Blog

  • 林慧英:李昆祖师扎根槟城发扬周家拳 其南渡故事是坚持奉献最佳典范

    林慧英:李昆祖师扎根槟城发扬周家拳 其南渡故事是坚持奉献最佳典范

    财政部副部长兼丹绒区国会议员林慧英说,李昆祖师早年南渡槟城,凭着一身武艺与坚定信念,在异乡扎根开馆,把周家拳发扬光大,其故事是坚持、纪律与奉献的最佳典范。

    “纪念祖师不只是回忆,而是提醒自己,无论时代如何改变,精神与纪律永远是不可替代的力量。如今世界变化极快,人工智能、网络科技、社交媒体深深影响着年轻一代的行为模式与价值观。高科技带来便利,但也带来挑战——注意力被分散、诱惑更多、自律更难、价值观更容易被冲击。”

    她周日(16日)出席马来西亚槟城周家拳总会庆祝李昆祖师宝诞暨第四届理事会宣誓就职礼时说,正因如此,周家拳等传统武术的意义在今天变得更重要,第一,它培养纪律、礼义与自律精神——这些正是科技无法取代的人格基础。第二,它让年轻人远离不良文化,以正能量与毅力取代迷茫与冲动。第三,它促进社群凝聚,让不同背景的人以武会友,抵御社会分化。第四,它能够与政府、学校及文化机构合作,把武术精神融入教育体系,让传统文化在新时代继续传承。

    “这些价值不但没有因科技进步而减少,反而是时代越快、需求越大;诱惑越多、纪律越重要。周家拳,就是这样一股能稳住青年、稳住价值、稳住社会的力量。”

    为支持马来西亚槟城周家拳总会继续推动文化与武术教育,林慧英宣布拨款5000令吉,以资助未来的活动与发展。

    郑来兴:武术不仅运动 更是文化教育

    光大区州议员郑来兴说,槟政府一直非常重视武术发展,武术不只是运动,更是文化教育,是价值观的传承。多年来,槟州不仅支持各类国际武术赛事,也积极把武术带进校园和社区,让更多年轻人在成长阶段就能接触武术、学习武术。

    “值得鼓舞的是,无论在槟城还是全国,武术健儿近年来都交出了亮眼成绩,就在上个月,马来西亚武术总会传统武术代表团在第十届世界传统武术锦标赛中斩获4金11银和20铜,再次将马来西亚的名字带上国际舞台。这些成绩充分证明,无论在国内还是世界舞台,我们的武术人才都具备实力、潜力与不言放弃精神。”

    “与此同时,槟州体育理事会在明年大马运动会中力争60枚金牌,而槟政府也将通过体育理事会推出新措施—‘运动员交通津贴’,协助运动员承担训练与比赛出行费用,以减轻他们的负担。”

    出席者包括周家拳总会会长伍福全、副会长拿督戴良成、槟城传统功夫联盟顾问杨顺德、槟州武术龙狮总会副会长王盟顺及新加坡周家拳代表叶绍峰。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1715797

  • 【沙巴州选】安华:希盟参选非为争首长 重在延续政策与合作发展

    【沙巴州选】安华:希盟参选非为争首长 重在延续政策与合作发展

    首相拿督斯里安华强调,希盟并不是为了争夺首长一职而参与沙巴州选,参选目的是要维持现有政策,并与州政府合作发展沙巴,这才是重点。

    “为什么我们要支持执政党?因为还有许多问题未解决。比如水供、道路坑洞和电供问题。我们希望州政府与联邦保持良好关系,以便更快解决这些问题。”

    也是希盟主席的他指出,希盟在这次选举中取得胜利,对确保州政府与联邦政府之间的强劲及持续合作至关重要。

    安华周日上午在与美罗腊(Melalap)社区见面会上,发表演讲时如是指出。

    他表示,在第17届沙巴州选之后,地方政党与全国性政党之间的紧密合作,对于确保沙巴的持续性发展至关重要。

    他说,在沙巴人民联盟(GRS)与希盟(PH)的共同治理下,沙巴州已取得显著的进展。

    “我同意我们需要全国性政党和地方政党,因为没有合作,发展就无法向前推进。不要傲慢自大,我们拒绝那些不好、想偷人民钱、又懒惰的人。”

    “如果他们品行端正、勤奋努力,我们会支持他们。看他们的过往表现。如果我什么都不做,有关道路和水供的问题就无法解决。”

    出席者包括希盟美罗腊州席候选人拿督贾马威嘉法。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1715812

  • Adam Radlan disyaki berada di luar negara, SPRM minta balik segera bantu siasatan projek Lebuhraya MEX 2

    Adam Radlan disyaki berada di luar negara, SPRM minta balik segera bantu siasatan projek Lebuhraya MEX 2

    KUALA LUMPUR 16 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang sedang dicari bagi membantu siasatan projek Lebuhraya MEX 2, berada di luar negara.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dalam masa terdekat bagi mengesan keberadaan ahli politik berusia 44 tahun itu.

