Tag: JNJ-MEDIA

  • Guru perlu patuhi etika didik hibur bersama pelajar

    Guru perlu patuhi etika didik hibur bersama pelajar

    Oleh Dr. Abd. Aziz Rekan, Hafeezur Rahman Awel Didik hibur adalah pedagogi yang menyatukan unsur-unsur pendidikan (didik) dengan elemen hiburan dalam satu aktiviti atau pengalaman pembelajaran. Dalam konteks ini, kegiatan pendidikan tidak hanya dipandang sebagai proses yang terlalu serius atau formal, tetapi sebagai satu pengalaman menggembirakan bagi merangsang minat dan keinginan untuk belajar. Pendekatan ini juga membuat pembelajaran lebih menyeronokkan, sekali gus dapat membantu murid memahami dan mengingati maklumat. Aktiviti-aktiviti dalam didik hibur yang dijalankan mungkin tidak hanya memfokuskan kepada……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/guru-perlu-patuhi-etika-didik-hibur-bersama-pelajar/

  • Rambang mata cari jodoh online

    Rambang mata cari jodoh online

    PETALING JAYA – Facebook, Threads dan Instagram kini bukan lagi sekadar ruang memuat naik foto atau mengikuti perkemba­ngan semasa, tetapi telah bertukar menjadi tempat ‘mengiklankan diri’ untuk mencari jodoh. Di platform media sosial itu, semakin ramai wanita dan lela­ki yang berani tampil memper­kenalkan diri dan mendedahkan ciri-ciri pasangan idaman, dengan harapan agar dipertemukan jodoh serasi. Fenomena ini meledak sejak dua tahun lalu apabila hantaran-hantaran bertemakan ‘cari jodoh’ meraih sambutan hangat sehingga ada pasangan yang berjaya disatukan di atas pelamin melalui……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/rambang-mata-cari-jodoh-online/

  • Timbul ragu jika pilihan terlalu banyak

    Timbul ragu jika pilihan terlalu banyak

    PETALING JAYA – Trend pencarian jodoh melalui Facebook, Instagram, Threads dan pelbagai aplikasi lain kini bukan lagi sesuatu yang janggal, sebaliknya semakin diterima dalam kala­ngan masyarakat. Pegawai Psikologi, Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, faktor kawalan emosi, keselamatan mental dan ketiadaan tekanan sosial menjadikan medium digital lebih selesa untuk mengenali seseorang. Katanya, media sosial membolehkan seseorang menonjolkan diri tanpa rasa takut ditolak secara bersemuka, sekali gus membantu proses perkenalan berlangsung lebih perlahan dan terkawal. “Media sosial secara tidak langsung memberi peluang……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/timbul-ragu-jika-pilihan-terlalu-banyak/

  • Sukan SEA: Kemboja tarik diri atas ‘permintaan keluarga’

    Sukan SEA: Kemboja tarik diri atas ‘permintaan keluarga’

    BANGKOK – Mengambil kira faktor keselamatan, Kemboja mengambil keputusan untuk membawa pulang kontinjen termasuk semua atlet serta pegawai daripada temasya Sukan SEA 2025 yang sedang berlangsung di Thailand.

    Ia berikutan pertempuran yang sedang berlaku di sempadan Thailand-Kemboja melibatkan kedua-dua negara sehingga menyebabkan tujuh rakyat Kemboja terbunuh selain puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.

    Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (NOCC), Vath Chamroeun menerusi surat dihantar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Sukan Asia Tenggara, Seri Chaiyapak Siriwat, menjelaskan keputusan itu dibuat atas permintaan keluarga atlet.

    “NOCC mengambil keputusan untuk memanggil balik delegasi Kemboja dari Sukan SEA Thailand dan akan menguruskan kepulangan mereka atas faktor keselamatan. Ia adalah permintaan daripada keluarga atlet,” katanya.

    Terdahulu, Thailand sebagai tuan rumah memberi jaminan bagi memastikan keselamatan semua kontinjen, termasuk Kemboja sepanjang temasya tersebut yang berlangsung pada 9 hingga 20 Disember ini.

