Tag: JNJ-MEDIA

  • Ladang kelapa sawit lebih 6 hektar muncul tiba-tiba

    Ladang kelapa sawit lebih 6 hektar muncul tiba-tiba

    JAKARTA – Pejabat Pertanian daerah Cirebon, wilayah Jawa Barat menyatakan rasa terkejut dengan kemunculan ladang kelapa sawit di Kampung Cigobang yang tidak diketahui asal-usulnya, lapor laman berita Tribunnews.

    Ini kerana kawasan tersebut sebelum ini dikenal pasti sebagai kawasan hutan dan sumber air.

    Ketua Bagian Hortikultur dan Perkebunan Pejabat Pertanian Daerah Cirebon, Durahman berkata, pejabatnya belum pasti tentang kronologi awal penanaman kelapa sawit tersebut.

    “Kami juga terkejut kerana tiba-tiba sahaja terdapat ladang kelapa sawit di tanah seluas kira-kira 6.5 hektar di Kampung Cigobang,” kata Durahman.

    Beliau menekankan bahawa kelapa sawit bukanlah komoditi strategik mahupun utama di daerah tersebut.

    Setakat ini, pembangunan sektor perladangan di rantau itu lebih tertumpu kepada komoditi yang sesuai dengan keadaan agroekologi tempatan serta kapasiti daya tampung alam sekitar.

    Susulan kejadian itu, pihak berkuasa daerah dan bandar diminta untuk menginventori dan memetakan semua ladang kelapa sawit di kawasan masing-masing, serta memberikan panduan dan bantuan kepada petani dan perniagaan perladangan.

    “Minggu depan, kami akan menjalankan inventori semula ladang kelapa sawit di Kampung Cigobang.

    “Kami juga akan menyediakan bantuan supaya kelapa sawit dapat digantikan dengan varieti tanaman komoditi lain yang sesuai dengan agroekologi dan komoditi utama rantau ini,” katanya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/ladang-kelapa-sawit-lebih-6-hektar-muncul-tiba-tiba/

  • Isma Aliff meninggal dunia

    Isma Aliff meninggal dunia

    Hiburan tanah air sekali lagi berduka dengan pemergian seorang lagi permata seni, pelakon, penyanyi, dan pelawak terkenal, Isma Aliff. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8 pagi tadi di kediamannya di Ampang.

    Perkhabaran duka itu dimaklumkan oleh adiknya, Shamsidar Ismail. Menurut Shamsidar, Isma sudah seminggu terlantar akibat masalah kesihatan, termasuk kesukaran untuk bercakap kerana sakit tekak.

    “Sejak minggu lalu abang kurang sihat, susah nak berbual macam biasa kerana sakit tekak. Tahap kesihatannya pun menurun serta lebih banyak berbaring,” kata Shamsidar.

    Menurut Shamsidar, jenazah Allahyarham masih berada di rumahnya di Kampung Melayu Ampang dan pihak keluarga sedang menunggu arahan lanjut berkaitan urusan mandi jenazah serta lokasi pengebumian.

    Memetik laporan Kosmo, Isma pernah mengalami serangan angin ahmar pada Disember 2023 yang menyebabkan lumpuh sebelah kiri tubuh.

    Allahyarham memulakan kerjaya dalam dunia hiburan pada tahun 1986 menerusi program televisyen RTM dan dikenali ramai menerusi filem seperti Marah Marah Sayang dan Mawar Merah. Antara naskhah lakonannya termasuk Sayang Ibu, Jaket Biru, Kembar Siam, Romeo, serta menyumbang suara latar dalam Budak Lapok Osman. Beliau juga kerap membintangi pelbagai drama popular.

    Selain berlakon, Isma turut mencipta nama dalam industri muzik dengan menghasilkan empat album iaitu Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka, dan Macam-Macam Ada. Kali terakhir beliau muncul di kaca televisyen adalah dalam program realiti Maharaja Lawak Mega 2013 bersama kumpulan Osama, bersama Allahyarham Mr. Os.

    🔗 Source: https://thereporter.my/isma-aliff-meninggal-dunia/

  • ‘Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri’ – Akmal Saleh

    ‘Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri’ – Akmal Saleh

    Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, mengeluarkan kenyataan penuh emosi, menyentuh kemungkinan untuk mengundur diri daripada jawatan kepimpinan parti.

    Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa segala usaha dan sumbangan yang dilakukan adalah dengan sehabis baik, namun mungkin kelemahan datang daripada dirinya sendiri.

    “Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri

    “Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini. Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, InsyaAllah waktunya akan sampai jua,” kata Dr. Muhamad Akmal.

    Kenyataan beliau dipercayai berkaitan dengan perkembangan politik semasa dan cadangan penghidupan semula Muafakat Nasional (MN).

    Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan parti itu tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan pembangkang, termasuk menghidupkan semula MN. Beliau menggunakan perumpamaan bahawa ia seperti ‘dipatuk ular sama kali kedua di tempat yang sama’.

    “Kita tidak mahu bernostalgia menggunakan apa-apa nama yang pernah dicadangkan dahulu, dan kita belum memuktamadkannya lagi. Itu sebabnya perincian penting kerana kita tidak mahu ‘dipatuk oleh ular yang sama bagi kali yang kedua di tempat yang sama’,” kata Ahmad Zahid.

    Cadangan Dr. Muhamad Akmal untuk menghidupkan semula MN turut disambut baik oleh Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang menyifatkan cadangan itu sebagai kunci kepada kebangkitan semula perpaduan ummah di negara ini.

    🔗 Source: https://thereporter.my/mungkin-sudah-tiba-masanya-untuk-mengundur-diri-akmal-saleh/

  • Penerima yang layak bakal menerima bayaran STR Fasa 1 sehingga RM500 bermula 20 Januari ini manakala bantuan SARA pula akan dikreditkan seawal 9 Januari.

    Penerima yang layak bakal menerima bayaran STR Fasa 1 sehingga RM500 bermula 20 Januari ini manakala bantuan SARA pula akan dikreditkan seawal 9 Januari.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bantuan SARA sehingga RM200 sebulan ini dikhaskan untuk pembelian barangan keperluan asas di premis terpilih.Peruntukan keseluruhan STR dan SARA tahun lalu mencecah RM15 bilion sekali gus menjadi nilai bantuan tunai tertinggi dalam sejarah negara bagi meringankan beban kos sara hidup.

    Keberkesanan inisiatif ini terbukti melalui kadar penggunaan bantuan yang tinggi oleh golongan yang memerlukan di seluruh negara.Orang ramai dinasihatkan segera menyemak status kelayakan serta akaun bank masing masing mengikut tarikh penyaluran yang telah ditetapkan.

    Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan dalam mengutamakan kebajikan rakyat melalui sokongan kewangan secara langsung.Sumber: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17cw6NsqCB/

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima anugerah ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Republik Türkiye, yang disampaikan Presiden Recep Tayyip Erdoğan sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima anugerah ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Republik Türkiye, yang disampaikan Presiden Recep Tayyip Erdoğan sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu.

    Anugerah berkenaan diberikan sebagai pengiktirafan terhadap peranan Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala merangkumi diplomasi, perdagangan, pertahanan, teknologi dan pembangunan.Anwar menzahirkan rasa syukur dan menegaskan penghormatan itu diterima bagi pihak seluruh rakyat Malaysia, bukan atas kapasiti peribadi.Beliau berharap pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih kukuh antara Malaysia dan Türkiye demi manfaat rakyat kedua-dua negara.Sumber: Astro Awani, Berita HarianGambar: Facebook Recep Tayyip Erdoğan

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1G6BKj518n/

  • Steven Sim kongsi perubahan hidup Hilmi

    Steven Sim kongsi perubahan hidup Hilmi

    Sebelum ini, nama Hilmi pernah mencuri perhatian ramai apabila kisah hidupnya tular menjadi mangsa penipuan. Hilmi yang berhijrah dari Kelantan ke Bukit Mertajam demi membina kehidupan baharu bersama isteri dan lima anak kecil, berdepan mimpi ngeri apabila ditipu sehingga kehilangan tempat tinggal. Akibatnya, tujuh beranak itu terpaksa bermalam di dalam kereta usang.

    Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, yang tampil menghulurkan bantuan dan memberi peluang kepada Hilmi untuk bangkit semula. Setahun selepas episod hitam itu, Steven Sim baru-baru ini menerima satu pesanan WhatsApp daripada Hilmi yang mengucapkan terima kasih dan menjemput beliau menziarahi rumahnya.

    Menurut Steven Sim, beliau mengambil sedikit masa untuk menunaikan jemputan tersebut bagi melihat sendiri perubahan hidup keluarga Hilmi. Ketibaan beliau disambut penuh emosi apabila Hilmi terus memeluknya sambil mengucapkan terima kasih.

    “Lelaki yang saya temui setahun lalu sedang duduk di tepi kereta usang bersama isteri dan lima anak kecil, hari ini berdiri di depan rumah sendiri dengan senyuman dan keyakinan,” katanya.

    Steven turut memaklumkan Hilmi kini bekerja tetap sebagai pemandu lori dengan pendapatan bulanan melebihi RM5,000, cukup untuk menyara keluarga.

