Tag: JNJ-MEDIA

  • 俄警告欧盟不得动其资产 否则面临严重反制

    俄警告欧盟不得动其资产 否则面临严重反制

    俄罗斯警告,若欧盟强行动用或没收俄罗斯主权资产,将面临严重反制。

    俄罗斯驻比利时大使馆16日在社交媒体发文,如是指出。

    俄使馆严厉批评欧盟推动没收俄罗斯被冻结资产。

    俄使馆表示,欧盟领导层正竭力迫使包括比利时在内的持保留态度国家,接受没收俄罗斯资产的方案,这一做法的根本目的是维持对乌克兰的武器供应,而欧洲自身的财政资源已趋枯竭。

    在谈及与比利时的双边关系时,俄使馆说,比利时加入欧盟制裁已使俄比经贸关系遭受重创,2024年底双边贸易额跌至43亿欧元(约206亿令吉),创历史新低。然而,俄仍希望政治因素不会彻底破坏两国经贸往来,认为比利时企业依然对俄罗斯市场保持兴趣,并期待局势改善。

    欧盟委员会主席冯德莱恩日前表示,利用俄罗斯遭冻结资产为援助乌克兰的贷款融资是最有效方式。这一方案遭到比利时反对。

    由于俄罗斯遭冻结资产的一大部分由位于比利时首都布鲁塞尔的欧洲清算银行持有,若俄罗斯方面索赔,比利时可能承担金融风险,因此比利时方面目前仍反对这一方案。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1716058

  • 法迪拉:联邦沙州设特委会 商40%净税收机制

    法迪拉:联邦沙州设特委会 商40%净税收机制

    副首相拿督斯里法迪拉说,联邦政府和州政府已成立特别委员会,负责讨论落实沙巴根据1963年马来西亚协议(MA63)提出的40%净税收权益诉求的机制。

    法迪拉也是MA63执行行动理事会技术委员会(JKTMPMA63)主席,他说,该委会将由沙巴联邦秘书拿督斯里沙法尔和财政部秘书长拿督佐汉共同领导。

    他指出,该特委会将向JKTMPMA63汇报工作,但也可以直接向内阁汇报讨论进展和待实施的机制。

    他周一在京那巴鲁大厦对记者说:“我们(讨论实施方案)的时间非常有限,谈判已经开始,今天我们将成立一个委员会,尽可能细化(实施方案)。”

    “我正在等待报告和讨论结果。成立委员会并向政府提出建议非常重要……我们等待后续的完整报告。”

    较早前,法迪拉在京那巴鲁大厦会晤沙巴首席部长拿督斯里哈芝芝,沙法尔、佐汉和沙巴州律政司拿督苏观山也有在场。

    法迪拉说,特委会成立后,将讨论落实该项权益的职权范围等各项事宜,并将与第17届沙巴州选举后成立的新州政府进行进一步磋商。

    “联邦政府已决定不对这40%净税收权益诉求提出上诉,因此联邦内阁决定与州政府进行磋商。由于目前只有看守政府,因此我们首先会面更为重要。”#

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1716050

  • 17 bulan curi air, pemilik kilang ais terkenal Kelantan didenda RM50,000

    17 bulan curi air, pemilik kilang ais terkenal Kelantan didenda RM50,000

    KOTA BHARU 17 Nov – Seorang pemilik kilang ais terkenal di Kelantan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati melakukan sambungan air secara haram bagi tujuan operasi pemprosesan ais batu di premisnya.

    Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Yusrid Mohd Yusof, 34, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

    Nik Habri menegaskan perbuatan mencuri air adalah kesalahan serius yang tidak wajar berlaku dalam kalangan pengusaha.

    “Ini syarikat besar, tak ada sebab untuk tidak membayar bil air.

    “Hukuman ini sebagai amaran agar perbuatan seperti ini tidak berulang,” katanya.

