Tag: JNJ-MEDIA

  • Tiada sabotaj, tiada khianat — Anwar puji muafakat Kerajaan Perpaduan

    Tiada sabotaj, tiada khianat — Anwar puji muafakat Kerajaan Perpaduan

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan permuafakatan dalam Kerajaan Perpaduan dibina atas asas keikhlasan tanpa sebarang unsur sabotaj atau pengkhianatan, berbeza dengan kemelut dalaman yang melanda kerajaan negeri pimpinan pembangkang di Perlis.

    Beliau berkata, kestabilan Kerajaan Perpaduan hari ini lahir daripada komitmen bersama rakan-rakan gabungan yang memilih untuk bekerjasama secara jujur demi kepentingan negara.

    Menurutnya, tiada agenda tersembunyi atau usaha menjatuhkan sesama sendiri dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan ketika ini.

    “Saya bersyukur kerana muafakat Kerajaan Perpaduan lebih mantap, lebih ikhlas dan tiada usaha sabotaj, khianat, seperti yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan lain,” katanya.

    🔗 Source: https://thereporter.my/anwar-puji-muafakat-kerajaan-perpaduan/

  • Industri perhotelan tempatan kini terancam dengan kerugian mencecah RM58 juta setahun akibat trend penginapan dalam talian yang tidak berdaftar.

    Industri perhotelan tempatan kini terancam dengan kerugian mencecah RM58 juta setahun akibat trend penginapan dalam talian yang tidak berdaftar.

    Hampir 3,000 pengusaha hotel bajet terhimpit kerana terpaksa menanggung kos lesen dan cukai tinggi manakala penyedia penginapan haram bebas beroperasi tanpa pengawasan.MyBHA menggesa kerajaan bertindak tegas bagi menangani persaingan tidak adil ini yang turut melibatkan isu keselamatan tetamu.

    Jika masalah ini berterusan lebih banyak hotel bajet berlesen bakal gulung tikar kerana tidak mampu menyaingi harga murah unit kediaman yang disewakan secara komersial tanpa permit.Sumber: Utusan

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17eg9fZtZ9/

  • Industri perhotelan tempatan kini terancam dengan kerugian mencecah RM58 juta setahun akibat trend penginapan dalam talian yang tidak berdaftar.

    Industri perhotelan tempatan kini terancam dengan kerugian mencecah RM58 juta setahun akibat trend penginapan dalam talian yang tidak berdaftar.

    Hampir 3,000 pengusaha hotel bajet terhimpit kerana terpaksa menanggung kos lesen dan cukai tinggi manakala penyedia penginapan haram bebas beroperasi tanpa pengawasan.MyBHA menggesa kerajaan bertindak tegas bagi menangani persaingan tidak adil ini yang turut melibatkan isu keselamatan tetamu.

    Jika masalah ini berterusan lebih banyak hotel bajet berlesen bakal gulung tikar kerana tidak mampu menyaingi harga murah unit kediaman yang disewakan secara komersial tanpa permit.Sumber: Utusan

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/19yAHiY1qc/

  • Satu video tular yang memaparkan pertengkaran melibatkan seorang lelaki bertindak agresif di Taman Scientex Kundang Jaya akhirnya terjawab.

    Satu video tular yang memaparkan pertengkaran melibatkan seorang lelaki bertindak agresif di Taman Scientex Kundang Jaya akhirnya terjawab.

    Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku akibat perselisihan faham mengenai tuntutan nafkah ketika suspek menghantar anaknya pulang ke rumah bekas isteri pada Ahad malam.Dalam kejadian ngeri itu mangsa yang merupakan bekas isteri suspek mengalami kecederaan akibat dibelasah manakala anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun turut tercedera selepas ditolak suspek.

    Video berkenaan mendapat kecaman hebat netizen selepas kedengaran mangsa menyebut perkataan penyondol sebelum suspek bertindak menyerang secara fizikal.Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk menghubungi pegawai penyiasat bagi membantu siasatan di bawah kesalahan mencederakan orang.

    Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi liar yang boleh menjejaskan proses siasatan pihak berkuasa.

    Sumber: Threads @cecongkot

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1CyjUaBjsV/

  • Peguam Pendakwa Raya di Indonesia mendakwa kegagalan program digitalisasi pendidikan di bawah bekas Menteri Nadiem Makarim telah memberi kesan buruk kepada kualiti sumber manusia negara itu.

    Peguam Pendakwa Raya di Indonesia mendakwa kegagalan program digitalisasi pendidikan di bawah bekas Menteri Nadiem Makarim telah memberi kesan buruk kepada kualiti sumber manusia negara itu.

