Tag: JNJ-MEDIA

  • Anwar umum pendekatan baharu rangka pembangunan negara

    Anwar umum pendekatan baharu rangka pembangunan negara

    JOHOR BAHRU 11 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan komited untuk terus mendengar pandangan serta teguran kerajaan negeri bagi memastikan setiap perancangan pembangunan benar-benar menepati keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

    Menurut Anwar, pendekatan baharu itu menandakan perubahan penting dalam cara kerajaan merangka pembangunan negara, iaitu tidak lagi bergantung kepada andaian pihak pusat semata-mata, sebaliknya memberi ruang lebih luas kepada input negeri.

    Beliau berkata, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan pentadbiran negeri membolehkan pelan pembangunan diselaraskan dengan realiti di lapangan, termasuk di Johor – negeri yang kini muncul sebagai antara penyumbang terpenting kepada ekonomi negara.

    “Johor terus mencatat prestasi pelaburan yang sangat memberangsangkan, dengan nilai pelaburan berpotensi melepasi RM100 bilion. Ini merupakan perkembangan yang boleh dianggap rekod baharu buat Johor.

    “Pencapaian ini membuktikan keyakinan pelabur asing dan tempatan terhadap kestabilan ekonomi serta hala tuju pembangunan yang lebih tersusun di bawah Kerajaan Madani,” katanya.

    Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru (PLBEGJB) di Stesen KTMB Kempas Baru, di sini hari ini. Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

    Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan sistem pengangkutan moden yang bakal menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi setempat, termasuk projek pengangkutan elektrik baharu yang sedang dirancang.

    Beliau berkata, pembangunan infrastruktur itu bukan sekadar penyediaan landasan rel, tetapi turut digabungkan dengan perancangan menyeluruh meliputi pembangunan pusat ekonomi, kawasan komersial, gerai makanan, perumahan dan pelbagai kemudahan rakyat di kawasan sekitar stesen.

    Jelasnya, setiap stesen baharu akan dibina secara strategik bagi mewujudkan kawasan pertumbuhan baharu, sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi tempatan serta meningkatkan peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.

    Tambah Anwar, model pembangunan berasaskan pengangkutan atau transit-oriented development (TOD) itu bakal menjadi antara tunjang utama pembaharuan ekonomi negara dalam beberapa tahun akan datang.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13048

  • Ejen pemungut tak dapat komisen atau keuntungan daripada JPJ – Anthony Loke

    Ejen pemungut tak dapat komisen atau keuntungan daripada JPJ – Anthony Loke

    KUALA LUMPUR 11 Dis – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan pelantikan ejen pemungut baharu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak membabitkan sebarang komisen atau keuntungan kepada mana-mana syarikat seperti didakwa pihak tertentu.

    Beliau berkata, syarikat yang memohon status berkenaan lazimnya merupakan platform berasaskan teknologi yang mahu memudahkan urusan pelanggan mereka dengan menawarkan perkhidmatan JPJ sebagai nilai tambah.

    Setiap kutipan yang dibuat juga perlu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan.

    Menurut Loke, permohonan berkenaan termasuk daripada platform jual beli kenderaan yang membantu pelanggan menjelaskan saman, memindah milik kenderaan serta memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM).

    “Syarikat seperti ini mahukan status ejen pemungut agar semua transaksi boleh diselaraskan berbanding perlu berurusan dengan JPJ sebanyak tiga kali. Mereka bukan saja tidak mendapat komisen, malah bagi sesetengah transaksi seperti tukar hak milik, mereka perlu membayar JPJ.

    “Jika hanya transaksi sekali, aplikasi MyJPJ sudah tentu lebih mudah kepada orang ramai. Dengan perkembangan pendigitalan, akan ada lebih banyak platform memohon status ejen pemungut dan Kementerian Pengangkutan akan memudah cara,” katanya menerusi entri video di Facebook.

    Loke turut memaklumkan bahawa 10 ejen pemungut telah dilantik sejak 2016 tanpa sebarang pembayaran komisen oleh JPJ.

    “Pembangkang menguar-uarkan bahawa ejen pemungut akan menerima komisen bagi setiap transaksi JPJ. Memang kedengaran menguntungkan kalau ikut naratif mereka, tetapi ia tidak benar.

