Blog

  • Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh dua tahun

    Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh dua tahun

    KUALA LUMPUR 3 Dis – Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz Tengku Zafrul dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa hari ini bagi tempoh dua tahun.

    Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Menurut kenyataan itu, selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul turut akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang kini dalam peringkat penelitian sebelum diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri.

    Tengku Zafrul sebelum ini menyandang jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, namun menamatkan perkhidmatan dalam Kabinet susulan tempoh sebagai Senator yang berakhir semalam.

    Terdahulu, beliau memaklumkan telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung kesediaannya untuk terus menyumbang kepada pentadbiran kerajaan dalam apa jua kapasiti meskipun tidak lagi memegang jawatan dalam Kabinet.

    Pelantikan itu dilihat sebagai langkah strategik bagi memastikan kesinambungan hala tuju pelaburan negara, khususnya dalam menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi dan berimpak besar kepada pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12899

  • Polis nafi tahanan ‘Op Songsang’ lebih 24 jam, tegas layan semua sama rata

    Polis nafi tahanan ‘Op Songsang’ lebih 24 jam, tegas layan semua sama rata

    KUALA LUMPUR 3 Dis – Polis menafikan dakwaan bahawa individu yang ditahan susulan serbuan ‘Op Songsang’ di sebuah premis di Chow Kit Jumaat lalu disalahguna kuasa atau ditahan melebihi tempoh 24 jam.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata semua siasatan dijalankan mengikut prosedur standard tanpa sebarang pelanggaran undang-undang.

    Beliau menegaskan dakwaan tahanan melebihi tempoh 24 jam adalah tidak benar kerana setiap prosedur dijalankan mengikut garis panduan.

    “Serbuan dilakukan pada pukul 8 malam. Kami proses tangkapan beramai-ramai di lokasi dan bawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen.

    “Laporan lengkap siap sekitar pukul 12 tengah hari keesokan harinya. Selepas itu, antara pukul 1 hingga 3.30 petang, kita jalankan siasatan secara komprehensif. Permohonan reman dimasukkan ke dalam sistem dan proses ini mengambil kira-kira tiga jam setengah,” katanya pada Program Pemantapan Polis Kuala Lumpur Merentasi Cabaran Memacu Kesejahteraan Siri 3 hari ini.

    Beliau menambah permohonan reman di hadapan majistret dibuat pada pukul 6 petang, masih berbaki dua jam sebelum tempoh 24 jam tamat.

    Disebabkan jumlah tangkapan ramai dan kehadiran 14 peguam, proses mengambil masa sehingga malam.

    “Bila reman tidak dibenarkan, kita perlu lakukan profiling dan memanggil penjamin. Proses menunggu penjamin mengambil masa, tapi tahanan melebihi 24 jam tidak berlaku,” ujarnya.

    Mengulas dakwaan layanan dua darjat, Fadil menegaskan polis mengendalikan semua tahanan secara sama rata tanpa sebarang double standard.

    Beliau juga menolak dakwaan badan bukan kerajaan dan media antarabangsa yang mendakwa operasi itu menafikan kebebasan berekspresi.

    “Kami melaksanakan tanggungjawab sebagai penguat kuasa undang-undang mengikut perlembagaan dan peraturan. Hak individu tidak dinafikan. Fokus kami adalah keselamatan awam,” tegasnya.

    Seramai 201 individu, termasuk 17 penjawat awam, ditahan dalam serbuan bersepadu itu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tidak bermoral di premis hiburan berkenaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12900

  • Tetap ‘meroyan’ ke Hatyai walaupun berlumut, lecah

    Tetap ‘meroyan’ ke Hatyai walaupun berlumut, lecah

    Boleh masuk Hatyai tak 25/12?, Hatyai sudah boleh pergi ke? .. Hatyai sudah boleh lalu ke? Ok tak kat Hatyai? Itulah pertanyaan yang sering diajukan orang Malaysia setiap kali pempengaruh Thailand membuat video mengenai situasi terkini di tempat pelancongan yang paling diminati iaitu Hatyai. Sehinggakan ada kebanyakan komen yang marah dengan pertanyaan itu dengan mengatakan rakyat Malaysia tetap ‘meroyan’ mahu ke daerah pasca bencana itu seperti tidak reti bahasa. Mereka bertanyakan begitu disebabkan sudah membuat tempahan hotel untuk ke sana…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/tetap-meroyan-ke-hatyai-walaupun-berlumut-lecah/

  • ‘Berhujan cari dana, masa shooting lori jatuh gaung’

    ‘Berhujan cari dana, masa shooting lori jatuh gaung’

    BUKAN mudah untuk seorang pengarah baharu menghasilkan karya sulung, itulah dilalui Azlan Norani. Usahanya merealisasikan filem Penghukum: Nusantara Assassin ibarat mendaki puncak dengan penuh luka, jatuh dan bangkit semula. Bertahun berjuang, diuji dalam hampir setiap fasa produksi, impian anak kelahiran Ipoh itu akhirnya terlestari.

    “Sepanjang berbelas bulan menghasilkan filem berkenaan, banyak dugaan dan cabaran saya lalui bersama kru produksi.

