Tag: JNJ-MEDIA

  • AI bantu ramal kesihatan masa depan

    AI bantu ramal kesihatan masa depan

    KECERDASAN buatan (AI) bukan sekadar membantu melancarkan urusan harian atau memudahkan carian maklumat tetapi turut berpotensi dalam meramal tahap kesihatan seseorang untuk tempoh sehingga 10 tahun akan datang. Perkembangan baharu tersebut dilihat sebagai satu anjakan besar dalam dunia perubatan apabila teknologi AI mampu mengesan risiko penyakit lebih awal sebelum simptom serius muncul. Dalam usaha untuk merealisasikan impian itu, sekumpulan saintis membangunkan model AI yang mampu menganalisis rekod perubatan individu dan meramalkan kebarangkalian seseorang menghidap lebih 1,000 jenis penyakit. Model digelarkan……

    Hak cipta terpelihara © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/ai-bantu-ramal-kesihatan-masa-depan/

  • Dapat RM5,000 sebulan jual tanjak

    Dapat RM5,000 sebulan jual tanjak

    TANJUNG MALIM – Usaha dan kesungguhan seorang pemuda yang menjual pelbagai jenis tanjak akhirnya membuahkan hasil apabila dia mampu memperoleh pendapatan kasar sehingga RM5,000 sebulan. Zulkifli Sabli, 44, berkata, tanjak dewasa dan kanak-kanak yang dijualnya bukan sahaja laku pada musim perayaan, tetapi turut menerima tempahan daripada pelbagai pihak. Katanya, ada pelanggan yang beli untuk tujuan peribadi selain bagi program kesenian dan persekolahan. “Sebelum ini, tanjak hanya laku pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, tetapi kini produk itu boleh terjual……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/dapat-rm5000-sebulan-jual-tanjak/

  • Muda-muda dah pandai cari duit

    Muda-muda dah pandai cari duit

    PETALING JAYA – Ketika kebanyakan remaja sedang menikmati usia muda dan masih bergantung kepada bantuan keluarga, gadis yang berasal dari Sungai Besar, Selangor, ini memilih laluan berbeza sejak berumur 16 tahun. Dari asrama sekolah menengah sehinggalah ke kampus universiti, Nurrurrafiqah Badron, 23, atau dikenali sebagai Pika, konsisten membina sumber pendapatan sendiri walaupun bergelar sebagai pelajar sepenuh masa. Dia yang merupakan anak bongsu daripada 11 beradik itu berkata, demi minatnya dalam dunia perniagaan, dia tidak mahu membebankan ibu bapanya yang sudah…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/muda-muda-dah-pandai-cari-duit/

  • Tinggal atas bukit sampai habis tengkujuh

    Tinggal atas bukit sampai habis tengkujuh

    GUA MUSANG – Seramai 200 penduduk daripada 30 keluarga Orang Asli di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini berpindah ke atas bukit berikutan bimbang berlaku banjir susulan cuaca hujan tidak menentu sejak dua minggu lalu. Tindakan itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga apabila mereka masih trauma dengan kejadian bah kuning pada 2014 yang menenggelamkan jalan dan kediaman di kampung tersebut. Penghulu Kampung Pasir Linggi, Harun Ismail berkata, mereka telah membina rumah bangsal atau khemah dan berulang-alik tinggal di kawasan tersebut…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/tinggal-atas-bukit-sampai-habis-tengkujuh/

  • PAS tidak sertai EXCO baharu Perlis tanda solidariti, sedia lepaskan jawatan masing-masing

    PAS tidak sertai EXCO baharu Perlis tanda solidariti, sedia lepaskan jawatan masing-masing

    KUALA LUMPUR 30 Ogos – PAS memutuskan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang bakal dibentuk oleh Menteri Besar Perlis baharu, Abu Bakar Hamzah.

    Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menjelaskan semua anggota EXCO sedia ada daripada PAS akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan selaras dengan peletakan jawatan bekas Menteri Besar daripada parti itu, Mohd Shukri Ramli.

    “PAS komited untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaan dalam kerajaan negeri Perlis selaras dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada PRU-15. Namun pada masa sama PAS tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang akan dibentuk oleh Menteri Besar Perlis yang baharu dan semua anggota EXCO sedia ada daripada PAS akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring dengan peletakan jawatan mantan Menteri Besar yang lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Semalam, Abu Bakar memaklumkan rombakan dan pelantikan barisan EXCO baharu kerajaan Perlis dijangka dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu. Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis itu berkata, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail sebelum menghantar cadangan pelantikan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

    Sebelum ini, empat wakil PAS membarisi senarai EXCO Perlis selain kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Rus’sele Eizan. Mereka ialah Wan Badariah Wan Saad (ADUN Mata Ayer), Muhammad Azmir Azizan (Santan), Asrul Aimran Abd Jalil (Kayang) dan Razali Saad (Simpang Empat).

