Blog

  • Aaron, Wooi Yik ikrar terus setia

    Aaron, Wooi Yik ikrar terus setia

    PEMAIN beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik menoktahkan segala spekulasi mengenai masa depannya apabila menegaskan tetap setia bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

    Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu menepis dakwaan kononnya dia bakal meninggalkan skuad kebangsaan susulan pertukaran status profil di akaun Instagram miliknya kepada ‘Pro Badminton Player’ baru-baru ini.

    Tegas Wooi Yik, dia tidak berniat untuk meninggalkan BAM dan menjelaskan status berkenaan hanya menggambarkan kerjayanya sebagai pemain profesional dalam sukan tersebut dan langsung tidak membawa sebarang maksud tersirat untuk keluar daripada sistem badan induk itu.

    “Saya rasa saya tak ada apa nak jawab. Media sosial itu benda peribadi saya dan saya tak ada berniat apa-apa.

    “Saya buat apa yang saya rasa untuk diri saya,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

    Menurut Wooi Yik, isu untuk meninggalkan BAM langsung tidak pernah wujud dalam fikirannya.

    “Tak ada niat,” katanya ringkas.

    Isu berkenaan sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang bimbang kehilangan salah seorang tonggak utama negara yang dijangka berpisah dengan gandingannya, Aaron Chia.

    Namun, penjelasan itu dilihat meredakan keadaan sekali gus menutup ruang spekulasi tidak berasas memandangkan pasangan itu yang kini menghuni ranking No. 2 dunia itu masih mempunyai kontrak bersama BAM sehingga temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/04/01/aaron-wooi-yik-ikrar-terus-setia/

  • Sentuhan emas Darwisy hiasi dinding istana

    Sentuhan emas Darwisy hiasi dinding istana

    PETALING JAYA – Seorang pemuda mencipta nama menggunakan songket sebagai lukisan dalam menghasilkan potret sehingga mendapat perhatian istana bukan sahaja di Malaysia tetapi hingga ke Brunei. Muhammad Darwisy Mustafani, 25, pernah menyiapkan lukisan potret Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah tempahan daripada Istana Negara, lukisan bunga daripada Istana Selangor serta potret Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah tempahan daripada Istana Kedah. Seterusnya potret Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/04/01/sentuhan-emas-darwisy-hiasi-dinding-istana/

  • Ngerinya dunia digital, ibarat medan perang

    Ngerinya dunia digital, ibarat medan perang

    IBARAT sebuah lautan tenang yang menyimpan badai di dasarnya, Threads kini menjadi saksi betapa mudahnya adab diketepikan demi sebuah perhatian singkat. Setiap hantaran bukan lagi tentang perkongsian ilmu atau ukhwah, sebaliknya bertukar menjadi gelanggang toksik di mana ‘jari-jemari berbisa’ bebas menari, melontarkan kata-kata nista yang mampu merobohkan benteng jiwa seseorang. Fenomena tersebut mencetuskan kegusaran buat penyanyi, Anuar Zain yang bimbang melihat arus zaman yang kian deras menghakis nilai susila. Bagi Anuar, keindahan teknologi yang sepatutnya menyatukan, kini seolah-olah menjadi medan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/04/01/ngerinya-dunia-digital-ibarat-medan-perang/

  • Kejayaan besar KYSM di peringkat ASEAN

    Kejayaan besar KYSM di peringkat ASEAN

    SAAT nama Rayyan Harith Ahmad Rozley dan Al Hyfzul Imran Azaiddin diumumkan sebagai pemenang tiga anugerah daripada tujuh kategori utama pada Kongres Serantau ke-14 – Pencarian Saintis Muda SEAMEO (SSYS) 2026, Dewan Regional Centre for Education in Science and Mathematics, Pulau Pinang bergema dengan sorakan. Kemenangan besar tersebut bermakna segala usaha dan kerja keras, latihan intensif dan perjalanan panjang yang dilalui oleh dua pelajar tingkatan empat di Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) itu terbayar akhirnya. Kejayaan berkenaan turut mengangkat nama……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/04/01/kejayaan-besar-kysm-di-peringkat-asean/

  • EPL: Man. United perlu pecah rekod dunia

    EPL: Man. United perlu pecah rekod dunia

    MUNICH – Manchester United perlu menyiapkan dana yang cukup besar untuk merealisasikan hasrat membawa masuk penyerang impian mereka, Harry Kane pada musim panas nanti.

