Blog

  • 黄振威建议华文媒体 实践AI转型提高营收

    黄振威建议华文媒体 实践AI转型提高营收

    马新社2025年靠着独家转播东盟峰会与拓展AI技术过上财务丰收的一年,因此,马来西亚国家新闻社主席拿督斯里黄振威建议,华文媒体建立网络参考和AI顾问小组,实践AI转型提高媒体营收。

    他指出,媒体同业可以互相交流、提供投资参考,形成共享经验与建议平台,以协助媒体在AI应用及投资决策上做出更稳健判断。

    他周五(19日)出席第58届世界中文报业协会大会主题讲座,主持第一场以“利用AI驱动媒体公司增效降本”为题讲座时,以马新社作为通过活动带动收入为例子。

    他表示,当时许多国家领导陆续到访吉隆坡,马新社负责统筹媒体活动并主办多场会议,共参与200多场与东盟相关会议;美国总统特朗普访马时,也接待了超过1000名国内外记者,并负责整体流程和内容制作。

    “出于安全考虑,采访活动无法同时容纳大量媒体,因此相关新闻和影像多由马新社统一制作和提供。”

    他指出,尽管活动带来的收入未必十分可观,但在媒体营运压力持续加大情况下,仍比“零收入”更具现实意义。

    对此,他也在场邀约《光华日报》与马新社合作,因为来年他们也计划举办中小企业相关活动,双方可以探讨联办活动及多元创收的可能性。

    用数据分析 制作高回报内容

    谈及人工智能(AI),黄振威指出,AI已成为媒体转型的重要工具,重点不仅在于降低成本与提升效率,更在于如何将AI应用于收入模式,推动内容生产、广告变现及订阅经营发展。

    他表示,AI可协助媒体从一个创意延伸出多种内容形式,快速制作新闻、视频、短片及社交媒体内容,并按不同平台需求进行优化。内容产量增加,有助带来更多广告版位、赞助机会及互动率,从而提升收入潜力。

    在内容策划方面,他指出,AI可在制作前透过数据分析,判断题材潜力,包括受众偏好、热门时段、互动率较高的内容形式,以及更有效的标题与图片设计,让媒体集中资源制作高回报内容。

    他补充,AI可通过个性化推荐、精准推送及客制化电子报,提高受众参与度,延长阅读时间及订阅周期。同时,AI也让小型团队具备制作多语言内容、数据图像报道及主题节目的能力,这些内容可发展为赞助项目、付费产品或企业服务,拓展广告以外的收入来源。

    中企推动AI投资

    另外,黄振威也在演讲尾声分享中提到,中国公司在AI方面非常积极,常来马新社推动投资。

    他说,在马新社刚开始制定AI政策时,华为给予了很大帮助,让他学会使用华为工具并习惯其解决方案。

    “中国不仅出售产品,还会提供使用指导,而其他国家没有类似支持。”

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1729699

  • 在罗里视线死角插队 轿车遭拖行一段路(附视频)

    在罗里视线死角插队 轿车遭拖行一段路(附视频)

    一辆电召车从大罗里视线死角超车,结果不但超车不成,直接被罗里撞击拖行一段路。

    根据脸书专页Kepala Berputar上载的罗里行车记录仪视频,画面可看到一辆轿车从分岔路驶出,企图超车插入罗里前方,可是因为这里是罗里司机视线死角,轿车不但超车不成,结果直接被罗里撞至横向,并拖行一段路才停下。

    视频没有交代该辆轿车司机和乘客的情况,而从轿车挡风镜的电召车贴纸来看,这是一辆电召车。。

    网民都表示这轿车司机不值得同情,因为他真的以为罗里可以瞬间刹车让路。不过有一位网民就表示,如果行车记录仪能看到车,证明罗里司机也看得到车,应该马上刹车,结果她被其他网民嘲笑为没常识。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1729810

  • Sunway Square Mall ubah dasar mesra haiwan, patuh larangan kerajaan negeri

    Sunway Square Mall ubah dasar mesra haiwan, patuh larangan kerajaan negeri

    PETALING JAYA 19 Dis – Sunway Square Mall mengambil tindakan serta-merta mengubah dasar mesra haiwan susulan arahan kerajaan negeri yang mengekalkan larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor.

    Menerusi satu kenyataan, pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan haiwan peliharaan tidak lagi dibenarkan berada di dalam kawasan dalaman tertutup premis bagi memastikan persekitaran yang selamat, bersih dan selesa kepada semua pengunjung.