    Mengikut pertuduhan, Mohamad Yusrid sebagai penghuni di tapak kilang tersebut didakwa secara menyalahi undang-undang membuat sambungan ke paip air perkhidmatan tanpa kebenaran daripada pemegang lesen iaitu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

    Kesalahan itu dilakukan di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, pada 7 Jun 2018.

    Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

    Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan AKSB menemui satu sambungan haram menggunakan paip polietilena berdensiti tinggi bersaiz 32 milimeter yang ditanam di bawah lapisan konkrit.

    Sambungan itu menyalurkan air terawat ke dua tangki simpanan — satu di luar premis dan satu di dalam bangunan — yang digunakan sebagai sumber utama pemprosesan ais batu.

    Ujian klorin terhadap sampel air dari sambungan tidak sah dan sampel dari tangki simpanan premis menunjukkan tindak balas kimia positif apabila air bertukar merah jambu, sekali gus mengesahkan ia adalah air dirawat AKSB.

    Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Suhaidariah Ahmad, memohon hukuman setimpal kerana kesalahan itu dilakukan untuk tujuan komersial oleh syarikat yang mempunyai kemampuan kewangan, selain memberi kesan kepada kadar air tidak berhasil negeri.

    “Kesalahan berlaku selama 17 bulan dan mengakibatkan kerugian air kepada AKSB dianggarkan sebanyak RM41,337.20,” katanya.

    Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar denda dikurangkan.

    Mahkamah kemudian mengekalkan denda RM50,000 dan memerintahkan tertuduh dipenjara 17 bulan sekiranya gagal membuat pembayaran.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12533

  • Penjara ‘sesak’, banduan dalam negara cecah 84,000 orang melebihi kapasiti maksimum

    Penjara ‘sesak’, banduan dalam negara cecah 84,000 orang melebihi kapasiti maksimum

    KUALA LUMPUR 17 Nov – Jumlah banduan di seluruh negara kini mencecah lebih 84,000 orang, sekali gus melebihi kapasiti maksimum penjara yang hanya boleh menampung 76,000 individu, menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

    Beliau berkata, setakat ini seramai 84,143 banduan ditempatkan dalam fasiliti penjara, manakala 6,640 lagi berada di luar penjara menerusi program pemulihan komuniti.

    “Kapasiti sebenar penjara adalah 76,311 orang. Ini menunjukkan berlaku kesesakan dan lebihan sebanyak 7,872 orang daripada keseluruhan kapasiti,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

    Beliau menjawab pertanyaan Rushdan Rusmi (PN–Padang Besar) mengenai langkah kerajaan mengurangkan kesesakan penjara akibat kesalahan dadah serta sama ada KDN bersedia menilai semula dasar sedia ada termasuk cadangan dekriminalisasi penggunaan dadah secara terkawal dan pengalihan pesalah kecil ke program pemulihan komuniti.

    Dr Shamsul berkata, kerajaan melalui KDN kini melaksanakan pendekatan menyeluruh merangkumi penguatkuasaan dan pemulihan bagi menangani kesesakan penjara berkaitan kesalahan dadah.

    Menurutnya, penubuhan Pusat Koreksional Chenderiang, Tapah adalah antara langkah penting untuk mengasingkan pesalah jenayah dadah di bawah Seksyen 15(1) dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

    “Pengasingan ini membolehkan pelaksanaan rawatan dan program pemulihan yang lebih fokus dan berpusat. Seterusnya, kita persiapkan banduan untuk menyertai program pemulihan dalam komuniti,” katanya.

    Beliau berkata, usaha itu bukan hanya membantu mengurangkan kesesakan penjara utama, malah berpotensi mengurangkan kadar pesalah berulang.

    Inisiatif pemulihan turut diperkukuh melalui program komuniti, termasuk sistem parol dan pembebasan banduan secara berlesen.

    “Ini adalah program yang memberi peluang kepada banduan yang layak untuk menjalani proses pemulihan di luar tembok penjara dalam persekitaraan yang terkawal dan dipantau.

