{"id":21409,"date":"2025-11-07T16:04:39","date_gmt":"2025-11-07T16:04:39","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/07\/menu-rahmah-capai-3137-penyertaan-premis-di-seluruh-negara-armizan\/"},"modified":"2025-11-07T16:04:39","modified_gmt":"2025-11-07T16:04:39","slug":"menu-rahmah-capai-3137-penyertaan-premis-di-seluruh-negara-armizan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/07\/menu-rahmah-capai-3137-penyertaan-premis-di-seluruh-negara-armizan\/","title":{"rendered":"Menu RAHMAH capai 3,137 penyertaan premis di seluruh negara \u2013 Armizan"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PUTRAJAYA 7 Nov \u2013 Sebanyak 3,137 premis makanan di seluruh negara, merangkumi restoran, kafe, restoran makanan segera, medan selera, penjaja dan trak makanan, kini menyertai program Menu RAHMAH MADANI, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut beliau, Menu RAHMAH merupakan salah satu inisiatif di bawah Payung RAHMAH yang diperkenalkan KPDN sejak 2023 bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, dengan menawarkan hidangan seimbang pada harga serendah RM5.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Armizan menjelaskan, program itu dilaksanakan sepenuhnya secara private driven, iaitu pengusaha mengambil bahagian secara sukarela tanpa menerima insentif tunai daripada kerajaan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSambutan yang diterima sejak pelancaran amat menggalakkan kerana bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah membuka ruang promosi serta peluang pasaran baharu kepada pengusaha.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSelari aspirasi Kerajaan MADANI, Menu RAHMAH kini bukan sahaja ditawarkan di restoran dan medan selera, malah diperluas ke fasiliti kesihatan, institusi pendidikan dan pelbagai peringkat komuniti bagi memastikan akses makanan berpatutan dapat dinikmati secara menyeluruh,\u201d katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PN\u2013Kepala Batas) berhubung status terkini program berkenaan, Armizan berkata sambutan positif pengusaha di bandar dan luar bandar menunjukkan keberkesanan peluasan inisiatif tersebut secara inklusif.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Mengulas mengenai bentuk bantuan terhadap pengusaha Menu RAHMAH, beliau memaklumkan bahawa KPDN melaksanakan beberapa langkah sokongan bukan kewangan bagi memastikan kelestarian program.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Antara langkah tersebut termasuk:<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Pengiktirafan dan penjenamaan rasmi melalui label RAHMAH bagi meningkatkan keyakinan pengguna serta nilai komersial kepada premis yang menyertai program.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Penyertaan dalam program kerajaan yang memberi ruang promosi tambahan kepada pengusaha.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Kolaborasi strategik bersama industri serta kerjasama merentasi kementerian.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sesi libat urus berterusan bagi memperkukuh pemahaman dan keupayaan pengusaha.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMelalui pendekatan ini, walaupun tanpa insentif tunai, pengusaha tetap mendapat manfaat daripada segi pengiktirafan, promosi, akses pasaran baharu dan jaringan kolaborasi strategik.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cPendekatan ini memastikan Menu RAHMAH kekal sebagai inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat sambil menyokong kelangsungan pengusaha makanan,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/12337\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/12337<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA 7 Nov \u2013 Sebanyak 3,137 premis makanan di seluruh negara, merangkumi restoran, kafe, restoran makanan segera, medan selera, penjaja dan trak makanan, kini menyertai program Menu RAHMAH MADANI, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. Menurut beliau, Menu RAHMAH merupakan salah satu inisiatif di bawah Payung RAHMAH yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":21408,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-21409","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21409","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21409"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21409\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21408"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21409"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21409"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21409"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}