Tag: JNJ-MEDIA

  • 【台北随机杀人案】网红找出研究报告 凶嫌大学近照曝光

    【台北随机杀人案】网红找出研究报告 凶嫌大学近照曝光

    台北捷运攻击杀人案,凶嫌张文证实是虎尾科技大学资讯工程学系毕业。网红四叉猫(刘宇)21日晚间贴文,找出张嫌大学期间一项研究报告,并附有张在4年前报告文书中的大学人头近照,贴文一出引起网友热议。

    21日传出北捷凶嫌张文是就读云林县虎尾科技大学资讯工程系毕业,这项传闻获得证实,校方也对外说明,张文在校期间操性和课业成绩表现均正常并无不良纪录。

    张文身分曝光,21日晚四叉猫在网路贴文,指出张文曾参与过大专生研究计划,这项计划记录著张文参与的研究成果报告书,发现张文曾用自己的大头近照,当作研究报告的范例图片,该照片应是他4年前,即2021年之间的长相。

    这张研究报告所附的人头长相,和张文就读高职时身穿餐饮服装所拍的照片,长相几分神似,看起来比高职的照片成熟许多,也略为消瘦。

    张文是桃园杨梅人,过往就读学校也被起底。高中读的是永平高中餐饮科。

    他所就读的公立国中(初中)21日说明,该名校友毕业迄今逾12年,已无辅导纪录可查询,并盼各界避免追溯、臆测或放大解读其在学期间的学习或行为表现,以维护校园与社会的心理安全。

    校方表示,张文在2010年入学,2013年毕业后离校,至今已逾12年,其毕业后之个人生涯发展与行为,已非学校所能介入或影响之范围。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1730340

  • 吸毒罪名不成立 黄明志当庭获释

    吸毒罪名不成立 黄明志当庭获释

    被控吸毒罪的歌手黄明志,因为毒品尿液检验结果呈阴性,因此吉隆坡推事庭周一(12月22日)裁决黄明志吸毒罪名不成立,当庭获释!

    黄明志获无罪释放后,于上午约10时20分,从法庭大厦正门步行离开,虽然他未对自己的获释回应,但因为媒体涌前访问出现些许混乱,他还特地提醒记者注意安全。

    较早前,本案主控官安礼普丽特副检察司在庭上表明,被告黄明志的毒品尿液检验结果呈阴性,证实没有吸毒。

    因此,黄明志的辩护律师郑青丰向推事阿伦佐蒂要求,撤销吸毒和拥毒罪控状,因为尿检报告已证明其当事人的清白。

    在聆听控辩双方陈词后,推事最终裁决黄明志吸毒罪名不成立,当庭释放并退还其保释金。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1730377

  • 金宝戏院街老商场火灾 烧毁无数人珍贵回忆

    金宝戏院街老商场火灾 烧毁无数人珍贵回忆

    金宝戏院街历史最悠久的老商场,周一凌晨遭火魔肆虐,不仅化为焦土,也一并烧毁了无数金宝人珍贵的青春回忆。

    霹雳州消拯局代助理局长沙兹连发文告指出,该局是于周一凌晨3时10分接获火灾通报,随即派员赶往现场展开灭火行动,并获打巴和务边消拯局的增援。

    他指出,失火的建筑为一栋老旧的C级单层建筑,估计面积约为45尺乘于110尺,经大火吞噬后,整体损毁程度约达90%,所幸无人伤亡。

    他表示,共有22名消拯人员参与到此次灭火行动中,消拯局也派遣3辆FRT型消防车。

    他补充,该建筑内原有54个小摊位,不过部分已被合并,或改作储藏用途等,如今仍在营业的仅约10个摊位。

    由于失火的老商铺都是木板结构,因此截至上午7时,火势虽已受控并成功扑灭,消拯人员仍留守现场持续灌水冷却,仔细检查各个角落,以防止死灰复燃,确保现场完全安全。

    这座历史悠久的老商场在其鼎盛时期,商场内曾有逾40家小商店进驻,人潮不断。在80年代几乎是唯一适合购买校服、校鞋及各类衣物的地方,是平民百姓的购物乐园。

    然而,随着岁月流逝,如今留下来的多是上了年纪的老店主,主要从事裁缝、布匹买卖等传统行业,默默见证着老商场从繁华走向沉寂的过程。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1730338

  • Mayat bayi perempuan dalam plastik ditemui di lorong belakang pasar raya di Shah Alam

    Mayat bayi perempuan dalam plastik ditemui di lorong belakang pasar raya di Shah Alam

    SHAH ALAM 21 Dis – Penemuan tragis menggemparkan suasana di sebuah pusat perniagaan di Seksyen 25, di sini, apabila seorang bayi perempuan ditemui tidak bernyawa di dalam plastik yang ditinggalkan di lorong belakang sebuah pasar raya, pada Sabtu.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada orang awam menerusi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

    Menurutnya, anggota polis yang menjalankan rondaan kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengesahkan penemuan seorang bayi perempuan di dalam plastik.

