Tag: JNJ-MEDIA

  • Kisah Cik Nah dan rumah pusaka

    Kisah Cik Nah dan rumah pusaka

    Membaca status dalam media sosial seorang rakan yang rumahnya dinaiki air di Selangor hujung minggu lalu membuatkan penulis bersama rakan lain berasa bimbang, bertanyakan pelbagai soalan lantas menitipkan doa agar bencana alam itu tidak seteruk yang dialaminya empat tahun lalu. Selang beberapa minit, rakan yang kami panggil Cik Nah telah siap mengemas barangan keperluan penting, menyusun barangan elektrik di bahagian dapur ke tempat yang lebih tinggi dan suaminya juga sudah memindahkan dua buah kereta serta motosikal ke kawasan yang selamat.……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/27/kisah-cik-nah-dan-rumah-pusaka/

  • UCL: Chelsea menang, Maresca bimbang

    UCL: Chelsea menang, Maresca bimbang

    LONDON – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca tampil memberikan amaran dan meminta semua pihak supaya berhati-hati untuk membandingkan bintang mudanya, Estevao dengan kapten Argentina, Lionel Messi.

    Bintang berusia 18 tahun itu menjaringkan gol hebat ketika menyumbangkan jaringan kedua The Blues untuk memastikan kemenangan 3-0 ke atas gergasi Sepanyol, Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

    Maresca menjelaskan ketika ini adalah penting untuk semua pihak cuba melindungi pemain muda itu daripada berdepan tekanan secara berlebihan hingga berisiko beri kesan kepada prestasinya.

    “Dia (Estevao), Lamine Yamal masih muda jika kami mula bercakap tentang Messi dan Cristiano Ronaldo. Saya fikir itu akan beri tekanan kepada pemain muda kerana pada usia muda, mereka perlu menikmatinya dan hadir ke latihan dengan gembira,” katanya.

    Selepas memperoleh gol pertama daripada jaringan sendiri Jules Kounde, situasi Barcelona makin ditekan apabila The Blues yang hadir selaku juara dunia meraih dua lagi gol daripada Estevao dan Liam Delap.

    Estevao juga melabel jaringan itu adalah detik terbaik dalam kariernya dan anggap dirinya seakan hilang kata-kata untuk menggambarkan apa yang sedang dilaluinya sekarang.

    “Ia menjadi detik sempurna buat saya dan saya cukup bersyukur atas apa yang saya lalui sekarang. Saya sudah tidak ada kata-kata untuk menggambarkan perasaan saya,” katanya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/27/ucl-chelsea-menang-maresca-bimbang/

  • Jangan lupa Gaza, mereka masih derita

    Jangan lupa Gaza, mereka masih derita

    JIKA dihitung, sudah sebulan 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza pulang ke tanah air. Penulis teringat lagi beberapa hari sebelum pulang, isu peperangan di bumi Palestin memonopoli setiap platform media sosial. Isu tersebut bukan sahaja menjadi bualan umat Islam, tetapi masyarakat lain-lain bangsa. Tidak keterlaluan dikatakan kisah Gaza menjadi fenomena sehingga kesemua sukarelawan tersebut tiba di tanah air. Perjuangan dan kecekalan mereka membuka mata lebih ramai penduduk dunia mengenai kisah penderitaan rakyat Palestin. Namun,……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/27/jangan-lupa-gaza-mereka-masih-derita/

  • ACLE: JDT yakin impian belum berakhir

    ACLE: JDT yakin impian belum berakhir

    PENYERANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva percaya peluang pasukan untuk layak ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) masih terbuka walaupun tewas 0-2 kepada Melbourne City, kelmarin.

    Menurut Bergson, skuad Harimau Selatan tetapi optimis dapat mengulangi pencapaian musim lalu dengan mempamerkan prestasi yang lebih cemerlang pada perlawanan seterusnya.

    “Sudah tentu kita masih lagi yakin dengan potensi pasukan kerana kita bermain demi lencana (JDT) dan kelab ini sangat besar. Tidak wajar untuk kita menyerah disebabkan kesilapan dan keputusan kali ini.

    “Secara peribadi, anda boleh analisa secara statistik bahawa kita beraksi dengan lebih baik, tetapi pasukan hanya memiliki dua peluang dan tidak berjaya memanfaatkan kesempatan tersebut.

    “Dalam mana-mana perlawanan, jumlah gol akan menentukan pemenang dan kali ini kita tidak berjaya walaupun mencipta banyak peluang keemasan,” kata pemain import dari Brazil itu.

    Sementara itu, pengendali JDT, Xisco Munoz menganggap nasib tidak menyebelahi pasukannya selepas merekodkan kekalahan kedua dalam kejohanan bola sepak berprestij benua Asia itu musim ini.

