Tag: JNJ-MEDIA

  • SPM tak cemerlang, tapi berjaya jua sampai Oxford

    SPM tak cemerlang, tapi berjaya jua sampai Oxford

    TIDAK semua kejayaan bermula dengan keputusan cemerlang di sekolah. Itulah yang dibuktikan Azida Ahmad Azmi, 26, apabila dia berjaya melangkah masuk ke Universiti Oxford, United Kingdom menerusi tekad dan usaha berterusan. Hakikatnya, anak tunggal itu bukanlah pelajar cemerlang ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana dia hanya meraih 3A. Namun, kekurangan itu tidak pernah menghalangi impiannya untuk terus menimba ilmu hingga ke menara gading. “Saya bukan pelajar straight A, namun saya orang pertama dalam keluarga yang berjaya sambung pelajaran ke universiti.……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/10/spm-tak-cemerlang-tapi-berjaya-jua-sampai-oxford/

  • Nikah Siam kini ala online, klik pakej, terus kahwin

    Nikah Siam kini ala online, klik pakej, terus kahwin

    PETALING JAYA – Sindiket nikah Siam semakin aktif mempromosikan perkhidmatan mereka di media sosial termasuk memberi jaminan tauliah dan pakej menarik bagi memudahkan prosedur urusan pernikahan di negara jiran. Walaupun banyak pembongkaran dan sisi gelap penawaran dilakukan, sindiket seolah-olah tidak gentar, malah makin galak menawarkan pakej-pakej hebat di media sosial sehingga mendapat puluhan ribu pengikut. Tawaran pakej termasuk pe­ngangkutan, wali, saksi dan dokumen dengan jaminan ‘lulus dan bertauliah’ dibuat sebagai umpan untuk menarik minat lelaki Malaysia yang mendapat halangan untuk…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/10/nikah-siam-kini-ala-online-klik-pakej-terus-kahwin/

  • Program ijazah ‘rare’, UiTM ‘kilang’ pereka barang kemas negara

    Program ijazah ‘rare’, UiTM ‘kilang’ pereka barang kemas negara

    SEJAK sekian lama, barang kemas menjadi perhiasan bersifat eksklusif yang begitu digemari oleh kaum wanita. Begitu juga dengan ibu dan kakak kepada Mohamad Khairul Anam Mohd. Razali, 22, yang meminati keindahan rekaan serta nilai sentimental pada setiap barang kemas. “Sejak kecil, saya melihat mereka sering mengumpul barang kemas. Dari situ saya tertarik melihat estetika reka bentuk gelang, cincin dan rantai emas. “Disebabkan minat terhadap rekaan barang kemas, saya mula menanam impian untuk mendalami ilmu rekaan produk itu,” ujarnya. Pemuda yang……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/10/program-ijazah-rare-uitm-kilang-pereka-barang-kemas-negara/

  • Pemain United sentiasa lalai – Amorim

    Pemain United sentiasa lalai – Amorim

    LONDON – Manchester United terus dihimpit dengan sikap lalai hingga membazirkan dua lagi mata selepas sekadar seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

    Pengurus The Red Devils, Ruben Amorim mendakwa pemainnya sering bersikap terlalu selesa hingga meletakkan pasukan dalam situasi sukar sekali gus mencatat keputusan seri kedua berturut-turut.

    Amorim jelas tidak begitu bersemangat untuk meraikan kebangkitan dramatik pasukannya kerana merasakan anak-anak buahnya sering mengambil mudah seperti meraih keputusan seri 2-2 dengan Nottingham Forest minggu lalu.

    “Kami mempunyai banyak masalah walaupun keputusan ini menunjukkan kami makin bertambah baik. Tetapi realitinya kami masih ada banyak kerja perlu dilakukan.

    “Untuk mengatasi cabaran dan menjaringkan gol adalah perkara bagus, namun jika kita lihat perlawanan ini, kami sebenarnya terlalu selesa.

    “Saya fikir kami sepatutnya mampu lakukan lebih baik dan tampil agresif untuk mendapatkan tiga mata,” katanya.

    Terdahulu, Bryan Mbuemo meletakkan United di depan, namun Spurs memperoleh dua gol menerusi Mathys Tel dan Richarlison sebelum Matthijs de Ligt menyelamatkan maruah The Red Devils dengan menyumbangkan jaringan penyamaan.

    United juga terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas penyerang gantian, Benjamin Sesko terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ketika Amorim sudah menggunakan kesemua lima pertukaran.

    Amorim menjelaskan tidak begitu bimbang dengan prestasi Sesko, namun keutamaannya sekarang adalah mengenai kecederaan dialami penyerang Slovenia itu. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/10/pemain-united-sentiasa-lalai-amorim/

  • ‘Aku lebih layak dapat RM5 juta, berbanding keluarga kau’

    ‘Aku lebih layak dapat RM5 juta, berbanding keluarga kau’

    PETALING JAYA – Pelakon Syamim Razi mengundang perhatian ramai apabila dia memuat naik video tangkap layar perbualan dengan isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah dalam Instagramnya.