    “Adakalanya diduga dengan begitu dahsyat. Sewaktu pertengahan cerita, saya perlu menghabiskan filem ini dengan hanya tiga kru sahaja dan lori saya jatuh dalam gaung.

    “Tapi alhamdulillah, kita dapat hasilkan sebuah filem dan saya harap semua beri sokongan sebab usaha 13 tahun nak menghasilkan naskhah sulung ini bukan mudah,” katanya pada sidang media dan tayangan perdana Penghukum: Nusantara Assassin baru-baru ini.

    Menurut Azlan, segala kepayahan membuatkan kejayaan menyempurnakan filem berkenaan terasa lebih bermakna.

    “Syukur Allah permudahkan walaupun tinggal bertiga sahaja menjayakan solekan, pengurusan seni dan sebagainya. Memang sangat mencabar, malah perjalanan untuk hasilkan filem melalui jalan berliku.

    “Saya dengan bapa berhujan ke Kuala Lumpur untuk mencari dana, kena halau dan sebagainya. Macam-macam saya lalui dan akhirnya dapat juga dipertontonkan kepada orang ramai,” katanya.

    Mengambil masa enam bulan untuk proses penggambaran, Azlan menyifatkan projek tersebut sebagai amanah yang perlu diselesaikan walau berdepan kekangan besar.

    “Untuk filem ini penggambaran ambil masa selama enam bulan. Saya anggap ini sebagai satu amanah jadi macam mana pun saya tetap berusaha untuk siapkan dan alhamdulillah tetap ada yang setia berjuang bersama saya.

    “Ini pengalaman yang tak boleh dilupakan,” katanya yang meminati seni perfileman sejak kecil.

    Diterbitkan Terang Films & PMD Production, Penghukum: Nusantara Assassin sudah menemui penonton bermula 20 November lalu.

    Naskhah berkenaan mengisahkan Salahuddin, lelaki berusia 60-an yang membesarkan cucu tunggalnya, Yasmin selepas kematian ibu bapanya. Salahuddin menatang cucunya itu bagai minyak yang penuh.

    Suatu hari, Salahuddin terlambat menjemput Yasmin dari sekolah dan cucunya itu hilang tanpa jejak. Meski kes berkenaan dalam siasatan pihak berkuasa, Salahuddin enggan berpeluk tubuh dan berusaha menjejaki Yasmin.

    Pencariannya membongkar kebenaran yang cukup pahit untuk ditelan. Hatinya luluh apabila mendapati cucu kesayangannya itu menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia dan meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan diri.

    Demi menuntut keadilan, Salahuddin kembali sebagai pemburu upahan di bawah Pustakalayah, sebuah agensi rahsia berkonsepkan perpustakaan yang mengekalkan warisan Melayu lama.

    Dari situ bermulalah misi berdarah menumpaskan sindiket kejam yang meragut nyawa Yasmin, sekali gus membangkitkan kembali sisi gelap dirinya yang lama terpendam.

    Penghukum: Nusantara Assassin dibintangi Raib Salimn, Yusra Akma, Arwan Umar, Sahronizam Noor, Syazwan Zulkifly, Bell Ngasri dan Azhan Rani.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/berhujan-cari-dana-masa-shooting-lori-jatuh-gaung/

  • Benteng pertahanan Arsenal makin ‘rapuh’

    Benteng pertahanan Arsenal makin ‘rapuh’

    LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui risau implikasi lebih besar menanti pasukannya selepas kehilangan khidmat dua tonggak pertahanan, William Saliba dan Gabriel Magalhaes yang mengalami kecederaan ketika ini.

    Menurut Arteta, kedua-dua pemain tersebut dijangka terus disisihkan dalam kesebelasan utama pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford dalam aksi di Stadium Emirates awal pagi esok.

    Arteta berkata, kecederaan yang menimpa adalah di luar jangkaan dan terpaksa mengharapkan pemain pertahanan baharu seperti Cristhian Mosquera dan Piero Hincapie untuk memastikan pasukan kembali berada di landasan kemenangan.

    “Saya akui pening kepala kerana kita tidak bersedia untuk menghadapi situasi ini walaupun sering membuat pertukaran pemain sejak beberapa bulan lepas. Secara peribadi, saya tidak tahu bila kita dapat melihat gandingan Saliba-Gabriel kembali.

    “Namun, saya bangga dengan prestasi pemain gantian seperti Mosquera dan Hincapie yang sedia untuk diturunkan dan mereka telah beraksi dengan baik pada perlawanan lepas (bertemu Chelsea) dan harap momentum itu dapat dikekalkan,” katanya.

    Sementara itu, Arteta menyeru agar barisan pemain sedia untuk menggandakan usaha untuk kekal berada di kedudukan pendahulu liga walaupun berdepan jadual padat ketika ini.