    “Lebih menarik, Kerajaan Perikatan Nasional juga pernah melantik ejen pemungut pada 29 April 2022, namun ketika itu langsung tidak digambarkan sebagai tindakan mengaut keuntungan atau menggadaikan JPJ,” katanya.

    Semalam, Ramssol Group Bhd menerusi anak syarikatnya Rider Gate Sdn Bhd memaklumkan syarikat itu telah dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pengangkutan sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh JPJ.

    Melalui portal aplikasi Rider Gate, pengguna kini boleh memperbaharui LKM, membayar saman trafik dan memindah hak milik kenderaan secara digital dengan caj nominal bagi setiap transaksi.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13049

  • Suami disyaki bunuh isteri, simpan mayat dalam pangsapuri empat hari di Butterworth

    Suami disyaki bunuh isteri, simpan mayat dalam pangsapuri empat hari di Butterworth

    BUTTERWORTH 11 Dis – Tindakan seorang lelaki hadir ke balai polis untuk memaklumkan mengenai kematian isterinya membawa kepada pendedahan mengejut apabila wanita berkenaan dipercayai telah dibunuh sejak empat hari lalu.

    Insiden tragik itu terbongkar selepas polis menjalankan pemeriksaan di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, di sini, dan menemukan mayat mangsa disimpan di bilik belakang rumah pasangan berkenaan dengan kesan kelar pada leher, dipercayai akibat senjata tajam.

    Lelaki berusia 28 tahun itu hadir seorang diri ke balai polis pagi tadi dan memaklumkan berlaku kematian di rumah tersebut, sebelum pihak berkuasa bergegas ke lokasi.

    Pemeriksaan lanjut menemui mayat wanita berusia 44 tahun itu dan polis kemudiannya menahan suaminya, yang juga penganggur, untuk siasatan.

    Mangsa yang mempunyai lima anak hasil perkahwinan terdahulu difahamkan baru dua tahun berkahwin dengan suspek, yang turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

    Polis kini sedang menyiasat punca serta motif kejadian bagi melengkapkan siasatan.

    Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13050

  • Terdapat kecederaan di abdomen mangsa, polis siasat uncur cuai bayi setahun meninggal di rumah pengasuh di Seremban

    Terdapat kecederaan di abdomen mangsa, polis siasat uncur cuai bayi setahun meninggal di rumah pengasuh di Seremban

    SEREMBAN 12 Dis – Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kematian seorang bayi perempuan berusia sekitar setahun yang dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Bandar Sri Sendayan.

    Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, maklumat mengenai kejadian diterima pada jam 6.26 petang Isnin lalu selepas ibu mangsa membawa anaknya ke sebuah klinik swasta pada jam 5.50 petang kerana tidak sedarkan diri.

    “Doktor bertugas di klinik tersebut telah melakukan proses bantuan pernafasan (CPR) namun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

    Menurut beliau, bayi berkenaan dipercayai dijaga pengasuh sama sejak lima bulan lalu dan sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam keadaan lemah.

    “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan laporan mendapati terdapat kecederaan pada bahagian abdomen,” katanya.

    Azahar memaklumkan bahawa pengasuh berusia 32 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

    Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13052

  • Erra Fazira sah bergelar isteri usahawan, Ezwan Zain

    Erra Fazira sah bergelar isteri usahawan, Ezwan Zain

    SUBANG 12 Dis – Majlis pernikahan penuh tradisi dan simbolik menyatukan penyanyi serta pelakon terkenal, Erra Fazira, dengan pasangannya Ezwan Zain dalam sebuah acara akad nikah yang berlangsung meriah di Rinjani Majestic, Subang, hari ini.

    Erra, 51, dan Ezwan, 44, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin dengan mas kahwin berupa ufti bunga emas seberat 102 gram.

    Ufti bunga emas yang menjadi mas kahwin itu membawa simbolik warisan Melayu abad ke-14, merangkumi 24 keping dinar emas sebagai lambang penghormatan dan nilai tradisi dalam perkahwinan mereka.

    Tidak seperti kebiasaan, majlis kali ini tidak menggunakan dulang hantaran.