    Presiden Kehormat Bayern Munich, Uli Hoeness mengakui bahawa penyerang pasukan itu, Harry Kane dianggarkan bernilai £200 juta (RM1.06 bilion) ekoran prestasi memuncak apabila meledak 48 gol dalam 40 penampilan setakat musim ini.

    Kontrak Kane di Allianz Arena bakal berakhir pada Jun 2027 dan memiliki nilai pelepasan berharga £57 juta (RM302.88 juta) sekiranya bersetuju untuk mengaktifkan kluasa berkenaan untuk mencari destinasi baharu.

    Bagaimanapun, Hoeness percaya pemain itu akan kekal di Bayern apabila tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menggunakan klausa berkenaan untuk mencari destinasi baharu ketika Barcelona dan beberapa kelab dari Arab Saudi turut berminat mendapatkan sentuhannya.

    “Kane tidak berminat untuk mengaktifkan klausa berkenaan, itu berminat dia akan kekal dengan kontrak di Bayern sehingga 2027. Dia dan keluarganya sangat selesa di sini.

    “Sebelum ini saya anggap Kane bernilai £130 juta (RM690.78 juta), tetapi Liverpool membeli Alexander Isak dengan harga tersebut. Jika Isak berharga £130 juta, jadi saya fikir Kane mungkin bernilai £200 juta atau lebih,” katanya.

    Kenyataan itu menyaksikan United bakal memecahkan rekod perpindahan dunia sekiranya mereka benar-benar mahu mendapatkan khidmat Kane untuk musim depan ketika pemain itu sudah berusia 32 tahun.

    Rekod perpindahan dunia ketika ini kekal menjadi milik Neymar apabila Paris Saint-Germain (PSG) membayar yuran perpindahan sebanyak £200 juta kepada Barcelona pada 2017 untuk mendapatkan khidmatnya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/04/01/man-united-perlu-pecah-rekod-dunia/

  • Mabuk lesen besar membunuh?

    Mabuk lesen besar membunuh?

    TERIMA KASIH kepada pemilik kamera papan pemuka sebuah kereta yang membantu kita menyaksikan kejadian ngeri seorang pemandu mabuk meragut satu nyawa – seorang penunggang motosikal di Klang pada Ahad lalu. Dalam kes pembunuhan, biasanya seseorang memegang pisau atau pistol tetapi dalam kes ini individu berkenaan memegang stereng kereta. Ngeri? Apa tidaknya apabila mangsa dengan berat kira-kira 120 kilogram melambung ke udara sebelum terhempas ke atas sebuah kereta lain. Tidak terucap oleh kita betapa mudahnya seorang yang di bawah pengaruh alkohol……

    Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/04/01/mabuk-lesen-besar-membunuh/

  • Cemerlang tanpa PT3, UPSR

    Cemerlang tanpa PT3, UPSR

    PUTRAJAYA – Seramai 13,779 daripada 413,299 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 merekodkan keputusan cemerlang apabila berjaya memperoleh gred A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran.

    Keputusan yang diumumkan semalam turut menyaksikan Gred Purata Kebangsaan (GPK) peperiksaan itu merekodkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun sejak 2021 de­ngan 4.42 mata.

    Lebih membanggakan, mereka merupakan kumpulan pertama yang tidak menduduki peperiksaan utama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

    Keputusan itu membuktikan bahawa generasi pelajar hari ini mempu­nyai daya tahan tinggi, termasuk menghadapi cabaran ketika pandemik Covid-19.

    Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, seramai 376 calon memperoleh keputusan cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran.

    “Bilangan calon memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran pula seramai 92,347 orang atau 23.76 peratus berbanding 86,040 orang pada 2024.

    “Calon yang memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran seramai 141,728 orang, berbanding 136,791 orang pada tahun sebelumnya,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini semalam.

    Bagaimanapun, Mohd. Azam berkata, jumlah calon yang cemerlang A+, A dan A- menurun 0.10 peratus.