    “Kita syak beliau berada di luar negara. Kerjasama dengan Imigresen akan dibuat dalam masa terdekat. Paling penting keberadaan beliau. SPRM menyeru beliau segera balik bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Semalam, SPRM mengeluarkan notis mengesan Adam Radlan, yang beralamat terakhir di Sunway Pallazio, Sri Hartamas, bagi membantu siasatan berkaitan projek pembinaan Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2).

    Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Sharan Raj Govindasamy di talian 014-3560771 atau melalui emel sharanraj@sprm.gov.my.

    Adam Radlan sebelum ini turut dikaitkan dengan projek Jana Wibawa, namun beliau dilepas dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram selepas membayar kompaun RM4.1 juta yang ditawarkan SPRM.

    Mahkamah Sesyen sebelum itu dimaklumkan bahawa kompaun berkenaan dipersetujui SPRM selepas mempertimbangkan representasi yang dikemukakan tertuduh.

    Mengikut pertuduhan dalam kes Jana Wibawa, Adam Radlan didakwa meminta suapan antara 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek daripada Pengarah Urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd ketika itu, Mat Jusoh Mamat, selain menerima suapan RM500,000 sebagai upah membantu mendapatkan projek bernilai RM47.8 juta di Perlis.

    Beliau juga berdepan beberapa pertuduhan menerima suapan RM4.1 juta daripada dua individu sebagai balasan membantu mendapatkan projek lain di bawah program sama.

    Kesemua pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.

    Selain itu, Adam Radlan turut berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM3 juta yang didakwa dilakukan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya antara Mac 2021 hingga Januari 2023, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12514

  • AS kesan jangkitan pertama selesema burung H5N5 pada manusia

    AS kesan jangkitan pertama selesema burung H5N5 pada manusia

    WASHINGTON 16 Nov – Pihak berkuasa kesihatan di Negeri Washington mengesahkan seorang lelaki warga emas dijangkiti subjenis selesema burung H5N5, menandakan kes pertama strain berkenaan dikesan pada manusia.

    Menurut Jabatan Kesihatan negeri itu, virus berkenaan dikesan melalui ujian selepas mangsa dari wilayah Grays Harbour dimasukkan ke hospital dengan gejala selesema awal bulan ini.

    Ini kali pertama subjenis H5N5 dikenal pasti menjangkiti manusia, selepas sebelum ini hanya dikesan pada haiwan. Setakat ini, tiada butiran tambahan mengenai punca penularan diberikan.

    Bagaimanapun, pihak berkuasa negeri dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengekalkan penilaian bahawa risiko kepada orang awam kekal rendah.

    Lelaki berkenaan, yang mempunyai beberapa masalah kesihatan sedia ada, masih dirawat di hospital. Beliau dilaporkan memelihara unggas domestik yang mempunyai kontak dengan burung liar.

    Menurut laporan media AS, ini adalah kes manusia pertama berkaitan selesema burung dalam tempoh sembilan bulan.

    Laman web CDC merekodkan 71 kes selesema burung pada manusia di AS setakat ini, namun tidak dinyatakan subjenis terlibat bagi setiap kes.

    Selesema burung atau avian influenza ialah penyakit berjangkit yang sering membawa maut dalam banyak spesies burung dan unggas.

    Sejak 2022, dunia berdepan gelombang terbesar selesema burung, kebanyakannya melibatkan virus H5N1 yang sangat patogenik.

    Virus H5N1 turut dikesan menjangkiti beberapa mamalia dan boleh menjangkiti manusia pada dos tinggi, namun kesnya jarang berlaku.

    Di Jerman, Institut Robert Koch sebelum ini mengesahkan tiada kes H5N1 pada manusia direkodkan di negara itu.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12513

  • Topi keledar tercabut, pelajar 15 tahun maut tercampak dalam longkang di Kulim

    Topi keledar tercabut, pelajar 15 tahun maut tercampak dalam longkang di Kulim

    KULIM 16 Nov – Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta sebelum tercampak ke dalam longkang di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Padang Serai, di sini, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di kawasan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

    Beliau berkata, pihaknya menerima makluman orang awam pada jam 11.30 pagi berhubung kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha 135 LC dengan kereta Proton Saga FL.