    Sebaliknya, beberapa barangan berjenama disusun di atas talam dan dibawa menggunakan tandu sebagai simbolik eksklusif majlis tersebut.

    Antara barangan yang dibawa ialah sepersalinan emas, tas tangan, jam tangan, kasut dan pewangi.

    Majlis akad nikah bertemakan ‘perkahwinan dalam taman’ itu dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua pihak, rakan-rakan rapat serta wakil media.

    Pengumuman rasmi mengenai majlis perkahwinan ini dibuat Erra pada 2 Disember lalu, bertepatan dengan pelancaran video muzik lagu Cinta Abadi 2025.

    Hubungan Erra dan Ezwan mula diperkatakan sejak Januari lalu selepas Erra berkongsi ucapan romantis kepada Ezwan di media sosial.

    Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai pada 18 Februari 2014.

    Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 16 tahun.

    Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 sebelum berpisah pada 2006.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13053

  • ‘Terpaling senior, bangga mengaku kaki buli, tak malu ke mak cik?’

    ‘Terpaling senior, bangga mengaku kaki buli, tak malu ke mak cik?’

    PETALING JAYA – Pernah bergelar anak kapal, penyanyi Arrora Salwa, menyelar tindakan segelintir pramugari serta pramugara yang berbangga menggelar diri mereka ‘kaki buli’ ketika berkhidmat dalam bidang tersebut.

    Ujar Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 40, budaya membuli dalam industri penerbangan bukan sesuatu yang wajar dijadikan kebanggaan, apatah lagi dicanang secara terbuka.

    “Maaf cakap eh, awak semua yang terpaling rasa senior dan bangga mengaku baling dulang. Mengaku buli tak rasa malu ke, mak cik?

    “Dalam hidup ini, manusia berbeza-beza. Tak boleh nak anggap semua orang sama.

    “Kalau awak dulu kena baling dengan dulang, kenapa nak bawa budaya tu ke depan? Sangat menjijikkan la, makcik. Maaf cakap la ya,” katanya dalam Threads.

    Menentang sekeras-kerasnya perbuatan tersebut, pelantun lagu Ahmad itu menyifatkan golongan sebegitu hanya berani ketika berada dalam uniform.

    “Orang macam ini waktu kerja rasa diri raja, membuli tak ingat dunia. Luar waktu kerja, pengecut.

    “Dia yang membuli bawak 1001 aura negatif lepas tu cakap kita lemah, tapi bila kita berdiri tegak menolak buli kita pula dikata biadab,” tegasnya.

    Teguran lantang itu tercetus selepas tular video daripada audio siar Borak Dalam Galley kendalian penyanyi Zarul Umbrella, memaparkan pengacara Maria Tunku Sabri sebagai tetamu jemputan.

    Dalam episod tersebut, Maria menceritakan pengalamannya sebagai ketua pramugari tegas sehingga menimbulkan pelbagai interpretasi.

    Klip itu mengundang reaksi meluas, malah ramai netizen menuduh Maria mempromosikan budaya membuli dalam kalangan anak kapal.

    “Patutnya senior jadi pelindung, bukan penakut yang tunjuk garang depan junior,” komen seorang pengguna media sosial.

    “Sudahlah membuli, bangga pula mencanang satu dunia kelakuan dia. Bagus Arrora tegur. Benda macam ni dinormalisasikan sangat sampai orang tak sedar itu salah,” ujar seorang netizen.

    Insiden tersebut sekali lagi membuka perbincangan mengenai budaya kerja toksik dalam industri penerbangan dan keperluan menghentikan amalan memalukan junior atas alasan ‘tradisi’. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/11/terpaling-senior-bangga-mengaku-kaki-buli-tak-malu-ke-mak-cik/

  • Syed Saddiq ‘mastermind’ pecah amanah dana Armada – Pendakwaan

    Syed Saddiq ‘mastermind’ pecah amanah dana Armada – Pendakwaan

    PUTRAJAYA – Pihak pendakwaan hari ini berhujah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah dalang atau ‘mastermind’ dalam perlakuan pecah amanah jenayah

    dana dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

    Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika berhujah, Mahkamah Rayuan juga telah gagal melihat setiap keterangan mengikut kronologi kes sekali gus tidak dapat menilai kesemua keterangan secara objektif dan menyeluruh.