    Program pemberian Chromebook yang dilaksanakan antara 2019 hingga 2022 tersebut didakwa dibuat tanpa kajian mendalam serta terjejas akibat masalah infrastruktur internet di kawasan terpencil.Lebih mengejutkan data tahun 2022 menunjukkan purata Indeks Kecerdasan IQ kanak kanak Indonesia hanya berada pada tahap 78 yang dikaitkan dengan kegagalan dasar pendidikan tersebut.

    Kes ini turut melibatkan dakwaan rasuah dan salah urus dana kerajaan yang mengakibatkan kerugian negara mencecah 2.1 trilion rupiah atau sekitar RM609 juta.Nadiem bersama beberapa individu lain bakal berdepan sesi pembacaan dakwaan di mahkamah pada 5 Januari 2026.

    Pendakwa raya menegaskan bahawa kegagalan program ini merupakan cerminan kelemahan dasar yang sepatutnya berfungsi untuk mencerdaskan rakyat namun berakhir dengan kerugian besar kepada negara.Sumber: The Malaysian Update

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17sfusE1ok/

  • Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam menangani amalan rasuah, sama ada melibatkan pihak lawan atau kawan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam menangani amalan rasuah, sama ada melibatkan pihak lawan atau kawan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus bertindak tegas demi memastikan dana awam dibelanjakan secara berhemat untuk kepentingan rakyat.Menurutnya, perkembangan terkini siasatan kes rasuah yang membabitkan ahli politik, pegawai tertinggi kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia telah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi.

    Anwar turut mengakui masih wujud segelintir individu yang terperangkap dengan budaya lama meskipun Kerajaan MADANI menekankan tatakelola dan kebajikan.Sumber: BernamaGambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/164FNqCX9Z/

  • Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh tampil memberikan maklum balas terhadap kenyataan Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari mengenai isu kawan makan kawan yang sedang tular.

    Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh tampil memberikan maklum balas terhadap kenyataan Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari mengenai isu kawan makan kawan yang sedang tular.

    Menerusi hantaran ringkas di media sosial Dr Akmal mengakui wujudnya situasi kawan menjadi lawan dalam arena politik negara.Walau bagaimanapun beliau menyatakan kesediaan untuk berusaha mengubah lawan menjadi kawan sebagai langkah penyelesaian yang lebih baik.

    Kenyataan ini dilihat sebagai respons tenang dan penuh makna terhadap pergolakan yang sedang berlaku dalam gabungan politik Perikatan Nasional ketika ini.Hantaran tersebut kini menarik perhatian ramai netizen yang melihatnya sebagai isyarat keterbukaan UMNO dalam membina kerjasama baharu pada masa hadapan.Sumber: MalaysiaGazetteGambar: FB Akmal Saleh

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1H5VDrsZ9U/

  • ‘PAS Putuskan ADUN Tidak Sertai EXCO Perlis’ – Takiyuddin

    ‘PAS Putuskan ADUN Tidak Sertai EXCO Perlis’ – Takiyuddin

    PAS memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang akan dibentuk oleh Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah.

    Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan media selepas PAS Pusat meneliti dan membuat pertimbangan terhadap situasi semasa berkaitan Kerajaan Negeri Perlis serta Perikatan Nasional (PN).

    Menurut kenyataan itu, PAS bagaimanapun kekal komited untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaannya dalam Kerajaan Negeri Perlis selaras dengan mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Sehubungan itu, semua anggota EXCO sedia ada daripada PAS akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring dengan peletakan jawatan Menteri Besar terdahulu.

    Dalam perkembangan sama, PAS menyeru semua pihak agar bermuhasabah dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, selain mengambil langkah-langkah bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap Perikatan Nasional. PAS turut menyatakan kesediaannya untuk menerajui PN ke arah pengukuhan organisasi serta persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

    Kenyataan itu turut menegaskan komitmen PAS untuk terus menghormati lunas undang-undang, prinsip demokrasi, konsep Raja Berperlembagaan serta menjunjung kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail demi kemaslahatan negeri dan rakyat.

    🔗 Source: https://thereporter.my/pas-putuskan-adun-tidak-sertai-exco-perlis-takiyuddin/

  • Zii Jia strategi ampuh di Piala Thomas

    Zii Jia strategi ampuh di Piala Thomas

    SKUAD badminton negara memiliki peluang untuk mencabar kejuaraan menjelang saingan Piala Thomas 2026 yang dijadualkan berlangsung di Horsens, Denmark bermula 24 April hingga 3 Mei tahun depan.

    Keyakinan itu dilaungkan pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia apabila mengambil kira prestasi pemain-pemain Malaysia ketika ini meskipun sedar ia bukanlah satu tugas mudah buat mereka.