    Bagaimanapun, timbul kerisauan berhubung keselamatan melibatkan atlet-atlet Kemboja yang mungkin menjadi sasaran selepas pertempuran antara kedua-dua negara di kawasan sempadan dilihat semakin serius.

    November lalu, Kemboja sudah pun menarik diri daripada beberapa sukan termasuk bola sepak, judo, karate, pencak silat, gusti, petanque, wushu dan sepak takraw, namun masih kekal menyertai 13 acara lain pada edisi ke-33 itu. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/sukan-sea-kemboja-tarik-diri-atas-permintaan-keluarga/

  • Laluan Tapah – Cameron Highlands tutup 4 jam esok

    Laluan Tapah – Cameron Highlands tutup 4 jam esok

    PETALING JAYA – Pengguna jalan raya yang merancang ke Cameron Highlands, Pahang melalui jalan Tapah, Perak esok perlu mengambil maklum bahawa laluan utama FT059 di Seksyen 24, Lata Iskandar akan ditutup sepenuhnya dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

    Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batang Padang hari ini, penutupan selama empat jam itu dibuat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan pokok bahaya oleh JKR Negeri Perak.

    Jelas hantaran tersebut, tindakan itu perlu bagi memastikan keselamatan pengguna memandangkan kawasan berkenaan kerap berlaku insiden pokok tumbang, terutama ketika musim hujan.

    “Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan petugas di lokasi dan menggunakan laluan alternatif melalui Laluan Simpang Pulai – Cameron Highlands bagi kelancaran perjalanan.

    “Terima kasih atas kerjasama anda,” kata hantaran itu. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/laluan-tapah-cameron-highlands-tutup-4-jam-esok/

  • Sukan SEA: Malaysia mangsa pertama juri berat sebelah

    Sukan SEA: Malaysia mangsa pertama juri berat sebelah

    BANGKOK – Majlis Sukan Negara (MSN) kecewa dengan keputusan juri yang menjadi punca tumbangnya prospek emas negara di tangan wakil tuan rumah, Thailand di peringkat suku akhir meskipun atlet taekwondo poomsae campuran Malaysia mempamerkan persembahan bertaraf dunia.

    Ketua Pengarah MSN, Datuk Jefri Ngadirin menyifatkan kontroversi yang berlaku di Dewan 3,

    Fashion Island Mall itu sebagai tidak adil apabila pasangan negara, Jason Loo Jun Wei dan Nur Humaira Abdul Karim yang juga pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia itu dinafikan kemenangan akibat pemarkahan yang dilihat berat sebelah.

    Gandingan negara itu pada asalnya menguasai gelanggang dengan 8.520 mata mengatasi pasangan Thailand, Chonlakorn Chayawatto-Thana Kiewlaider 8.460 mata, sekali gus berpeluang cerah ke separuh akhir.

    Bagaimanapun, keputusan secara tiba-tiba terikat 8.460 mata, sebelum kemenangan diberikan kepada Thailand selepas dikatakan tewas tipis 0.004 menerusi markah persembahan.

    Jefri mengakui, walaupun sedar risiko dalam sukan subjektif, namun melihat apa yang berlaku dihadapannya itu satu tindakan tidak adil sejurus bantahan Malaysia ditolak.

    “Saya memang kecewa dengan pengadilan mereka. Kita bukan hendak pastikan semua atlet kita menang, tetapi mana-mana yang membuat persembahan terbaik sepatutnya diberikan mata selayaknya.

    “Walaupun kita sudah buat protes dan tewas, kita kena akur dengan keputusan akhir. Namun, ini peringatan kepada semua pengurus pasukan dan jurulatih supaya sentiasa peka dan jangan leka,” katanya ditemui hari ini.