    “Bukan mudah untuk beraksi setiap tiga hari selepas mengharungi dua perlawanan sukar minggu lalu. Kita perlu lupakan segala keputusan yang lepas dan fokus untuk aksi bertemu Brentford,” katanya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/benteng-pertahanan-arsenal-makin-rapuh/

  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih gilap masa depan anak-anak malang

    Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih gilap masa depan anak-anak malang

    RASA kagum perlahan-lahan menyelinap dalam diri penulis saat melangkah masuk ke sekolah yang teguh di tengah-tengah hiruk-pikuk Chow Kit, Kuala Lumpur. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) kelihatan persis sekolah umum biasa, lengkap dengan asrama sendiri, namun di sebaliknya tersimpan kisah hidup anak-anak yang meniti perjalanan luar biasa. Penulis diperkenalkan kepada tiga pelajar yang baru-baru ini meraih gelaran johan Pertandingan Video Pendek Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mereka ialah Wan Mohd. Khairul Anuar Wan Khohairi, Muhammad Aiman Abdullah, dan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/sekolah-bimbingan-jalinan-kasih-gilap-masa-depan-anak-anak-malang/

  • Dzarif ‘ketagih’ adrenalin litar lumba

    Dzarif ‘ketagih’ adrenalin litar lumba

    TRACK day ialah aktiviti tunggangan motosikal yang dijalankan sepenuhnya di dalam litar tertutup, di bawah pemantauan penganjur dan kawalan keselamatan yang lebih teratur. Tidak seperti menunggang di jalan raya, track day memberi ruang kepada penunggang untuk mengasah kemahiran seperti titik membrek, garis perlumbaan dan pengambilan selekoh dalam persekitaran yang jauh lebih selamat. Penganjuran aktiviti permotoran yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda itu lazimnya dibahagikan mengikut kapasiti enjin serta catatan masa pusingan (lap time) penunggang. Bagi Muhammad Dzarif……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/dzarif-ketagih-adrenalin-litar-lumba/

  • Tune Talk, CRIT bawa e-sukan kampus ke arah profesional

    Tune Talk, CRIT bawa e-sukan kampus ke arah profesional

    DALAM beberapa tahun kebelakangan ini, landskap e-sukan di Malaysia berkembang jauh lebih pantas daripada yang dijangka ramai. Apa yang bermula sebagai sekadar hobi di bilik asrama, kafe siber mahupun ruang tamu rumah kini berubah menjadi industri bernilai jutaan ringgit dengan peluang kerjaya yang semakin luas. Kini, generasi baharu pemain muda bukan lagi melihat permainan video sebagai aktiviti masa lapang, tetapi sebagai ruang untuk membina masa depan. Inilah ekosistem yang cuba diperkukuh oleh syarikat penyedia rangkaian mudah alih berasaskan awan sepenuhnya……

    🔗 Source: http://kosmo.com.my/2025/12/03/tune-talk-crit-bawa-e-sukan-kampus-ke-arah-profesional/

  • 中国十大名校哈工大来马 设立全球首间海外教育中心

    中国十大名校哈工大来马 设立全球首间海外教育中心

    (吉隆坡3日讯)中国十大名校兼仪器科学全球排名第一的哈尔滨工业大学(哈工大)今日来马设立首间海外教育中心,为我国培养理工科人才。

    房屋及地方政府部长倪可敏指出,这不仅是马中教育合作的新里程碑,也为我国学生开启更多国际升学与交流的宝贵机会。

    他说,哈工大来马设立国际教育中心,除了体现马中友谊进一步提升,也显示大马开放、多元、具吸引力的环境获得国际认可。

    倪可敏今日在哈工大来马设立首间海外教育中心推介仪式上说,大马身为东盟重要门户,将继续秉持开放、友好与互利共赢原则,与国际伙伴携手,为下一代创造更多机会。

    “今年1月我受邀出席哈尔滨冰雪节开幕并到访哈工大,与副校长帅永教授进行直接交流。其后双方团队保持坦诚磋商,才促成今天的揭牌仪式。”

    他指出,我国期待未来推动更多马中合作项目,为本地学生提供接触航天科技与国际科研资源的平台,让大马学生在家门口获得国际水准的学习体验,进一步提升整体教育生态。

    他提及,东盟峰会后澳洲著名的莫那斯大学也宣布投资25亿在吉隆坡敦拉萨国际贸易中心商场(TRX)设立海外最大分校,充分体现我国在当今政府冶理下蒸蒸曰上的形象与地位。

    出席者包括行动党劳勿国会议员邹宇晖、中国哈工大副校长帅永及哈工大大马海外教育中心负责人陈晓葶。

  • 全国多地 风雨交加到9PM!

    全国多地 风雨交加到9PM!

    (吉隆坡3日讯)气象局预测,半岛与东马多地将有雷雨及强风,料持续到晚上9时。

    半岛受影响地区是霹雳、吉兰丹日里和话望生、登嘉楼乌鲁登嘉楼、龙运和甘马挽、彭亨金马仑、立卑、劳勿、而连突、文冬、马兰、关丹和云冰、雪兰莪、吉隆坡、布城、森美兰、马六甲及柔佛东甲、昔加末、麻坡、峇株巴辖、居銮、笨珍、古来和新山。

    东马受影响地区是砂拉越古晋、西连、三马拉汉、斯里阿曼、木中、泗里街、诗巫、加帛和民都鲁,及沙巴山打根。