    “KPM akan meneliti perkara ini dan mengambil tindakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah. Ia bukanlah penurunan yang besar kerana terdapat peningkatan dalam kumpulan kepujian, lulus yang merekodkan pencapaian agak tinggi,” katanya.

    Jelasnya, GPK SPM 2025 turut merekodkan pencapaian terbaik iaitu 4.42 berbanding 4.49 pada 2024, 4.60 (2023), 4.74 (2022) dan 4.86 (2021).

    Secara keseluruhannya, pencapaian calon berdasarkan indeks GPK adalah lebih baik sejak SPM menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah mulai 2021.

    “Jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar juga semakin mengecil sebanyak 0.04 mata,” katanya.

    GPK calon bandar adalah 4.40 mata, berbanding 4.47 mata (2024). GPK calon di luar bandar pula 4.81 mata (2025) berbanding 4.92 mata (2024).

    Seramai 7,099 calon pula tidak hadir peperiksaan sekurang-kurangnya enam mata pelajaran kerana bekerja, berpindah ke luar negara, kemalangan dan masalah keluarga.

    “Ada antara calon yang mempunyai masalah kesihatan, masalah pengangkutan, meninggal dunia selain ada yang ditahan pihak berkuasa.

    “Jarak masa panjang dari tempoh pendaftaran awal tahun sehingga peperiksaan sebenar pada November turut menyumbang kepada faktor ketidakha­diran calon,” katanya.

    Tambahnya, KPM melakukan pelbagai program intervensi untuk memastikan calon hadir menduduki peperiksaan.

    “Program ziarah cakna dengan pergi ke rumah murid dilakukan dengan memberikan panduan dan nasihat kepada ibu bapa dan murid itu sendiri,” katanya.

    Di Kajang, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan semalam membuktikan generasi pelajar sekarang mempunyai daya tahan tinggi, termasuk menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

    “Tetapi kita ambil sikap lebih positif, melihat kepada apa yang sedang berlaku dalam konteks pendidikan negara khususnya keputusan ini membuktikan mereka adalah generasi atau kohort anak-anak yang daya tahannya cukup tinggi

    “Calon SPM 2025 unik kerana tidak melalui sebarang peperiksaan sebelum ini.

    “Namun mereka membuktikan kemampuan diri untuk mencapai keputusan cemerlang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Majlis Pengumuman SPM 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang di sini semalam.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/04/01/cemerlang-tanpa-pt3-upsr/

  • ‘Saya melolong, menjerit panggil mak, itu tangisan paling lama’

    ‘Saya melolong, menjerit panggil mak, itu tangisan paling lama’

    DI sebalik vokal emas yang sering membuai jiwa peminat, tersimpan sebuah naskhah duka dalam epilog lembaran kehidupan penyanyi, Anuar Zain.

    Kehilangan kedua-dua tonggak syurga iaitu ibu, Allahyarhamah Robiah Abdul dan bapa, Allahyarham Haji Zin @ Zain Abdullah dalam tempoh singkat meninggalkan lara yang sukar diterjemah dengan kata-kata.

    Bertemu empat mata dalam sesi fotografi eksklusif baru-baru ini, pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain mencurahkan segala kesedihan dan keperihan yang selama ini dipendam kemas selepas pemergian insan kesayangannya.

    Mengimbau kembali detik selepas pemergian arwah bapanya, penyanyi berusia 56 tahun itu mengakui dia dan adik-beradik lain menjangkakan ibunya akan terus kuat dan panjang umur.

    Meskipun dilanda badai stres yang hebat pada dua minggu pertama, ibunya kembali mempamerkan raut wajah ceria, sekali gus menjentik sedikit kelegaan buat anak-anak.

    “Adik-beradik semua sudah bincang dan kami jangka emak akan panjang umur walaupun selepas pemergian abah, dua tiga minggu dia tampak stres.

    “Selepas itu dia kembali ceria, selalu cakap dia okey dan buat kita lega. Tengok sekeliling ramai mak cik saya bila suami mereka meninggal dunia, ambil masa setahun untuk pulih.