    “Ada masa kita bermain cemerlang dan ada ketika kita dikecewakan tetapi Melbourne City berhak untuk menang walaupun kita berjaya mempamerkan prestasi lebih baik.

    “Pujian wajar diberikan kepada penjaga goi lawan (Patrick Beach) yang cemerlang menafikan beberapa peluang keemasan pasukan.

    “Apa yang pasti, ini bukan pengakhiran dan keputusan ini diharap dapat menaikkan lagi motivasi pasukan untuk beraksi dengan lebih baik pada aksi akan datang,” katanya.

    Kekalahan tersebut menyaksikan JDT kekal dengan tujuh mata ketika saingan di peringkat liga berbaki tiga perlawanan dengan lapan pasukan terbaik akan lolos ke pusingan seterusnya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/27/acle-jdt-yakin-impian-belum-berakhir/

  • Kedai Jam Gomok ‘legend’ di Rembau

    Kedai Jam Gomok ‘legend’ di Rembau

    REMBAU – Seorang warga emas di daerah ini menjadi satu-satunya tukang jam yang masih bertahan dengan menawarkan khidmat membaiki jam sejak 37 tahun lalu.

    Menurut Mok, dia sudah mula mempelajari cara membaiki jam setelah bekerja di Kuala Lumpur dan beberapa kali dipanggil pulang ke Rembau oleh mendiang ayahnya yang mengusahakan perniagaan jam.

    “Akhirnya, saya akur dan membantu ayah membaiki jam di sini. Ikutkan, bapa saudara saya, anak buah saya ramai yang pandai membaiki jam ini, namun mereka tidak tinggal di sini, jadi sayalah yang teruskan walaupun pelanggan kini sangat kurang.

    “Namun, masih ada yang mahu menggunakan khidmat saya kerana upah menukar bateri jam serendah RM15. Harga ini jauh lebih rendah dari mana-mana kedai di Kuala Lumpur dan Seremban,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

    Ujar Mok lagi, nama sebenar kedai itu ialah Kedai Jam Hong Hing, namun, penduduk setempat dan pelanggan lebih menge­nalinya dengan nama Kedai Jam Gomok berikutan saiz badannya serta bapa sedikit gempal.

    Jelasnya, dia masih menyewa di kedai dengan upah yang rendah serta akan terus menawarkan khidmat membaiki jam sehingga kudratnya masih ada.

    “Ikutkan umur macam ni sudah pencen, dua anak saya juga sudah berkahwin ada keluarga sendiri. Saya dah boleh tutup kedai ni, tapi ramai yang masih memerlukan khidmat ini walau jarang-jarang digunakan.

    “Saya masih sayang nilai sentimental kedai jam ini dan akan terus bertahan sampai habis kudrat,” ujarnya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/27/mok-pembaiki-jam-tunggal-di-rembau/

  • Harga sayur naik musim banjir

    Harga sayur naik musim banjir

    SHAH ALAM – Musim tengkujuh yang melanda beberapa negeri terutama di Pantai Timur dan Utara se­jak Ahad lalu menyaksikan har­ga sayur mengalami kenaikan sehingga dua ka­li ganda ekoran kekura­ngan be­kalan akibat banjir. Tinjauan Kosmo! menyaksi­kan beberapa jenis sayur-sayu­ran termasuk cili padi naik an­tara RM2 hingga RM6. Antara sa­yur yang naik adalah kubis da­ripada RM6 kepada RM8 sekilo, cili padi RM14 sekilo kepada RM20 sekilo. Seorang peniaga sayur, Az­mi Ali, 38, berkata, setiap kali musim tengkujuh, harga sayur-sayuran sering berubah akibat…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/27/harga-sayur-naik-musim-banjir/

  • Ibu bapa perlu berjiwa besar, berani berubah

    Ibu bapa perlu berjiwa besar, berani berubah

    Kanak-kanak ialah anugerah terindah yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada ibu bapa. Mereka bukan sekadar pelengkap keluarga, tetapi juga pewaris masa depan bangsa dan agama. Sempena sambutan Hari Ka­nak-Kanak, tema Berjiwa Besar, Berani Berubah amat signifikan dalam mengingatkan ibu bapa ten­tang tanggungjawab menyantuni anak-anak dengan kasih sa­yang dan nilai Islam. Jiwa besar dalam mendidik bu­kanlah bermakna membiarkan segalanya, tetapi mendidik dengan sabar dan ikhlas agar anak membesar menjadi insan be­rani, berakhlak dan beriman. Dalam Islam, setiap anak dilahirkan suci dan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/27/ibu-bapa-perlu-berjiwa-besar-berani-berubah/

