

    Telefilem eksklusif AH+ turut dibintangi ramai bintang hebat termasuk Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Datuk Sri Eizlan Yusof, Datuk Remy Ishak, Izzue Islam, Syafie Naswip dan Datuk Fauziah Nawi sekali gus membuktikan dakwah mampu disampaikan melalui visual berkualiti tinggi serta berdaya saing.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/22/konsert-juga-santapan-jiwa-bukan-hiburan-semata-mata/