Blog

  • Sakit mental, kanser tak halang Nor Shamira raih Emas Naib Canselor

    Sakit mental, kanser tak halang Nor Shamira raih Emas Naib Canselor

    MESKIPUN berhadapan dengan masalah kesihatan, ia tidak menghalang Nor Shamira Irwani Farid untuk mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam pendidikan. Ketika menyempurnakan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, gadis itu sebenarnya perlu ‘bertarung’ dengan masalah kesihatan mental dan kanser darah tahap empat. Tetapi, itu semua tidak mematahkan semangatnya dan kecemerlangan dalam menyempurnakan pengajian telah membolehkan dirinya menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Dia yang merupakan Graduan Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dengan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/01/sakit-mental-kanser-tak-halang-nor-shamira-raih-emas-naib-canselor/

  • Sanggup gadai nyawa demi kerja di Malaysia

    Sanggup gadai nyawa demi kerja di Malaysia

    Lebih 200,000 warga Myanmar daripada etnik Rohingya dilaporkan berada di negara ini dan tinggal berselerak termasuk di kawasan kampung dengan melakukan pelbagai kerja rencam. Kebanyakan mereka menikmati kehidupan yang baik hasil keamanan serta kemakmuran Malaysia. Ada juga yang hidup senang berbekalkan usaha dan kerajinan mereka sendiri. Kehidupan selesa itu sekali gus menarik lebih ramai saudara mara dan rakan sehingga sanggup menggadai nyawa menaiki bot usang dari Myanmar. Dalam kejadian terbaharu, kira-kira 300 migran etnik Rohingya dan Bangladesh menaiki sebuah bot…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/01/sanggup-gadai-nyawa-demi-kerja-di-malaysia/

  • EPL: Man. City lega raih kemenangan

    EPL: Man. City lega raih kemenangan

    MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menafikan berlaku pertelingkahan antara dirinya dan penggempur utama, Erling Haaland ketika pasukan itu mencatat kemenangan 3-2 menentang Leeds United di Etihad kelmarin.

    City selesa mendahulu 2-0 sebelum kelebihan itu dinafikan oleh Leeds, namun Phil Foden muncul wira dengan meledak gol kemenangan sekali gus menyaksikan City mengakhiri badi dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

    “Tidak, saya gembira dengan persembahan Haaland. Tetapi, dia perlu mencari jalan untuk menjadi lebih efektif. Kadang-kadang Erling perlukan rehat, dia sentiasa diturunkan seperti juga Foden, (Jeremy) Doku dan Bernardo Silva menyebabkan selepas 60 minit mereka kepenatan,” katanya.

    Tambahnya, perbualan yang dilihat tegang oleh semua pihak itu hanya melibatkan elemen taktikal dan bukannya masalah disiplin sekali gus menolak dakwaan wujud hubungan kurang baik berlaku.

    “Saya tidak begitu gembira dengan cara kami bermain, tetapi kemenangan ini sangat penting. Ia membantu kami melupakan kekecewaan tewas dalam dua perlawanan lalu,” ujarnya.

    Bagaimanapun, Guardiola mendedahkan bahawa perkara yang paling membimbangkannya adalah kegagalan pasukan untuk mengekalkan penguasaan permainan dan mereka terlalu banyak melepaskan bola kepada pasukan lawan.

    “Pada babak pertama ia tidak begitu baik, tetapi kami sepatutnya menyudahkan peluang yang datang, sebaliknya kami pula yang memberikan mereka jaringan. Kelemahan di benteng pertahanan agak jelas,” ujarnya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/01/epl-man-city-lega-raih-kemenangan/

  • EPL: Penantian Newcastle temui hujung

    EPL: Penantian Newcastle temui hujung

    LIVERPOOL – Newcastle United berjaya menamatkan penantian untuk mencatatkan kemenangan sulung di tempat lawan musim ini selepas menewaskan Everton 4-1, awal pagi semalam.

    Pengurusnya, Eddie Howe anggap ia menjadi langkah besar buat kelab itu untuk memburu keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.

    Anthony Elanga dan Lewis Miley yang berada dalam kesebelasan utama bagi mengisi tempat Sandro Tonali dan Anthony Gordo segera beri impak, kedua-duanya terbabit dalam jaringan dihasilkan oleh The Magpies.

    “Adalah cukup penting kerana kami tidak pernah lagi merasai apa yang kami rasa sekarang. Saya sangat gembira dengan permainan kami ini hingga membolehkan kami mampu mengesahkan kemenangan.

