Blog

  • Kahwin lewat, kayuh basikal jejas kesuburan

    Kahwin lewat, kayuh basikal jejas kesuburan

    KUALA LUMPUR – Gaya hidup idak sihat, masalah kesihatan reproduktif, sering berbasikal dan lewat mendapatkan rawatan dikenal pasti antara punca utama semakin ramai pasangan muda hari ini berdepan kesukaran untuk memperoleh zuriat. Ketua Unit Subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Wan Hilya Munira Mustapha berkata, isu ketidaksuburan melibatkan faktor lelaki, wanita, kedua-dua pasangan serta sebahagian kecil kes yang tidak diketahui punca. Beliau berkata, secara pecahan, kira-kira 30 hingga 40 peratus kes melibatkan faktor suami sahaja, 30 peratus…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/kahwin-lewat-kayuh-basikal-jejas-kesuburan/

  • EPL: Salah tidak ada jaminan masuk kesebelasan utama

    EPL: Salah tidak ada jaminan masuk kesebelasan utama

    LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arne Slot seakan tidak mampu untuk mengesahkan mengenai masa depan bintang sensasi pasukan itu, Mohamed Salah selepas dia hanya memanaskan bangku simpanan ketika menewaskan West Ham United 2-0, Ahad lalu.

    Slot menyenaraikan trio serangan yang dibarisi Florian Wirtz, Cody Gakpo dan Alexander Isak pada perlawanan itu yang menyaksikan mereka beraksi dengan lebih baik dan tersusun untuk mencatat kemenangan dan menamatkan rentetan tiga kekalahan sebelum ini.

    Sebelum perlawanan berlangsung, pengurus berkenaan menjelaskan alasan Salah digugurkan dari kesebelasan utama apabila mengakui ia sekadar proses penggiliran pemain kerana bintang berkenaan sudah beraksi dalam banyak perlawanan.

    “Kami bermain banyak perlawanan, dalam masa 10 hari empat perlawanan perlu diharungi. Salah sangat penting buat pasukan, kita akan tengok nanti pada perlawanan seterusnya (menentang Sunderland),” katanya.

    Kenyataan itu memberi bayangan bahawa tidak ada jaminan bahawa pemain antarabangsa Mesir itu akan kembali berada dalam kesebelasan utama ekoran Liverpool dilihat mempamerkan aksi terbaik tanpanya di Stadium London tempoh hari.

    Sebelum ini, Salah menjadi salah satu topik hangat dibincangkan apabila kualitinya dilihat menurun musim ini selepas kelab itu membuat keputusan membawa masuk beberapa muka baharu selain ia juga berpunca ekoran ketiadaan Trent Alexander Arnold.

    Slot melakukan rombakan drastik ketika aksi menentang West Ham apabila menggunakan Gakpo di posisi yang ditinggalkan Salah selain kembali meletakkan Dominik Szoboszlai kembali ke posisi pemain tengah menyerang berbanding beraksi sebagai bek kanan sebelum ini.

    Keputusan itu menyaksikan Liverpool beraksi lebih seimbang apabila berjaya menguasai permainan dan melakukan sembilan percubaan termasuk lima daripadanya adalah percubaan tepat. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/epl-salah-tidak-ada-jaminan-masuk-kesebelasan-utama/

  • Hidap kanser saluran faraj, Nourul Deep buang uterus, ovari

    Hidap kanser saluran faraj, Nourul Deep buang uterus, ovari

    KUALA LUMPUR – Nampak ceria dan menjalani hidup sihat bersama keluarga, siapa sangka penyanyi Nourul Depp sebenarnya pernah diuji dengan masalah kesihatan yang ditakuti golongan wanita apabila disahkan menghidap kanser saluran faraj tahap pertama sekitar 2018.

    Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 48, kesan daripada kanser tersebut, dia terpaksa membuang uterusnya pada September 2020 dan ovari pada tahun lalu.

    “Doktor sarankan ambil suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) selama enam bulan yang selalunya untuk wanita berdepan masalah uterus.