    Seorang lagi wakil PAS, Mohd Ridzuan Hashim, tergugur keahlian parti sekaligus menyebabkan kerusi DUN Guar Sanji diisytiharkan kosong. Dua lagi kerusi PAS, Chuping (disandang Saad Seman) dan Bintong (Fakhrul Anwar Ismail), turut diisytiharkan kosong susulan kemelut politik di PN Perlis.

    Dengan tiga kerusi diisytiharkan kosong, PAS kini memegang enam daripada 15 kerusi DUN Perlis, BERSATU lima kerusi, manakala baki satu kerusi, Indera Kayangan, dimiliki Pakatan Harapan (PH).

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13391

  • Polis bongkar 16 kes pecah masuk pejabat kerajaan di Johor didalangi pemandu lori ais

    Polis bongkar 16 kes pecah masuk pejabat kerajaan di Johor didalangi pemandu lori ais

    PONTIAN 30 Dis – Kehidupan seorang pemandu lori ais yang kelihatan biasa pada siang hari terbongkar apabila lelaki itu dipercayai menjadi dalang kepada 16 kes pecah masuk melibatkan pejabat kerajaan dan rumah kediaman di enam daerah sekitar Johor.

    Suspek berusia 42 tahun itu diberkas polis di sebuah kilang ais di Taman Universiti, Skudai, pada Ahad lalu hasil risikan terperinci serta maklumat orang awam.

    Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussien berkata, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu dipercayai menyasarkan pejabat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kerana yakin terdapat wang tunai serta peti besi yang mudah dipecahkan.

    “Suspek bergerak seorang diri dan menggunakan taktik memutuskan bekalan elektrik terlebih dahulu bagi melumpuhkan sistem keselamatan sebelum memecah masuk premis terlibat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, hari ini.

    Menurut beliau, enam daerah yang terlibat ialah Pontian, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Johor Bahru Utara dan Iskandar Puteri.

    Hasil siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam 13 kes pecah masuk pejabat Nadi, dua kes di pejabat LPP serta satu kes pecah rumah.

    Di daerah Pontian sahaja, enam pejabat Nadi menjadi sasaran suspek termasuk di Benut, Permas, Kayu Ara Pasong, Ayer Baloi serta dua lokasi di bandar Pontian.

    Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil jenayah antaranya sebuah motosikal, peti besi, peralatan memotong besi, telefon bimbit pelbagai jenama, barangan kemas, resit pajak gadai dan peralatan elektronik.

    “Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM24,000,” katanya.

    Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan kini direman selama enam hari sehingga 2 Januari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13390

  • Ismail Ayob calon BN bagi PRK Dun Lamag

    Ismail Ayob calon BN bagi PRK Dun Lamag

    KOTA KINABALU – Bekas calon bebas Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, Mohd Ismail Ayob diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Lamag yang dijadualkan berlangsung pada 24 Januari depan.

    Pengumuman itu dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin pada Majlis Bersama Media di Bangunan UMNO Sabah, di sini, petang ini.

    Menurut Jafry, pemilihan Mohd Ismail mengambil kira keputusan PRN17 yang baru berakhir, sekali gus mendorong BN Sabah memilih pendekatan calon perpaduan dalam menentukan wakil bagi PRK Dun Lamag.

    Katanya, langkah itu selari dengan prinsip tadbir urus politik yang menekankan pengurangan konflik, pembinaan konsensus serta kestabilan sebagai asas kepada pentadbiran dan pembangunan jangka panjang negeri.

    “Berteraskan pertimbangan itu, BN Sabah mencalonkan Mohd Ismail Ayob sebagai calon perpaduan melalui keahlian terus Barisan Nasional.

    “Pencalonan ini merupakan strategi politik berasaskan institusi bagi memperkukuh kerjasama yang lebih menyeluruh, merapatkan jurang politik serta memastikan kesinambungan agenda pembangunan rakyat dapat dilaksanakan tanpa gangguan ketidaktentuan politik,” katanya.