    “Ini selaras dengan hala tuju penjara supaya dua pertiga banduan yang layak dapat mengikuti program pemulihan komuniti dan secara langsung mengurangkan tekanan kapasiti penjara serta menyokong proses integrasi semula ke dalam masyarakat,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12531

  • Pendapatan pelaburan KWSP melonjak RM63.99 bilion dalam sembilan bulan

    Pendapatan pelaburan KWSP melonjak RM63.99 bilion dalam sembilan bulan

    KUALA LUMPUR 17 November – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan peningkatan ketara dalam prestasi pelaburannya apabila mencatat pendapatan pelaburan RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, naik 11 peratus berbanding RM57.57 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

    Bagi suku ketiga 2025 sahaja, KWSP memperoleh RM25.07 bilion, meningkat 27 peratus berbanding RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024.

    Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata prestasi kukuh itu disokong pelaksanaan alokasi aset strategik yang membolehkan KWSP memanfaatkan pemulihan pasaran ekuiti pasca ‘Liberation Day’.

    “Kami yakin terhadap kekuatan ekonomi Malaysia, yang merangkumi 61 peratus portfolio KWSP, di samping melaksanakan strategi pelaburan global yang menyumbang 53 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan pada suku ini.

    “Walaupun prestasi sembilan bulan pertama adalah memberangsangkan, kami kekal berwaspada memasuki suku keempat. Pertumbuhan dalam pasaran ekuiti global telah meningkatkan penilaian, manakala petunjuk ekonomi global yang tidak sekata boleh memperlahankan kadar penurunan kadar faedah.

    “KWSP menguruskan risiko-risiko ini secara aktif dengan mempercepatkan pengambilan keuntungan pada kadar yang mungkin sukar dilaksanakan pada suku keempat,” katanya dalam satu kenyataan.

    Sepanjang suku dikaji, ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar dengan pendapatan RM16.95 bilion atau 68 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan. Walaupun sedikit rendah berbanding RM18.35 bilion pada suku sama 2024, prestasi itu menunjukkan pemulihan ketara berbanding suku pertama.

    Pertumbuhan pasaran ekuiti global membolehkan pengurus dana KWSP mengambil peluang dan mencatat keuntungan.

    Instrumen pendapatan tetap pula merekodkan RM6.75 bilion atau 27 peratus daripada jumlah pendapatan, sekali gus berperanan menstabilkan portfolio melalui aliran pulangan yang lebih konsisten.

    Hartanah dan infrastruktur menyumbang RM1.14 bilion, manakala instrumen pasaran wang menjana RM230 juta atau satu peratus.

    Daripada keseluruhan pendapatan suku ketiga 2025, RM20.48 bilion diperoleh bagi Simpanan Konvensional dan RM4.59 bilion untuk Simpanan Shariah.

    Jumlah aset pelaburan KWSP meningkat kepada RM1.37 trilion setakat 30 September 2025, naik 12 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pelaburan antarabangsa mewakili 39 peratus daripada jumlah aset dan menyumbang RM13.33 bilion atau 53 peratus daripada pendapatan pelaburan suku tersebut.

    Pada 2024, KWSP mengumumkan dividen 6.30 peratus bagi kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah, dengan agihan masing-masing sebanyak RM63.05 bilion dan RM10.19 bilion.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12530

  • Adik-beradik cuba nasib, ada sekutu ada ‘bermusuh’

    Adik-beradik cuba nasib, ada sekutu ada ‘bermusuh’

    PETALING JAYA – Persaingan sengit pada Pilihan Raya Ne­geri Sabah ke-17 (PRN17) kali ini bukan sekadar menarik minat parti-parti politik, tetapi turut menyaksikan penyertaan ramai calon yang mempunyai hubungan adik-beradik. Lebih menarik lagi apabila ada calon adik-beradik yang mewa­kili parti yang sama, dan ada juga terpaksa ‘bertempur’ sesama sendiri di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Salah satu tumpuan paling unik adalah di kerusi DUN Kukusan di mana dua beradik iaitu Ma’mun Sulaiman akan menentang kakak sendiri, Chaya Sulaiman. Ma’mun yang…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/adik-beradik-cuba-nasib-ada-sekutu-ada-bermusuh/

