{"id":1728,"date":"2017-07-14T08:59:36","date_gmt":"2017-07-14T00:59:36","guid":{"rendered":"http:\/\/ngakorming.net\/?p=1728"},"modified":"2017-07-14T08:59:36","modified_gmt":"2017-07-14T00:59:36","slug":"vote-for-harapan-to-rebuild-our-nation-ini-kalilah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2017\/07\/14\/vote-for-harapan-to-rebuild-our-nation-ini-kalilah\/","title":{"rendered":"Vote for Harapan to rebuild our nation! INI KALILAH!!"},"content":{"rendered":"<p>(13-7-2017)<\/p>\n<p>Vote for Harapan to rebuild our nation! INI KALILAH!!<br \/>\n<iframe data-src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/T7Kf7g5PrvQ\" width=\"480\" height=\"270\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" class=\"lazyload\" data-load-mode=\"1\"><\/iframe><\/p>\n<p>KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN<br \/>\n13 JULAI 2017<\/p>\n<p>Menyedari bahawa rakyat mengharapkan perubahan politik negara ke arah pemerintahan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera serta sebuah kerajaan yang komited untuk melaksanakan reformasi institusi, menjalankan tadbirurus yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat; dan<\/p>\n<p>Menginsafi bahawa Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sedang berada di dalam keadaan krisis yang tenat, terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang amat luar biasa, dan rakyat menanggung beban;<\/p>\n<p>Maka, Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan membina semula negara yang dirosakkan oleh pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak. Melalui kesatuan politik di antara KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM, kami akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dan membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mendokong matlamat-matlamat berikut:<br \/>\n1) Menurunkan kerajaan pimpinan kleptokrat yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak;<br \/>\n2) Memulihkan kedaulatan dan keluhuran undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia;<br \/>\n3) Membatalkan dan memperbetulkan semua tindakan yang melanggar undang-undang dan menggadaikan kepentingan rakyat di bawah pentadbiran Dato\u2019 Seri Najib termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang melalui skandal besar seperti 1MDB;<br \/>\n4) Membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan semua dakwaan politik;<br \/>\n5) Reformasi undang-undang dan institusi yang telah disalahgunakan terutamanya berhubung kuasa Perdana Menteri; dan<br \/>\n6) Menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.<\/p>\n<p>Sebagai tanda kesatuan politik yang lebih jitu, segar dan dinamik, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu:<\/p>\n<p>Ketua Umum:<br \/>\nDato\u2019 Seri Anwar Ibrahim<\/p>\n<p>Pengerusi:<br \/>\nTun Dr Mahathir Mohamad<\/p>\n<p>Presiden:<br \/>\nYB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail<\/p>\n<p>Timbalan-Timbalan Presiden:<br \/>\nYB Tan Sri Muhyiddin Yassin<br \/>\nYAB Lim Guan Eng<br \/>\nTuan Haji Mohamad Sabu<\/p>\n<p>Naib- Naib Presiden:<br \/>\nYAB Dato\u2019 Seri Mohamed Azmin Ali<br \/>\nYB Dato\u2019 Seri Mukhriz Mahathir<br \/>\nYB Chong Chieng Jen<br \/>\nTuan Haji Salahuddin Ayub<\/p>\n<p>Ketua Setiausaha:<br \/>\nDatuk Saifuddin Abdullah<\/p>\n<p>Bendahari:<br \/>\nYB M. Kula Segaran<\/p>\n<p>Sejurus mendapat mandat rakyat dalam PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:<\/p>\n<p>\u2022 Menghapuskan GST;<br \/>\n\u2022 Menstabilkan harga petrol;<br \/>\n\u2022 Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;<br \/>\n\u2022 Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;<br \/>\n\u2022 Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;<br \/>\n\u2022 Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan<br \/>\n\u2022 Memulihkan FELDA.<\/p>\n<p>Pakatan Harapan memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya.<\/p>\n<p>Ditandatangani oleh:<\/p>\n<p>YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad<br \/>\nPengerusi PPBM<\/p>\n<p>YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail<br \/>\nPresiden KEADILAN<\/p>\n<p>YB Tan Sri Muhyiddin Yassin<br \/>\nPresiden PPBM<\/p>\n<p>YB Tan Kok Wai<br \/>\nPemangku Pengerusi DAP<\/p>\n<p>YBhg Tn Hj Mohamad Sabu<br \/>\nPresiden Amanah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>(13-7-2017) Vote for Harapan to rebuild our nation! INI KALILAH!! KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 13 JULAI 2017 Menyedari bahawa rakyat mengharapkan perubahan politik negara ke arah pemerintahan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera serta sebuah kerajaan yang komited untuk melaksanakan reformasi institusi, menjalankan tadbirurus yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat; dan Menginsafi bahawa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1729,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"video","meta":{"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[835],"class_list":["post-1728","post","type-post","status-publish","format-video","has-post-thumbnail","hentry","category-8","tag-vote-for-harapan-to-rebuild-our-nation-ini-kalilah","post_format-post-format-video"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1728","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1728"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1728\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1729"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1728"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1728"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1728"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}