    “Namun, kanser itu tetap datang lagi dan berkembang daripada pra kanser kepada tahap satu. Proses itu berlaku sehingga saya anak keempat. Kalau makin teruk, saya takkan mengandung.

    “Selepas doktor sahkan memang kanser, saya ambil keputusan buang uterus dan ovari. Alhamdulillah, sekarang sudah okey,” katanya selepas sidang media Konsert For You: Nourul, di sini, semalam.

    Dalam masa sama, dia tidak menolak bahawa penyakit tersebut disebabkan stres melampau dialaminya selepas kerugian RM80,000 kerana ditipu pihak yang menjanjikan mahu menerbitkan album bahasa Perancis untuknya pada 2018.

    “Sebuah syarikat tempatan janji nak taja dan semua perjanjian pun ada untuk memberi dana RM80,000. Saya dan suami pun tandatangan perjanjian sebelum laburkan duit dulu.

    “Realitinya, kami ditipu sehingga kes masuk mahkamah tetapi sehingga hari ini mereka lesap dan RM80,000 tak dapat semula. Itu memang antara dugaan hidup paling besar buat saya.

    “Memang kalau stres melampau disebabkan hormon kortisol tinggi. Kebanyakan yang dapat masalah kanser sekarang semua sebab stres,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Nourul bakal muncul dengan konsert solo pertamanya selepas 30 tahun bergelar penyanyi.

    Nourul kini menetap di Bali, Indonesia dalam rangka promosi Konsert For You: Nourul anjuran Rong Geng Entertainment akan berlangsung pada 17 April tahun depan di Zepp Kuala Lumpur. Tiket sudah mula dijual semalam menerusi laman web ticket2u. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/hidap-kanser-saluran-faraj-nourul-deep-buang-uterus-ovari/

  • Kerugian industri pelancongan Songkhla dijangka cecah RM1 bilion

    Kerugian industri pelancongan Songkhla dijangka cecah RM1 bilion

    BANGKOK – Industri pelancongan Songkhla dijangka mengalami kerugian sehingga lebih 7 bilion baht (RM906 juta) selepas banjir besar memusnahkan bandar Hatyai dan daerah-daerah sekitarnya, lapor laman berita Thai PBS World.

    Presiden Persatuan Hotel Hatyai–Songkhla, Sitthipong Sitthiphatprapa berkata, banjir itu menyebabkan acara Sukan SEA yang bakal berlangsung dipindahkan ke Bangkok dari Songkhla.

    Sitthipong berkata, bencana itu telah meningkatkan krisis sektor pelancongan kerana lebih 10,000 pelancong terperangkap semasa banjir bulan lalu.

    “Kerugian hasil pelancongan dijangka melebihi 7 bilion baht. Jika pemulihan tertangguh hingga Januari atau Februari tahun depan, jumlah kerosakan boleh mencapai 10 bilion baht (RM1.3 bilion), tidak termasuk anggaran 3 bilion baht (RM338 juta) untuk kos pembaikan perniagaan hotel,” kata Sitthipong.

    Banjir meluas yang bermula pada hujung bulan lalu di Hatyai telah menyebabkan kerosakan besar kepada sejumlah rumah, premis perniagaan dan infrastruktur pelancongan, dengan sebahagian penduduk masih tidak dapat kembali ke kediaman mereka.

    Sitthipong menambah, Kementerian Dalam Negeri telah menghubungi pihaknya dan bertanya sama ada hotel-hotel boleh menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal buat sementara waktu.

    Beliau berkata, hanya 20 daripada lebih 300 hotel di Hatyai dan Songkhla kini boleh beroperasi kerana sebahagian besar masih dinaiki air atau sedang dalam proses pembaikan.

    “Kebanyakan bilik sudah ditempah oleh agensi bantuan dan pasukan kecemasan,” katanya sambil menambah, pemulihan penuh bagi kebanyakan hotel mungkin mengambil masa dua hingga tiga bulan.