    Menurut kenyataan berkenaan, langkah itu diambil sebagai pematuhan terhadap arahan pihak berkuasa negeri serta demi kepentingan bersama.

    Bagaimanapun, haiwan peliharaan masih dibenarkan berada di kawasan luar yang telah ditetapkan sebagai zon mesra haiwan iaitu di Squarrel’s Playground yang terletak di Sunway South Quay Lake.

    Selain itu, haiwan peliharaan juga dibenarkan menemani pemilik masing-masing melalui laluan tertentu antara tempat letak kereta pusat beli-belah di aras B3 dan B4 serta zon luar yang ditetapkan, tertakluk kepada pemantauan pasukan keselamatan pusat beli-belah.

    “Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan menghargai kefahaman orang ramai ketika kami mematuhi arahan kerajaan negeri, sambil terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pengunjung,” menurut kenyataan itu.

    Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim dilaporkan berkata larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di negeri ini masih kekal berkuat kuasa.

    Bagaimanapun, beliau memaklumkan kerajaan negeri akan meneliti semula garis panduan sedia ada bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

    Terdahulu, tular di media sosial gambar papan tanda di pusat beli-belah berkenaan yang memaparkan kenyataan membenarkan kemasukan haiwan peliharaan, sekali gus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13191

  • Mahu rakyat fasih 3 bahasa asing, Selangor tawar kelas bahasa percuma mulai tahun depan

    Mahu rakyat fasih 3 bahasa asing, Selangor tawar kelas bahasa percuma mulai tahun depan

    KUALA LUMPUR 19 Dis – Kerajaan Selangor mengambil langkah proaktif memperkasa kemahiran pelbagai bahasa dalam kalangan rakyat dengan menawarkan kelas bahasa asing secara dalam talian dan percuma bermula tahun depan.

    Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif itu adalah kesinambungan program pembelajaran bahasa yang diperkenalkan ketika pandemik Covid-19 dan diuruskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bersama pusat bahasa, yang sebelum ini menerima sambutan menggalakkan.

    Menurut beliau, program yang sebelum ini dikenakan bayaran RM10 akan ditawarkan secara percuma sebagai pendedahan asas kepada pembelajaran bahasa yang lebih mendalam.

    “Bahasa adalah kekuatan yang membolehkan Malaysia bersaing di peringkat global, bukan punca perpecahan.

    “Sebab itu mulai tahun depan, Selangor akan tawarkan kelas bahasa Arab, Mandarin, Tamil, Perancis, Jerman dan Sepanyol secara dalam talian dan percuma, supaya rakyat negeri ini fasih sekurang-kurangnya tiga bahasa selain Melayu dan Inggeris,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Krismas peringkat negeri Selangor 2025 di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, pada Ahad.

    Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin turut menekankan kepentingan golongan muda menguasai teknologi terkini bagi memastikan mereka kekal relevan dalam arus pembangunan global.

    Beliau berkata, antara bidang yang perlu diberi perhatian termasuk kecerdasan buatan, pengkomputeran kuantum serta pelbagai inovasi digital yang sedang berkembang pesat.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13190

  • ‘Keadaan dah berbeza, tak patut ungkit janji lama Adam Adli hapus hutang PTPTN’ – AMK

    ‘Keadaan dah berbeza, tak patut ungkit janji lama Adam Adli hapus hutang PTPTN’ – AMK

    KUALA LUMPUR 19 Dis – Kritikan berterusan terhadap Adam Adli Abd Halim berhubung janji lamanya untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disifatkan sebagai tidak adil memandangkan konteks dan peranannya ketika ini sudah berubah.

    Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, janji tersebut dibuat ketika Adam Adli masih bergelar aktivis, berbeza dengan kedudukannya sekarang sebagai sebahagian daripada pentadbiran kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

    “Saya yakin kalau ruang diberikan, kita boleh sama-sama cari jalan untuk tambah baik sistem pendidikan kita, tidak hanya melalui PTPTN tetapi melalui banyak lagi inisiatif lain,” katanya menerusi program SKOP MG malam tadi bertajuk ‘Rombakan Kabinet: Game Changer Atau Biasa-biasa?’.

    Beliau mengulas komen negatif serta sindiran segelintir rakyat terhadap Adam Adli susulan pelantikan itu, khususnya berkaitan tuntutan agar janji penghapusan hutang PTPTN dilaksanakan segera.

    Muhammad Kamil meminta semua pihak menilai isu tersebut berdasarkan realiti semasa dan perubahan landskap ekonomi negara.