    “Apabila Mahkamah Rayuan gagal melihat keterangan mengikut kronologi kes, berlakunya pemutusan rantaian keterangan yang relevan sedangkan kesemua keterangan itu menjurus kepada kesalahan persubahatan. Syed Saddiq telah memberikan arahan untuk mengeluarkan wang milik Armada disebabkan alasan-alasan yang jahat dan tidak jujur.

    “Malah, keterangan saksi ke-13, bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak akan mengeluarkan wang tersebut sekiranya tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq,” kata Wan Shaharuddin.

    Berhujah lanjut, Wan Shaharuddin berkata, Mahkamah Rayuan terdahulu gagal menilaikan keseluruhan keterangan yang memihak kepada pendakwaan apabila dari awal telah bertindak membuat suatu inferens yang tidak berlandaskan kepada keterangan dengan membuat dapatan bahawa saksi utama pendakwaan ke – 13 (SP13) telah memberikan keterangan untuk menenangkan hati (appease) pihak SPRM dan menyesuaikan (tailored) kepada kehendak SPRM.

    “Ini merupakan suatu allegations yang amat serius oleh Mahkamah Rayuan apabila membuat inferens yang tidak berlandaskan undang-undang apabila mengatakan keterangan

    SP13 adalah untuk menyesuaikan (tailored) kepada versi pihak pendakwaan,’ katanya.

    Berhujah lanjut, Wan Shaharuddin memberitahu Mahkamah Rayuan tidak boleh pick and choose (ambil dan pilih) keterangan apa yang Mahkamah Rayuan rasa perlu dan sesuai di dalam membuat keputusan Mahkamah Rayuan untuk membebaskan Syed Saddiq.

    “Mahkamah Rayuan mengambil langkah untuk memilih keterangan yang memihak responden sahaja dan hanya memilih hujahan peguambela pihak responden sahaja dalam membuat

    keputusan.

    “Adalah hujahan kami apabila Mahkamah Rayuan sepatutnya pertimbangkan kesemua keterangan pihak pendakwaan yang ada dalam rekod-rekod rayuan dan bukannya melakukan pemilihan keterangan yang Mahkamah Rayuan rasa perlu dan sesuai diambil kira,” tegasnya.

    Dalam isu lain, Wan Shaharuddin berkata, panel Mahkamah Rayuan sepatutnya melihat keterangan tiga saksi pendakwaan terbabit yang menyatakan mereka tiada motif untuk mengenakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

    Mereka adalah pemilik sebuah syarikat pembekalan pakaian dan aksesori, Muhammad Naqib Ab Rahim, 32; bekas EXCO Armada, Abdul Hannaan Khairy; bekas Penolong Setiausaha Armada Ahmad Redzuan Mohamed Shafi; dan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali.

    “Saksi pendakwaan ini adalah rakan Syed Saddiq dan menyatakan bahawa mereka tiada motif untuk mengenakan dan ‘menambah perencah’ dalam keterangan mereka. Jika hendak menyatakan semua ini sudah diatur, kena tunjukkan ada perbalahan. Ketika diperiksa balas, Syed Saddiq sendiri menyatakan hubungan dengan saksi adalah baik.

    “Malah sebelum perbicaraan di Mahkamah Tinggi, saksi pendakwaan iaitu Rafiq datang bertemu Syed Saddiq untuk memperagakan baju Melayu,” katanya.

    Prosiding berhubung pembebasan Syed Saddiq, 33, di Mahkmah Persekutuan di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang mengetuai panel tiga hakim bersambung lagi esok.

    Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Che Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah. KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/11/syed-saddiq-mastermind-pecah-amanah-dana-armada-pendakwaan/

  • Contohi AirAsia benar staf berhijab

    Contohi AirAsia benar staf berhijab

    Pada minggu lalu, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia memperkenalkan pakaian seragam berhijab berwarna merah untuk kru-kru kabin wanita termasuk pramugari sebagai pilihan semasa mereka bertugas bermula pada Ramadan, awal tahun depan. Syarikat yang diasaskan pada 2001 itu juga menyatakan hijab tersebut akan dipadankan de­ngan reka bentuk seluar panjang seperti dipakai oleh kru-kru wanita penerbangannya yang bertugas di laluan Jeddah, Arab Saudi dari Malaysia. Keputusan untuk memberikan pilihan kepada kru-kru kabin wanita memakai hijab itu dianggap sebagai langkah terpuji untuk syarikat……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/12/contohi-airasia-benar-staf-berhijab/

  • Cuti seronok, sesak menunggu, sediakah anda?

    Cuti seronok, sesak menunggu, sediakah anda?

    Seminggu lagi, musim cuti persekolahan hujung tahun bermula dari 20 Disember hingga 11 Januari tahun depan. Ramai rakyat Malaysia sudah merancang untuk bercuti bersama keluarga masing-masing. Ada yang telah menempah hotel, pakej pelancongan dan pengangkutan awam. Ada juga yang menunggu saat-saat akhir. Destinasi peranginan popular seperti kawasan tanah tinggi, pantai, pulau, taman tema dan ekopelancongan di seluruh negara akan kembali penuh. Bagaimanapun, adakah anda bersedia menghadapi kesesakan jalan raya luar biasa di laluan menuju ke destinasi pelancongan dan sekitarnya? Antara……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/12/cuti-seronok-sesak-menunggu-sediakah-anda/

  • Sukan SEA: Sejarah baharu di Thailand

    Sukan SEA: Sejarah baharu di Thailand

    BANGKOK – Semangat tidak mahu mengalah selepas dipintas tiga pelumba seawal selekoh pertama menjadi kunci kebangkitan dramatik pelumba berbasikal bukit (MTB) negara, Zulfikri Zulkifli untuk meraih pingat perak Sukan SEA Thailand 2025 semalam.

    Dalam aksi penuh mendebarkan di Si Racha, Chonburi, Zulfikri hampir berputih mata apabila ketinggalan di belakang kelompok utama, namun kayuhan bertenaga pada saat-saat akhir membolehkannya memintas pelumba tuan rumah dan Filipina untuk menaiki podium.

    Kejayaan Zulfikri meraih perak acara cross country eliminator (XCE) dengan catatan masa satu minit 35.277 saat (s) menjadi ‘penawar’ duka kem MTB negara selepas kegagalan skuad wanita meraih pingat kelmarin.

    Lebih membanggakan, Zulfikri menjadi pelumba lelaki pertama menyumbang pingat buat skuad MTB negara dalam sejarah penganjuran Sukan SEA selepas dia juga pernah memenangi emas ketika beraksi acara berpasukan campuran edisi Hanoi 2021.

    Biarpun gagal mengejar pelumba sensasi Indonesia, Rendy Varera Sanjaya yang unggul merangkul emas dengan masa 1:31.690s, tindakan Zulfikri memintas Mark Louwel dari Filipina (1:41.859s) memastikan Malaysia membawa pulang pingat perak.

    Mengimbau detik cemas tersebut, Zulfikri mengakui kesilapan percaturan awal hampir memakan diri sebelum bangkit mengejar semula untuk menaiki podium di Thailand.

    “Saya berikan sehabis baik hari ini walaupun kecewa kerana impian sebenar adalah emas. Pada permulaan saya sudah berada di depan, tetapi selepas selekoh pertama, ketiga-tiga pelumba berjaya memintas saya.

    “Saya bangkit mengejar semula dan berjaya mencari ruang untuk memintas pelumba Filipina dan Thailand. Saya cuba memburu Rendy tetapi jarak sudah agak jauh dan terpaksa berpuas hati dengan perak,” katanya.

    Zulfikri turut menyifatkan kejayaan melepasi sasaran awal pingat gangsa itu sebagai satu pencapaian positif, selain menaruh harapan ia dapat mengubah nasib kariernya.

    “Saya bangga biarpun sasaran asal hanya gangsa tetapi saya hadiahkan perak buat Malaysia. Saya harap keputusan hari ini dapat membantu perjalanan karier saya, terutamanya bagi mendapatkan elaun serta gaji yang lebih terjamin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/12/sukan-sea-sejarah-baharu-di-thailand/