Tag: JNJ-MEDIA

  • Arus deras sukarkan usaha menyelamat 40 pelajar, pensyarah UUM

    Arus deras sukarkan usaha menyelamat 40 pelajar, pensyarah UUM

    SINTOK – Arus deras di sekitar Hotel Wangburapa Grand di Hatyai, Thailand menyukarkan usaha untuk menyelamat 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas sejak Jumaat lalu.

    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, arus deras itu berlaku berikutan kedudukan hotel yang terletak berdekatan sungai menyebabkan sebahagian bot kecil terbalik.

    “Beberapa usaha menyelamat dilakukan dua hari lalu, namun tidak berjaya kerana arus deras,” katanya di sini hari ini. Ketika ini kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan bersemangat tinggi sementara menunggu operasi membawa pulang ke universiti.

    “Kita juga mengesan seorang pelajar yang menghidap talasemia. Berdasarkan maklumat daripada Pengarah Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan UUM, Dr. Adi Azhar Abdul Razak, pembawa talasemia itu tidak serius.

    “Ibu bapa pelajar terbabit juga sudah dimaklumkan bagi mengelakkan kerisauan,” ujarnya.

    Katanya, mereka yang terkandas amat berharap agar pihak Konsulat Jeneral Malaysia dapat menghantar bekalan makanan, minuman dan keperluan asas dengan segera.

    “Kita terus berhubung dengan Pejabat Konsulat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pemimpin Islam termasuk menggerakkan alumni UUM di sana untuk membantu menghantar makanan, minuman dan ubat-ubatan.

    “Pihak UUM turut berterima kasih kepada masyarakat setempat yang prihatin dengan menyediakan bubur nasi untuk pelajar dan staf UUM di sana,” katanya.

    Difahamkan, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan untuk membantu membawa pulang pelajar dan pensyarah terbabit secepat mungkin.

    “UUM juga menyediakan kenderaan untuk mengambil pelajar dan pensyarah menggunakan laluan yang boleh diakses,” katanya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/26/arus-deras-sukarkan-usaha-menyelamat-40-pelajar-pensyarah-uum/

  • Ada mangsa banjir Hatyai degil, enggan tinggal bagasi sewaktu diselamatkan

    Ada mangsa banjir Hatyai degil, enggan tinggal bagasi sewaktu diselamatkan

    BUKIT KAYU HITAM – Terdapat segelintir rakyat Malaysia yang didakwa enggan ‘diselamatkan’ pasukan penyelamat sukarelawan kerana tidak mahu meninggalkan bagasi selain memberi alasan mahu menunggu ahli keluarga lain.

    Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani, Leong Beng Tat berkata, situasi itu menyebabkan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat menjadi sukar.

    “Memandangkan ruang bot terhad dan prinsip utama ialah menyelamatkan nyawa terlebih dahulu, kami tidak dapat membawa keluar bagasi dalam jumlah besar.

    “Keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran operasi,” katanya di sini hari ini.

    Katanya, semua mangsa turut dinasihatkan supaya tidak membuat panggilan dalam keadaan yang tidak mendesak kepada pasukan penyelamat kerana ia boleh mengganggu operasi dan melambatkan gerakan menyelamat.

    “Empat telefon bimbit operasi telah rosak akibat ditenggelami air, namun pasukan tetap meneruskan tugas tanpa mengalah, malah tidak akan berundur sebelum semua rakyat Malaysia berjaya dibawa keluar dari kawasan bencana,” ujarnya.

    Menurutnya, paras air di laluan menuju ke Hatyai dilaporkan mula surut, sekali gus membolehkan pasukan penyelamat memasuki kawasan terjejas awal pagi ini dengan membawa lapan bot penyelamat serta beberapa lori besar yang sarat bekalan bantuan.

    “Pasukan memanfaatkan peluang ini untuk menyalurkan keperluan asas dan membawa keluar mangsa berisiko tinggi termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak.

    “Sehingga tengah hari tadi, seramai 1,006 rakyat Malaysia telah berjaya diselamatkan dengan bantuan pasukan sukarelawan, manakala rekod rasmi menunjukkan kira-kira 1,000 lagi masih terperangkap di sekitar Hatyai,” jelasnya.