  • ‘Saya memang degil, doktor kata okey’

    ‘Saya memang degil, doktor kata okey’

    SHAH ALAM – Kalau hendak seribu daya. Perumpamaan tersebut tepat menggambarkan situasi yang dihadapai penyanyi senior, Datuk Elaine Kang yang nekad meneruskan kemaraan dalam program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) meskipun berdepan dua masalah kesihatan termasuk penyakit jantung dan telinga berdesing atau tinnitus.

    Bahkan, Elaine, 60, mengaku degil dan tidak mendengar nasihat doktor yang memintanya untuk berehat.

    “Ya, memang saya degil! Saya tidak jadi tarik diri. Buat masa ini doktor kata okey sahaja dan tidak halang kerana tahu saya seorang penghibur dan suka berada di atas pentas.

    “Dalam masa yang sama saya harus mengikut setiap nasihat doktor. Syukur kerana ramai sayangkan saya. Apa yang boleh saya beri kembali adalah suara dan persembahan di atas pentas,” katanya.

    Selepas nekad untuk terus bertanding Elaine juga mengambil langkah selamat apabila doktor peribadinya turut berada dalam Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap minggu bagi memantau tahap kesihatannya.

    “Memang setiap minggu ada doktor ‘stand by’ dalam dewan itu. Dia memantau dengan melihat mata saya di skrin. Jika nampak saya nampak penat atau ada sesuatu yang tidak kena dia akan tahu.

    “Dia juga memesan agar saya tidak terlalu memaksa diri, tapi sebagai penyanyi paling penting bagi saya adalah menghiburkan peminat,” tuturnya.

    Menyentuh tentang persembahannya, meskipun baru minggu ketiga Elaine sudah dikenali sebagai penyanyi yang memiliki citarasa tersendiri terhadap fesyen, malah sanggup mengayakan busana daripada koleksi peribadinya.

    Pada minggu kedua, berat pakaiannya yang digayakan mencecah hampir 10 kilogram , manakala pada minggu ini busana unik berwarna putih memiliki berat lima kilogram.

    “Semuanya baju saya dan sudah ada dalam koleksi peribadi bukannya baju baru pun. Doktor ada membebel kerana baju berat, tetapi saya tetap mahu pakai untuk tatapan peminat,” luahnya yang terus bersaing pada minggu depan.

    Terdahulu, pada minggu kedua GV12 Elaine memberi bayangan mahu menarik diri kerana masalah kesihatan yang dialami.

    Selepas tiga minggu bersiaran GV12 masih belum membuat sebarang penyingkiran dan minggu hadapan adalah minggu kolaborasi bersama penyanyi jemputan. – KOSMO! ONLINE.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/saya-memang-degil-doktor-kata-okey/

  • Amira sakit apa? Fattah Amin mohon doa orang ramai

    Amira sakit apa? Fattah Amin mohon doa orang ramai

    PETALING JAYA – “Doakan isteri syurga saya, Amira Othman.”

    Demikian perkongsian pelakon, Fattah Amin yang memuat naik gambar katil hospital bersama kapsyen meminta orang ramai mendoakan insan kesayangannya itu.

    Begitupun, pelakon filem Pendekar Awang itu tidak memperincikan kondisi sebenar penyanyi dan pelakon tersebut.

    Foto berlatarkan rona hitam putih tersebut juga mengundang kebimbangan peminat yang masing-masing tertanya-tanya dan mengetahui perkembangan terkini Amira.

    Menerusi semakan, hantaran yang dimuat naik dalam Insta Story itu dikongsikan sekitar tengah malam tadi.