    “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika remaja terbabit menunggang motosikal dari rumahnya di Taman Mahsuri menuju ke sebuah kedai berdekatan melalui laluan lurus berhadapan stesen minyak.

    “Pada masa sama, kereta Proton Saga FL dipandu lelaki berusia 29 tahun dari arah Jalan Padang Serai–Tasek Gelugor membelok ke kiri untuk memasuki stesen minyak secara tiba-tiba tanpa memberi laluan kepada motosikal mangsa,” katanya.

    Zulkifli berkata, impak pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang dan mengalami kecederaan serius di kepala selepas topi keledarnya tercabut.

    Katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12511

  • Teruk dikritik terlalu seksi, Universal Music akhirnya tarik semula muzikDolla

    Teruk dikritik terlalu seksi, Universal Music akhirnya tarik semula muzikDolla

    KUALA LUMPUR 16 Nov – Universal Music Malaysia mengambil langkah menurunkan video muzik terbaharu kumpulan Dolla berjudul Question dari semua platform digital selepas menerima kritikan hebat masyarakat yang menyifatkan kandungannya tidak sesuai dan menyinggung sensitiviti tempatan.

    Pengarah Urusannya, Kim Lim, berkata keputusan itu dibuat selepas penelitian semula terhadap keseluruhan produksi dan maklum balas yang diterima daripada peminat serta masyarakat.

    “Sebagai syarikat rakaman yang beroperasi dalam ekosistem majmuk seperti Malaysia, kami sentiasa menghormati nilai budaya, sensitiviti agama dan pandangan peminat.

    “Kami ambil serius semua maklum balas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kekhilafan. Kreativiti perlu seiring dengan norma setempat, dan penurunan video muzik ini adalah langkah wajar demi menjaga keharmonian semua pihak,” katanya.

    Penampilan Dolla dalam video muzik Question sebelum ini mencetuskan kontroversi, khususnya gaya fesyen yang dianggap terlalu seksi dan mencolok mata. Isu itu turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, yang dilapor sedang meneliti kemungkinan tindakan jenayah syariah terhadap selebriti Muslim yang berpakaian tidak sopan.

    Pendakwah selebriti, Asma’ Harun, juga menegur secara terbuka dan menyifatkan penampilan Dolla dalam video tersebut sebagai tidak bermoral serta memalukan wanita Islam.

    Universal Music Malaysia dalam kenyataannya turut berjanji memperketat proses semakan kandungan dan memastikan setiap projek kreatif melalui penelitian dalaman serta konsultasi profesional bagi mengelakkan isu sama berulang.

    “Kami berterima kasih atas semua maklum balas terbuka dan membina daripada masyarakat. Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa menjejaskan hubungan antara artis, peminat dan komuniti muzik negara,” kata Lim.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12510

  • Terkena sihir katak angkara mulut lepas

    Terkena sihir katak angkara mulut lepas

    JIKA tiada ayat yang elok untuk berkata-kata, sebaiknya kita sebagai insan biasa tidak meluahkan lisan atau tulisan yang menyakitkan hati orang lain. Kisah Mitos yang ingin disampaikan ini telah diceritakan oleh seorang usahawan dikenali sebagai Zack Ali, 50, ketika ditemui di Banting, Selangor baru-baru ini. Menurut Zack, kisah tersebut berlaku kepada sahabatnya kira-kira 15 tahun lalu gara-gara mulut tidak ‘berinsurans’. “Sahabat saya, Sulaiman seorang peniaga restoran di utara negeri ini. Kedai makannya agak laris kerana masakannya enak. “Sulaiman seorang yang……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/16/terkena-sihir-katak-angkara-mulut-lepas/

  • ‘Bersolek di KL, buat rambut di Kuching, huru-hara, menang!’

    ‘Bersolek di KL, buat rambut di Kuching, huru-hara, menang!’

    KUCHING – Pelakon Sweet Qismina mengakui kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASEAN International Film Festival & Awards 2025 (AIFFA2025) tidak pernah berada dalam kotak fikirannya sebelum ini.

    Menurut Sweet atau nama penuhnya Farhanna Qismina Supandi, 28, selama bergelar anak seni, dia tidak pernah meletakkan sebarang jangkaan tinggi apatah lagi memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.

    “Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik AIFFA ini memang sesuatu yang tidak pernah wujud dalam diri dan otak saya.

