Blog

  • 社媒传“战争夺槟”极端言论 槟社青团报警要求调查

    社媒传“战争夺槟”极端言论 槟社青团报警要求调查

    槟州社青团强烈谴责社交媒体近期出现鼓吹以“战争”或暴力方式“取回槟城”的极端言论,指此类煽动内容严重威胁国家安全、破坏社会和谐,绝不可被容忍。

    槟州社青团团长张维宏周三率同副秘书倪周礼、打昔汝莪团长黄宗泽、丹绒区团秘书吴田粮、甲抛峇底副团长哥瓦兰及王展造前往东北县警区总部正式报案,敦促警方立即展开彻查。

    槟州社青团呼吁民众与相关单位共同维护社会稳定,并提出三点呼吁:

    1. 社交媒体用户保持理性:避免散播仇恨、暴力或分裂性言论,营造健康守法的网络环境。

    2. 警方迅速采取行动:依法调查涉事者,阻止煽动行为扩散,确保公共秩序与国家安全。

    3. 全民维护团结:槟城属于所有马来西亚人民,必须共同捍卫和平、稳定与繁荣。

    该团将持续关注事态发展,并与社会各界合作,维护马来西亚的民主价值与多元和谐,同时强调,任何破坏国家安定的行为都应依法受到制裁。

    倪周礼表示,槟城是马来西亚多元文化与族群和谐共存的象征,任何挑起族群对立、破坏国家团结的言论,都违反联邦宪法精神,更背离国家原则。

    他说,所有争议必须通过宪法与民主程序处理,而非暴力或极端主张。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1717059

  • Penerimaan rakyat Sabah terhadap PH semakin positif

    Penerimaan rakyat Sabah terhadap PH semakin positif

    PENAMPANG 19 Nov – Penerimaan rakyat Sabah terhadap Pakatan Harapan (PH) serta calon gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dilihat semakin positif, kata Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

    Menurut beliau, kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah minggu lalu serta komitmen awal kerajaan dalam memberi keutamaan kepada pengiktirafan ekonomi negeri sebelum kempen bermula turut menyumbang kepada respon positif penduduk.

    Menyifatkan rakyat di Negeri Di Bawah Bayu sebagai peramah dan terbuka, Nurul Izzah berkata sikap itu membolehkan mereka menilai tawaran PH berdasarkan fakta serta rekod pencapaian setakat ini.

    “Kami berharap pilihan (pengundi) dibuat berasaskan fakta dan saya sangat bersyukur dengan respons yang begitu positif,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan Tinjauan Mesra di Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog di Pasar Tamu Donggongon, pada Rabu. Turut serta ialah calon PH, Remysta Jimmy Taylor.

    Nurul Izzah yang juga Pengarah Bersama Kempen Pilihan Raya PKR menegaskan bahawa komitmen parti tidak terhenti selepas tamat kempen pilihan raya.

    “Selepas berkempen dan hari mengundi, yang penting ialah bagaimana untuk memberikan khidmat serta menyelesaikan masalah rakyat dalam jangka pendek, sederhana dan panjang kerana kita tahu tidak semua boleh diselesaikan dalam 24 jam,” katanya.

    Dalam lawatan lebih sejam itu, beliau disambut mesra oleh para peniaga dan pengunjung yang mengambil peluang bergambar serta merakam video sebagai kenangan. Mereka turut menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” sempena ulang tahun kelahirannya.

    Hari pengundian PRN Sabah ke-17 ditetapkan pada 29 November manakala undi awal pada 25 November.

    Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 1,784,843 pengundi layak mengundi pada PRN kali ini, merangkumi 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera bersama pasangan serta 12,729 anggota polis dan pasangan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12587

  • TNB rugi RM4.57 bilion akibat kecurian elektrik lombong kripto

    TNB rugi RM4.57 bilion akibat kecurian elektrik lombong kripto

    KUALA LUMPUR 19 Nov – Aktiviti perlombongan mata wang kripto secara haram terus memberi kesan besar kepada negara apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) merekodkan kerugian sebanyak RM4.57 bilion sejak 2020 hingga Ogos lalu akibat kecurian elektrik di premis yang menjalankan operasi itu.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah kerugian itu dikenal pasti selepas TNB membongkar 13,827 premis yang dikesan mencuri bekalan elektrik bagi aktiviti melombong bitcoin dalam tempoh berkenaan.

    Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan, bagi mengekang kegiatan tersebut, TNB telah mewujudkan pangkalan data khusus yang menyimpan rekod lengkap pemilik dan penyewa premis disyaki untuk tujuan pemantauan serta tindakan pemeriksaan.

    “Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama TNB sentiasa komited dalam membanteras aktiviti pengusikan meter dan penggunaan bekalan elektrik secara haram, terutama dalam perlombongan bitcoin atau mata wang kripto.

    “Aktiviti ini bukan saja mengancam keselamatan pengguna tetapi juga menjejaskan kestabilan ekonomi negara, meningkatkan risiko keselamatan awam, merosakkan harta benda dan mencetuskan ancaman serius kepada sistem bekalan tenaga negara,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.

    Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai jumlah premis yang dibongkar TNB kerana menggunakan elektrik secara haram untuk perlombongan kripto serta anggaran kerugian dan tindakan pencegahan.

    Menurut Fadillah, TNB bersama agensi berkuasa melaksanakan pelbagai langkah strategik, termasuk operasi bersepadu dengan PETRA, ST, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), CyberSecurity Malaysia (CSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Hasil kerjasama itu, TNB berjaya merampas mesin perlombongan bitcoin di premis terlibat sekali gus mengekang kegiatan berkenaan secara lebih berkesan.

    “Selain itu, kempen kesedaran awam turut dianjurkan melalui siaran akhbar, slot televisyen dan pelbagai medium komunikasi serta sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk Ahli Parlimen, kementerian, ST dan pegawai kehakiman bagi memperkukuh sokongan dalam usaha membanteras aktiviti haram ini.

    “Pada masa sama, TNB turut melaksanakan pemantauan teknikal melalui Projek Perintis Distribution Transformer Meter (DTM) di pencawang pembahagian untuk mengesan corak penggunaan tenaga luar biasa dan potensi kecurian elektrik.

    “Meter pintar juga dipasang bagi membolehkan penggunaan tenaga dipantau secara masa nyata serta mengesan sebarang gangguan atau manipulasi meter dengan lebih cekap,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12584

  • Kembar baharu panda gergasi dari China, Chen Xing dan Xiao Yue selamat tiba di Malaysia

    Kembar baharu panda gergasi dari China, Chen Xing dan Xiao Yue selamat tiba di Malaysia

    KUALA LUMPUR 19 Nov – Ketibaan dua panda gergasi baharu dari China, Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina), membuka lembaran baharu kerjasama konservasi antara Malaysia dan Republik Rakyat China apabila pesawat membawa pasangan itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.30 malam tadi.

    Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataannya berkata, ketibaan pasangan panda tersebut menjadi simbol persahabatan kukuh serta hubungan dua hala yang berterusan antara kedua-dua negara.

    “Malaysia melalui NRES meneruskan Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda dengan China melalui pemeteraian perjanjian baharu pada 16 April 2025 bersempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia.

    “Pemeteraian perjanjian ini akan membolehkan Malaysia menerima sepasang Panda Gergasi baharu yang lebih muda untuk tempoh 10 tahun dari 2025 hingga 2035,” menurut kenyataan itu.

    Sebaik tiba, Chen Xing dan Xiao Yue dibawa ke Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara yang telah dinaik taraf sepenuhnya bagi menyediakan habitat yang kondusif, selamat dan selesa.