    Sementara itu, di kawasan luar pusat beli-belah Central Festival Hatyai, ramai rakyat Malaysia menunggu operasi menyelamat dengan penuh harapan.

    Kehadiran pasukan penyelamat dari Malaysia menggembirakan mereka. Sebahagian kanak-kanak kelihatan letih selepas menunggu terlalu lama. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/26/ada-mangsa-banjir-hatyai-degil-enggan-tinggal-bagasi-sewaktu-diselamatkan/

  • 40 warga UUM masih terperangkap banjir Hatyai, catu bubur nasi

    40 warga UUM masih terperangkap banjir Hatyai, catu bubur nasi

    BUKIT KAYU HITAM – Seramai 40 pelajar dan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang masih terkandas di Hatyai, Thailand dikatakan hanya makan bubur nasi berikutan bekalan beras yang semakin berkurangan.

    Mereka juga terpaksa berkongsi bekalan makanan yang ada serta meneguk air kosong untuk mengisi perut.

    Dalam keadaan genting itu, seorang pelajar yang merupakan pembawa talasemia dikatakan sudah kehabisan ubat dan suplemen.

    Mereka terperangkap tanpa bekalan makanan mencukupi, selain ketiadaan bekalan elektrik dan liputan internet yang kerap terputus serta bergantung kepada air hujan untuk mandi.

    Pelajar, Mimi Nadzirah Afiqah Md. Suhaimi, 21, berkata, keadaan setakat ini terkawal, namun bekalan makanan sangat terhad.

    “Hujan tidak berhenti dengan paras air semakin naik menyebabkan kami tak boleh keluar. Internet pun tidak stabil dan kami cuma berharap ada bantuan cepat,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada pihak UUM, malam tadi.

    Menurutnya, semalam mereka melihat bot melalui kawasan itu dan berdoa agar pihak berkenaan singgah mengagihkan bantuan makanan.

    “Sehingga maghrib dan semalam, kami hanya makan bubur nasi yang dicatukan. Tiada satu pun bot berhenti untuk menghulurkan makanan kepada kami,” ujarnya.

    Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed yang menjalankan tugas Naib Canselor UUM berkata, pihak universiti sentiasa berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand.

    “Keselamatan pelajar yang merupakan anak-anak kami adalah keutamaan. Universiti juga mewujudkan kumpulan WhatsApp dengan semua ibu bapa pelajar terlibat dan sentiasa mengemas kini maklumat,” katanya.

    Kesemua pelajar dan pensyarah pengiring daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) berada di sana bagi mengikuti Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025 dari 20 hingga 22 November lalu. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/26/40-warga-uum-masih-terperangkap-banjir-hatyai-catu-bubur-nasi/

  • ‘Penat dik nak cari duit, paling penting ikhlas’

    ‘Penat dik nak cari duit, paling penting ikhlas’

    RANCAK melancarkan beberapa lagu baharu sejak kebelakangan ini, tidak pernah terlintas dalam fikiran Azharina Azhar untuk berlumba-lumba dengan penyanyi lain.

    Menurut wanita kelahiran Sabah itu, pada usianya ketika ini, persaingan atau kesungguhan membuktikan kehebatan di mata orang sudah tidak lagi wujud dalam kamus kerjayanya.

    “Jujur cakap, saya tak mampu bersaing dengan sesiapa dalam industri sebab sudah tahu, artis tumbuh macam cendawan selepas hujan.

    “Sudah 24 tahun menyanyi dan ketika ini saya hanya memeriahkan suasana dalam industri.

    “Buat masa sekarang, saya mahu teroka lebih banyak genre sebab kepuasan saya dalam dunia muzik belum mati,” katanya pada majlis pelancaran lagu duet bersama Nana Karia berjudul Biar Gambar Berbicara baru-baru ini.

    Bakal muncul dengan album penuh tahun depan, pelantun Elegi Sepi itu bertegas, rasa cinta yang mendalam terhadap kerjaya seni juga antara kekuatannya untuk terus bertahan sehingga ke hari ini.

    Katanya, kali ini dia sendiri yang menghasilkan album solo termasuk mengawal setiap kandungan dan muzik dihasilkan.