    Jafry berkata, pengukuhan kedudukan BN di Kinabatangan bukan sekadar melibatkan persaingan pilihan raya, sebaliknya merupakan keperluan strategik demi kestabilan politik negeri dan kesejahteraan rakyat.

    Menurutnya, pendekatan itu sejajar dengan semangat Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan kemakmuran, kerjasama dan tadbir urus berasaskan konsensus.

    Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas panduan dalam memperkukuh kerjasama politik dan kestabilan negara.

    Penghargaan sama turut dizahirkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas komitmen berterusan dalam memastikan keharmonian politik serta kelangsungan pentadbiran negeri.

    Dalam pada itu, Jafry yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, BN Sabah menghormati kepelbagaian pandangan semua pihak dan berpandangan perbezaan pendapat merupakan lumrah dalam sistem demokrasi.

    “Namun, ia perlu diurus secara matang, berinstitusi dan bertanggungjawab demi menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan negeri,” katanya.

    Pada majlis sama, Jafry turut mengumumkan semula pencalonan Mohd Naim Kurniawan Moktar sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kinabatangan, selepas sebelum ini diumumkan Presiden UMNO.

    Beliau berkata, dalam landskap politik yang semakin mencabar, BN Sabah melihat Mohd Naim yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan sebagai pemimpin muda berpotensi dengan sokongan akar umbi serta keupayaan menterjemahkan aspirasi rakyat di peringkat lapangan.

    PRK Parlimen Kinabatangan dan Dun Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.

    Pada PRN17, Bung Moktar memenangi kerusi Dun Lamag dengan majoriti 153 undi, menewaskan Mohd Ismail Ayob dalam pertandingan enam penjuru.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13393

  • Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan

    Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan

    SEREMBAN 30 Dis – Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan menyaksikan perubahan kepimpinan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN negeri itu berkuat kuasa 1 Januari 2026.

    Mohamad Hanifah dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikannya sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia, justeru keputusan berkenaan dibuat selaras dengan struktur dan tatakelola gabungan tersebut.

    “Saya mengambil maklum bahawa pelantikan saya sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia.

    “Sehubungan itu, saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026,” katanya.

    Beliau berkata, keputusan itu dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab serta bagi menghormati prinsip hierarki dan pengurusan organisasi PN.

    Mengulas lanjut, Mohamad Hanifah yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan, rakan parti, jentera serta penyokong PN di negeri itu atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh kepimpinannya.

    Peletakan jawatan tersebut dibuat susulan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN di peringkat pusat sebelum ini.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13394

  • Kompaun hingga RM2,000 mulai 1 Januari jika buang sampah, meludah di tempat awam

    Kompaun hingga RM2,000 mulai 1 Januari jika buang sampah, meludah di tempat awam

    KUALA LUMPUR 30 Dis – Individu yang didapati membuang sampah atau meludah di tempat awam sekitar ibu kota bakal dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun sehingga RM2,000 serta Perintah Khidmat Masyarakat melebihi 12 jam bagi tempoh enam bulan, berkuat kuasa 1 Januari ini.

    Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Nor Halizam Ismail berkata, penguatkuasaan akan dipergiatkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) menerusi operasi antipembuangan sampah dan larangan meludah yang dilaksanakan secara berkala di seluruh Kuala Lumpur.

    Menurut beliau, tumpuan penguatkuasaan diberikan di kawasan pelancongan bagi mengekang sikap tidak bertanggungjawab termasuk pembuangan sampah kecil seperti puntung rokok dan botol minuman, selain perbuatan meludah di kawasan awam yang menjejaskan kebersihan serta imej negara.

    “Kompaun yang dikeluarkan boleh mencecah sehingga RM2,000 bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan.

    “Tujuan penguatkuasaan ini bukan semata-mata untuk menghukum, sebaliknya mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin dan menghormati ruang awam yang dikongsi bersama,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.

    Nor Halizam berkata, DBKL turut mewujudkan empat kawasan bebas sampah melibatkan Jalan Bukit Bintang, Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak dan kawasan komersial Brickfields bagi memperkukuh imej bandar raya yang bersih dan teratur.

    Selain itu, DBKL tidak akan berkompromi terhadap tahap kebersihan premis makanan serta tandas awam di sekitar ibu kota.

    Menurut beliau, tindakan akan diambil terhadap pemilik atau kontraktor sekiranya gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan.

    “Kira-kira 7,450 premis makanan dipantau secara berterusan bagi memastikan tiada pencemaran makanan atau pembiakan haiwan vektor seperti tikus dan lipas.

