Tag: JNJ-MEDIA

  • Tanah 106.542 hektar di Jalan Duta kekal milik kerajaan

    Tanah 106.542 hektar di Jalan Duta kekal milik kerajaan

    PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan syarikat Semantan Estate Sdn Bhd (SESB) untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pertikaian membabitkan tanah 263.272 ekar (106.542 hektar) di Mukim Batu yang dikenali sebagai Duta Enclave.

    Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim selepas mendapati

    SESB selepas mendapati ia gagal memenuhi ambang peruntukan Seksyen 96(a) dan 96(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

    “Kami berpendapat selepas meneliti semua hujahan dengan terperinci serta meneliti undang-undang dan perlembagaan, permohonan kebenaran oleh pemohon tidak memenuhi ambang keperluan seperti yang ditetapkan. Dengan itu, permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu ditolak dengan kos,” kata Hasnah.

    Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Hanipah Farikullah dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali.

    Dalam saman sivil, pihak yang ingin merayu ke mahkamah tertinggi itu harus mendapat kebenaran merayu terlebih dahulu.

    Semasa prosiding, peguam Datuk Dr. Cyrus V Dass mewakili SESB manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bagi pihak kerajaan dan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan.

    Sebelum ini pada 24 Jun lalu kerajaan dan Pendaftar Hak Milik Tanah Wilayah Persekutuan berjaya dalam rayuan bagi mengetepikan perintah pemindahan hak milik 263 ekar (106 hektar) tanah di Duta Enclave kepada Semantan Estate (1952) Sdn. Bhd. (SESB).

    Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Lee Swee Seng selepas membenarkan rayuan kerajaan.

    Dalam prosiding sama, panel turut menolak rayuan silang SESB supaya tanah berkenaan dipindah milik kepadanya.

    Meskipun kerajaan kekal dalam milikan tanah tersebut, mahkamah mengarahkan pampasan dibayar kepada SESB yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi dalam tempoh 90 hari dengan bantuan pakar.

    Pada 7 Ogos tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh memerintahkan kerajaan memindah milik tanah berkenaan kepada SESB selepas membenarkan saman pemula syarikat itu terhadap Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan selaku defendan.

    Tanah terbabit, yang terletak di lokasi utama Jalan Duta menempatkan antaranya Kompleks Lembaga Hasil Dalam Negeri, beberapa bangunan kerajaan, Stadium Hoki Nasional, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Masjid Wilayah Persekutuan.

    Ahmad Shahrir memerintahkan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan syarat yang diminta dalam tempoh tiga bulan bermula 7 Ogos 2024 selain memerintahkan kerajaan membayar kos RM50,000.

    Hakim itu turut memerintahkan defendan supaya mendaftarkan plaintif (Semantan Estate) sebagai pemilik tanah, melaksanakan semua surat cara pindah milik serta mengeluarkan dokumen hak milik tanah tanpa bebanan dan liabiliti atas nama plaintif.

    Pada 2003, Semantan Estate memfailkan saman terhadap kerajaan atas dakwaan pencerobohan yang berpunca daripada pengambilan tanah secara tidak sah daripada syarikat itu.

    Kemudian pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan bahawa Semantan Estate mengekalkan kepentingan benefisialnya terhadap tanah seluas 263.27 ekar itu yang diambil alih oleh kerajaan secara tidak sah serta melakukan pencerobohan ke atas tanah terbabit.

    Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan namun ditolak pada 18 Mei 2012 dan pada 21 November 2012, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan bagi kebenaran merayu keputusan itu. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/13/rayuan-semantan-estate-ditolak-tanah-jalan-duta-kekal-milik-kerajaan/

  • ‘Terus kuat, belum tamat lagi’ – Datuk Red tiup semangat buat Kamal

    ‘Terus kuat, belum tamat lagi’ – Datuk Red tiup semangat buat Kamal

    PETALING JAYA – Pernah melalui situasi sama, usahawan dan pempengaruh, Datuk Red menyuntik semangat buat pelakon, Kamal Adli agar terus kuat berdepan ujian dalam perkahwinan.

    Red atau nama lengkapnya, Datuk Seri Adnan Abu berkata, usaha ke arah itu belum berakhir memandangkan masih ada ruang untuk memperbaiki hubungan dengan isteri, Uqasha Senrose.