    “Kalau tak, tidak lalu makan, keluar muka pun kecut dan kurus kering. Kita takut mak kita begitu tapi dia dapat lalui, tapi rupa-rupanya tak, dia simpan emosi sebab enggan susahkan anak-anak,” kata Anuar kepada HibGlam.

    Malah, pelantun lagu Sedetik Lebih itu turut menyifatkan orang tuanya sebagai insan yang sangat cekal dan enggan meminta bantuan daripada anak-anak kerana tidak mahu membebankan sesiapa.

    “Itulah mak abah saya. Selagi boleh sembunyi, mereka takkan buka mulut mengadu domba kepada anak-anak.

    “Mereka bukan jenis minta bantuan anak-anak, saya pun tak faham. Ada sekali, abah pergi ambil ubat seorang diri.

    “Dia memang tak nak minta tolong, selagi boleh memandu sendiri dia akan pergi berdua dengan mak,” katanya lagi.

    Bagaimanapun, sifat tersebut akhirnya menjadi pengajaran buat anak kedua daripada lima orang adik-beradik itu agar tidak terlalu bergantung kepada ihsan orang lain serta sentiasa menguruskan hidup dengan daya usaha sendiri.

    “Mak abah saya memang berdikari. Tahu-tahu semua dah tersedia tapi bila fikir balik, mereka tak nak manjakan diri.

    “Sebenarnya bagus, kita tak boleh terlalu berharap pada orang. Itu sesuatu benda yang saya tengok dalam kehidupan, jangan mengharapkan apa-apa kepada manusia.

    “Ramai orang nak tolong kita sebenarnya tapi jangan jadikan perkara tersebut dalam kepala, yang orang mesti tolong kita. Lama-lama jadi ‘play victim’ dan rasa layak dapat bantuan,” ujarnya.

    Bercerita lanjut, Anuar mengakui bahawa untuk melangkah masuk ke dalam bilik tidur arwah ibu dan bapanya merupakan antara perkara paling sukar untuk dilakukan sehingga ke hari ini.

    “Satu perkara sahaja yang saya susah adalah masuk bilik mak abah. Sampai sekarang, saya tak masuk lagi, yang lain okey saja.

    “Ada sekali jenguk masa mak masih ada, mak kemas barang abah. Sekarang saya jalan saja melintasi bilik mereka.

    “Saya rindu mak melambai di gril setiap kali saya nak gerak keluar dari rumah,” ujar adik kepada penyanyi Ziana Zain itu.

    Dalam reda, ada satu perkara yang tidak dilakukan Anuar buat ibunya. Dia tidak sempat memenuhi hasrat ibunya yang ingin menunaikan umrah, namun keadaan tidak mengizinkan.

    “Ayah saya masa umur 65 tahun, ada ‘false alarm’, kita ingat dah teruk, saya pun bergegas bawa dia pergi bercuti di Switzerland, sebab dia suka cerita fasal negara itu.

    “Mak pula cakap nak pergi umrah, tapi tak sempat. Dia dah ada niat nak ke sana, Allah dah bagi pahala.

    “Saya memang tak sangka mak pergi secepat itu sebab rasa nampak okey. Tapi waktu dah tiba kan,” ujarnya.

    Meskipun tidak dapat menunaikan hasrat terakhir, Anuar bagaimanapun tidak menyimpan rasa kesal kerana pemergian kedua-dua ibu bapanya dilihat berlaku dalam keadaan yang sangat tenang dan dipermudahkan.

    “Saya tak kesal kedua-dua ibu bapa saya pergi. Cantik mereka pergi, abah habis nyawa atas kerusi roda masa tengah mandi, tak dengar apa pun.

    “Anak buah saya panggil ‘pak ngah, atuk dah tiada’. Saya pun terus lari turun bawah, sempatlah angkat dia dari kerusi roda naik ke atas katil.

    “Selepas meninggal dunia, muka dia terus berubah macam orang muda. Saya terkejut, mak pun bila habis nyawa nampak macam tengah tidur,” ceritanya.

    Menangis dalam tandas

    Biarpun sering mempamerkan wajah yang kental dan tenang, Anuar mengakui tetap mengalami fasa terendah apabila tembok emosinya runtuh sewaktu sedang bercuti di Singapura, tidak lama selepas pemergian ibunya.