    Pengusaha hotel turut bersedia mengemukakan cadangan bagi menggesa kerajaan untuk memperkenalkan langkah-langkah bantuan seperti moratorium hutang, pinjaman pemulihan faedah rendah dan penggantungan sementara pembayaran cukai tanah, yang perlu dibayar awal tahun depan. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/kerugian-industri-pelancongan-songkhla-dijangka-cecah-rm1-bilion/

  • Unit Jenayah Terkelas siasat kes kematian Syamsul Haris

    Unit Jenayah Terkelas siasat kes kematian Syamsul Haris

    JOHOR BAHRU – Siasatan kes kematian ke atas pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin yang diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dijalankan Polis Bukit Aman.

    Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan berhubung kes berkenaan telah diambil alih oleh Unit Jenayah Terkelas.

    “Siasatan kes ini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah diambil alih oleh pasukan ini, bukan disiasat oleh Kontinjen Johor lagi.

    “Dari proses siasatan dan apakah langkah langkah seterusnya saya tak dapat nak berikan butiran lengkap kerana ianya di bawah bidang kuasa pihak Bukit Aman,”katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

    Semalam, Jabatan Peguam Negara (ACG) mengarahkan kes kematian Allahyarham Syamsul Haris diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574).

    Keputusan itu dibuat AGC berpandukan laporan siasatan yang dibuka oleh PDRM ke atas kematian Allahyarham Syamsul Haris pada hari ini.

    Syamsul Haris, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram sebelum dikebumikan keesokannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.

    Pada 30 Ogos, bedah siasat kedua terhadap jasad Allahyarham Syamsul Haris dilaksanakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan jenazah dikebumikan semula di tanah perkuburan berkenaan pada hari sama. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/unit-jenayah-terkelas-siasat-kes-kematian-syamsul-haris/

  • Hujan lebat lagi mulai Jumaat, tidak sebanyak minggu lalu

    Hujan lebat lagi mulai Jumaat, tidak sebanyak minggu lalu

    PETALING JAYA – Amaran Hujan Berterusan tahap waspada yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melibatkan beberapa kawasan di Pantai Timur, Johor, Sabah dan Sarawak bermula Jumaat ini dijangka tidak sebanyak seperti episod terdahulu.

    Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, dalam masa sama orang ramai juga diminta untuk merujuk maklumat terkini dikeluarkan oleh MetMalaysia.

    “Berdasarkan maklumat terkini, hujan yang bakal datang tidak sebanyak episod terdahulu. Mohon orang ramai dapatkan maklumat terkini daripada MetMalaysia,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung gelombang kedua banjir rentetan perkongsian orang ramai tentang perkara tersebut menerusi media sosial.

    Terdahulu, MetMalaysi dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dalam tempoh Sabtu hingga Ahad ini.

    Selain itu, keadaan sama turut berisiko melanda Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu dalam tempoh Ahad hingga Isnin.

    Tambah MetMalaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah membabitkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh Jumaat hingga Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/hujan-lebat-lagi-mulai-jumaat-tidak-sebanyak-minggu-lalu/

  • 【宏福苑5级火】港警:增至156人死 有假社福网页诱骗捐款

    【宏福苑5级火】港警:增至156人死 有假社福网页诱骗捐款

    香港大埔宏福苑5级火,警方2日公布死亡人数上升至156人,仍有30人失联。再多两人涉嫌误杀被捕,至今累计15人被捕。警方亦指,发现网上有模仿社福机构的网页诱骗市民捐款,1日就此拘捕一名傀儡户口持有人。

    警务处伤亡查询中心主管曾淑贤指,今次火灾死亡人数增至156人,已辨认遗体127具,29具待辨认,约30人仍然失联。

    警务处新界北总区指挥官林敏娴指,警方已完成5座大厦的搜索工作,余下的宏昌阁及宏新阁,分别完成4成及9成搜索工作。搜索工作在2日下午1时曾暂停,以免路祭期间令家属触景伤情。

    林敏娴指,明白未被波及的宏志阁居民,希望拿取重要个人物品,政府多个部门协调下会在3日及4日,安排住户一次性返回拿取个人物品。民政事务总署东区民政事务专员黎旨轩指,居民可在3日及4日早上9时至晚上9时任何时段,持身份证明文件到广义楼旁报到,每户可回家一次,限两人同时上楼最多1.5小时。