    “Terus kuat, belum tamat lagi,” tulis bekas suami kepada penyanyi, Adira itu dalam ruangan komen di TikTok.

    Sebelum itu, Kamal memuat naik video lama memaparkan isterinya dan anak mereka, Hawra Uqaira meluangkan masa bersama-sama.

    Perkongsian tersebut meraih perhatian orang ramai dengan kebanyakan netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya.

    Bahkan ramai menyatakan hantaran dibuat adalah disebabkan rindu yang membuak-buak terhadap insan kesayangannya.

    Terdahulu, rumah tangga pasangan terbabit didakwa bergolak sejak April lalu sehingga akhirnya desas-desus itu disahkan sebaik Uqasha, 33, memfailkan permohonan perceraian pada 1 Oktober lalu.

    Kes mereka kini masih dalam proses mahkamah dan 19 November depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula.

    Kamal, 39, dan Uqasha disatukan di Janda Baik, Pahang pada pada 5 November 2021. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 11 bulan. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/13/terus-kuat-belum-tamat-lagi-datuk-red-tiup-semangat-buat-kamal/

  • ‘Ikut cara lama, lelaki mulakan langkah pertama terhadap saya’

    ‘Ikut cara lama, lelaki mulakan langkah pertama terhadap saya’

    PETALING JAYA – Penyanyi Farahdhiya mengakui masih selesa dengan pendekatan lama iaitu lelaki memulakan langkah pertama untuk berkenalan untuk sesebuah perhubungan.

    Pemilik nama penuh Nur Farahdhiya Mohd Amin, 41, itu berkata, ‘mengiklankan’ diri dalam media sosial untuk mencari jodoh dilihat satu perkara yang bagus meskipun kelihatan aneh

    “Hari ini nampak ramai pula yang mencari jodoh untuk diri sendiri. Sebenarnya idea yang bagus walaupun macam pelik jugalah.

    Meski ramai mula melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan jodoh, dia masih kekal dengan pendirian untuk melakukan langkah pertama.

    “Tetapi tidak mengapa, saya masih selesa dengan ikut cara lama.

    “Bercakap tentang itu, saya rindu pula zaman bercinta dulu-dulu, lain betul dengan sekarang.

    “Orang sekarang pelik. Perkara yang mereka bicara dan lakukan buat saya takut,” ujarnya tanpa memperincikan perkara yang dianggap menakutkan itu.

    Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan Farahdhiya melahirkan kebimbangan untuk berkahwin disebabkan banyak kes keganasan rumah tangga dan takut nasib sama berlaku kepadanya.

    Dia juga turut mendedahkah 90 peratus lelaki yang mendekatinya adalah berstatus suami orang. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/13/ikut-cara-lama-lelaki-mulakan-langkah-pertama-terhadap-saya/

  • Lubang benam kedalaman 4 meter berhampiran SK Bandar Tasik Kesuma

    Lubang benam kedalaman 4 meter berhampiran SK Bandar Tasik Kesuma

    KAJANG 12 Nov – Satu kejadian lubang benam dilaporkan berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, semalam.

    Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz, berkata laporan mengenai insiden itu telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

    “Tindakan serta siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian dan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan sedang diambil,” katanya.

    Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj, Kamarul Izlan Sulaiman, menjelaskan lubang berkenaan mempunyai kedalaman kira-kira empat meter. Laluan di lokasi telah ditutup segera bagi keselamatan pengguna.

    “Hasil siasatan mendapati lubang benam berlaku berhampiran jajaran paip utiliti pembetungan agensi berkaitan. MPKj telah memaklumkan pihak terbabit untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

    Terdahulu, klip video kejadian tular di media sosial menunjukkan lubang benam dengan aliran air di dalamnya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12445

  • Rasionalisasi subsidi diesel berjaya jimat RM5 bilion, bukti ketirisan berkurangan – MOF

    Rasionalisasi subsidi diesel berjaya jimat RM5 bilion, bukti ketirisan berkurangan – MOF

    KUALA LUMPUR 12 Nov – Pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel terbukti berjaya menurunkan ketirisan bahan api, terutamanya akibat penyeludupan, dengan penjualan diesel berkurangan lebih 300 juta liter sebulan sejak Jun 2024.

    Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata statistik menunjukkan penjualan diesel sekitar 465 juta liter sebulan antara Jun hingga Disember 2024, berbanding kira-kira 770 juta liter bagi tempoh sama antara Januari hingga Mei tahun lalu.