    Jelasnya, kedudukan perseorangan profesional, Lee Zii Jia yang boleh diturunkan sebagai pemain perseorangan ketiga buat masa sekarang dianggap sebagai satu strategi terbaik buat Malaysia.

    Justeru, Aaron berharap pemain-pemain perseorangan lelaki termasuk Zii Jia, Leong Jun Hao, Ng Tze Yong dan Justin Hoh dapat kembali ke prestasi terbaik bagi membantu pasukan di Piala Thomas nanti.

    “Macam saya cakap, peluang itu memang ada dan memang kita mengharapkan pemain-pemain seperti Zii Jia, Jun Hao, Tze Yong dan Justin untuk kembali. Kita memerlukan satu pasukan yang kuat untuk acara berpasukan.

    “Itu (Zii Jia perseorangan ketiga) memang strategi yang bagus juga kerana dulu kita tengok Lin Dan pernah bermain sebagai perseorangan ketiga. Bagi saya, itu memang satu strategi yang baik,” katanya.

    Berdasarkan kedudukan semasa ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia menghuni tangga ke-144 selepas berehat lama daripada saingan kompetitif bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan kecederaan.

    Sementara itu, Aaron menegaskan, dia tidak meminta ranking Zii Jia supaya terus merudum, sebaliknya menganggap ia hanya sebagai percaturan untuk meningkatkan peluang mencatat kemenangan di Piala Thomas.

    “Itu merupakan salah satu strategi, tetapi bukan suruh dia turun hingga ranking bawah, ia memang ideal. Peluang itu memang ada,. tetapi agak kurang jika dibandingkan dengan Piala Sudirman,” ujarnya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/zii-jia-strategi-ampuh-di-piala-thomas/

  • ‘Doakanlah kami, kekal bersatu menghiburkan ke akhir hayat’

    ‘Doakanlah kami, kekal bersatu menghiburkan ke akhir hayat’

    JIKA dihitung, kumpulan Exists salah satu band tempatan yang tidak pernah sepi daripada mengadakan konsert setiap tahun.

    Jika band lain bimbang dengan kutipan tiket, sebaliknya pula berlaku pada kumpulan yang dianggotai Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa itu.

    Luncurlah apa sahaja konsert atau showcase sekalipun, tiket yang dijual pasti ‘laku keras’. Terbaharu, Exists yang sudah ‘berdaftar’ dalam dunia hiburan sejak tahun 1991 meraikan peminat setianya menerusi konsert Exists Premium Live @ PJ di JioSpace, Petaling Jaya.

    Pada konsert yang berdurasi lebih dua jam itu, Ezad bersama empat anggota lain menghiburkan peminat menerusi 21 seleksi lagu popular mereka seperti Alasanmu, Mengintai Dari Tirai Kamar, Kau Lebih Dari Kejora, Julia dan Janji Padamu.

    Ibarat berada di pusat hiburan keluarga atau karaoke, lebih 80 peratus lagu-lagu dinyanyikan pada malam tersebut turut disahut dengan suara peminat yang ‘sing-along’ bersama.

    Terharu melihat sambutan ramai, Ezad yang berjuang bersama Exists selaku vokalis sejak tahun 1995 terharu dengan peminat yang tidak pernah berhenti menyokong Exists.

    “Sedar atau tidak, sudah 34 tahun kami bertapak dalam industri. Bermula pada tahun 1991, inilah Exists yang terdiri daripada Musa, Ujang, Along, Ajai dan saya.

    “Doakanlah kami kekal bersatu ke akhir hayat dan terus hiburkan serta anjurkan konsert untuk kalian semua,” katanya.

    Ajai selaku pemain keyboard pula berkata, doa dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat sejak lebih tiga dekad lalu merupakan faktor utama Exists masih lagi kukuh berdiri sehingga hari ini.

    “Kerana kata-kata dan doa kalian yang selalu mengatakan kami supaya terus wujud yang membuatkan Exists terus di sini menghiburkan semua,” tuturnya.

    Dalam masa sama, dia sempat mendedahkan Ezad pada malam tersebut berada dalam keadaan yang tidak sihat. Namun, dia tetap terus menggagahkan diri berada di pentas kerana enggan menghampakan peminat yang hadir.

    “Kalau nak tahu, Ezad sebenarnya kurang sihat pada malam ni. Namun dia tetap kuatkan diri dan menyanyi sebab memikirkan semangat peminat yang hadir dan yakin boleh melawan sakitnya,” ujarnya kepada lebih 1,000 penonton pada malam tersebut.

    Menariknya, dua peminat yang hadir pada malam tersebut turut membawa pulang sebuah gitar dan set dram menerusi segmen cabutan bertuah.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/doakanlah-kami-kekal-bersatu-menghiburkan-ke-akhir-hayat/