    “Petugas ambulans yang dihubungi turut mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

    Ramsay berkata, anggota pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut dikerahkan ke lokasi untuk mengendalikan tempat kejadian serta mengumpul bukti dan barang kes bagi membantu siasatan.

    “Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati bayi itu disyaki dilahirkan di lokasi lain sebelum dibuang di kawasan berkenaan.

    “Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan sebarang bukti dan mendapatkan keterangan daripada orang awam di sekitar kawasan kejadian,” katanya.

    Menurut beliau, mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Jabatan Patologi, Hospital Klang bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Mokhsin Abdul Rahman di talian 011-1755 4394 bagi membantu siasatan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13216

  • Mayat wanita disumbat dalam beg dipercayai mati di Ampang sebelum dibawa ke Rembau – Polis

    Mayat wanita disumbat dalam beg dipercayai mati di Ampang sebelum dibawa ke Rembau – Polis

    REMBAU 21 Dis – Polis percaya wanita yang mayatnya ditemukan dalam sebuah beg dan ditanam berhampiran sebuah rumah di Kampung Batu 4 Pedas, di sini, kemungkinan meninggal dunia di Ampang, Selangor sebelum dibawa ke lokasi penemuan.

    Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dicekik sebelum meninggal dunia susulan pergaduhan yang berlaku di kediamannya di Ampang.

    “Wanita berkenaan dipercayai meninggal dunia di Ampang, Selangor dan mayatnya dibawa ke Rembau.

    “Hasil soal siasat dan keterangan, kami dapati mangsa dan suspek dikatakan bergaduh di rumah mangsa di Ampang. Difahamkan mangsa dicekik akibat pergaduhan,” katanya ketika dihubungi.

    Sebelum ini, polis dilaporkan menahan dua lelaki masing-masing di Melaka dan di Genting Sempah, Pahang, susulan penemuan mayat wanita berkenaan.

    Terdahulu, Polis Daerah Ampang turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kehilangan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.

    Dalam perkembangan sama, Muhammad Idzam berkata proses tuntutan mayat masih belum dapat dilakukan selagi identiti mangsa belum disahkan secara rasmi.

    Walaupun siasatan menjurus kepada wanita yang dilaporkan hilang di Ampang itu, katanya pengesahan identiti tetap diperlukan.

    “Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) telah diambil daripada beberapa ahli keluarga dan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor. Keputusan bergantung kepada pihak agensi berkenaan.

    “Buat masa ini proses pengecaman mayat tidak berjaya kerana keadaannya sudah mereput, jadi kami bergantung sepenuhnya kepada keputusan laporan DNA,” katanya, sambil tidak menolak kemungkinan proses itu mengambil sedikit masa.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13218

  • Makkal Sakti tiada niat ganti MIC dam BN, sedia bekerjasama demi masyarakat India

    Makkal Sakti tiada niat ganti MIC dam BN, sedia bekerjasama demi masyarakat India

    BUTTERWORTH 21 Dis – Parti Makkal Sakti menegaskan tidak pernah berhasrat untuk menggantikan kedudukan MIC dalam Barisan Nasional (BN), sebaliknya memilih untuk bekerjasama dengan parti itu demi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India di negara ini.

    Presidennya, Datuk Seri RS Thanenthiran, berkata parti yang berusia 17 tahun itu juga tidak akan mengambil kesempatan terhadap sebarang pergolakan dalaman antara MIC dan BN dengan menawarkan Makkal Sakti sebagai alternatif kepada masyarakat India.

    Menurut beliau, perjuangan MIC yang telah melebihi tujuh dekad dalam membela nasib kaum India wajar dihormati dan tidak boleh dipandang ringan.

    “Perjuangan MIC membela masyarakat India di negara ini sudah melebihi 70 tahun dan ia perlu dihormati. Kami tidak akan sesekali menentang MIC, itu prinsip kami.