    Menurut NRES, kedua-dua panda tersebut akan menjalani kuarantin wajib selama sebulan di bawah pengawasan ketat pasukan doktor haiwan serta penjaga berpengalaman sebelum dibuka untuk tontonan umum.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12583

  • ‘Perlindungan bukan produk jualan tapi tanggungjawab asas’ – MCMC digesa henti syarikat telco kenakan caj perkhidmatan lindungi scam

    ‘Perlindungan bukan produk jualan tapi tanggungjawab asas’ – MCMC digesa henti syarikat telco kenakan caj perkhidmatan lindungi scam

    KUALA LUMPUR 19 Nov – Pertubuhan Jalinan Sahabat Nusantara (JASANUSA) menyuarakan kebimbangan terhadap langkah syarikat telekomunikasi (telco) mengenakan caj bagi perkhidmatan perlindungan scam, sambil mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera campur tangan.

    Presidennya, Samsudin Awang berkata, tindakan mengkomersialkan perlindungan scam seolah-olah sama seperti menghentikan khidmat bomba dan meminta bayaran untuk memadamkan rumah yang sedang terbakar, sedangkan ia merupakan tanggungjawab asas mereka.

    Beliau menegaskan, caj tambahan untuk perlindungan asas adalah tidak bertanggungjawab serta dilihat mengambil kesempatan atas kesusahan rakyat.

    “Rakyat sudah membayar bil langganan perkhidmatan telekomunikasi setiap bulan. Oleh itu, peranan menyekat panggilan penipuan dan melindungi pengguna daripada scam sepatutnya menjadi tanggungjawab teras dan kewajipan moral setiap syarikat telco dan bukannya produk sampingan yang boleh dijual.

    “JASANUSA menggesa MCMC untuk mengeluarkan arahan khas dengan segera untuk melarang sebarang caj tambahan bagi perkhidmatan perlindungan scam asas oleh telco,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Sebelum ini, media melaporkan terdapat telco mengenakan caj RM10 sebulan bagi perkhidmatan perlindungan scam, mencetuskan persoalan masyarakat kerana keselamatan pengguna dilihat sebagai tanggungjawab utama penyedia perkhidmatan, bukannya sumber keuntungan baharu.

    Tinjauan terhadap laman sesawang syarikat terlibat mendapati promosi perkhidmatan itu seolah-olah memindahkan beban kepada pengguna, meskipun telco mempunyai keupayaan teknikal untuk melaksanakan sistem perlindungan secara berpusat bagi mengekang penipuan dalam talian dan panggilan telefon.

    Susulan itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengarahkan MCMC mendapatkan penjelasan daripada telco yang didakwa mengenakan caj tersebut.

    Namun, Samsudin menegaskan bahawa rakyat memerlukan tindakan segera dan tegas, bukan sekadar penjelasan.

    “MCMC mempunyai kuasa untuk bertindak. Justeru, mereka harus berbuat demikian untuk melindungi rakyat Malaysia.

    “Tindakan MCMC menyiasat perkara ini adalah langkah positif, tetapi siasatan sahaja tidak memadai. Malah, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, syarikat telco belum memberi sebarang kenyataan rasmi,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12582

  • Bergambar dengan 3 juara dunia, TMJ beri bayangan sesuatu yang besar bakal berlaku

    Bergambar dengan 3 juara dunia, TMJ beri bayangan sesuatu yang besar bakal berlaku

    JOHOR BAHRU 19 Nov – Spekulasi mengenai perkembangan besar dalam sukan Johor kembali hangat apabila Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memberi bayangan jelas mengenai perubahan penting yang bakal berlaku.

    Menerusi hantaran di media sosial, baginda bertitah bahawa sesuatu yang signifikan akan menjadi titik perubahan, terutama dalam beberapa bulan mendatang.

    “Tiga juara dunia. Lelaki sejati. Lelaki dengan prinsip dan nilai. Bermula hari ini, banyak perkara akan berubah, terutama dalam beberapa bulan mendatang.

    “Ketika peningkatan bertemu dengan kehebatan. Ini takdir. Alhamdulillah,” tulis Tunku Mahkota Ismail.

    Baginda turut berkongsi gambar bersama tiga ikon sukan dunia — bekas juara dunia UFC, Khabib Nurmagomedov; bekas pemain ragbi New Zealand yang kini bergiat dalam sukan tinju, Sonny Bill Williams; dan bekas juara MMA Australia, Soa ‘The Hulk’ Palelei.