    Tinjauan di akaun Instagram penyanyi lagu Hati-Hati itu pula mendapati pasangan terbabit sempat menghadiri sebuah majlis sebelum itu.

    Amira turut menunjukkan gambar tangannya yang memakai tiup drip ubat bersama keterangan ‘Esok kena fly (terbang). Semoga sempat sihat, Nadia Amira,” tulisnya.

    Menurut sumber terdekat, difahamkan Amira mengalami demam yang sehingga terpaksa dirawat di hospital. Kali terakhir dia dimasukkan ke wad adalah pada Jun lalu berpunca daripada keracunan makanan.

    Terdahulu, Fattah dan Amira bergelar suami isteri pada hari ulang tahun ke-35 aktor filem Kulit Wayang itu pada 14 September lalu. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/amira-sakit-apa-fattah-amin-mohon-doa-orang-ramai/

  • Mangkuk tandas akan dilelong, harga lebih RM41 juta

    Mangkuk tandas akan dilelong, harga lebih RM41 juta

    NEW YORK – Sebuah mangkuk tandas diperbuat daripada emas 18 karat dan seberat 100 kilogram yang masih berfungsi akan dilelong, lapor portal berita VnExpress semalam.

    Mangkuk tandas diberi nama America itu dicipta oleh artis seni Itali, Maurizio Cattelan yang terkenal dengan karya Comedian menampilkan sebiji pisang.

    Pisang itu dilekatkan pada dinding menggunakan pita pelekat dan dijual pada harga AS$6.2 juta (RM26 juta).

    Firma Lelongan Sotheby’s menjangkakan tandas emas itu akan dapat mengatasi jualan sebelum ini apabila dilelong di New York esok.

    Bidaan bermula dari harga AS$10 juta (RM41.35 juta) dan akan meningkat mengikut harga emas harian, demikian menurut akhbar Wall Street Journal.

    Cattelan berkata, dia mencipta mangkuk tandas itu berdasarkan konsep meletakkan karya seni mahal di ruang paling biasa, lapor majalah Smithsonian Magazine.

    “Kita meletakannya di situ (tandas), tempat yang paling tidak mulia tetapi paling diperlukan,” katanya.

    Dipamerkan pada 2016, tandas berkilauan itu dijual kepada seorang pengumpul persendirian setahun kemudian.

    Sebuah lagi mangkus tandas emas daripada siri yang sama menjadi terkenal selepas dicuri dari Istana Blenheim, England pada 2019.

    Karya tersebut yang turut bertajuk America, menarik lebih 100,000 pengunjung ke Muzium Guggenheim, New York, di mana pelawat diundang menggunakannya seperti kelengkapan tandas biasa. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/mangkuk-tandas-akan-dilelong-harga-lebih-rm41-juta/

  • Pekerja wanita dapat cuti haid, gaji berbayar

    Pekerja wanita dapat cuti haid, gaji berbayar

    NEW DELHI – Karnataka yang menempatkan beberapa syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar dunia menjadi negeri pertama di India menawarkan cuti haid berbayar kepada semua wanita yang bekerja secara formal, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

    Berdasarkan dasar baharu itu, wanita berumur 18 hingga 52 tahun yang bekerja di syarikat kerajaan dan swasta boleh mengambil cuti haid tidak terkumpul satu hari cuti setiap bulan.

    Tiada sijil perubatan diperlukan untuk menggunakan cuti itu.

    “Ini adalah salah satu dasar paling progresif untuk wanita yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan,” kata Menteri Buruh Karnataka, Santosh Lad kepada BBC.

    Negara seperti Sepanyol, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia sudah menawarkan cuti haid.

    Beberapa negeri di India juga menyediakan cuti haid terhad dengan Bihar dan Odisha memberikan dua hari sebulan kepada pekerja kerajaan, – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/16/pekerja-wanita-dapat-cuti-haid-gaji-berbayar/