    “Pengurangan ini menunjukkan ketirisan subsidi diesel, sebahagiannya berpunca daripada penyeludupan, semakin menurun. Jualan diesel secara komersial juga meningkat selepas rasionalisasi, menunjukkan sebelum ini diesel bersubsidi turut dibeli untuk kegunaan komersial tempatan seperti mesin dan jana kuasa elektrik di tapak pembinaan atau kilang,” katanya.

    Beliau menjawab soalan tambahan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai penurunan jualan diesel di Semenanjung susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi itu di Dewan Rakyat hari ini.

    Menurut Lim, pelaksanaan Program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) berjaya menjimatkan lebih RM400 juta sebulan dan menjana kira-kira RM5 bilion. Penjimatan ini membolehkan kerajaan menyalurkan semula dana untuk projek pembangunan serta program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

    “Subsidi bersasar dalam kerangka Ekonomi MADANI terbukti berkesan dalam mengurangkan ketirisan, mengoptimumkan perbelanjaan fiskal dan memastikan golongan yang layak terus menerima manfaat,” katanya.

    Selain itu, kerajaan memperkenalkan Program Budi MADANI Individu dan Budi MADANI Agri Komoditi, iaitu bantuan tunai RM200 sebulan atau RM2,400 setahun kepada individu pemilik kenderaan diesel persendirian. Seramai 320,000 penerima termasuk petani, penternak dan pekebun kecil menerima manfaat dengan jumlah bayaran RM850 juta.

    Bagi segmen kenderaan pengangkutan barangan darat, sebanyak 121,618 syarikat dengan 355,074 kenderaan diluluskan bagi penggunaan ‘fleet card’ sehingga 30 September lalu.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12444

  • KPM jamin pemasangan CCTV di sekolah tidak langgar privasi murid

    KPM jamin pemasangan CCTV di sekolah tidak langgar privasi murid

    KUALA LUMPUR 12 Nov – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bahawa pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama penuh di seluruh negara akan mendedahkan murid kepada risiko pelanggaran privasi.

    Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata prosedur operasi standard (SOP) penggunaan, pemasangan dan akses kepada CCTV telah dimuktamadkan, termasuk spesifikasi tempoh simpanan rakaman minimum selama 30 hari.

    Beliau menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan pemasangan CCTV mengambil kira keperluan bagi keseimbangan antara keselamatan dan privasi murid.

    “Tanggungjawab diletakkan kepada pentadbir sekolah untuk memastikan CCTV dan aset lain dijaga dengan baik, disenggara dan berfungsi. Setiap set CCTV juga ditetapkan dengan spesifikasi teknikal di bawah garis panduan,” katanya.

    Wong menambah, harga siling bagi setiap set CCTV ialah RM15,000 dan kaedah pemerolehan ditentukan oleh Kementerian Kewangan melalui peruntukan kepada sekolah, Jabatan Pendidikan negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah.

    Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai inisiatif pemasangan CCTV dan garis panduan semasa sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12443

  • Pemandu maut, lori sejuk beku terbakar di Lebuhraya PLUS

    Pemandu maut, lori sejuk beku terbakar di Lebuhraya PLUS

    IPOH 12 Nov – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaannya terbabas dan terbakar di Kilometer 254 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.

    Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar serta Meru Raya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.19 pagi.

    “Kebakaran melibatkan sebuah kontena sejuk beku yang membawa muatan sayur-sayuran, dipercayai terbabas ke tepi jalan sebelum terbakar. Mangsa, lelaki berusia 64 tahun, disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai polis berdasarkan keadaan fizikalnya yang rentung,” katanya.

    Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.07 pagi.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12441

  • ‘Tiada bukti wujud akaun ‘fake’ sokong Anwar’ – Teo Nie Ching

    ‘Tiada bukti wujud akaun ‘fake’ sokong Anwar’ – Teo Nie Ching

    KUALA LUMPUR 12 Nov – Dakwaan kononnya wujud rangkaian akaun palsu di media sosial untuk menyebarkan persepsi positif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah tidak benar.

    Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata penyedia platform media sosial Meta telah mengesahkan tiada aktiviti abnormal dikesan di laman Facebook Perdana Menteri.