    “Saya sendiri sudah tidak ingat album yang akan dilancarkan nanti adalah album ke berapa tetapi sekurang-kurangnya saya puas sebab hasilkan sendiri, saya kawal semua.

    “Paling penting, album itu dihasilkan dengan ikhlas. Penat dik nak cari duit, saya kerja keras untuknya sebab minat.

    “Lagu-lagu nanti entah naik atau tidak, saya serahkan pada takdir tetapi tetap akan teruskan,” tuturnya.

    Kerap muncul dengan lagu duet tahun ini, Azharina berkata dia menerima banyak tawaran kolaborasi dengan penyanyi lain, namun majoritinya terpaksa ditolak kerana kekangan jadual kerja dan masih mementingkan kualiti.

    “Ada tawaran daripada golongan kurang upaya tetapi terpaksa ditolak sebab genre lagu tidak sesuai. Saya tak boleh juga main tangkap muat sahaja. Takut tiba-tiba menyanyi keluar bunyi ayam pula.

    “Sedar diri juga sebab bukan semua genre boleh nyanyi tetapi saya tetap terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi dan belajar muzik baharu tetapi yang sesuai dengan suara,” ujarnya.

    Bercerita tentang duet bersama Nana yang merupakan penyanyi kelahiran Singapura, Biar Gambar Berbicara sebuah penyatuan muzik kontemporari pop, jazz dan ‘soul’ yang sarat makna. Gandingan tersebut bukan sekadar projek muzik biasa namun wujud daripada perjalanan dan persahabatan sejak 2016.

    “Pertama kali kami bertemu pada Disember 2023 di Kuala Lumpur, kemudian rekod pada Mac tahun lalu dan lahirlah lagu ini. Nana adalah penyanyi lagu ‘heavy metal’ dan saya tabik dengan kemampuannya mencuba banyak genre. Stamina dia juga ‘power’.

    “Dia setuju untuk duet ini sebab lihat kejujuran saya dalam muzik. Lagu ini sarat dengan mesej,” katanya.

    Sementara Nana pula memberitahu, kerjasama dengan Azharina boleh dikatakan sebagai batu loncatan untuk dikenali di Malaysia.

    “Saya percaya kalau ada kemahuan, pasti ada jalan. Kami melalui pelbagai proses, dari jarak jauh sehinggalah bersatu dalam studio. Biar Gambar Berbicara membentuk realiti kehidupan yang dilalui semua manusia.Lagu ini benar-benar dekat di hati kami,” katanya yang pernah bergelar penyanyi dikir barat di Singapura.

    Biar Gambar Berbicara merupakan hasil ciptaan oleh Nana sendiri, manakala lirik ditulis oleh Faizal Sapuan. Penerbitan pula digerakkan dengan gabungan tenaga kreatif Jebon Osman, Azharina serta kerjasama produksi antara Azharina Entertainment dan Soulitaire Production.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/26/penat-dik-nak-cari-duit-paling-penting-ikhlas/

  • Peluang Arsenal ‘gayat’ di puncak UCL

    Peluang Arsenal ‘gayat’ di puncak UCL

    LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menagih magis Eberechi Eze untuk membantu pasukan mengharungi minggu yang sukar menjelang aksi bertemu Bayern Munich dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Emirates awal pagi esok.

    Eze mula menunjukkan belang sebenar selepas meledak jaringan hatrik untuk membantu The Gunners menang 4-1 ke atas seteru tradisi, Tottenham Hotspur dalam aksi domestik kelmarin.

    Pengendali kelahiran Sepanyol itu mengakui tidak terkejut dengan prestasi Eze dan kini berharap pemain antarabangsa England itu dapat membantu pasukan meraih tiga mata ke atas Bayern nanti.

    “Bukan mudah untuk mana-mana pemain menjaringkan gol hatrik pada aksi derbi menentang Spurs. Ia adalah perlawanan yang sukar tetapi Eze melakukannya dengan mudah.

    “Sudah tentu kita menagih sentuhan pemain hebat sepertinya untuk terus memberikan impak buat pasukan pada dua perlawanan menentang Bayern dan Chelsea minggu ini,” kata Arteta.