    “Kami mempunyai banyak kerja dan perlu menyelesaikan beberapa isu yang pasukan hadapi. Namun, bagi saya ini adalah detik hebat buat kami dan ia adalah langkah besar kepada perjalanan pasukan,” katanya.

    Dalam perlawanan kali ini, Malick Thiaw meledak dua gol diikuti satu jaringan daripada Miley dan Nick Woltemade manakala jaringan tunggal The Toffees disumbangkan leh Kiernan Dewsbury-Hall.

    Ketika ditanya adakah kemenangan ini akan mengurangkan tekanan yang dihadapi, Howe tiada jawapan khusus. “Masa akan memberikan jawapan, saya tidak akan memberikan sebarang kenyataan kerana perjalanan masih lagi panjang,” katanya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/01/epl-penantian-newcastle-temui-hujung/

  • Potensi besar bidang seni reka fesyen

    Potensi besar bidang seni reka fesyen

    SEJAK Kecil, dunia Nur Fakhira Abdullah, 18, tidak pernah jauh daripada bunyi mesin jahit. Malah, dia sering melihat ibunya menjahit untuk menyiapkan tempahan baju yang dihantar oleh pelanggan. Itulah yang menjadi pendorong untuknya meneruskan pengajian di Kolej Vokasional (KV) ERT Azizah di Johor Bahru, Johor dalam bidang seni reka fesyen. “Sekarang ibu saya sudah tidak menjahit dan saya mahu sambung legasinya sebagai seorang tukang jahit. “Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang ini setelah tamat tingkatan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/01/nur-fakhira-dalami-bidang-seni-reka-fesyen/

  • Tiada hujan lebat luar biasa minggu ini

    Tiada hujan lebat luar biasa minggu ini

    PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan tiada episod hujan lebat luar biasa atau melebihi paras purata berlaku dalam tempoh seminggu ini ke hadapan. Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, susulan ramalan itu, beberapa kawasan yang kini dilanda banjir akan pulih dalam tempoh terdekat. Bagaimanapun, katanya, ribut petir dan hujan lebat masih lagi boleh berlaku di beberapa kawasan terutamanya di utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. “Setakat seminggu ke hadapan tiada jangkaan cuaca buruk berlaku. Cuaca diramal baik,…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/01/tiada-hujan-lebat-luar-biasa-minggu-ini/

  • Siang indah, malam gelap gelita

    Siang indah, malam gelap gelita

    Saudara Pengarang, Bagi mereka yang menggunakan Jalan Temiang-Pantai dekat Seremban, Negeri Sembilan pastinya terpesona dengan pemandangan indah di sepanjang laluan kira-kira 12 kilometer yang dikatakan setanding dengan kawasan berbukit di luar negara. Tidak hairanlah sebahagian pengguna jalan tersebut memberikan laluan itu dengan jolokan ‘New Zealand’ seolah-olah kita berada di kawasan pergunungan negara Kiwi itu apabila melaluinya. Jalan tersebut sebenarnya dibina untuk memendekkan tempoh perjalanan pengguna dari Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) ke Kuala Klawang dan Simpang Pertang di Jelebu. Ia siap……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/01/siang-indah-malam-gelap-gelita/

  • Hasrat Muhammad Rahimi bertunang tidak kesampaian

    Hasrat Muhammad Rahimi bertunang tidak kesampaian

    KLUANG – Hasrat anggota polis, Muhammad Rahimi Amirudin untuk melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya tidak kesampaian selepas maut dihanyutkan arus deras di Kampung Giching, Sepang, Selangor pada malam Jumaat lalu.

    Bapanya, Sarjan Mejar Penjara, Amirudin Mohd Hanifah berkata, sebelum kejadian itu, anak bongsu daripada tiga beradik itu telah membeli cincin serta melakukan persiapan akhir untuk merisik dan bertunang selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

    Katanya, arwah turut sempat makan malam bersama bakal tunangnya serta keluarga sebelum bersiap-siap untuk masuk kerja pada pukul 11 malam, namun perjalanannya terhenti kerana laluan ke tempat kerjanya terhalang.

    “Secara kebetulan berhampiran kawasan kejadian itu ada kenduri, arwah sempat bertanya kepada penduduk samada jalan tersebut boleh dilalui atau tidak namun tetap melaluinya walaupun dimaklumkan oleh penduduk untuk tidak berbuat demikian.

    “Ketika melalui lintasan air itu, kereta arwah dikatakan hanyut ke dalam tali air menyebabkannya terpaksa keluar dari kereta dan berenang ke tepi sebelum dihanyutkan air,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Taman Purnama di Simpang Renggam, di sini malam ini.

