{"id":21865,"date":"2025-11-10T15:49:30","date_gmt":"2025-11-10T15:49:30","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/10\/roblox-beri-jaminan-tingkat-keselamatan-pengguna-di-malaysia\/"},"modified":"2025-11-10T15:49:30","modified_gmt":"2025-11-10T15:49:30","slug":"roblox-beri-jaminan-tingkat-keselamatan-pengguna-di-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/10\/roblox-beri-jaminan-tingkat-keselamatan-pengguna-di-malaysia\/","title":{"rendered":"Roblox beri jaminan tingkat keselamatan pengguna di Malaysia"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">KUALA LUMPUR 10 Nov \u2013 Penyedia permainan dalam talian, Roblox Corporation memberi jaminan untuk mempertingkatkan langkah keselamatan bagi melindungi lebih sejuta pengguna di Malaysia, khususnya kanak-kanak.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, syarikat itu akan memperkukuh perlindungan aplikasi dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), pemantauan manusia serta kerjasama terus dengan kerajaan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya telah menyuarakan kebimbangan ini kepada pihak Roblox dan mereka memberi jaminan untuk meningkatkan keselamatan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cTeknologi AI, pemantauan berterusan serta kerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam perkongsian data dan pematuhan peraturan akan digunakan bagi memastikan aplikasi ini selamat.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKita mahu dunia digital yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut membina karakter dan nilai yang baik untuk generasi akan datang,\u201d katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sebelum ini, kerajaan dilapor meneliti kemungkinan mengharamkan aplikasi permainan dalam talian popular, Roblox dan UMI susulan kebimbangan terhadap kandungan serta keselamatan golongan muda.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, keputusan muktamad akan mengambil kira langkah Australia yang dijangka memperkenalkan peraturan baharu terhadap Roblox pada Disember ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Kebimbangan itu turut memuncak selepas insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah akibat dikelar dan ditikam abangnya berusia sembilan tahun di Batu Pahat, Johor, yang dikaitkan dengan pengaruh permainan dalam talian.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Hannah pada masa sama menegaskan bahawa tidak semua permainan video atau dalam talian dikategorikan sebagai e-sukan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya sudah bertemu Roblox Corporation pada 28 Oktober lalu bagi membincangkan situasi semasa penyertaan belia dalam platform itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dengan lebih 100 juta pengguna global, termasuk lebih sejuta di Malaysia, Hannah menegaskan tanggungjawab melindungi golongan muda daripada ancaman keselamatan digital tidak boleh dipandang ringan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cDengan capaian sebesar ini, perlindungan terhadap pengguna muda adalah tanggungjawab besar yang perlu diberi perhatian serius,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/12387\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/12387<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR 10 Nov \u2013 Penyedia permainan dalam talian, Roblox Corporation memberi jaminan untuk mempertingkatkan langkah keselamatan bagi melindungi lebih sejuta pengguna di Malaysia, khususnya kanak-kanak. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, syarikat itu akan memperkukuh perlindungan aplikasi dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), pemantauan manusia serta kerjasama terus dengan kerajaan. \u201cSaya telah menyuarakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":21864,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-21865","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21865","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21865"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21865\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21864"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}