    Menerusi perkongsian tersebut, Syamim yang merupakan anak kepada Sharifah Mastura Syed Sepian, 51, atau dikenali sebagai Kak Yang, wanita yang terpalit tuduhan menjadi orang ketiga dalam perhubungan antara Nubhan dan isteri mendakwa dirinya diserang Dr. Afifah dengan pelbagai dakwaan.

    “Tolong, ada orang serang saya.

    “Ini yang kalian kata lembut?” katanya ringkas.

    Afifah juga menafikan tuduhan Syamim mengenai dia meminta Nubhan membayar duit untuk peguam yang dilantik ketika ini.

    “Ingat aku terdesak sangat ke duit Nubhan itu? Kalian lagi terdesak nampaknya, nak jalan semua pakai duit Nubhan.

    “Memang aku lebih layak dapat RM5 juta (tuntutan harta sepencarian) daripada keluarga kau. Tak malu nak heboh-heboh cerita,” balas Afifah kepada Syamim.

    Bukan itu sahaja, Syamim juga dilihat mempersoal tindakan Afifah yang meminta duit daripada Nubhan dan seolah-oleh menuduh wanita berkenaan mahu menggunakan wang tersebut untuk menjatuhkan suaminya sendiri.

    Namun, Afifah menegaskan duit yang digunakan adalah milik suaminya dan tidak meminta daripada mana-mana pihak termasuk Syamim.

    “Dah buang masa 10 tahun dengan orang macam itu, kisah pula!

    “Duit suami aku, bukan kau. Nak pijak-pijak aku, lambat lagi.

    “Aku percaya Allah SWT itu bersama-sama aku sebab tak pernah buka aib sesiapa,” kata Afifah lagi.

    Hari ini, Afifah meraih perhatian ramai dalam Threads apabila mendakwa wujudnya orang ketiga yang terlalu menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/09/aku-lebih-layak-dapat-rm5-juta-berbanding-keluarga-kau/

  • ‘Jamilah dah nikah’ – Que Haidar sudah tukar lagu lain

    ‘Jamilah dah nikah’ – Que Haidar sudah tukar lagu lain

    PETALING JAYA – Pelakon Que Haidar mencuri perhatian peminat sekali lagi apabila muncul dalam satu video terbaharu sambil menyanyikan lagu Tenda Biru, menggantikan lagu Jamilah yang sebelum ini tular di media sosial.

    Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @Chezhamdan di laman instagram, Que dilihat sedang menggayakan rambut sambil berseloroh, “Jamilah dah nikah ke?” sebelum menyanyikan bait lagu Tenda Biru.

    Terdahulu, Que mencetuskan fenomena luar biasa apabila video alih suara lagu Jamilah yang dimuat naik secara spontan menjadi tular di TikTok.

    Video berkenaan yang katanya dirakam ketika dia berada dalam keadaan mengantuk, berjaya meraih jutaan tontonan dan reaksi positif daripada peminat.

    Fenomena itu turut menyebabkan ramai pengguna wanita bergurau mahu menukar nama kepada Jamilah disebabkan terpikat dengan gaya santai dan aura Que dalam video tersebut.

    Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

    “Risaunya mak-mak yang nama Jamilah beratur di salon nanti,” ujar @Hailihabibti.

    “Saya sedang usaha pujuk suami buat rambut gaya Que Haidar,” kata @Fatenjoe. – KOSMO! ONLINE

    A post shared by Chez Hamdan (@chezhamdan)

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/09/video-jamilah-dah-nikah-que-haidar-sudah-tukar-lagu-lain/

  • Calon suami Tiz Zaqyah minta dilancarkan urusan kahwin

    Calon suami Tiz Zaqyah minta dilancarkan urusan kahwin

    PETALING JAYA – “Assalamualaikum, doakan kami semoga Allah permudahkan segala urusan.”

    Demikian perkongsian seorang lelaki di Instagram dikenali sebagai Nas Amer yang dipercayai bakal suami kepada pelakon, Tiz Zaqyah.

    Hantaran itu dikongsikan selepas Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 37, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kenalan zaman kanak-kanaknya.

    Bahkan hantaran yang dibuat Nas Amer bersama foto terbaharu dengan aktres terbabit menguatkan lagi andaian jurulatih kecergasan itu merupakan bakal suami Tiz.

    Semakan dalam ruangan komen turut memberi bayangan mereka mempunyai hubungan istimewa apabila ramai mendoakan urusan mereka dipermudahkan.

    “Esok nak tempah baju ada tema tak,” tulis seorang pengikut.

    “Alhamdulillah, semoga semuanya berjalan lancar,” kata pemilik akaun Instagram lain.