    “Sekarang Hilmi ada kerja tetap sebagai pemandu lori. Gaji agak lumayan, cukup untuk sara keluarga. Tapi kerja jauh, jarang ada di rumah. Hari ini, dia ambil cuti khas sebab tahu saya nak datang. Katanya, ‘Saya nak YB tengok sendiri hasil bantuan YB. Saya tak lupa’,” katanya.

    Steven Sim menegaskan beliau tidak mengharapkan penghargaan atas bantuannya, sebaliknya lebih terkesan melihat perubahan hidup Hilmi dan keluarganya.

    Menurut beliau lagi, Hilmi dan isterinya bukan sahaja berjaya bangkit, malah melakukannya dengan penuh maruah, tanpa merungut atau meminta-minta.

    🔗 Source: https://thereporter.my/steven-sim-kongsi-perubahan-hidup-hilmi/

  • Hakim kendali kes rasuah Netanyahu maut dalam kemalangan

    Hakim kendali kes rasuah Netanyahu maut dalam kemalangan

    Seorang hakim kanan Israel yang terlibat dalam pengendalian perbicaraan kes rasuah melibatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, maut dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lalu ketika menunggang motosikal.

    Mangsa, Benny Sagi, yang memegang jawatan Presiden Mahkamah Daerah Beersheba disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikalnya dirempuh sebuah kenderaan di Lebuhraya 6, berhampiran Kfar Menachem, timur Ashdod.

    Pasukan perubatan Magen David Adom memaklumkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

    Menurut polis Israel, siasatan awal mendapati sebuah kenderaan yang dipandu dari kawasan luar jalan secara tiba-tiba memasuki lebuh raya sebelum melanggar motosikal yang ditunggang mangsa. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

    🔗 Source: https://thereporter.my/hakim-kes-rasuah-netanyahu-maut-kemalangan/

  • Akhbar New York Times melaporkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, memaklumkan kepada ahli perundangan bahawa Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan pembelian Greenland sebagai alternatif kepada tindakan ketenteraan.

    Akhbar New York Times melaporkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, memaklumkan kepada ahli perundangan bahawa Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan pembelian Greenland sebagai alternatif kepada tindakan ketenteraan.

    Trump dikatakan terbuka menggunakan apa sahaja kaedah bagi memperoleh wilayah Denmark itu.Menurut kenyataan White House, Trump menganggap penguasaan Greenland sebagai keutamaan keselamatan negara AS, khususnya untuk mengekang pengaruh kuasa luar di rantau Artik.

    Beberapa pilihan sedang dibincangkan, termasuk penggunaan ketenteraan yang kekal berada dalam bidang kuasa presiden sebagai ketua angkatan tentera.Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan pemimpin enam negara NATO bersama Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen, yang menegaskan Greenland adalah milik rakyatnya dan hanya Denmark serta Greenland berhak menentukan masa depan wilayah tersebut, walaupun AS sudah memiliki pangkalan tentera di pulau berkenaan.Sumber: New York Times

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17hZ7wqARv/

  • Seramai 17 pengarah syarikat direman selama lima hari sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan kes kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia TDM.

    Seramai 17 pengarah syarikat direman selama lima hari sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan kes kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia TDM.

    Kesemua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita ditahan oleh pihak SPRM selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya semalam.Siasatan mendapati kesemua suspek berusia 20 hingga 60 an itu disyaki membayar rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan serta penyelenggaraan.

    Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus mengesahkan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 bagi membongkar rantaian kartel tersebut.Tindakan tegas ini menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam membanteras penyelewengan dalam urusan perolehan agensi keselamatan negara.

    Orang ramai diminta untuk terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan integriti perolehan kerajaan sentiasa terpelihara daripada sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa.Sumber: MalaysiaGazetteGambar: SPRM

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AMQNkL3yY/

  • Presiden Rusia, Vladimir Putin, menegaskan Moscow tidak berhasrat mencetuskan peperangan dengan kuasa Eropah, namun Rusia berada dalam keadaan bersedia sekiranya Eropah memilih jalan konflik secara langsung.

    Presiden Rusia, Vladimir Putin, menegaskan Moscow tidak berhasrat mencetuskan peperangan dengan kuasa Eropah, namun Rusia berada dalam keadaan bersedia sekiranya Eropah memilih jalan konflik secara langsung.

    Menurut beliau, jika Eropah secara tiba-tiba memutuskan untuk melancarkan perang terhadap Rusia, negara itu bersedia menghadapinya tanpa sebarang keraguan.

    Kenyataan itu dibuat ketika beliau bercakap kepada media.Putin turut mendakwa negara-negara Eropah sendiri menutup ruang rundingan damai berkaitan Ukraine selepas memutuskan hubungan dan saluran komunikasi dengan Rusia.Sumber: CGTN Europe

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17eMBoBJs9/