    Bagaimanapun, baginda tidak memperincikan bentuk perubahan yang dimaksudkan, namun hantaran itu tetap menarik perhatian penyokong sukan Johor dan pengikut baginda di media sosial.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12581

  • FIFA dedah FAM, pemain warisan patut terima hukuman lebih berat

    FIFA dedah FAM, pemain warisan patut terima hukuman lebih berat

    KUALA LUMPUR 19 Nov – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya sebenarnya berdepan risiko hukuman lebih berat, susulan keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang dikekalkan pada September lalu.

    Dalam alasan bertulis yang dikeluarkan Jawatankuasa Rayuan FIFA semalam, badan induk itu menjelaskan bahawa isu kadar hukuman turut dibincangkan semasa prosiding rayuan yang berlangsung bulan lepas.

    Menurut kenyataan itu, FAM dan para pemain berhujah bahawa hukuman terhadap mereka terlalu tinggi, namun selepas menilai semula semua bukti dan fakta baharu, jawatankuasa yakin bahawa hukuman asal sepatutnya jauh lebih berat.

    Namun, FIFA menjelaskan bahawa prinsip “non reformatio in pejus” di bawah Artikel 63.4 FDC—yang melarang hukuman diperberatkan semasa proses rayuan—menghalang mereka daripada mengenakan tindakan tambahan.

    Sementara itu, FIFA turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pemain warisan yang tidak berusaha mendapatkan penjelasan daripada FAM, ejen atau keluarga mereka selepas isu pemalsuan dokumen terbongkar.

    Menurut jawatankuasa, sikap pemain yang terus mendakwa datuk nenek mereka berasal dari Malaysia, walaupun bukti menunjukkan sebaliknya, menggambarkan mereka sedar prosedur berkaitan tidak dilakukan dengan betul. Mereka juga gagal memberikan alasan kukuh mengapa mereka percaya layak mewakili Malaysia tanpa hubungan perundangan atau pertalian yang sah dengan negara ini.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12580

  • JAINJ cekup pasangan rakan sekerja berkhalwat di hotel

    JAINJ cekup pasangan rakan sekerja berkhalwat di hotel

    KLUANG 19 Nov – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan pasangan rakan sekerja, seorang lelaki dan seorang wanita berstatus isteri orang, selepas mereka didapati berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini semalam.

    Menurut kenyataan JAINJ, serbuan dilakukan pada pukul 10 pagi selepas penguat kuasa mendapati televisyen dalam bilik dipasang kuat sehingga boleh didengar dari luar.

    Pintu bilik hanya dibuka lebih lima minit kemudian oleh seorang lelaki berpakaian jeans dan t-shirt. Lelaki itu juga cuba menutup semula pintu apabila mengetahui kehadiran penguat kuasa, namun pintu berjaya ditolak dan anggota memasuki bilik tersebut.

    Pemeriksaan mendapati tingkap bilik terbuka, dua bungkus nasi lemak serta kopi panas belum disentuh, manakala katil dan selimut dalam keadaan berselerak.

    Penguat kuasa kemudian mengetuk pintu tandas yang berkunci sambil meminta penghuni keluar. Selepas dipujuk oleh lelaki tersebut, seorang wanita keluar dengan berpakaian t-shirt, seluar panjang dan kain menutup kepala.

    Siasatan mendapati lelaki berusia lingkungan 50-an itu merupakan suami orang dan mempunyai anak, manakala wanita berusia 30-an juga berstatus isteri orang. Mereka bekerja di tempat yang sama dan mengenali pasangan masing-masing.

    JAINJ memaklumkan kedua-duanya mengambil cuti pada hari kejadian tanpa pengetahuan pasangan masing-masing. Mereka masuk ke hotel sekitar pukul 8 pagi dan dijadualkan keluar pada 12 tengah hari.

