Tag: JNJ-MEDIA

  • Warga emas maut dirempuh SUV dipandu lelaki asing, disyaki mabuk

    Warga emas maut dirempuh SUV dipandu lelaki asing, disyaki mabuk

    Hasil ujian saringan kandungan alkohol mendapati pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang merempuh seorang wanita warga emas hingga maut di Jalan Lembah Permai, Tanjung Tokong, malam tadi, disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, ujian saringan itu dijalankan sejurus pemandu berusia 51 tahun berkenaan ditahan di lokasi kejadian. Susulan keputusan awal tersebut, lelaki warga asing itu ditahan bagi siasatan lanjut dan akan direman.

    Beliau berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika SUV berkenaan bergerak dari arah Mount Erskine menghala ke Tanjung Bungah sebelum melanggar mangsa yang sedang melintas dari kiri ke kanan jalan.

    β€œAkibat impak pelanggaran, mangsa berusia 67 tahun tercampak ke atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

    πŸ”— Source: https://thereporter.my/warga-emas-maut-dirempuh-suv-disyaki-mabuk/

  • Warga emas maut dirempuh SUV dipandu lelaki asing, disyaki mabuk

    Warga emas maut dirempuh SUV dipandu lelaki asing, disyaki mabuk

    Hasil ujian saringan kandungan alkohol mendapati pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang merempuh seorang wanita warga emas hingga maut di Jalan Lembah Permai, Tanjung Tokong, malam tadi, disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, ujian saringan itu dijalankan sejurus pemandu berusia 51 tahun berkenaan ditahan di lokasi kejadian. Susulan keputusan awal tersebut, lelaki warga asing itu ditahan bagi siasatan lanjut dan akan direman.

    Beliau berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika SUV berkenaan bergerak dari arah Mount Erskine menghala ke Tanjung Bungah sebelum melanggar mangsa yang sedang melintas dari kiri ke kanan jalan.

    β€œAkibat impak pelanggaran, mangsa berusia 67 tahun tercampak ke atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

    πŸ”— Source: https://thereporter.my/warga-emas-maut-dirempuh-suv-disyaki-mabuk/

  • Ludah polis, hina agama Islam, pengurus jualan mengaku tidak bersalah

    Ludah polis, hina agama Islam, pengurus jualan mengaku tidak bersalah

    Seorang pengurus jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga pertuduhan termasuk melakukan kekerasan jenayah terhadap anggota polis serta menghina agama Islam dalam kejadian yang tular di media sosial hujung tahun lalu.

    Tertuduh, Teoh Siew Li, 35, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.

    Kejadian dipercayai berlaku di Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah. Tiada info tarikh kejadian. #trendingnewsmalaysia #fyp #marahpolis #ludah #polis

    Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan meludah ke arah Lans Koperal Jelnazir Helman dengan niat menghalang penjawat awam itu menjalankan tugas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan anggota polis berkenaan dengan menunjukkan isyarat jari tengah, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

    πŸ”— Source: https://thereporter.my/pengurus-jualan-didakwa-ludah-polis-hina-agama-islam/

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan ketika berucap pada satu majlis politik tiga tahun lalu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan ketika berucap pada satu majlis politik tiga tahun lalu.

    Mahkamah memutuskan pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, selain menetapkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya denda gagal dibayar.Kesalahan itu berkait ucapan Razali pada November 2023 yang mendakwa keputusan mahkamah dikawal kerajaan, dengan pertuduhan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948.Sumber: BernamaGambar: Harian Metro

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/1ae5gWyvuq/

  • Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata, lumpur akibat banjir di Aceh menarik minat pihak swasta dan boleh dimanfaatkan, termasuk dijual oleh kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan.

    Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata, lumpur akibat banjir di Aceh menarik minat pihak swasta dan boleh dimanfaatkan, termasuk dijual oleh kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan.

    Menurut beliau, hasil jualan itu boleh dimanfaatkan terus oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi menampung kos pembersihan serta pemulihan kawasan terjejas.Kenyataan itu dibuat ketika membincangkan kerja pembersihan kawasan perumahan dan pengorekan sungai yang cetek akibat banjir.Prabowo turut mengarahkan semua agensi terlibat menggerakkan sepenuh keupayaan bagi memastikan aliran sungai kembali lancar dan kesan banjir dapat ditangani dengan lebih berkesan.Sumber: Kompas

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/1879QmP9HB/

  • Warga emas maut dirempuh kereta nombor pendaftaran Malaysia di Phatthalung

    Warga emas maut dirempuh kereta nombor pendaftaran Malaysia di Phatthalung

    Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta sedan berdaftar Malaysia yang terbabas dalam satu kemalangan di wilayah Phatthalung, Thailand, pada petang Jumaat.

    Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 75 tahun dilaporkan sedang berada berhampiran rumahnya di Kampung Ban Ton Teen Ped, subdaerah Ban Na, daerah Srinakarin, sebelum dirempuh kenderaan berkenaan.

    Menurut polis dari Balai Polis Srinakarin, kereta jenis Honda sedan itu dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Ahmadnatmt Btnsazale, yang ketika itu dalam perjalanan bersama ahli keluarganya.

    Memetik laporan Khaosod, siasatan awal mendapati kenderaan terbabit hilang kawalan sebelum membelok ke lorong kiri dan melanggar mangsa, Prapol Dam-am, seorang penduduk tempatan. Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke dalam longkang di tepi jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

    Menurut polis, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) daripada kenderaan yang berada di belakang menunjukkan kereta sedan berkenaan terbabas keluar dari laluannya, sekali gus menimbulkan kemungkinan pemandu terlelap ketika memandu.

    Pemandu dilaporkan berada dalam keadaan terkejut dan trauma selepas kejadian itu berlaku. Polis memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan dan tindakan seterusnya akan diambil mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan.

    πŸ”— Source: https://thereporter.my/warga-emas-maut-dirempuh-kereta-nombor-pendaftaran-malaysia-di-phatthalung/

  • β€œJika ada cara untuk berdepan dengan diktator seperti itu, maka Amerika Syarikat tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.

    β€œJika ada cara untuk berdepan dengan diktator seperti itu, maka Amerika Syarikat tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.

    ”Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, mengeluarkan kenyataan yang memberi bayangan bahawa Amerika Syarikat wajar mempertimbangkan untuk menangkap Presiden Rusia, Vladimir Putin.

    Kenyataan itu disampaikan dalam konteks menangani golongan diktator serta menuntut pertanggungjawaban di peringkat global.

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/1DFKdh49Bn/

  • Pentadbiran Trump mencatatkan sejarah baharu pada tahun 2025 apabila melancarkan serangan udara di tujuh buah negara dalam tempoh setahun.

    Pentadbiran Trump mencatatkan sejarah baharu pada tahun 2025 apabila melancarkan serangan udara di tujuh buah negara dalam tempoh setahun.

    Tindakan ini secara rasmi mengatasi rekod serangan tahunan yang pernah dicatatkan oleh Obama sebelum ini menerusi siri operasi ketenteraan yang lebih meluas di seluruh dunia.Sebanyak 600 serangan dilaporkan telah menyasarkan negara Iran Iraq Nigeria Somalia Syria Venezuela dan Yaman.

    Operasi ketenteraan agresif ini merangkumi pemusnahan tapak nuklear di Iran serta serangan terhadap rejim di Venezuela sebagai sebahagian daripada misi membanteras keganasan dan operasi antidadah antarabangsa.Langkah terbaharu ini menunjukkan peningkatan skala peperangan luar negara yang ketara walaupun Trump sering melaungkan retorik keamanan sebelum ini.

    Peningkatan mendadak serangan udara ini kini menjadi tumpuan dunia kerana ia dilihat bercanggah dengan dasar Amerika Didahulukan yang pernah dijanjikan kepada rakyatnya.Sumber: Eyeontrend

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/17n4NT7LiC/

  • Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga jam 10.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga jam 10.

    00 malam ini.Antara kawasan terlibat termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor, selain beberapa bahagian di Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

    Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar sepanjang tempoh cuaca buruk ini.Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)Gambar: Hiasan

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/1FGpcATKfk/

  • Panik diugut, anggota polis cekik pelajar universiti hingga maut

    Panik diugut, anggota polis cekik pelajar universiti hingga maut

    Seorang pelajar Universiti Lambung Mangkurat (ULM) maut selepas dicekik oleh seorang anggota polis dalam satu kejadian di Banjarmasin, Indonesia.

    Kes itu terbongkar selepas polis mengesahkan mangsa, Zahra Dilla, dibunuh sebelum mayatnya dibuang ke dalam saluran air di kawasan berkenaan.

    Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Kalimantan Selatan, Adam Erwindi, berkata siasatan mendapati mangsa dan suspek, Muhammad Seili, mempunyai hubungan sulit sebelum kejadian. Mangsa dipercayai mengugut untuk mendedahkan hubungan tersebut kepada bakal isteri suspek dan ugutan itu mencetuskan perasaan panik suspek.

    Kejadian cekik berlaku ketika mangsa berada bersama suspek di dalam sebuah kenderaan, sebelum berlaku pertengkaran yang membawa kepada tindakan ganas berkenaan.

    πŸ”— Source: https://thereporter.my/panik-diugut-anggota-polis-cekik-pelajar-universiti-hingga-maut/