    “Saya sudah berlakon sejak kanak-kanak. Jadi, untuk terima anugerah ini adalah satu perkara yang sangat bermakna dalam kanvas kerjaya saya,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.

    Dia juga memberitahu tidak mempunyai perancangan untuk terbang ke Kuching bagi menghadiri AIFFA2025 kerana terikat dengan jadual kerja yang padat.

    Namun, selepas dipujuk produser filem Babah, dia mengambil keputusan untuk ke Kuching saat akhir tanpa sebarang persiapan.

    “Kalau tidak, saya memang tak hadir pun acara ini sebab kerja. Produser Babah pun tanya saya, jadi saya ubah keputusan untuk datang juga.

    “Lucunya, saya sudah siap bersolek di Kuala Lumpur tetapi tata rias rambut pula dilakukan di Kuching. Memang huru-hara jugalah.

    “Bila hadir, menang pula. Memang betul-betul rahsia Tuhan,” ujarnya.

    Masih menegaskan prinsip akan terus menambaik kualiti lakonan selepas ini, isteri kepada pelakon Adam Lee itu mengakui kemenangan berganda yang diraih termasuk trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) memberi beban besar buatnya.

    “Sangat-sangat berat sebab masa FFM34 lalu, saya beritahu tidak mudah nak bawa kemenangan itu. Kemudian terima lagi anugerah lain dan jadi wakil Malaysia.

    “Bertambah satu lagi tanggungjawab yang besar. Saya tak tahu kenapa Allah bagi rezeki ini, mungkin Dia nak saya beri hasil kerja lebih baik selepas ini.

    “Kemenangan ini bukan satu perkara yang saya boleh buat main-mainlah. Pilihan juri ini bukan sebab populariti tetapi kualiti,” jelasnya.

    Dalam masa sama, dia sekali lagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada produksi filem Babah iaitu Nads Media Entertainment kerana menawarkan watak Maya sekali gus membuka banyak ruang dan rezeki buat dirinya.

    “Tanpa kepercayaan mereka, saya tidak akan ada dalam filem ini.

    “Saya masih hilang kata-kata dengan kemenangan ini, terima kasih semua yang tak berhenti menyokong,” ujarnya lagi.

    Semalam, Sweet terus memahat satu lagi kejayaan apabila diumumkan sebagai pemilik trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik AIFFA2025 yang berlangsung di sini, semalam.

    Dia menewaskan Hong Dao dari Vietnam, Imelda Budiman (Indonesia), Zulfa Maharani (Indonesia) dan

    Katrina Halili (Filipina) untuk kategori tersebut.

    Sebelum ini, Sweet juga dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM34 menerusi filem sama.

    Kemenangan dalam AIFFA2025 sekali gus menjadi trofi kedua dimenangi Sweet Qismina sejak dua dekad bergelar anak seni.

    Kemuncak AIFFA2025 yang mula diperkenalkan sejak 2013 dan mengangkat tema Under The Star tahun ini berlangsung di Colosseum Ballroom, Pullman Hotel, Kuching.- KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/16/bersolek-di-kl-buat-rambut-di-kuching-huru-hara-menang/

  • ‘Memenatkan, ada lelaki fikir dia dapat uji bakat filem 18+’

    ‘Memenatkan, ada lelaki fikir dia dapat uji bakat filem 18+’

    PETALING JAYA – Pelakon Amelia Christie penat berdepan gangguan lelaki tidak beradab yang sering menghantui akaun media sosialnya dengan menghantar pelbagai mesej menjijikkan.

    Ujar Amelia atau nama sebenarnya Amelia Christie Lim, 25, situasi berlarutan itu bukan sahaja menyerabutkan malah menimbulkan rasa takut dan keresahan pada dirinya dan ramai lagi kaum wanita yang mungkin berdepan isu sama.

    “Macam-macam berlaku bila saya post gambar di Instagram Story terutama gambar terbaharu yang berada di pantai.

    “Tiba-tiba ada lelaki secara ‘random’ fikir dia dapat uji bakat untuk filem 18+ (18SX).

    “Cara mereka menaip, emoji digunakan, keyakinan mereka, saya sendiri tak tahu nak gelak, menangis atau terus block,” katanya dalam Threads.

    Tegas bintang drama Gamers Mangkuk itu, kaum wanita hanya mahu menikmati media sosial tanpa diganggu orang luar selain menasihatkan golongan lelaki supaya bersikap sopan apabila berinteraksi dalam platform digital.