    “Kalau kita bercakap tentang soal menghapuskan PTPTN ini, dulu kita bercakap mungkin 10 atau 13 tahun yang lalu. Dalam keadaan pada ketika itu, kedudukan ekonomi kita berbeza, kedudukan fiskal dan hutang kita berbeza.

    “Jadi hujah lama itu kita tidak boleh ambil bawa ke hadapan bagi satu kritikan yang sebegitu,” ujarnya sambil menyamakan isu penghapusan pinjaman PTPTN dengan perdebatan mengenai harga minyak.

    “Sama halnya apabila kita bicara tentang soal harga minyak. Orang akan perlekeh ‘hari ini kita menang, esok turun harga minyak’.

    “Kerajaan ambil beberapa tahun masa untuk kita pulihkan keadaan ekonomi, lakukan penjimatan, dan alhamdulillah hari ini harga minyak telah berjaya diturunkan (secara berperingkat melalui penyasaran),” katanya lagi.

    Beliau menegaskan, sebarang perubahan dasar perlu dilihat secara menyeluruh dan berpandukan kemampuan semasa negara.

    “Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan?

    “Kita dah lihat dalam pengumuman Belanjawan 2026 umpamanya, untuk pelajar B40 itu hutang mereka dihapuskan, jadi ini adalah satu langkah positif ke arah merealisasikan apa yang kita pernah perjuangkan sebelum ini, tertakluk kepada kedudukan ekonomi,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13192

  • Fadhlina tersentuh lihat semangat kebersamaan rakyat hadapi banjir di Pahang

    Fadhlina tersentuh lihat semangat kebersamaan rakyat hadapi banjir di Pahang

    KUALA LUMPUR 19 Dis – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek terharu komitmen tinggi ditunjukkan jentera kerajaan pusat dan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam yang berganding bahu dalam mendepani bencana banjir di Pahang.

    Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyifatkan semangat kebersamaan yang ditunjukkan semua pihak sebagai faktor penting menyatukan rakyat dan menguatkan ketabahan ketika berdepan ujian.

    “Kebersamaan ini yang akan menyatukan kita, meneguhkan semangat tatkala menempuh ujian yang datang,” katanya.

    Semalam, Fadhlina mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke beberapa kawasan terjejas banjir di negeri itu bagi meninjau sendiri situasi semasa serta keadaan rakyat yang terkesan.

    Beliau berkata, beberapa laluan utama terputus akibat dinaiki air, namun rombongan tetap meredah kawasan terbabit bagi memantau keadaan mangsa banjir secara dekat.

    Menurutnya, pusat pemindahan sementara yang ditempatkan di institusi Kementerian Pendidikan beroperasi dengan lancar dan memberikan perkhidmatan terbaik demi kebajikan mangsa.

    Katanya, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, di samping mendoakan agar mereka diberikan kesabaran dan kekuatan serta berharap keadaan cuaca akan kembali pulih.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13194

  • JPN sahkan tiada penyalahgunaan identiti berkaitan MyKad arwah bapa pengadu

    JPN sahkan tiada penyalahgunaan identiti berkaitan MyKad arwah bapa pengadu

    SHAH ALAM 19 Dis – Tiada unsur penyalahgunaan identiti dikesan susulan dakwaan tular di media sosial mengenai nombor MyKad milik arwah bapa pengadu.

    Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan rasmi memaklumkan, hasil semakan mendapati kedua-dua individu yang dirujuk adalah warganegara Malaysia dengan nombor MyKad berbeza. Semakan juga menunjukkan tiada pengeluaran dokumen pengenalan secara tidak sah atau penglibatan warga asing seperti yang didakwa.

    JPN turut membuat semakan silang berkaitan paparan Maklumat Wang Tak Dituntut (WTD) dengan agensi berkaitan bagi memastikan ketepatan maklumat. Orang awam dinasihatkan merujuk terus kepada Bahagian Wang Tidak Dituntut (BWTD), Jabatan Akauntan Negara untuk pengesahan dan tuntutan lanjut.

    Nombor MyKad milik arwah bapa pengadu disahkan sah dan masih didaftarkan atas nama beliau. Pengesahan rasmi oleh waris boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPN.

