Blog

  • Kerajaan diarah bayar RM274,375 kepada Siti Kassim, mahkamah sahkan serbuan polis tak sah

    Kerajaan diarah bayar RM274,375 kepada Siti Kassim, mahkamah sahkan serbuan polis tak sah

    KUALA LUMPUR 19 Dis – Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa serbuan polis dan penahanan yang berlaku terhadap peguam serta aktivis, Siti Kasim pada tahun 2018 adalah tidak sah, sekali gus mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi berjumlah RM274,375 kepada beliau dan anak guamnya.

    Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohammed Apandi dalam penghakimannya memutuskan serbuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kediaman Siti pada 21 Jun 2018 tanpa usaha menghubungi penghuni rumah terlebih dahulu merupakan satu perbuatan pencerobohan.

    Siti atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim, 62, bersama anak guamnya, Anis Nur Izzatty Ruslan, 31, memfailkan saman berkenaan pada 29 Januari 2021 dengan menamakan 30 defendan, termasuk 22 pegawai polis yang terlibat dalam kejadian tersebut.

    Turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat; bekas Pengarah Hospital Kajang, Dr Md Fikri Abu Bakar; Hospital Kajang; Ketua Polis Negara; Menteri Dalam Negeri; Menteri Kesihatan serta kerajaan Malaysia.

    Mahkamah memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi am sebanyak RM120,625 kepada Siti dan RM53,750 kepada Anis. Selain itu, defendan turut diarahkan membayar ganti rugi teladan berjumlah RM100,000 serta kos perbicaraan sebanyak RM50,000.

    Dalam penghakiman, Arziah menyatakan fakta kes tidak dipertikaikan apabila salah seorang pegawai polis mengakui tidak membaca laporan polis berkaitan sebelum serbuan dilakukan.

    Beliau menegaskan bahawa sebarang kemasukan ke premis persendirian tanpa kebenaran atau kuasa undang-undang adalah satu pencerobohan.

    Menurutnya lagi, dalam kejadian berasingan dua hari kemudian, Siti telah ditangkap ketika menjalankan tugas profesionalnya walaupun pihak polis tidak mempunyai asas yang kukuh untuk berbuat demikian.

    “Tindakan defendan menunjukkan sikap cuai yang melampau dan tidak mengendahkan hak perlembagaan plaintif,” katanya.

    Pada prosiding hari ini, kerajaan dan defendan lain diwakili Peguam Persekutuan, Anis Najwa Nazari, manakala peguam Surendra Ananth mewakili Siti dan Anis.

    Dalam pernyataan tuntutan, plaintif menyatakan Anis mendapatkan perlindungan di rumah Siti susulan masalah keluarga dan berada di kediaman itu pada 21 Jun 2018 ketika Siti menghadiri satu persidangan.

    Mereka mendakwa sembilan anggota polis berpakaian preman telah memasuki rumah Siti dengan memecahkan gril dan pintu utama sebelum membawa Anis secara tidak sah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, ketika beliau bersembunyi di dalam bilik air.

    Pada 23 Jun 2018, Siti hadir ke IPD Kajang selepas mengetahui anak guamnya ditahan secara tidak sah, namun mendakwa beliau tidak dibenarkan berjumpa Anis.

    Kira-kira jam 11 malam pada hari sama, Siti ditahan polis atas alasan menculik Anis dan menghalang tugas polis, namun permohonan reman terhadapnya kemudian ditolak oleh Majistret.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13202

  • Sukan SEA: Kontinjen negara mula alih sasaran

    Sukan SEA: Kontinjen negara mula alih sasaran

    BANGKOK – Kontinjen negara kini mengalihkan fokus untuk mengejar kedudukan empat teratas carta pungutan pingat Sukan SEA Thailand 2025 selepas sasaran 200 pingat keseluruhan pada temasya edisi ke-33 itu telah direalisasikan semalam.

    Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jeffry Ngadirin menegaskan bahawa misi baharu kini adalah memintas kedudukan negara jiran, khususnya Singapura dan Filipina, memandangkan Malaysia mempunyai kelebihan baki acara yang berpotensi emas berbanding pencabar lain.

    Beliau optimis lonjakan kedudukan boleh berlaku berdasarkan unjuran pingat yang bakal dituai sehingga hari terakhir temasya.

    “Sekarang sasaran kontinjen adalah untuk mengatasi negara jiran (bagi merebut kedudukan lebih baik). Kita sedang menjejaki kedudukan Singapura dan melebarkan jurang dengan Filipina.

    “Saya anggarkan mereka hanya mempunyai baki sekitar 15 ke 20 pingat di peringkat mereka. Sebaliknya, kita mempunyai peluang untuk meraih lebih kurang 20 pingat emas lagi yang boleh dicapai,” katanya ketika ditemui.