    “Makkal Sakti bukan alternatif kepada MIC. Kami bekerjasama dengan MIC untuk memperkukuh suara bersama demi kesejahteraan masyarakat India di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti ke-17 di sini, pada Ahad.

    Terdahulu, perhimpunan itu dirasmikan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan turut dihadiri Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    Dalam pada itu, Thanenthiran berkata hubungan beliau dengan MIC serta Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran, sangat rapat dan diibaratkan seperti hubungan adik-beradik.

    Sementara itu, Ahmad Zahid berkata setakat ini belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung kedudukan MIC dalam BN, meskipun tular salinan surat berkaitan permohonan semula parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

    Pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79, November lalu, MIC memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada akan keluar atau kekal dalam BN. Bagaimanapun, Vigneswaran memaklumkan bahawa ketiga-tiga usul termasuk cadangan untuk keluar daripada BN telah diterima dan diserahkan kepada kepimpinan parti untuk pertimbangan lanjut.

    Dalam perkembangan lain, Thanenthiran dalam ucapan dasarnya turut meminta agar Pelan Tindakan Masyarakat India yang dilancarkan pada 2017 diberi perhatian serius dan dilaksanakan secara menyeluruh.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13219

  • 5 hadiah paling mahal di dunia, ada ‘harga’ sebuah negara

    5 hadiah paling mahal di dunia, ada ‘harga’ sebuah negara

    HADIAH merupakan pemberian yang cukup bermakna, bukan sahaja menjadi lambang kasih sayang tetapi ikatan yang mengukuhkan sesebuah perhubungan. Setiap orang memberi nilai hadiah yang berbeza mengikut kemampuan ataupun permintaan si penerima.

    Ada yang melihat harga sesebuah hadiah, ada juga yang melihat keikhlasan dan kasih sayang dicurahkan dalam mempersiapkan hadiah tersebut. Walau apapun, ukuran itu mengikut interpretasi masing-masing. Pada minggu ini CitaRasa kongsikan lima hadiah paling mahal yang pernah diberikan di dunia mengikut perkongsian di Masters Expo.

    1- Treaty of Alliance

    PADA tahun 1778, selepas tiga tahun berperang dengan Great Britain, Amerika Syarikat (AS) kekurangan wang dan menandatangani Treaty of Alliance (Perjanjian Pakatan) dengan Perancis. Perjanjian ini memberi mereka bekalan senjata dan sokongan ketenteraan tanpa had untuk memenangi Perang Revolusi Amerika, termasuk wang yang mencukupi untuk mengharungi perang.

    Pada 3 September 1783, perang ini berjaya memberi kemerdekaan kepada AS. Hari ini ia kekal sebagai hadiah termahal yang pernah diberikan dalam sejarah dengan nilai sebanyak €18.6 bilion (RM89.2 bilion).

    2- Koleksi Leonard A. Lauder

    DERMAWAN dan ahli perniagaan AS, Leonard Lauder menyumbangkan tidak kurang 2013 karya seni kepada Muzium Seni Metropolitan di New York City pada tahun 1978. Koleksi tersebut dipanggil The Leonard A.

    Koleksi-koleksi Lauder yang disumbangkan antaranya terdiri daripada karya seni oleh Pablo Picasso (33), Georges Braque (17), Juan Gris (14) dan Fernand Léger (14).

    Ia dikenali sebagai salah satu koleksi seni terpenting pergerakan seni kubisme di dunia. Karya seni itu dianggarkan bernilai €1 bilion (RM4.8 bilion) dan merupakan sumbangan terbesar kepada muzium yang pernah ada.

    MENGAMBIL masa 21 tahun untuk dibina (1632-1653), Taj Mahal menjadi lambang cinta agung Maharaja Mughal Shah Jahan untuk isteri kesayangannya Mumtaz Mahal. Istana ikonik India itu kini berada dalam senarai Warisan

    Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

    Maharaja memerintahkan membina makam marmar gergasi untuk isteri kesayangannya. Mumtaz meninggal dunia semasa melahirkan anaknya yang ke-15. Maharaja Shah Jahan turut dikebumikan di situ. Nilai ‘hadiah’ itu pada hari ini ialah €768 juta (RM3.6 bilion).

    4- Berlian Koh-I-Noor

    SYARIKAT Hindia Timur Inggeris memaksa maharaja Sikh terakhir Dalip Singh untuk turun takhta pada tahun 1849. British mengambil pelbagai harta benda Parsi sebagai rampasan perang, antara yang paling bernilai ialah berlian Koh-i-Noor (gunung cahaya) 186 karat.