    “Saya selalu cakap memang banyak akaun palsu diwujudkan untuk promosi scam’ dan laporan daripada Reuters juga mengesahkan 10 peratus keuntungan yuran pengiklanan dibayar oleh scammer’. Tetapi dalam kes ini, Meta sudah keluarkan kenyataan tiada aktiviti-aktiviti abnormal, jadi kita perlulah menerima kenyataan tersebut,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) sama ada kerajaan akan memanggil media yang mendakwa wujud rangkaian tentera siber terdiri daripada 263 akaun palsu bagi menaikkan sokongan terhadap Perdana Menteri di media sosial.

    Terdahulu, Nie Ching menjelaskan kerajaan tidak memanggil media terbabit kerana menghormati kebebasan media. Menurutnya, walaupun kerajaan kurang bersetuju dengan kandungan artikel tertentu, tindakan memanggil media untuk memberi keterangan tidak semestinya perlu.

    “Kita kurang setuju, maka kita menyatakan pendirian kita, dan tak semestinya tiap-tiap kali panggil mereka untuk rekod kenyataan. Kalau kerajaan ambil tindakan, saya percaya pembangkang juga akan tuduh kerajaan tidak hormat kebebasan media,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12442

  • Bukan isu dadah, polis Thailand akhirnya dedah punca sebenar rakyat Malaysia ditembak mati di Sungai Golok

    Bukan isu dadah, polis Thailand akhirnya dedah punca sebenar rakyat Malaysia ditembak mati di Sungai Golok

    KOTA BHARU, 12 Nov — Polis Thailand mengesahkan kes seorang lelaki rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, ditembak mati di pekan Sungai Golok pada 1 November lalu, dipercayai berpunca daripada pertengkaran berkaitan hutang perniagaan pakaian dan bukan isu dadah.

    Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha, berkata mangsa dipercayai enggan melangsaikan hutang ribuan ringgit kepada suspek, bekas pemain bola sepak Kelantan berusia 31 tahun.

    “Hasil siasatan mendapati mangsa dan suspek telah beberapa kali bergaduh mengenai hutang itu sejak tahun lalu, dan sebelum ini pertelingkahan mereka berjaya diselesaikan oleh rakan dan saudara-mara.

    “Namun, pertengkaran ketiga berlaku awal bulan ini yang berakhir dengan suspek melepaskan tembakan beberapa kali terhadap mangsa,” katanya.

    Menurut Prayong, polis menolak dakwaan bahawa insiden itu mempunyai kaitan dengan dadah, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan. Suspek kini ditahan di penjara Narathiwat.

    Media tempatan sebelum ini melaporkan mangsa ditembak lapan kali sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Golok dan disahkan meninggal dunia pada malam sama. Isteri mangsa yang sedang sarat mengandung berkata, suaminya terkena sebanyak 18 das tembakan dalam insiden itu.

    Suspek menyerah diri di balai polis pada 2 November dan polis telah menyita dua pucuk pistol daripada lelaki berkenaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12440

  • ‘Tidak ada yang kekal’ – Anwar ingatkan rakyat jangan terlalu selesa dengan kejayaan negara, terus pertahan keharmonian

    ‘Tidak ada yang kekal’ – Anwar ingatkan rakyat jangan terlalu selesa dengan kejayaan negara, terus pertahan keharmonian

    PUTRAJAYA, 10 Nov 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kejayaan dan kemajuan yang dikecapi Malaysia ketika ini tidak seharusnya membuat rakyat leka atau terlalu selesa, sebaliknya perlu menjadi peringatan untuk terus mempertahankan keamanan serta keharmonian negara.

    Beliau berkata, walaupun Malaysia kini menjadi tumpuan dunia dari segi pelaburan dan pelancongan, kejayaan itu perlu diiringi dengan kesedaran untuk memperkukuh kestabilan politik, tatakelola yang baik serta semangat perpaduan nasional.

    Tegasnya, tidak ada negara yang dapat bertahan apabila mula dirasuk bibit kealpaan dan kecuaian.

    “Negara yang relatif kecil seperti Malaysia apabila meningkat maju, tentu menjadi perhatian. Positifnya Malaysia menjadi perhatian untuk pelancongan, pelaburan.

    “Kewaspadaan kerana apakah kita dapat bertahan dan apakah mungkin bukan sahaja bertahan dari segi ketahanan nasional, domestik tetapi mengenai iri hati dan juga permusuhan luar,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

    Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

    Anwar berkata, keutuhan negara perlu dijaga bukan sekadar melalui kekuatan pertahanan, tetapi juga kesedaran rakyat terhadap pentingnya keamanan dan perpaduan.