    “Pergi berjalan-jalan dengan kawan, makan dan melawat kedai barangan antik.

    “Saya rasa macam dah kuat walaupun mak baru pergi dua minggu. Ada satu hari masa masuk tandas, mulut ternyanyi lagu Sedetik Lebih, habis bahagian ‘selepas selamanya’, saya melolong.

    “Saya menjerit panggil ‘mak’ dalam bilik air, nasib baik air laju, jiran tak dengarlah kita meraung. Dalam 15 minit saya menangis tak berhenti dan itu paling lama saya menangis,” ujarnya lagi.

    Dedahnya lagi, itu merupakan kali pertama dia menangis dalam tempoh yang begitu panjang memandangkan dia seorang yang enggan membiarkan diri larut terlalu lama dalam emosi yang membebankan.

    “Bila dah habis menangis, saya fikir macam budak kecil cari mak dan saya pun tergelak. Saya pun pelik, saya tak pernah ada pengalaman begitu.

    “Saya pula susah nak menangis sebab saya takut jadi emosi. Saya rasa ketika itu masih terima atau tak sebab mak baru meninggal dunia,” tutupnya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/04/01/saya-melolong-menjerit-panggil-mak-itu-tangisan-paling-lama/

  • Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta

    Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta

    KUALA LUMPUR 1 April – Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) berjumlah RM1 juta terhadap Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan kegagalan institusi perbankan itu mematuhi piawaian keselamatan siber serta perlindungan maklumat pelanggan yang ditetapkan.

    Denda tersebut diputuskan selepas Bank Rakyat didapati melanggar syarat ketat di bawah dokumen dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT PD) dan Pengurusan Maklumat Pelanggan dan Pendedahan yang Dibenarkan (MCIPD PD) berikutan insiden pencerobohan sistem oleh pihak luar pada 20 Januari 2026.

    Bank pusat dalam kenyataan rasminya menyifatkan tindak balas insiden dan kawalan keselamatan siber sedia ada pada ketika itu adalah tidak mencukupi untuk melindungi data sensitif pelanggan daripada akses tanpa kebenaran oleh ancaman luar.

    BNM turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana institusi kewangan yang gagal memenuhi keperluan undang-undang dan kawal selia demi menjamin kestabilan sistem kewangan negara.

    Susulan insiden berkenaan, Bank Rakyat dilaporkan telah mengambil langkah proaktif bagi memperkukuh tadbir urus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta meningkatkan sumber manusia dalam bahagian keselamatan siber mereka bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

    Bank Rakyat juga telah menjelaskan bayaran penalti RM1 juta tersebut pada 26 Januari lalu sebagai tanda akur terhadap ketetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa kewangan negara tersebut.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/15020

  • Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian

    Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian

    KUALA LUMPUR 1 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tindakan paling tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pemandu cuai atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian, terutamanya melibatkan pengaruh alkohol dan dadah.

    Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, pendekatan itu bertujuan memberi mesej jelas bahawa setiap kecuaian yang meragut nyawa akan disiasat secara menyeluruh dan telus.

    Beliau merujuk kepada kes kemalangan maut tragis pada 29 Mac lalu di Jalan Raya Barat, Klang, di mana seorang penghantar makanan berusia 32 tahun maut dirempuh sebuah kenderaan yang memasuki laluan bertentangan ketika cuba memotong secara berbahaya.

    “Tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak, tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman yang lebih berat akan diambil. Ini termasuk kes melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Susulan kejadian itu, pemandu lelaki tempatan terbabit telah pun dihadapkan ke Mahkamah Klang hari ini (1 April) di bawah pertuduhan yang amat berat.

    Butiran Pertuduhan:

    Seksyen: Didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Membunuh).

    Hukuman: Memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.

    Sebatan: Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan sekurang-kurangnya 12 kali sebatan.

    Mohammed Hasbullah turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan tragedi yang menyayat hati.

    Langkah mendakwa pemandu mabuk di bawah Seksyen 302 (membunuh) dan bukannya sekadar akta pengangkutan jalan menunjukkan keseriusan pihak berkuasa dalam menangani jenayah jalan raya yang dikategorikan sebagai jenayah berat.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/15018