    “Pemantauan terhadap kebersihan tandas awam juga akan dijalankan dari semasa ke semasa atau susulan aduan diterima,” katanya.

    Mengulas pelancaran acara ‘I LITE U’, Nor Halizam berkata program berkenaan akan diadakan pada 3 Januari 2026 di Pavilion Kuala Lumpur sebagai pembuka tirai TMM 2026.

    Beliau berkata, program itu dianjurkan DBKL dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    “Antara pengisian utama ialah perarakan 16 kontinjen, projek pencahayaan bandar berkonsepkan inovasi dan teknologi serta persembahan muzik dan kebudayaan Nusantara,” katanya.

    Sehubungan itu, beberapa jalan utama termasuk Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Sultan, Jalan Pudu dan Jalan Sultan Ismail akan ditutup pada 1 Januari 2026 bagi latihan raptai penuh dan hari pelancaran, bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

    Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta hadir memeriahkan sambutan pelancaran TMM 2026.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13395

  • SIRAT Global Forum 2026 bakal himpun komuniti perniagaan India Muslim pada 23 hingga 25 Januari 2026

    SIRAT Global Forum 2026 bakal himpun komuniti perniagaan India Muslim pada 23 hingga 25 Januari 2026

    KUALA LUMPUR 30 Dis – SIRAT Global Forum 2026 bersiap sedia menjadi platform bersejarah yang menyatukan komuniti perniagaan Muslim bertutur Tamil dari seluruh dunia, dengan fokus memperkukuh identiti, memperluas peluang perniagaan, dan memacu kemajuan kolektif melalui kolaborasi serta inovasi.

    Forum utama ini dijadual berlangsung dari 23 hingga 25 Januari 2026 di Pusat Konvesyen Bank Rakyat, Kuala Lumpur, dan dijangka menarik pemimpin industri, usahawan, profesional serta golongan muda dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Amerika Syarikat, India serta negara-negara lain.

    Tema utama forum, “Connecting Roots, Creating Future”, mencerminkan aspirasi untuk mengukuhkan akar budaya dan agama sambil membuka ruang kerjasama merentas sempadan bagi membina perniagaan berskala global.

    Program SIRAT Global Forum 2026 dirangka sebagai satu siri sesi strategik yang meliputi beberapa topik utama, termasuk ucapan utama daripada tokoh perniagaan global yang memaparkan pandangan penggiat industri berpengaruh, ekonomi dan perdagangan global dengan tumpuan kepada trend pasaran dunia serta akses modal.

    Bukan itu sahaja, forum itu juga akan menumpukan keusahawanan dan pertumbuhan usahawan dengan strategi mengembangkan perniagaan dalam pasaran moden, kewangan Islam dan pelaburan berasaskan model pembiayaan beretika dan patuh syariah.

    Tidak ketinggalan, pendidikan dan peluang pekerjaan melalui inisiatif membuka ruang pendidikan dan kerjaya, pembangunan sosial yang menekankan program inklusi serta sokongan komuniti, dan inovasi serta startup dengan fokus pada teknologi dan model perniagaan masa depan.

    Antara tokoh yang dijangka hadir termasuk Dato’ Hj Abdul Hamid PV Abdu, Presiden Malaysian Indian Muslim Chamber of Commerce & Industry, Datuk Wira Shahul Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif Green Packet Berhad, serta pemimpin korporat dari UAE dan Malaysia

    Selain sesi perbincangan, forum ini turut menampilkan majlis sambutan, acara jaringan perniagaan, Gala Dinner, serta satu malam eksklusif bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membincangkan kepimpinan, legasi dan masa depan komuniti Muslim bertutur Tamil di pentas global.

    Menurut penganjur, objektif utama SIRAT Global Forum adalah untuk memperkukuh identiti budaya dan agama komuniti Muslim bertutur Tamil, membuka peluang perniagaan silang sempadan, serta menggalakkan kerjasama strategik dan inovasi perniagaan global.

    “Forum ini bukan sekadar platform pertemuan, ia adalah titik permulaan legasi jangka panjang bagi generasi usahawan dan profesional muda Muslim Tamil di seluruh dunia,” kata jurucakap penganjur.

    Dengan barisan pembentang terkemuka dan agenda komprehensif yang dirangka, SIRAT Global Forum 2026 dijangka meninggalkan impak signifikan dalam landskap perniagaan global, khususnya dalam memperkukuh jaringan ekonomi dan sosial komuniti Muslim bertutur Tamil. – Media Telus

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13392