Blog

  • ‘Kalau tak tersingkir, saya sendiri akan umum tarik diri’

    ‘Kalau tak tersingkir, saya sendiri akan umum tarik diri’

    SHAH ALAM – Penyanyi veteran, Datuk Elaine Kang mendedahkan dia sudah berniat untuk mengumumkan menarik diri daripada Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) sekiranya tidak tersingkir pada konsert minggu keempat, malam tadi.

    Menurut Elaine, 60, faktor kesihatan yang tidak mengizibkab merupakan punca utama dia sanggup melepaskan penyertaan daripada GV12.

    “Kalau tidak tersingkir hari ini (semalam), saya sendiri akan mengumumkan untuk menarik diri dari GV12.

    “Isu kesihatan tidak memberi peluang untuk saya meneruskan perjuangan dalam GV. Doktor pun sudah larang saya teruskan.

    “Niat asal sertai pertandingan ini pun sekadar untuk ubat rindu peminat tetapi tak sangka bertahan sehingga minggu keempat,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.

    Akui Elaine, dia mengakui sebak sebelum memulakan nyanyian duet bersama Dia Fadila semalam kerana memikirkan akan menjadi persembahan terakhirnya di pentas GV12.

    “Sebelum menyanyi, air mata saya sudah bergenang kerana saya akan menarik diri dari pertandingan.

    “Sangat sedih tetapi matlamat untuk hiburkan dan ubat rindu peminat sudah tercapai,” katanya lagi.

    Tambahnya, dia berterima kasih kepada sokongan peminat yang tidak berhenti memberi semangat kepadanya sehingga minggu keempat dan tidak menolak sekiranya kembali aktif dalam dunia nyanyian selepas ini.

    “Buat masa sekarang perlu berehat, semangat saya terus di sini ialah daripada para peminat yang doakan terus kuat.

    “Kalau nak cakap tentang aktif kembali, tidak pasti lagi tetapi mnalah tahu kalau tiba-tiba saya buat konsert mini tahun depan,” ujarnya.

    Semalam, Elaine dan seorang lagi penyanyi, Shy8 diumumkan sebagai peserta pertama meninggalkan pentas GV12 pada konsert yang berlangsung di Auditorium MBSA.GV12

    Penyingkiran tersebut susulan meraih markah terendah daripada barisan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

    Elaine pada konsert semalam turut menjadi perhatian ramai apabila tampil memakai dres yang digantung dengan lebih anak patung Labubu. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/24/kalau-tak-tersingkir-saya-sendiri-akan-umum-tarik-diri/

  • 15 sungai di Selangor, KL lepasi paras bahaya

    15 sungai di Selangor, KL lepasi paras bahaya

    KUALA LUMPUR – Kira-kira 15 kawasan sungai di Selangor dan Kuala Lumpur direkodkan melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

    Menerusi portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat pukul 12 tengah hari, paras air di Sungai Klang, Sungai Gombak dan Sungai Langat mencatat peningkatan mendadak.

    Berikut kawasan sungai yang direkodkan melepasi paras bahaya dan waspada:

    1. Sungai Gombak (Jalan Tun Razak)

    2. Sungai Klang (Jambatan Tun Sambanthan)

    3. Sungai Klang (Klang Gate)

    4. Sungai Klang (Taman Sri Muda, Klang)

    5. Sungai Kerayong (Cheras)

    6. Sungai Damansara (TTDI / Seksyen 17 Petaling Jaya)

    7. Sungai Batu (Sentul)

    8. Sungai Bunus (Danau Kota)

    9. Sungai Langat (Hulu Langat)

    10. Sungai Langat (Jenderam Hilir)

    11. Sungai Semenyih (Semenyih Lama)

    12. Sungai Bernam (Hulu Selangor)

    13. Sungai Binjai (Meru, Klang)

    14. Sungai Rasau (Seksyen 16 Shah Alam)

    15. Sungai Kuyoh (Seri Kembangan)

    Sebelum ini tular di media sosial bunyi siren amaran di sekitar ibu negara menandakan air sungai sudah melepasi paras bahaya.