    警方指,截至1日以涉嫌误杀拘捕15人,包括14男、1女,年龄介乎40至77岁。被捕人士包括宏福苑维修工程大判工程公司、工程顾问公司、二判棚架及外墙维修公司的相关人员,部分人士正保释候查以及被扣查,不排除有更多人被捕。

    ●有假社福网页诱骗市民捐款

    湾仔警区助理指挥官(刑事)林建达指,在11月29日收到举报,指网上有一个模仿本地社福机构的网页,以“火灾支援基金”的名义,试图诱骗市民捐款。警方当晚透过香港网络安全事故协调中心,将网页移除,并联络银行停止相关户口运作。警方暂无收到市民被该网页诈骗的案件。

    警方于1日拘捕一名傀儡户口持有人,该人为27岁持双程证来港的中国籍女子,报称无业,目前正被扣查。案件交由湾仔警区重案组第二队继续调查,不排除有更多人被捕。

    警方又指,早前有骗徒冒认机构或殉职消防员家属,发送钓鱼信息及二维码,亦有人用假灾民登记表格骗取资料,有骗徒假冒灾民欺骗市民善心。警方呼吁市民应透过官方或可靠渠道捐款,捐款前亦应向相关机构核实清楚。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1722945

  • 柬埔寨向中国游客 试行免签证入境

    柬埔寨向中国游客 试行免签证入境

    《柬中时报》报道,柬埔寨政府决定自2026年6月15日至10月15日,对中国公民试行免签入境政策。

    据报道,中国游客期间仅需填写电子入境卡即可入境,无需任何申请与费用,每次入境可停留14天,并可多次往返。

    柬埔寨内阁于12月2日致函外交部、财经部、内政部和旅游部,通知政府有关决定。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1722876

  • 针对刁健城妻亮枪指控报警 阿占巴基:反贪会无需隐瞒

    针对刁健城妻亮枪指控报警 阿占巴基:反贪会无需隐瞒

    反贪污委员会主席丹斯里阿占巴基说,反贪会已就沙巴探矿准证弊案告密者拿督刁健城妻子李佩丽(译音)的“亮枪指控”,向警方报案。

    “我们没有什么需要隐瞒。”

    他驳斥亮枪的指控,并强调反贪会是根据标准作业程序,对刁健城展开逮捕行动。

    他说,反贪会官员已就此报案,并已前往警局录取口供。

    此外,他也否认李佩丽指称反贪会搜查时未提供搜查清单。“此说法不属实,调查官严格遵守作业程序,并将搜查清单与所扣押物品列表交给刁建成。

    他也说,反贪会也拥有充分录影证据以反驳相关指控,包括警方取得的屋内闭路电视的录像。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1722976

  • 赛夫丁、赞比里及纳因 宣誓续任上议员 名单没有凯里

    赛夫丁、赞比里及纳因 宣誓续任上议员 名单没有凯里

    3名内阁部长的上议员任期于昨日(2日)届满后,今早在国会上议院主席拿督阿旺比米面前,宣誓续任上议员。

    他们分别是内政部长拿督斯里赛夫丁纳苏申、高教部长拿督斯里赞比里,以及首相署(宗教)部长拿督莫哈末纳因,这让他们可以继续在内阁履行职务。

    不过,早前盛传可能受委上议员的前卫生部长凯里,却没有出现在这一轮的宣誓名单中。

    阿旺比米在简短致词中欢迎3人再度受委,并希望他们继续尽责及诚信服务,以加强上议院作为公信力立法机构的角色。

    “此次续任是由国家元首根据《联邦宪法》第45(1)(b)条款的规定委任,并从即日起生效至2028年12月2日,符合《联邦宪法》第45(3)及45(3A)条款的规定。”

    3人是在2022年12月3日宣誓就任第一届上议员,至于投资、贸易及工业部长东姑扎夫鲁在第2届上议员任期于昨日届满后,正式卸下内阁部长职。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1722972