  • Peritnya jadi penduduk Hulu Langat…

    Peritnya jadi penduduk Hulu Langat…

    HULU LANGAT – Penduduk di Kampung Sungai Serai di sini menyifatkan banjir yang melanda kawasan perumahan mereka tiga hari lalu disifatkan sebagai luar biasa kerana air naik mendadak sehingga ke paras dada. Lebih memeritkan penduduk memaklumkan kediaman mereka dinaiki air selepas hujan lebat selama dua jam itu. Seorang penduduk, Nurasyura Nordin, 38, berkata, untuk tahun ini sahaja kampung tersebut sudah dilanda banjir empat kali, namun bah kali ini paling mengejutkan kerana air naik mendadak “Saya ingat paras air sekadar lutut……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/27/peritnya-jadi-penduduk-hulu-langat/

  • Korban kebakaran Wang Fuk Court meningkat, hampir 300 hilang

    Korban kebakaran Wang Fuk Court meningkat, hampir 300 hilang

    HONG KONG – Angka korban kebakaran paling dahsyat di Hong Kong sejak 30 tahun lalu meningkat kepada lebih 44 orang, manakala 280 mangsa hilang.

    Kebakaran semalam melanda beberapa menara kediaman tinggi di kejiranan Tai Po, utara Hong Kong.

    Pihak berkuasa berkata, api berpunca daripada perancah buluh yang meliputi bangunan- bangunan kediaman tersebut.

    Api dan asap tebal masih menyelubungi menara-menara setinggi 32 tingkat itu semalam di mana ramai penghuni dipercayai terperangkap.

    Punca kebakaran tidak diketahui tetapi api marak dan merebab disebabkan oleh jaring pembinaan hijau dan perancah buluh.

    Sementara itu, polis menahan tiga lelaki kerana disyaki melakukan pembunuhan tanpa niat berhubung kebakaran itu, lapor badan penyiaran RTHK tanpa mengulas lanjut.

    Bekerja sepanjang malam, anggota-anggota bomba bergelut untuk sampai ke tingkat atas kompleks perumahan Wang Fuk Court, yang mempunyai 2,000 pangsapuri dalam lapan blok menara, disebabkan oleh kepanasan yang melampau.

    Seorang penduduk berusia 71 tahun dikenali sebagai Wong berkata, isterinya terperangkap di dalam salah satu bangunan tersebut.

    Seorang anggota bomba adalah antara 36 orang yang terbunuh, manakala sekurang-kurangnya 29 orang dirawat di hospital, kata Pentadbir Hong Kong, John Lee, kepada pemberita.

    Kira-kira 900 orang pula berada di lapan pusat perlindungan sementara.

    “Keutamaan adalah untuk memadamkan api dan menyelamatkan penduduk yang terperangkap,” kata Lee kepada pemberita. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/27/korban-kebakaran-wang-fuk-court-meningkat-hampir-300-hilang/

  • Mangsa banjir ugut anggota penyelamat guna senjata api

    Mangsa banjir ugut anggota penyelamat guna senjata api

    BANGKOK – Seorang lelaki Thailand yang terperangkap dalam banjir besar di Hatyai, wilayah Songkhla, melepaskan tiga das tembakan ke udara untuk mengugut anggota-anggota penyelamat, lapor laman berita Thaiger hari ini.

    Dia berbuat demikian ke atas pasukan penyelamat yang menaiki jet ski kerana percaya mereka terlewat datang menyelamatkannya.

    Salah seorang penyelamat dikenali sebagai Tee Inkjet dari wilayah Surat Thani memuat naik kejadian itu di akaun Facebook miliknya.

    Dia menceritakan konfrontasi tersebut ketika operasi dijalankan sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) semalam.

    Anggota penyelamat itu turut berkongsi gambar jet ski dengan kapsyen menyeru penduduk supaya bertenang.

    “Saya bawa 300 kotak makanan tetapi semuanya habis selepas hanya melawat tiga buah rumah kerana terlalu ramai orang berada di dalamnya. Saya terkejut mendengar bunyi tembakan di belakang saya,” katanya.

    Anggota penyelamat itu kemudian membuat hantaran kedua dengan menyatakan bahawa dia datang dari Surat Thani untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Songkhla dan tidak menyangka akan diugut dengan tembakan.

    “Saya sedang mengemas jet ski dan pulang ke kampung, maaf,” tulisnya.

    Identiti penembak belum didedahkan, tetapi kejadian itu menyebabkan anggota penyelamat diselubungi perasaan trauma. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/26/mangsa-banjir-ugut-anggota-penyelamat-guna-senjata-api/