    Pengguna jalan raya turut dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak insiden banjir kilat di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE). – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/24/15-sungai-di-selangor-kl-lepasi-paras-bahaya/

  • UniMAP rai tujuh graduan program Sulung, bantu anak keluarga B40

    UniMAP rai tujuh graduan program Sulung, bantu anak keluarga B40

    ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraikan detik bersejarah apabila tujuh graduan pertama program bantuan Sulung menerima skrol sempena Istiadat Konvokesyen 20 yang bermula kelmarin.

    Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, program di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu diwujudkan khusus untuk menyokong anak sulung daripada keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.

    “Program Sulung memberi sokongan menyeluruh merangkumi bantuan yuran, penginapan dan bimbingan akademik sepanjang pengajian mereka di universiti ini.

    “Semua kemudahan ini memastikan pelajar dapat fokus kepada pencapaian akademik tanpa terbeban masalah kewa­ngan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

    Menurut beliau, usaha itu selari dengan matlamat kerajaan memastikan akses pendidikan tinggi kekal inklusif dan merata tanpa mengira latar belakang ekonomi.

    Katanya, kejayaan tujuh gra­duan Sulung itu membuktikan kemampuan pelajar bukan ditentukan keadaan ekonomi, tetapi peluang dan sokongan konsisten.

    “Program Sulung turut membina keyakinan diri melalui komuniti pembelajaran positif dan peluang pembangunan insaniah. Matlamat kita untuk melahirkan graduan berdaya saing yang ak­hirnya mampu mengubah taraf hidup dan masa depan keluarga mereka,” ujarnya.

    Jelasnya, UniMAP komited memperluas pelaksanaan program itu pada masa hadapan se­iring aspirasi KPT meningkatkan mobiliti sosial melalui pendidikan.

    “Kesemua graduan tersebut memperoleh purata nilai gred kumulatif melebihi 3.30. Enam daripada mereka ditawarkan pekerjaan sebelum istiadat konvokesyen berlangsung.

    “Kejayaan ini sekali lagi mengu­kuhkan peranan pendidikan tinggi sebagai pemacu perubahan dan platform penting bagi mening­katkan mobiliti sosial keluarga berpendapatan rendah,” ujarnya.

    Sementara itu, penerima bantuan program Sulung, Wee Kim Hou dari Fakulti Perniagaan dan Komunikasi UniMAP berjaya meraih Kelas Pertama.

    “Saya bersyukur kerana prog­ram Sulung benar-benar me­ringankan beban keluarga dan membolehkan saya fokus sepenuhya terhadap pelajaran. Saya harap lebih ramai pelajar mendapat manfaat daripada program ini pada masa hadapan,” ujarnya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/24/unimap-rai-tujuh-graduan-program-sulung/

  • Banjir Hatyai: Gelombang kedua lebih besar

    Banjir Hatyai: Gelombang kedua lebih besar

    BUKIT KAYU HITAM – Paras banjir di Hatyai, Thailand dilaporkan naik semula hari ini selepas surut semalam, dipercayai susulan gelombang kedua banjir.

    Pengurus Besar Cuti Cuti Langkawi Sdn. Bhd., Dr. Baharin Baharom berkata, hujan masih tidak berhenti sejak semalam dan paras banjir didapati terus meningkat.

    “Semalam masih nampak kereta tetapi hari ini sudah ada yang tenggelam dan saya difahamkan gelombang kedua lebih besar. Semalam surut sekejap, hari ini air naik semula,” katanya.

    Beliau berkata, semua rakyat Malaysia di Hotel Paradise termasuk kira-kira 40 warga emas dari Kelab Warga Emas Pontian, Johor masih terkandas.

    “Kumpulan warga emas ini memerlukan bantuan ubat-ubatan seperti untuk masalah jantung dan darah tinggi. Saya mohon pihak konsulat dapat membawa ubat atau membantu memindahkan warga emas dari hotel ini,” ujarnya.

    Menurutnya, ketika ini bekalan elektrik sudah terputus dan tiada lagi bantuan generator.

    “Hotel masih menyediakan makanan, namun hanya diberi pada waktu pagi dan tengah hari, manakala malam sudah tiada,” katanya.

    Beliau berkata, hujan berterusan sejak petang semalam hingga pagi ini menyukarkan usaha memindahkan rakyat Malaysia yang terkandas di hotel berkenaan.