    Pasangan itu ditahan atas kesalahan berkhalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12579

  • ‘Mahligai cinta’ Batu Rakit kembali dibadai ombak besar

    ‘Mahligai cinta’ Batu Rakit kembali dibadai ombak besar

    KUALA NERUS – Monsun Timur Laut (MTL) yang sudah bermula sejak seminggu kembali membuatkan tidur malam seorang pesara tidak lena memikirkan nasib banglo kediamannya yang dianggap sebagai ‘mahligai cinta’ didedikasi buat arwah isterinya di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini.

    Mohd. Yazit Idris, 66, berkata, hempasan ombak kuat yang mencecah hampir tiga meter disebabkan MTL menyebabkan kediaman kesayangannya kerap bergegar sejak akhir-akhir ini.

    “Ombak besar kerap menghempas kawasan rumah saya sehingga pukul 3 pagi sejak seminggu lalu.

    “Setiap kali rumah bergegar dihempas ombak, saya akan terbangun dan terus keluar untuk memantau keadaan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini hari ini.

    Mohd. Yazit berkata, biarpun sering dibadai ombak, buat masa ini, struktur banglonya dilihat masih kukuh ekoran pembinaan benteng baru yang siap sepenuhnya pada bulan Mei lalu.

    Begitupun, beliau mengakui hatinya tetap resah memandangkan musim tengkujuh masih panjang dan hanya akan berakhir pada bulan Mac tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/19/mahligai-cinta-batu-rakit-kembali-dibadai-ombak-besar/

  • Jakarta makin tenggelam di bawah paras laut

    Jakarta makin tenggelam di bawah paras laut

    JAKARTA – Garis pantai Jakarta semakin jelas tenggelam di bawah paras laut, dengan air laut di Pantai Mutiara, Jakarta Utara kini lebih tinggi daripada daratan di sekitarnya, lapor portal berita Jakarta Globe.

    Pemerhatian di lapangan Isnin lalu menunjukkan paras air laut di Pantai Mutiara melebihi ketinggian tanah berhampiran yang hanya ditahan oleh benteng. Tanpa benteng tersebut, air laut dijangka mengalih jauh ke kawasan pedalaman.

    Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN) berkata, beberapa bahagian di Jakarta kini tenggelam antara 10 sehingga 30 sentimeter (sm) setiap tahun yang didorong oleh pemadatan tanah semula jadi serta penggunaan air bawah tanah berlebihan selama beberapa dekad oleh rumah, perniagaan dan industri.

    Kadar penurunan itu adalah antara terpantas daripada mana-mana bandar raya utama di dunia.

    Seorang penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Oseanografi BRIN, Johan Risandi berkata, paras air yang lebih tinggi di sepanjang pantai mencerminkan gabungan impak air pasang ekstrem, angin bermusim, ombak tinggi dan paling kritikal, penurunan tanah yang pantas.

    “Lonjakan air pasang boleh berlaku dua kali dalam sebulan, manakala angin kencang akan menambahkan lebih banyak air.

    “Namun, faktor utama adalah penurunan tanah. Di beberapa kawasan, tanah tenggelam sehingga 30sm setahun,” kata Johan.

    Beliau menjelaskan bahawa tanah aluvium Jakarta yang lembut secara semula jadi akan memadat dari semasa ke semasa tetapi pengekstrakan air bawah tanah yang berlebihan masih diamalkan secara meluas. Ia berpunca daripada perkhidmatan air paip yang tidak mencukupi sekali gus mempercepatkan penurunan tanah.

    “Pemadatan semula jadi ini diburukkan lagi dengan penggunaan air bawah tanah secara besar-besaran daripada isi rumah dan industri. Semakin banyak kita mengepam, semakin cepat tanah itu tenggelam.

    “Tembok laut perlu dinaikkan secara rutin untuk menyamai kenaikan paras laut dan tanah yang tenggelam. Kita perlu mengira berapa banyak air meningkat akibat air pasang dan ombak untuk menentukan ketinggian yang sesuai,” katanya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/19/jakarta-makin-tenggelam-di-bawah-paras-laut/