    Sementara itu, Eze enggan mendabik dada dengan prestasi semasa sebaliknya memuji barisan kejurulatihan The Gunners untuk bantu meningkatkan prestasinya ke tahap yang lebih baik.

    “Sejak berhijrah (daripada Crystal Palace), Arteta banyak membantu saya untuk beraksi dengan lebih baik dan saya sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada pasukan ini,” kata pemain berusia 27 tahun itu. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/26/peluang-arsenal-gayat-di-puncak-ucl/

  • Hobi buat penyelidikan mampu tenangkan minda

    Hobi buat penyelidikan mampu tenangkan minda

    DALAM era serba moden, ramai orang menghabiskan masa dengan melihat kandungan media sosial tanpa henti, namun muncul satu trend baharu yang agak pelik. Trend tersebut mendapat tempat dalam kalangan generasi muda. Trend yang dimaksudkan adalah melakukan penyelidikan sebagai hobi. Bagi sesetengah anak muda, meluangkan masa mendalami topik rawak, daripada neurosains hingga sejarah kecantikan Mesir purba menjadi cara terbaik untuk menenangkan fikiran, mengisi masa lapang dan melawan masalah digital burnout. Seorang wanita dari New York, Amerika Syarikat, Jacey Adler, 27, baru-baru……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/26/hobi-buat-penyelidikan-mampu-tenangkan-minda/

  • MPL Malaysia Musim 16 tutup tirai, SRG juara empat kali

    MPL Malaysia Musim 16 tutup tirai, SRG juara empat kali

    SELANGOR Red Giants OG Esports (SRG) mencatat kejuaraan keempat berturut-turut dalam Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL Malaysia) selepas menewaskan CG Esports 4-0 pada Grand Final Musim 16 di MAEPS Serdang, Selangor baru-baru ini. Lebih manis, Muhammad Haqqullah ‘Sekys’ Ahmad Shahrul Zaman turut menerima Anugerah Pemain Paling Bernilai (FMVP) Final. Pengasas Bersama SRG, Simon Lim, menyatakan pencapaian empat kali berturut-turut itu sangat bermakna dan membanggakan kerana belum pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan di Malaysia. “Pada mulanya, tiada langsung……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/26/mpl-malaysia-musim-16-tutup-tirai-srg-juara-empat-kali/

  • ‘Jadi artis kena ada backup plan’

    ‘Jadi artis kena ada backup plan’

    LEBIH dua dekad bertahan dalam arena seni, pelakon Ashraf Muslim mengakui kini lebih aktif dalam bidang perniagaan. Selepas menghasilkan baju Melayu jenama sendiri, Ashraf mengembangkan sayap perniagaan dengan kolaborasi bersama Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj bawah fesyen JeMels Atelier. Ini membuktikan Ashraf sememangnya serius untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangannya demi masa depan keluarga.

    HIBGLAM: Apa pendapat Ashraf berhubung situasi bisnes dalam kalangan selebriti yang dikatakan sangat mudah untuk meraih sambutan hangat.

    ASHRAF: Kalau nak kata artis buat bisnes apa pun mesti laku, rasa tak berapa tepat sebab meniaga ada naik turun. Tidak kiralah artis atau bukan, yang penting cara kita kendalikan bisnes itu. Saya yakin kalau betul-betul jumpa pasukan yang betul, ikhlas dan mempunyai idea bagus mesti boleh pergi jauh.

    Sekarang ini macam mana? Dia ada bisnes ST Rosyam Mart, ada tanah beratus-ratus ekar, ada produksi sendiri. Bukan saya nak angkat dia tapi memang perjalanan dia sangat bagus. Saya kena ikut rentak dia.

    Adakah setiap artis patut menyertai bidang perniagaan?

    Jujurnya dalam industri seni ada turun naik sama macam berniaga. Jadi kita boleh tengok dari segi pengalaman apa yang berlaku. Bila dah naik selepas itu turun, nak naik balik bukan senang. Orang datang bersilih ganti, jadi kita tak ada KWSP atau SOCSO, semuanya sendiri.

    Kalau rasa kita nak masa depan terjamin untuk keluarga, kena fikir banyak cara. Bukan sahaja berlakon tetapi kena fikir inisiatif-inisiatif lain.