    Jenazah Muhamad Rahimi sebelum itu disembahyangkan di Surau Ar Raudah, Penjara Simpang Renggam sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Purnama untuk dikebumikan pada pukul 10 malam.

    Terdahulu, Kosmo! melaporkan Muhamad Rahimi Amirudin yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di Negeri Sembilan sejak setahun lalu dilaporkan cuba berenang keluar dari parit selepas kereta Perodua Bezza dinaikinya tidak dapat meneruskan perjalanan kerana air banjir terlalu tinggi.

    Kejadian berlaku ketika Rahimi dalam perjalanan ke tempat kerjanya dari Kampung Giching di Sepang dan dilihat cuba berpaut di tiang papan tanda jalan sebelum dihanyutkan arus deras kira-kira pukul 10.30 malam pada Jumaat lalu.

    Mayat arwah kemudiannya berjaya ditemui kıra-kira 50 meter dari tempat dilaporkan hilang kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/30/hasrat-muhammad-rahimi-bertunang-tidak-kesampaian/

  • Tiada laluan mudah buat juara dunia

    Tiada laluan mudah buat juara dunia

    BEREGU campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dijangka turun sebagai pilihan utama menjelang temasya Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 9 hingga 20 Disember depan.

    Status sebagai juara dunia pastinya menjadikan gandingan No. 3 dunia itu sebagai sasaran utama beregu-beregu lain, termasuk pasangan tuan rumah, Dechaol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

    Justeru, ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto menggesa kedua-dua anak buahnya itu supaya melakukan persiapan rapi selain kekal dengan sasaran membawa pulang pingat emas bagi acara tersebut.

    “Peluang (pingat emas) itu memang ada kerana ini adalah Sukan SEA, tetapi ia tidak mudah, jadi perlu bersedia sepenuhnya. Di sana nanti ada Dechapol-Supissara selain beberapa beregu Indonesia juga.

    “Oleh itu, persiapan perlu dibuat sebaik-baiknya tetapi sasaran kita masih sama, iaitu mendapatkan pingat emas bagi Tang Jie dan Ee Wei. Bagaimanapun, ia bukan perkara mudah,” katanya.

    Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas dalam sukan badminton pada temasya dwitahunan itu adalah menerusi gandingan beregu campuran, Tang Jie-Peck Yen Wei ketika edisi 2021 di Vietnam.

    Sementara itu, Nova juga tetap berwaspada dengan kemampuan Dechapol-Supissara memandangkan mereka memiliki kelebihan dari segi motivasi kerana bakal menerima sokongan padu daripada penyokong sendiri.

    “Mereka nanti akan bermain sebagai tuan rumah, jadi mungkin ada kelebihan untuk mereka tetapi kita harap tekanan mereka juga tinggi. Bagi saya, kita juga ada peluang seimbang untuk menang,” ujarnya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/01/tiada-laluan-mudah-buat-juara-dunia/

  • ‘Hujan konkrit’ di Sydney

    ‘Hujan konkrit’ di Sydney

    SYDNEY – Satu kebakaran besar tercetus di sebuah kilang kitar semula kimia di Sydney, Australia, kelmarin, menyebabkan serpihan bangunan dan konkrit berterbangan ketika letupan kuat meledak, lapor akhbar Metro UK.

    Bola api tebal menjulang naik sehingga 150 meter di udara dalam apa yang disifatkan ‘pengalaman sekali sepanjang kerjaya’ oleh anggota bomba.

    “Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu. Sebilangan anggota bomba juga memberitahu bahawa mereka mereka tidak pernah melihat letupan sebesar itu dalam tempoh 40 tahun bekerja,” kata Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat NSW, Jeremy Fewtrell.

    Lebih 200 anggota bomba bergegas ke Jalan Kurrajong ketika kebakaran berlaku sebelum pukul 11 malam (waktu tempatan).

    Walaupun usaha terbaik dilakukan pasukan boma, kebakaran semakin marak malah meletup, menyebabkan dua anggota bomba cedera apabila bahan kimia meresap melalui sarung tangan mereka.

    “Terdapat sejumlah besar serpihan terkena pada anggota bomba serta gumpalan bata dan konkrit yang tertanggal akibat letupan itu,” kata Fewtrell.

    Setakat ini, polis masih belum dapat memastikan punca kebakaran tersebut, manakala siasatan sedang dijalankan. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/01/hujan-konkrit-di-sydney/