    Terdahulu, pelakon drama Nur Kasih itu memaklumkan lelaki yang bakal dinikahi nanti juga bukan orang dalam industri seni, tetapi adik kepada seorang pelakon.

    Bagaimanapun, pasangan terbabit belum menetapkan tarikh hari bahagia mereka. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/09/calon-suami-tiz-zaqyah-minta-dilancarkan-urusan-kahwin/

  • ‘Bukan ibu tumpang, dah kahwin nanti buatlah anak baharu’

    ‘Bukan ibu tumpang, dah kahwin nanti buatlah anak baharu’

    PETALING JAYA – Konflik rumah tangga semakin panjang dan rumit, isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah mendakwa wujudnya orang ketiga yang terlalu menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

    “Bolehkan masing-masing sayang anak sendiri? Bibik ada anak sendiri, orang ketiga pun ada anak sendiri.

    “Tak perlu berebut sangat anak saya. Tapi kalau kahwin orang muda bolehlah buat anak baru.

    “Kita ini bukan ibu tumpang tau, itu anak-anak saya. Tak perlu sayang beria sangat wahai orang luar,” luahnya dalam Threads.

    Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi buruk mengenai Afifah dan menjadi perbincangan dalam Threads.

    Afifah kemudian tampil merayu untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku demi menjaga perasaan dan maruah anak-anak.

    Minggu lalu, Nubhan memfailkan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap tiga anaknya iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan menetapkan 26 November sebagai tarikh sebutan kedua merekod persetujuan hasil perbincangan plaintif dan defendan.

    Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafaz talak.

    Mahkamah Rendah Syariah Sepang seterusnya menetapkan 2 Disember depan bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi, Nubhan ke atas Dr. Afifah. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/09/bukan-ibu-tumpang-dah-kahwin-nanti-buatlah-anak-baharu/

  • Kalau kita berbaik, kan lebih tenang – Dr. Afifah

    Kalau kita berbaik, kan lebih tenang – Dr. Afifah

    PETALING JAYA – “Kalau kita berbaik, kan lebih tenang.”

    Demikian luah Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek berhubung kemelut rumah tangganya bersama penyanyi, Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad.

    Dalam hantaran di laman Threads, Dr. Afifah berharap agar mereka berdua dapat menyelesaikan segala masalah dengan damai demi kebaikan anak-anak dan keluarga.

    “Tak boleh ke kita selesaikan semuanya dengan baik, bahagiakah bila keadaan jadi macam ini? Kalau kita berbaik, kan lebih tenang… tak ada siapa perlu salahkan sesiapa.

    “Tapi sekarang, terlalu banyak cerita yang keluar. Saya cuma nak semuanya selesai dengan cara yang baik,” katanya hari ini.

    Dalam hantaran berbeza, Dr. Afifah turut mempersoalkan tindakan Nubhan selain meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku.

    “Beginikah caramu mahu sakiti saya? Saya ibu kepada anak-anak kita. Dulu, sayalah penyokong paling kuat, pengagum paling setia. Saya percaya pada kamu, saya jaga kamu sepenuh hati, dan saya beri yang terbaik.

    “Walaupun mungkin tak sempurna, ini bukan cara yang sepatutnya ia berakhir. Anak-anak kita sedang membesar, tak lama lagi mereka akan faham. Tolong… mari kita pilih jalan yang tenang dan diam,” jelasnya.

    Sebelum ini, penyanyi Nubhan memfailkan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap tiga anaknya iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3, hasil perkahwinan dengan isteri, Dr. Afifah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada September lalu.

    Menurut peguam syarie yang mewakilinya, Mohd. Redzuan Ramli, Nubhan memfailkan dua tuntutan iaitu hadanah kekal dan interim.

    Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafaz talak.

    Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan 2 Disember depan bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi, Nubhan ke atas Dr. Afifah. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/09/kalau-kita-berbaik-kan-lebih-tenang-dr-afifah/

  • Keindahan alam tarikan utama Pulau Jeju

    Keindahan alam tarikan utama Pulau Jeju

    PELUANG melancong ke Pulau Jeju, Korea Selatan selama 11 hari bersama rakan-rakan untuk menyaksikan keindahan panorama dedaunan berwarna jingga dan merah keemasan terasa cukup berbaloi. Udara sejuk dan segar membuatkan suasana sangat tenang serta sesuai untuk melakukan aktiviti luar, sekali gus menjadi pengalaman menenangkan yang sukar dilupakan. Boleh dikatakan, setiap langkah sepanjang bersama rakan-rakan meninggalkan kenangan indah apabila berada di negara yang terkenal dengan gelaran K-pop itu. Bukan sahaja berjalan-jalan di kawasan sekitar, kami juga berjaya mendaki Gunung Hallasan yang……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/09/keindahan-alam-tarikan-utama-pulau-jeju/