    Di Kemboja, Malaysia sekadar di kedudukan tujuh terbaik apabila hanya mampu membawa pulang 34 pingat emas, 45 perak dan 96 gangsa (175 keseluruhan), namun Singapura terus cemerlang dengan mengutip 51 emas, 43 perak dan 64 gangsa (158 pingat), manakala Filipina pula di kedudukan lima terbaik dengan 58 emas, 86 perak, 116 gangsa (260 keseluruhan).

    “Alhamdulillah, kita melepasi sasaran 200 pingat. Jadi, fokus kita adalah merebut tempat terbaik menerusi peluang yang ada termasuk acara sepak takraw yang berlangsung pada 20 haribulan nanti,” tambahnya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/19/sukan-sea-kontinjen-negara-mula-alih-sasaran/

  • Menjulang kebaya di alam serantau, busana tradisi wadah penyatuan

    Menjulang kebaya di alam serantau, busana tradisi wadah penyatuan

    DEWAN ballroom sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini menjadi saksi bagaimana kebaya diangkat martabatnya ke peringkat serantau sekali gus memperkukuh diplomasi budaya menerusi fesyen dan seni di Asia Tenggara. Karnival Kebaya Malaysia 3.0 diraikan cukup meriah bukan hanya dengan mengetengahkan busana kebaya tetapi juga menampilkan budaya fesyen serantau menerusi penyertaan negara-negara ASEAN. Karnival Kebaya Malaysia 3.0 itu diadakan bagi meraikan Hari Kebaya Kebangsaan, Fesyen dan Diplomasi Budaya ASEAN serta penganjuran Anugerah Persatuan Fesyen, Model dan Pageant Malaysia (MFMPA)……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/19/memartabat-kebaya-ke-peringkat-serantau-busana-tradisi-wadah-penyatuan/

  • Bantah orang luar jadi ketua Kampung Repah

    Bantah orang luar jadi ketua Kampung Repah

    TAMPIN – Penduduk Kampung Repah di sini mahu jawatan Pe­ngerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKK) atau ketua kampung dipilih dari anak jati kampung berkenaan. Wakil penduduk Nor Haslen Alom, 50, berkata, ini kerana jawatan tersebut dikatakan ­di­serahkan kepada individu yang bukan berasal dari kampung itu dan tidak dikenali penduduk. Menurutnya, bantahan berhubung ketua kampung baharu telah dibuat sejak 1 Disember lalu melalui kutipan petisyen tandatangan lebih 100 penduduk dan diserahkan kepada kepimpinan setempat termasuk wakil rakyat dan Pejabat……

    Hak cipta terpelihara © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/19/bantah-orang-luar-jadi-ketua-kampung-repah/

  • Bolehkah sembunyikan pertunangan?

    Bolehkah sembunyikan pertunangan?

    APAKAH hukumnya seseorang itu menyembunyikan pertunangannya daripada diketahui oleh masyarakat di sekelilingnya? JAWAPAN: PERTUNANGAN adalah janji bagi kedua-dua belah pihak iaitu bakal suami dan isteri dalam mengikat tali perkahwinan. Selalunya, ia melibatkan waktu-waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Antara persoalan yang selalu timbul di dalam pertunangan ini, adakah dibenarkan syarak untuk mengiklankan atau dihebahkan pertunangan tersebut seperti diiklankan majlis perkahwinan? Sebahagian ulama melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah sesuatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/19/bolehkah-sembunyikan-pertunangan/

  • Drebar JKR kini penghulu Mukim Ulu Yam

    Drebar JKR kini penghulu Mukim Ulu Yam

    SHAH ALAM – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Itu peribahasa tepat menggambarkan perjalanan hidup Muhammad Nabil Salehat, 37, yang bertukar 360 darjah daripada pemandu Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada penghulu. Anak jati Sungai Air Tawar itu berkata, permohonan sebagai penghulu pada tahun 2014 sekadar mencuba nasib mengubah kehidupan selepas menyertai JKR menggunakan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR). Katanya, syarat pelantikan Penghulu melalui sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memerlukan seseorang mempunyai rekod 10 tahun dalam kerja kemasyarakatan.…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/19/drebar-jkr-kini-penghulu-mukim-ulu-yam/

  • Emas, air mata dan kasih sayang abang

    Emas, air mata dan kasih sayang abang

    Sukan SEA Thailand yang sedang bertemasya ini bukan sekadar menghidangkan aksi sukan dan kejayaan atlet tetapi juga menyingkap kisah kekeluargaan yang menyentuh perasaan. Bagaikan ada yang menghiris bawang, rakyat Malaysia di kaca televisyen sebak menyaksikan sokongan dan kasih sayang yang dipamerkan daripada insan-insan bergelar abang buat adik tersayang. Atlet boling negara, Muhammad Syazirol Shamsudin dan atlet muay thai, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar mempunyai persamaan. Kedua-duanya meraih emas dengan air mata bersama sosok seorang abang di sisi. Kita biasa melihat atlet…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/19/emas-air-mata-dan-kasih-sayang-abang/

  • Tahun menakjubkan buat PSG

    Tahun menakjubkan buat PSG

    DOHA – Paris Saint-Germain (PSG) melakar sejarah tersendiri apabila merangkul trofi keenam sepanjang 2025 selepas menewaskan Flamengo pada perlawanan akhir Piala Intercontinental awal pagi semalam.

    Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Ahmad bin Ali, PSG selaku pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) membenam Flamengo 2-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

    Penjaga gol PSG, Matvei Safonov menjadi wira pasukan itu apabila berjaya menyelamatkan empat sepakan penalti pemain Flamengo bagi memastikan mereka membawa pulang trofi keenam pada tahun ini.

    Jurulatih PSG, Luis Enrique menyuarakan rasa bangga dan gembira atas kejayaan tersebut selain memuji barisan pemainnya kerana dapat mengekang asakan dilakukan Flamengo sepanjang perlawanan itu.

    “Enam trofi merupakan satu pencapaian yang sangat baik. Hari ini (semalam) kita disajikan dengan satu perlawanan yang cukup menarik, Flamengo juga sudah memberikan segala-galanya sepanjang saingan.

    “Ia bukanlah satu perlawanan yang mudah tetapi pemain-pemain menunjukkan kekuatan mental serta semangat untuk menang. Saya sangat gembira untuk mengemudi pasukan ini menentang satu pasukan hebat,” katanya.

    Pada perlawanan tersebut, PSG terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Khvicha Kvaratskhelia di minit ke-38 sebelum Flamengo kembali menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Jorginho.

    “Ini merupakan final yang sangat penting dan sukar tetapi kami berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Kami juga sangat bernasib baik kerana memiliki Safonov yang beraksi cukup cemerlang,” ujar pemain tengah PSG, Vitinha. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/19/tahun-menakjubkan-buat-psg/

  • Adira, Datuk Red sepakat ‘no comment’ dakwaan sudah lama rujuk

    Adira, Datuk Red sepakat ‘no comment’ dakwaan sudah lama rujuk

    PETALING JAYA – Didakwa sudah lama rujuk, bekas suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu enggan mengulas lanjut perkara itu.

    Kata Adnan atau lebih mesra disapa Red, 47, dia tidak mengetahui sebarang perkara berkaitan dakwaan tersebut termasuk kononnya sudah rujuk semula dengan Adira dalam tempoh idah.

    “Siapa cakap? Mana kalian tahu ini.

    “Wallahualam, tak tahu. No (tiada) komenlah.

    “Saya tidak tahu macam mana dapat info, saya baru balik solat jumaat ini,” katanya ketika dihubungi HibGlam.

    Ditanya berkaitan tarikh sebutan pengesahan rujuk pada 20 Januari tahun hadapan, Red kekal dengan pendirian untuk mengunci mulut.

    “Kalau jumpa nanti untuk sahkan baru betul, sekarang tak ada apa,” ujarnya lagi.

    Sementara itu, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 34, memberikan reaksi serupa apabila dihubungi Kosmo! Online bagi mendapatkan kenyataan lanjut isu itu.

    “Mengenai hal ini, ‘no comment’ (tiada komen).

    “Saya tak mahu komen apa-apa,” katanya

    Hari ini, kecoh mengenai dakwaan Red memfailkan pengesahan rujuk dua hari lalu di Mahkamah Syariah Gombak Barat dan tarikh sebutan dijadualkan pada 20 Januari 2026.

    Untuk rekod, Red dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 namun perkahwinan berakhir dengan perceraian pada 24 April lalu.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/19/adira-datuk-red-sepakat-no-comment-dakwaan-sudah-lama-rujuk/

  • Banjir surut, penduduk berebut cari emas depan rumah

    Banjir surut, penduduk berebut cari emas depan rumah

    JAKARTA – Satu klip video tular di Aceh Barat, wilayah Aceh menunjukkan berpuluh-puluh penduduk berebut mencari emas di hadapan sebuah rumah selepas bencana banjir kilat mula surut, lapor portal berita Lambe Turah hari ini.

    Kejadian berlaku di perkampungan Seuradeuk, daerah Woyla Timur semalam.

    Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pujamuliana19 menunjukkan orang ramai termasuk kanak-kanak berpusu-pusu mengutip tanah dengan tangan.

    Ada antara mereka membawa baldi serta guni untuk meletakkan tanah tersebut.

    Situasi itu tercetus apabila seorang penduduk menemui kepingan emas selepas melombong di hadapan rumah itu.

    Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

    “Bencana banjir membawa rezeki,” kata seorang netizen.

    “Emas milik kerajaan, bencana milik masyarakat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/19/banjir-surut-penduduk-berebut-cari-emas-depan-rumah/