    Susulan insiden itu, Jefri mengarahkan kem negara supaya lebih agresif dan tidak menunggu lama untuk melakukan bantahan teknikal sekiranya timbul sebarang keraguan di gelanggang. -KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/sea-2025-malaysia-mangsa-pertama-juri-berat-sebelah/

  • Keputusan kit ujian kendiri influenza kurang tepat – KKM

    Keputusan kit ujian kendiri influenza kurang tepat – KKM

    KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) belum mendaftarkan sebarang kit ujian kendiri influenza untuk kegunaan di Malaysia kerana kaedah pengesanannya menggunakan air liur didapati kurang berkesan menghasilkan keputusan yang jitu.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kelulusan untuk penggunaan kit ujian kendiri influenza yang kurang berkesan dan tidak tepat dikhuatiri akan disalahgunakan oleh pihak tertentu seperti mengambil cuti sakit.

    “Kita bimbang penyalahgunaan kit yang tidak sensitif akan disalahgunakan untuk alasan-alasan mereka mendapat influenza untuk pengecualian, cuti atau benda-benda lain. Sebab itu MDA sedang mengkaji dan meneliti apakah kaedah yang lebih baik yang boleh digunakan di dalam pasaran ,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan Senator Lingeshwaran Arunasalam berhubung spesifikasi Malaysia terhadap kit ujian kendiri influenza kerana Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) Amerika Syarikat telah meluluskan penggunaannya.

    Terdahulu, menjawab soalan asal Senator Azahar Hassan, Lukanisman berkata, ujian influenza yang lebih tepat adalah pengambilan sampel melalui calitan hidung atau darah yang dilakukan di bawah seliaan pengamal perubatan.

    Menurut beliau, kos kit ujian kendiri influenza juga agak malah iaitu sekitar AS$20 hingga AS$30 (RM82 hingga RM123) berbanding melakukan ujian di klinik swasta.

    “Bagaimanapun Kementerian Kesihatan akan mencari dan mempertimbangkan alternatif ujian pengesanan yang mudah diakses dan berkesan bagi menangani kes jangkitan influenza” katanya.

    Sementara itu, beliau memaklumkan, seramai 160,000 golongan rentan termasuk warga emas telah mengambil suntikan vaksin influenza dan vaksin itu turut ditawarkan kepada Ahli Parlimen. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/keputusan-kit-ujian-kendiri-influenza-kurang-tepat-kkm/

  • Ini punca jururawat tak cukup hingga 2026

    Ini punca jururawat tak cukup hingga 2026

    KUALA LUMPUR 9 Dis – Pengurangan ambilan pelatih Diploma Kejururawatan semasa pandemik COVID-19 kini memberi kesan ketara kepada jumlah graduan yang dihasilkan oleh Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara.

    Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), situasi itu turut menyebabkan kekurangan tenaga jururawat, terutamanya di fasiliti baharu serta fasiliti yang menampung populasi tinggi.

    Pada tahun 2021, ambilan pelatih di ILKKM merosot kepada hanya 153 orang — angka yang jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun biasa — sehingga menjejaskan keluaran graduan pada 2024.

    “Selain itu, pewujudan jawatan tambahan bagi pengoperasian fasiliti baharu atau dinaik taraf yang tidak seiring dengan pengeluaran graduan kejururawatan secara tidak langsung meningkatkan jumlah kekosongan jururawat di KKM.

    “Sebanyak 12,925 jawatan tambahan jururawat diwujudkan dari 2021 hingga 2024, namun dalam tempoh sama ILKKM hanya mengeluarkan 4,220 graduan atau 33 peratus daripada keperluan,” jelas kementerian dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

    Kenyataan itu menjawab pertanyaan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai unjuran keperluan jururawat di hospital, klinik dan kemudahan kesihatan Persekutuan menjelang 2030.

    Keperluan melonjak, pengisian masih rendah

    KKM turut memaklumkan bahawa beberapa fasilitinya kini memerlukan lebih ramai jururawat berbanding norma asal ekoran faktor luar jangka seperti peningkatan mendadak pesakit pada waktu puncak, penularan wabak dan penyakit berjangkit.

    Sehingga September lalu, seramai 69,494 jururawat berkhidmat di bawah KKM — kadar pengisian 83 peratus daripada 84,286 perjawatan yang diwujudkan.

