{"id":22718,"date":"2025-11-15T16:38:33","date_gmt":"2025-11-15T16:38:33","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/15\/belum-bersara-cuma-tiada-tawaran-berlakon\/"},"modified":"2025-11-15T16:38:33","modified_gmt":"2025-11-15T16:38:33","slug":"belum-bersara-cuma-tiada-tawaran-berlakon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/15\/belum-bersara-cuma-tiada-tawaran-berlakon\/","title":{"rendered":"\u2018Belum bersara, cuma tiada tawaran berlakon\u2019"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">KUALA LUMPUR \u2013 Hampir dua tahun tidak diajukan sebarang tawaran lakonan, pelakon Syanie Hisham mengakui berasa pelik dengan situasi itu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Syanie atau nama lengkapnya Syaniza Hisham, 51, berkata, kadangkala dia tertanya-tanya sama ada keadaan fizikal bertubuh besar serta bertudung menjadi antara penyebab tiada pihak berminat memanggilnya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSebenarnya jika dihitung sehingga Januari tahun depan genap dua tahun, saya tidak berlakon.  Tiada drama atau filem, langsung tiada tawaran.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya bukan berhenti berlakon, cuma memang tiada (tawaran). Pelik jika difikirkan, takkan langsung orang tak teringat kita.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMungkinkah kerana saya berbadan sebegini dan pakai tudung, jadi susah nak bagi watak tertentu. Itu saya tak tahu, saya cuma positif sahaja,\u201d katanya ketika ditemui di majlis pelancaran buku P Ramlee Kisah Tanpa Noktah, baru-baru ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut Syanie yang berhijab sejak empat tahun lalu, dia mencari rezeki dengan berniaga selain aktif membuat siaran langsung di TikTok untuk mendekati peminat.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya buat \u2018live\u2019 di TikTok berkongsi aktiviti harian kerana dari situ orang tahu saya masih berlakon. Ikutkan rindu nak ke set penggambaran, duduk beramai-ramai, berlatih dialog.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya tak kejar watak utama, cukuplah sebagai sampingan. Apa pun saya bersyukur naskhah lakonan saya masih disiarkan sampai sekarang,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Memulakan kerjaya lakonan sejak 1991, kali terakhir pelakon filem Senario The Movie, Laila Isabella, Buli Balik dan Apa Kata Hati itu beraksi di layar perak adalah menerusi Budak Flat.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Begitupun, peserta musim kedua program realiti MasterChef Selebriti itu tetap berlapang dada apabila masih dikurniakan rezeki melalui bisnes makanan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cRezeki tak salah alamat, kalau tak dapat tawaran berlakon saya fokus pada perniagaan. Ada juga buat ulasan produk, dapatlah tambah pendapatan,\u201d katanya yang menjaga ibunya, juga penerbit Ruhani Abd Rahman. \u2013 KOSMO! ONLINE<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/15\/belum-bersara-cuma-tiada-tawaran-berlakon\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/15\/belum-bersara-cuma-tiada-tawaran-berlakon\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR \u2013 Hampir dua tahun tidak diajukan sebarang tawaran lakonan, pelakon Syanie Hisham mengakui berasa pelik dengan situasi itu. Syanie atau nama lengkapnya Syaniza Hisham, 51, berkata, kadangkala dia tertanya-tanya sama ada keadaan fizikal bertubuh besar serta bertudung menjadi antara penyebab tiada pihak berminat memanggilnya. \u201cSebenarnya jika dihitung sehingga Januari tahun depan genap dua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":22717,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-22718","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22718","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22718"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22718\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22717"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22718"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22718"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22718"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}