    JPN menegaskan integriti dan keselamatan data rakyat Malaysia sentiasa dijaga mengikut undang-undang, dan sebarang penyalahgunaan data akan diambil tindakan tegas. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan awam.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13195

  • Papagomo didakwa gagal kemaskini butiran perniagaan berkaitan penerimaan sumbangan bayar saman

    Papagomo didakwa gagal kemaskini butiran perniagaan berkaitan penerimaan sumbangan bayar saman

    KUALA LUMPUR 19 Dis – Penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 42, lebih dikenali sebagai Papagomo, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mengemukakan perubahan butiran perniagaan kepada pihak berkuasa berkaitan penerimaan sumbangan orang awam bagi membayar saman terhadapnya dalam kes saman fitnah melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Wan Muhammad Azri yang selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

    Menurut pertuduhan, Papagomo selaku individu bertanggungjawab bagi perniagaan Invoice Solutions, iaitu perkhidmatan dan pengurusan majlis, didakwa gagal mengemukakan perubahan terhadap butiran berdaftar perniagaan terbabit apabila digunakan untuk tujuan penerimaan sumbangan daripada orang awam bagi membayar saman, antara 24 Oktober hingga 30 November 2017. Kes ini didakwa mengikut Kaedah 17A(1)(b) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12A Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, dengan hukuman maksimum denda RM10,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Anas Mahadzir, memohon jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Muhammad Amirul Ar-Rasyid memohon jaminan lebih rendah kerana anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dan sedang berdepan beberapa kes saman lain.

    Mahkamah kemudiannya membenarkan Papagomo diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13196

  • Ramanan tegaskan tiada tempoh ‘honeymoon’, segera fokus kepada rakyat

    Ramanan tegaskan tiada tempoh ‘honeymoon’, segera fokus kepada rakyat

    KUALA LUMPUR 19 Dis – Datuk Seri R. Ramanan, Menteri Sumber Manusia yang baharu dilantik, menegaskan bahawa tiada ruang untuk tempoh ‘honeymoon’ kerana ramai rakyat memerlukan bantuan segera.

    Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata, pada hari pertamanya menjawat jawatan semalam, beliau menerima taklimat daripada setiausaha agung kementerian, Datuk Azman Mohd Yusof, dan barisan kepimpinan atasan.

    “Hari ini, saya berada di Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Melihat situasi semasa, memang tiada masa untuk tempoh honeymoon kerana ramai yang memerlukan bantuan. Contohnya, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia menyeberangi sempadan setiap hari untuk bekerja di Singapura dan kembali semula. Kita mesti pastikan mereka dilindungi sekiranya berlaku sebarang insiden seperti kemalangan,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke ibu pejabat Perkeso hari ini.

    Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, anggota kabinet yang baru dilantik dijangka terus bekerja tanpa tempoh peralihan kerana tiada ‘honeymoon period’. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menambah, perkara itu dinyatakan secara jelas oleh perdana menteri dalam mesyuarat kabinet pertama selepas pelantikan menteri dan timbalan menteri baru.

    Ramanan berkata: “Apa yang perdana menteri katakan memang benar; tiada masa untuk honeymoon. Kami, menteri dan timbalan menteri yang baru, terus bekerja.”

    Beliau juga menegaskan walaupun ada menteri baru mungkin mahu pulang seketika selepas mengangkat sumpah, perdana menteri terus ke pejabat. “Itu juga yang akan saya lakukan. Dalam beberapa hari akan datang, saya akan pastikan saya mengenali kementerian dan agensi-agensi di bawahnya,” tambahnya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13197

  • ASNB umum pengagihan pendapatan tertinggi RM10.4 bilion bagi 2025

    ASNB umum pengagihan pendapatan tertinggi RM10.4 bilion bagi 2025

    KUALA LUMPUR 19 Dis – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 sebanyak 5.75 sen seunit, mengatasi kadar penanda aras iaitu Deposit Tetap 12 Bulan Maybank yang mencatat purata 2.29 peratus.

    Menurut ASNB, jumlah pembayaran sebanyak RM10.4 bilion akan diagihkan kepada 11.4 juta pemegang unit, menjadikannya pengagihan pendapatan tertinggi sejak penubuhan ASB. Dengan pengumuman ini, jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB kini mencapai RM206.7 bilion.

    “Pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026 dan boleh disemak di myASNB mulai jam 12 tengah malam pada hari yang sama,” jelas ASNB dalam kenyataan rasmi hari ini.

    Sehubungan itu, ASNB memaklumkan bahawa transaksi ASB di semua saluran akan ditangguh sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025 dan akan dibuka semula bermula 1 Januari 2026 di myASNB serta 2 Januari 2026 di cawangan dan ejen ASNB.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13198