    Beliau turut menegaskan bahawa kekuasaan dan jawatan hanyalah amanah sementara yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan integriti.

    “Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara, ketua jabatan semuanya sementara, tidak ada yang kekal.

    “Dalam sejarah kita, lebih-lebih lagi ada Perdana Menteri tak cukup setahun, ada Perdana Menteri dua tahun, ada Perdana Menteri tiga tahun dan ada Perdana Menteri 22 tahun.

    “Tapi semua itu peringatan kepada kita bahawa tidak ada yang kekal. Sebab itu, kena ingat dan insaf,” katanya.

    Justeru, beliau mengingatkan supaya semua pihak tidak mengambil dengan mudah keamanan dan keharmonian yang dikecapi Malaysia.

    “Cuba kita renung negara di Asia, di Afrika yang suku kaumnya, walaupun nampak relatif aman tetapi ‘volatile’ (tidak stabil), jadi sebab itu saya kata jangan buat andaian mudah, jaga keharmonian ini.

    “Renung dan lihat negara Asia yang ada percaturan, pergaduhan antara mazhab, kaum, ideologi yang panas dan menyebabkan gambaran negara itu sebagai dalam keadaan yang tidak stabil,” katanya.

    Mahukan saya ubah sedikit gaya intro ini supaya bunyinya lebih berwibawa seperti gaya berita BH atau Bernama, tapi masih kekalkan semua isi dan petikan asal?

    Baik — berikut versi berita dengan intro baharu yang lebih kuat dan bergaya arus perdana, tanpa membuang sebarang isi atau mengubah mana-mana petikan (quotation) seperti yang diminta:

    PUTRAJAYA, 10 Nov 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kejayaan dan kemajuan yang dikecapi Malaysia ketika ini tidak seharusnya membuat rakyat leka atau terlalu selesa, sebaliknya perlu menjadi peringatan untuk terus mempertahankan keamanan serta keharmonian negara.

    Beliau berkata, walaupun Malaysia kini menjadi tumpuan dunia dari segi pelaburan dan pelancongan, kejayaan itu perlu diiringi dengan kesedaran untuk memperkukuh kestabilan politik, tatakelola yang baik serta semangat perpaduan nasional.

    Tegasnya, tidak ada negara yang dapat bertahan apabila mula dirasuk bibit kealpaan dan kecuaian.

    “Negara yang relatif kecil seperti Malaysia apabila meningkat maju, tentu menjadi perhatian. Positifnya Malaysia menjadi perhatian untuk pelancongan, pelaburan.

    “Kewaspadaan kerana apakah kita dapat bertahan dan apakah mungkin bukan sahaja bertahan dari segi ketahanan nasional, domestik tetapi mengenai iri hati dan juga permusuhan luar,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

    Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

    Anwar berkata, keutuhan negara perlu dijaga bukan sekadar melalui kekuatan pertahanan, tetapi juga kesedaran rakyat terhadap pentingnya keamanan dan perpaduan.

    Beliau turut menegaskan bahawa kekuasaan dan jawatan hanyalah amanah sementara yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan integriti.

    “Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara, ketua jabatan semuanya sementara, tidak ada yang kekal.

    “Dalam sejarah kita, lebih-lebih lagi ada Perdana Menteri tak cukup setahun, ada Perdana Menteri dua tahun, ada Perdana Menteri tiga tahun dan ada Perdana Menteri 22 tahun.

    “Tapi semua itu peringatan kepada kita bahawa tidak ada yang kekal. Sebab itu, kena ingat dan insaf,” katanya.

    Justeru, beliau mengingatkan supaya semua pihak tidak mengambil dengan mudah keamanan dan keharmonian yang dikecapi Malaysia.

    “Cuba kita renung negara di Asia, di Afrika yang suku kaumnya, walaupun nampak relatif aman tetapi ‘volatile’ (tidak stabil), jadi sebab itu saya kata jangan buat andaian mudah, jaga keharmonian ini.

    “Renung dan lihat negara Asia yang ada percaturan, pergaduhan antara mazhab, kaum, ideologi yang panas dan menyebabkan gambaran negara itu sebagai dalam keadaan yang tidak stabil,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12439