    Menurut Saryati Suwarno, 54, terdapat ahli rombongan yang memerlukan ubat darah tinggi dan jantung yang sudah kehabisan stok.

    Katanya, buat masa ini tiada sebarang usaha daripada pihak Konsulat Malaysia mahupun kerajaan Thailand untuk membawa keluar rakyat Malaysia yang terkandas.

    “Saya telah menghubungi pihak konsulat dan dimaklumkan bahawa proses memindahkan rakyat Malaysia mungkin mengambil masa.

    “Kami warga emas bergantung kepada ubat-ubatan. Apabila elektrik dan liputan talian telefon terputus, amat sukar untuk kami berhubung dengan pihak luar,” ujarnya.

    Seorang lagi mangsa, Baharom Darkon, 63, berkata, dia amat memerlukan bantuan daripada pihak Konsulat Malaysia atau kerajaan Thailand bagi membawa keluar warga emas secepat mungkin. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/24/banjir-hatyai-gelombang-kedua-lebih-besar/

  • Penduduk Lembah Klang jaga-jaga, Sungai Klang naik mendadak

    Penduduk Lembah Klang jaga-jaga, Sungai Klang naik mendadak

    PETALING JAYA – Penduduk di Lembah Klang mengambil langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan air di Sungai Klang secara mendadak susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

    Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata orang ramai meluahkan kebimbangan dan berwaspada sekiranya air Sungai Klang melimpah dan menyebabkan banjir di kawasan rendah.

    Antara kawasan tumpuan adalah di sekitar ibu negara, Puchong dan Shah Alam.

    Seorang pengguna berkata, siren amaran dibunyikan dan orang ramai dinasihatkan supaya mengelak dari memasuki kawasan pusat bandar.

    “Sungai Klang sudah bunyi siren, elakkan masuk Kuala Lumpur. Ada potensi banjir,” katanya.

    Seorang pengguna media sosial dikenali Asnin berkata, beberapa laluan di Kampung Sebelah dan Kampung Sri Aman, Puchong sudah dinaiki air ekoran limpahan air dari Sungai Klang.

    “Rumah akak kawasan tinggi, tapi bila air naik, kami jadi pulau dan terkepung dari semua arah. Aliran air dari Taman Mas hingga Sri Muda. Kalau semua lokasi mula naik air, maksudnya kami pun dah kena bersedia untuk pindah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/24/penduduk-lembah-klang-jaga-jaga-sungai-klang-naik-mendadak/

  • FAM berisiko tanggung aib lebih besar

    FAM berisiko tanggung aib lebih besar

    PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berisiko menerima aib lebih besar sekiranya pihak berkuasa di empat negara lain mendapati berlaku kesalahan jenayah membabitkan isu pemalsuan dokumen pemain warisan.

    Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad berpendirian, Malaysia akan tetap kalah jika empat negara lain merumuskan ada berlaku kesalahan jenayah walaupun kita mengakui sebaliknya.

    “Terpulang kepada kepada pihak berkuasa kita, sekarang kita tunggu saja. Andai kata kita tidak mampu temui sebarang unsur kesalahan jenayah berkaitan isu ini, bagaimana pula kalau empat lagi negara mendapat hasil yang sebaliknya.

    “Ia sudah jadi 4-1 dan dalam bola sepak, keputusan itu pun menunjukkan kita sudah kalah,” katanya.

    FIFA sebelum ini menyarankan supaya diheret ke pengetahuan pihak berkuasa lima negara iaitu Brazil, Argentina, Belanda, Sepanyol dan Malaysia.

    Ketika ini, FAM juga seakan sedang dikejar ‘bayang-bayang’ sendiri kerana masih gagal mendedahkan dalang sebenar isu pemalsuan dokumen pemain warisan.

    Dalam masa sama, Ridzuan berharap pelaku sebenar dapat didedahkan, bukannya terus ambil sikap melawan hingga mahu membawa kes ke peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

    “Siapa saja boleh buat salah dan dalam laporan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu pun kita akui mungkin berlaku kesilapan, jadi kita terima saja hukuman diberikan. Kita tidak boleh lawan FIFA, ‘jari’ mereka lebih besar daripada kita dan mereka boleh dapatkan fakta atau data tepat di merata tempat.