    Bagi memastikan operasi fasiliti mencapai tahap optimum, KKM menyasarkan kadar pengisian sekurang-kurangnya 90 peratus di semua hospital, klinik kesihatan dan institusi.

    Pada tahun ini, seramai 3,254 jururawat telah dilantik secara tetap, manakala sebanyak 935 graduan ILKKM disasarkan untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U5 pada 2026 — peningkatan 53 peratus berbanding 613 graduan yang dilantik tahun ini.

    KKM turut meningkatkan jumlah pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan ILKKM kepada 3,343 orang pada tahun ini, berbanding 2,265 pada 2024 dan 1,667 pada 2023.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12985

  • KKM perincikan langkah pengharaman vape sebelum dibawa ke Kabinet

    KKM perincikan langkah pengharaman vape sebelum dibawa ke Kabinet

    KUALA LUMPUR 9 Dis – Proses pengharaman vape kini disusun dengan lebih teliti melalui penelitian undang-undang mendalam serta libat urus menyeluruh, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

    Beliau menjelaskan bahawa perancangan semasa mengambil kira pengalaman terdahulu bagi memastikan dasar yang bakal dibentangkan ke Parlimen nanti kukuh, berfungsi dan tidak berdepan masalah perundangan seperti sebelum ini.

    Menurut Dzulkefly, dasar pengharaman vape itu kini dalam peringkat dimuktamadkan dan dijangka dibawa kepada Jemaah Menteri tahun ini untuk pertimbangan serta kelulusan.

    “KKM ingin menegaskan bahawa komitmen ke arah pengharaman penuh vape adalah jelas dan berterusan.

    “Cadangan dasar ini akan menjadi asas kukuh sebelum pelaksanaan larangan sepenuhnya dijalankan,” katanya.

    Beliau menjawab soalan Datuk C. Sivaraj mengenai keyakinan rakyat terhadap pengharaman penuh vape, memandangkan komponen Generational End Game (GEG) – yang pernah diluluskan prinsipnya – dibatalkan akibat isu perundangan dan tekanan kepentingan.

    Sivaraj turut bertanya apakah jaminan bahawa kegagalan GEG tidak akan berulang.

    Mengulas lanjut, Dzulkefly yakin pengalaman lalu menjadi panduan untuk memastikan situasi sama tidak berulang.

    “Kementerian juga terus mengukuhkan kerjasama dengan agensi kerajaan, badan profesional dan masyarakat melalui pendekatan whole-of-nation bagi menjamin pelaksanaan dasar ini lebih teratur dan berkesan,” katanya.

    Sebelum ini, Dzulkefly memaklumkan bahawa KKM sedang memuktamadkan perincian memorandum Jemaah Menteri berkaitan pengharaman rokok elektronik atau vape sebelum ia dibentangkan kepada Kabinet.

    Namun, perinciannya belum boleh didedahkan kerana memorandum itu masih belum dibentangkan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12986

  • Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis

    Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis

    TEMERLOH 9 Dis – Seorang jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Batu 4 Paya Pulai dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang memasuki ruang tamu rumahnya pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 3.30 petang.

    Mangsa bersama beberapa jiran cuba menahan suspek, namun lelaki itu berjaya melarikan diri menaiki sebuah trak pikap yang diletakkan di hadapan rumah mangsa.

    Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, suspek kemudian dikesan di tepi jalan berhampiran Kampung Batu 4, Maran, kira-kira pukul 1.16 tengah hari semalam.

    “Dengan bantuan orang awam, suspek berjaya ditahan bersama sebuah kenderaan jenis Nissan Navara berwarna putih yang dilaporkan hilang di kawasan Pekan Awah, Maran pada 29 November lalu,” katanya.

    Suspek yang berusia 36 tahun akan dibawa ke hadapan Majistret Temerloh untuk permohonan reman hari ini.

    Kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Berdasarkan siasatan awal, suspek tiada rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing mendapati positif dadah jenis syabu.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12987