    “Perkara ini sering berlaku pada wanita. Memang memenatkan. Kami cuma mahu enjoy media sosial tanpa diganggu ‘strangers’ yang macam hilang adab sejak 2010.

    “Satu peringatan lembut buat lelaki, bercakap dengan wanita secara hormat sentiasa beri kesan lebih baik daripada bertindak seperti ‘broken NPC’ (gila seks) dalam DM,” ujarnya.

    Rata-rata netizen senada dengan Amelia selain menyifatkan manusia kini seperti sudah hilang pedoman dan kurang hormat antara satu sama lain.

    “Setuju! Sopan santun tak susah pun, kenapa semua macam dah hilang arah sangat,” komen netizen.

    “Memang ada yang tak reti jaga batas dalam sosial media terutama jantan miang, otak dia macam tiada benda lain nak fikir,” tulis pengikut.

    Perkara sebegini bukanlah kali pertama berlaku kepada artis tempatan malah sebelum ini selebriti seperti Nadia Brian, Rezza Shah dan Sophia Albarakbah turut terpalit pengalaman sama. – KOSMO! ONLINE.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/16/memenatkan-ada-lelaki-fikir-dia-dapat-uji-bakat-filem-18/

  • ‘Dah lama nak kahwin jaga Mahriah tapi saya buta huruf’

    ‘Dah lama nak kahwin jaga Mahriah tapi saya buta huruf’

    MELAKA – “Saya cuma mahu jaga dia sampai habis rawatan, sampai bila-bila,” luah Leman Jantan, 62, yang kini sah bergelar suami kepada pesakit kanser payudara tahap dua, Mahriah Abdul Majid, 59.

    Menurut Leman, dia mengenali Mahriah selepas tiga tahun berjiran dan memendam hasrat untuk memperisterikan wanita itu hampir dua tahun.

    Katanya, hajat itu bagaimanapun terbantut selepas dia mengalami kesukaran untuk menguruskan proses dokumen pernikahan susulan buta huruf.

    “Saya memang sudah lama nak nikah dengan dia tetapi saya tak pandai urus dokumen, takut salah, jadi kali ini ada orang bantu barulah kami dapat teruskan.

    “Saya kenal rapat dengan Mahriah selepas dia tak mampu ke hospital seorang diri untuk rawatan kimoterapi. Saya yang bawakan dan uruskan hal-hal hospital kerana saya tak sampai hati, saya bantu selepas tengok dia macam hilang harapan,” katanya.

    Pasangan itu selamat diijabkabulkan kelmarin di Masjid Cina Krubong dengan bantuan Kumpulan Sokongan Kanser Power of Love, Majlis Kanser Nasional (Makna) dan Jabatan Kerja Sosial Hospital Melaka.

    Jelas Leman, dia mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan sebelum ini, namun isterinya itu telah meninggal dunia dan pernah berkahwin buat kali kedua tetapi ia juga berakhir dengan kisah sama.

    “Dahulu proses pernikahannya lebih mudah, sekarang ada bahagian yang perlu dibuat secara dalam talian serta pelbagai borang perlu diisi.

    “Tapi saya tak pernah pakai busana songket pengantin dan diraikan begini, sebab kehidupan saya pun bukan senang, kami ini dikategorikan sebagai golongan asnaf dan sebelum ini saya cuma buat kerja-kerja kampung saja,” ujarnya.

    Sementara itu, Mahriah yang hidup seorang diri sejak 15 tahun lalu setelah berpisah dengan bekas suami mengakui, kesihatannya telah banyak berubah selepas Leman mula membawanya menjalani rawatan secara konsisten.

    “Dulu rasa macam tak ada perubahan, kadang-kadang putus harap tetapi bila dia tolong, saya jadi kuat, rasa sihat sikit dan semangat naik balik,” katanya.

    Dalam pada itu, Pengasas Kumpulan Sokongan Kanser Power of Love, Deewi Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai hajat pasangan itu pada 2 Oktober lalu sebelum menghubungi agensi berkaitan untuk membantu menguruskan dokumen pernikahan.

    “Kami berusaha mendapatkan semula dokumen diperlukan seperti sijil kelahiran, nikah ibu dan bapa serta tajaan daripada pelbagai pihak supaya majlis ini diraikan dengan penuh bermakna.

    “Beberapa pihak turut tampil membantu pasangan mereka termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Makna bagi meringankan kos rawatan serta kehidupan harian,” katanya.-KOSMO! ONLINE

    A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/15/video-dah-lama-nak-kahwin-jaga-mahriah-tapi-saya-buta-huruf/