    “Kalau bawa ke peringkat CAS, ia membuatkan kita lagi malu di peringkat antarabangsa, jadi bahan ketawa dan hukuman sekarang mungkin akan jadi lebih tinggi. Bila jadi seperti ini, mula cari ‘kambing hitam’ sedangkan orang yang buat tidak kena (hukuman).

    “Mula-mula gantung Setiausaha Agung (Datuk Noor Azman Rahman) sedangkan orang pun tertanya-tanya, besar mana ‘kuasa’ yang Setiausaha Agung FAM ada untuk minta Kementerian Dalam Negeri (KDN) keluarkan kad pengenalan?,” katanya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/24/fam-berisiko-tanggung-aib-lebih-besar/

  • Luruan angin beralih ke Selatan Thai, sepatutnya Pantai Timur punca Hatyai bah

    Luruan angin beralih ke Selatan Thai, sepatutnya Pantai Timur punca Hatyai bah

    KUALA TERENGGANU – Luruan angin yang sepatutnya bertiup ke arah Pantai Timur Semenanjung Malaysia beralih ke Selatan Thailand ekoran tekanan rendah Lautan Hindi punca berlakunya banjir besar di 10 wilayah di negara tersebut termasuk pusat pelancongan terkenal negara jiran, Hatyai. Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, luruan angin Monsun Timur Laut (MTL) sama sebelum ini telah menyebabkan banjir di wilayah tengah Vietnam baru-baru ini. “Luruan angin MTL biasanya akan bertiup…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/24/luruan-angin-beralih-ke-selatan-thai-sepatutnya-pantai-timur/

  • Masih ada 700 harimau kumbang di Semenanjung Malaysia

    Masih ada 700 harimau kumbang di Semenanjung Malaysia

    SEREMBAN – Jabatan Perlin­dungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendedahkan terdapat sekitar 500 hingga 700 ekor harimau kumbang di seluruh Semenanjung Malaysia. Jabatan Perhilitan dalam kenyataan berkata, berdasarkan Program National Tiger Survey (NTS) 2016 hingga 2020, pihak­nya mendapati populasi harimau kubang banyak dikesan di Negeri Sembilan. Katanya, disebabkan spesies ini susah untuk dikenal pasti di peringkat individu, pihak Perhilitan menggangap kepadatan spesies panthera pardus atau harimau kumbang berkenaan adalah tinggi. “Sekiranya terdapat gangguan di kawasan habitat harimau kumbang ini,……

    Hak cipta terpelihara © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/24/masih-ada-700-harimau-kumbang-di-semenanjung-malaysia/

  • 14 stesen minyak di Kelantan jadi ‘port’ penyeludup isi petrol

    14 stesen minyak di Kelantan jadi ‘port’ penyeludup isi petrol

    KOTA BHARU – Sebanyak 48 buah stesen minyak dalam radius 25 kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand berada di dalam radar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan selepas dipercayai menjadi tumpuan penyeludup untuk mengisi petrol. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 14 stesen minyak sudah diberikan notis mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 selepas didapati menjadi tumpuan penyeludup mengisi petrol. Menurutnya, siasatan mendapati, stesen minyak tersebut mempunyai…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/24/14-stesen-minyak-di-kelantan-jadi-port-penyeludup-isi-petrol/

  • Pelajar UPM johan pertandingan semikonduktor di Belanda

    Pelajar UPM johan pertandingan semikonduktor di Belanda

    “PADA awalnya, saya agak gementar kerana akan berseorangan di Belanda selama seminggu. “Namun ketakutan itu perlu diatasi kerana saya yakin program ini akan memberi impak positif kepada pembangunan diri dan buat Malaysia pada masa hadapan.” Itulah kata-kata penuh semangat ditutur oleh Muhammad Zulfakhri Zulkifli, 23, yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Putra Malaysia (UPM). Dia merupakan satu-satunya pelajar yang terpilih mewakili negara dalam pertandingan Eindhoven Semicon Summer School (ESSS) 2025 (Edisi Ketiga) di……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/24/pelajar-upm-johan-pertandingan-semikonduktor-di-belanda/