{"id":22720,"date":"2025-11-15T16:38:44","date_gmt":"2025-11-15T16:38:44","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/15\/selangor-fc-dihukum-beraksi-tanpa-penonton-denda-rm100000\/"},"modified":"2025-11-15T16:38:44","modified_gmt":"2025-11-15T16:38:44","slug":"selangor-fc-dihukum-beraksi-tanpa-penonton-denda-rm100000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/15\/selangor-fc-dihukum-beraksi-tanpa-penonton-denda-rm100000\/","title":{"rendered":"Selangor FC dihukum beraksi tanpa penonton, denda RM100,000"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PETALING JAYA \u2013 Selangor FC bagai jatuh ditimpa tangga selepas Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjatuhkan hukuman keras terhadap Selangor FC susulan insiden membabitkan penyokong pada Piala FA menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium MBPJ, 29 Oktober lalu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, keputusan itu diambil selepas meneliti semua laporan dan bukti yang dikemukakan bagi memastikan integriti perlawanan dan keselamatan penyokong dipelihara.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cDalam perlawanan terbabit, penyokong Selangor FC telah melakukan pembakaran mercun dan dua letupan telah dilihat serta didengari, dibaling ke arah penyokong NSFC.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cInsiden ini jelas menunjukkan kegagalan pihak tuan rumah untuk mengawal kelakuan penonton, sekali gus mencetuskan suasana tidak selamat di dalam stadium.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKami perlu mengambil tindakan tegas bagi mengekang kejadian sebegini daripada berulang pada masa hadapan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Baljit Singh turut menjelaskan penyokong Selangor FC juga merosakkan dan melontarkan bangku tempat duduk serta botol air ke arah penyokong Negeri Sembilan FC sehingga menyebabkan kecederaan kepada dua penyokong.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cPerbuatan ini bukan sahaja melanggar peraturan, tetapi juga menjejaskan imej bola sepak negara. \u201cSetiap pasukan bertanggungjawab memastikan penyokong mereka tidak mencederakan penonton lawan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKeadaan ini menunjukkan bahawa pengurusan penganjuran perlawanan gagal mengawal keselamatan di kawasan orang kenamaan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKami tidak boleh membiarkan tingkah laku sebegini berlaku tanpa tindakan tegas,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Susulan itu, Selangor FC diarahkan beraksi tanpa penonton bagi dua perlawanan Piala FA seterusnya, membabitkan aksi separuh akhir kedua menentang Sabah FC pada 30 November ini dan satu perlawanan pertama di gelanggang sendiri pada musim berikutnya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSelangor FC turut dikenakan denda RM100,000 kerana kesalahan berulang.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKami juga memberi amaran keras bahawa hukuman lebih berat akan dikenakan sekiranya insiden sama berulang pada masa akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Badan induk bola sepak negara turut menegaskan bahawa keputusan ini boleh dirayu mengikut prosedur yang ditetapkan. \u2013 KOSMO! ONLINE<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/15\/selangor-fc-dihukum-beraksi-tanpa-penonton-denda-rm100000\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/15\/selangor-fc-dihukum-beraksi-tanpa-penonton-denda-rm100000\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA \u2013 Selangor FC bagai jatuh ditimpa tangga selepas Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjatuhkan hukuman keras terhadap Selangor FC susulan insiden membabitkan penyokong pada Piala FA menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium MBPJ, 29 Oktober lalu. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, keputusan itu diambil selepas meneliti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":22719,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-22720","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22720","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22720"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22720\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22719"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22720"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22720"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22720"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}