    British menyerahkan berlian Koh-i-Noor kepada Ratu England, Victoria sebagai hadiah.

    Pada masa itu, Ratu meminta agar ia dijadikan perhiasan berlian 105.6 karat kerana dia tidak menyukai kilauan itu. Pada tahun 1852, berlian telah dipotong di Amsterdam. Nilai permata mahkota hari ini adalah sebanyak €450.5 juta (RM2.1 bilion).

    5- Kapal layar Tina Ambani

    SELEPAS kematian ahli perniagaan India, Dhirubhai Ambani pada tahun 2002, dia mewariskan syarikatnya, Reliance Industries kepada dua orang anak lelakinya iaitu Mukesh dan Anil Ambani. Pada ketika itu, Reliance Industries dianggarkan bernilai €75.5 bilion (RM362 bilion). Nilai yang cukup besar untuk anak-anaknya menikmati kesenangan hidup.

    Salah seorang anaknya, Anil kemudian membelanjakan €78 juta (RM374 juta) untuk membeli kapal layar sepanjang 34 meter sebagai hadiah kepada isterinya, pelakon Bollywood Tina Ambani.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/21/5-hadiah-paling-mahal-di-dunia-ada-harga-sebuah-negara/

  • Hallstatt, kampung animasi Frozen yang mempesona

    Hallstatt, kampung animasi Frozen yang mempesona

    PERCUTIAN ke Hallstatt, Austria pada musim luruh baru-baru ini menjadi pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke negara itu. Hallstatt ialah satu desa yang dikatakan menjadi inspirasi dalam animasi Disney, Frozen. Sekian lama mengagumi pemandangannya yang cantik, saya tidak sangka akhirnya sampai juga di sana. Saya bercuti bersama kakak dan seorang rakan. Perjalanan dimulakan dari Kuala Lumpur menuju ke Munich, Jerman, Setibanya di sana, kami menyewa kereta dan terus memulakan perjalanan ke Austria. Pemandangan sepanjang jalan sangat indah. Saya berpeluang melihat……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/21/hallstatt-kampung-animasi-frozen-yang-mempesona/

  • Alamak! buncit itu sebab banyak makan – Intan Najuwa

    Alamak! buncit itu sebab banyak makan – Intan Najuwa

    BAGI segelintir wanita yang sudah berkahwin, pasti akan dihujani dengan pertanyaan sama ada sudah hamil atau mengandung lagi ke, hanya disebabkan perut kelihatan sedikit buncit.

    Perkara sama turut dilalui Datin Intan Najuwa yang baru-baru ini apabila dihujani ucapan tahniah disebabkan dakwaan hamil anak kedua.

    Kata Intan, perutnya kelihatan buncit hanya kerana makan terlalu banyak pada majlis ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Imane Lunara baru-baru ini.

    “Alamak, buncit itu sebab makan banyak,” katanya membalas komen netizen dalam Instagram.

    Sabar sajalah Intan, biasalah tu, memang lumrah untuk wanita yang sudah berkahwin, bila perut buncit pasti dikatakan hamil.

    DIVA: Tak sabar nak tengok konsert Sembilu Reunion!

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/21/alamak-buncit-itu-sebab-banyak-makan-intan-najuwa/

  • ‘Ramai pilih Langkawi, beratur beli tiket kereta kabel’

    ‘Ramai pilih Langkawi, beratur beli tiket kereta kabel’

    LANGKAWI – Cuti persekolahan yang bermula minggu ini kembali menghidupkan pulau peranginan ini apabila rata-rata lokasi tumpuan pelancong mula diserbu pengunjung. Tinjauan di beberapa kawasan tumpuan pelancongan semalam mendapati, orang ramai tidak me­lepaskan peluang untuk me­nikmati produk pelancongan yang ditawarkan walaupun terpaksa beratur panjang. Seorang pengurus penginapan, Yusmiza Yum, 44, berkata, bilik penginapan yang diuruskannya habis ditempah pelancong sebelum cuti sekolah hujung tahun bermula lagi. “Ada pelancong yang me­ngu­bah fikiran dan memilih Lang­kawi sebagai destinasi pe­lan­co­ngan bersama ahli keluarga me­reka…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/21/ramai-pilih-langkawi-beratur-beli-tiket-kereta-kabel/