    ‘Back up plan’ kena ada sebab kita tak tahu apa yang berlaku nanti. Mungkin 10 tahun awal kita okey tetapi selepas itu tak tahu. Kena hati-hati.

    Memandangkan anda sendiri terlibat dalam Jemels, apakah yang anda lakukan selaku pengasas?

    Dalam Jemels saya nampak peluang untuk pertumbuhan bisnes sebab kita tahu IOI City Mall merupakan tempat menarik. Tengok Jemels ada kekuatan dari segi reka bentuk.

    Saya pula ada idea baru untuk tambahkan reka bentuk bunga tanjung sebab Tengku pun anak Bendahara Selangor. Jadi, dia perlu naikkan nama Selangor dengan elemen bunga tersebut. Bunga tanjung merupakan bunga rasmi bagi negeri Selangor dan kita nak beritahu bunga tanjung adalah elemen ikonik untuk Jemels.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/26/jadi-artis-kena-ada-backup-plan/

  • Sukan SEA: Pelan kecemasan ke Songkhla

    Sukan SEA: Pelan kecemasan ke Songkhla

    MAJLIS Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersedia mengaktifkan pelan kecemasan terutama melibatkan perjalanan kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Thailand susulan bencana banjir besar melanda negara tersebut.

    Langkah berjaga-jaga diambil selepas situasi 10 wilayah selatan Thailand itu dilaporkan bertambah buruk membabitkan kawasan Surat Thani, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat sehingga memaksa ribuan penduduk dipindahkan.

    Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA Thailand, Datuk Kenny Goh berkata, pihak urus setia sentiasa berhubung dengan pihak penganjur untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi banjir dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

    “Masih terlalu awal dan jika memerlukan pelan kontigensi kami akan mengadakannya. Paling penting keselamatan kontinjen.

    “Pihak urus setia sentiasa berhubung dengan jawatankuasa penganjur Sukan SEA 2025 di Thailand,” katanya selepas mengadakan sesi lawatan latihan skuad skuasy kebangsaan di ibu negara semalam.

    Ditanya mengenai perubahan logistik terutama pergerakan atlet ke Songkhla menggunakan jalan darat atau kemungkinan ditukar kepada penerbangan, Kenny menegaskan perkara itu akan dibincangkan selepas ini.

    “Kalau keadaan memaksa, saya pun fikir begitu tapi saya tidak mahu buat sebarang andaian. Keutamaan adalah keselamatan, kalau kena tukar perancangan, kami akan melakukannya.

    “Buat masa ini, kita masih memantau dan menunggu maklum balas. Kita masih ada masa memandangkan ini baru penghujung November, temasya bermula minggu kedua Disember.

    “Kita harap banjir akan reda dan keadaan kembali seperti biasa. Pihak kita sentiasa melakukan pemantuan situasi di sana. Sudah pasti sekiranya keadaan tidak mengizinkan, kita mungkin perlu mengaktifkan pelan kecemasan,” tambahnya.

    MSN sebelum ini mengesahkan sebahagian kontinjen Malaysia akan bergerak menggunakan jalan darat dengan menaiki bas secara berperingkat berdasarkan tarikh acara masing-masing dan bermalam di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah sebelum ke Songkhla. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/26/sukan-sea-pelan-kecemasan-ke-songkhla/

  • Masih ramai anggap sakit mental sebab lemah iman

    Masih ramai anggap sakit mental sebab lemah iman

    KETIKA ini, isu kesihatan mental menjadi topik membimbangkan di Malaysia. Masalah mental tidak mengenal usia, malah ia boleh berlaku tanpa kita sedar.Terkadang, masyarakat tidak memahami individu yang bergelut dengan masalah mental dan sering menganggap mereka lemah kerana tidak dapat menangani tekanan. Ini membuatkan golongan itu tidak tampil ke hadapan untuk mendapatkan bantuan sehingga boleh mencetuskan kemudaratan. Ahli psikologi klinikal dan pensyarah kanan di Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr. Serena In berkata, stigma terhadap isu kesihatan mental masih kuat berakar umbi dalam…

    Hak cipta terpelihara © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/26/masih-ramai-anggap-sakit-mental-sebab-lemah-iman/