{"id":22790,"date":"2025-11-16T13:43:55","date_gmt":"2025-11-16T13:43:55","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/16\/cinta-dan-ilmu-seiring-suami-isteri-genggam-phd-serentak\/"},"modified":"2025-11-16T13:43:55","modified_gmt":"2025-11-16T13:43:55","slug":"cinta-dan-ilmu-seiring-suami-isteri-genggam-phd-serentak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/16\/cinta-dan-ilmu-seiring-suami-isteri-genggam-phd-serentak\/","title":{"rendered":"Cinta dan ilmu seiring, suami isteri genggam\u00a0PhD serentak"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">KUANTAN \u2013 Pasangan suami is\u00adteri yang bergraduasi di Universi\u00adti Malaysia Pahang al-Sultan Ab\u00addullah (UMPSA) pada majlis konvokesyen ke\u201320 baru-baru ini membuktikan cinta dan ilmu boleh berjalan seiring apabila mereka berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Dasar Awam dan Pentadbiran secara serentak.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Pasangan tersebut, Dr. Mohd. Ro\u00adzaimy Ridzuan dan Dr. Noor Amira Syazwani Abd Rahman, berasal dari Kuala Lumpur dan Pahang kini bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Raub.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menariknya, kisah mereka bu\u00adkan sekadar tentang pencapaian aka\u00addemik, tetapi juga tentang per\u00adjalanan dua insan yang saling menyokong dari awal hingga ke puncak kejayaan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sejak di universiti, mereka telah bergraduasi bersama-sama di pelbagai peringkat pengajian iaitu diploma, sarjana muda dan sarjana di Universiti Malaya (UM) diikuti pengajian sarjana di UiTM, sebelum melangkah ke peringkat tertinggi di UMPSA.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cNamun pada semester pertama isteri mendaftarkan pengajian saya secara dalam talian agar kami dapat menempuh perjalanan kedoktoran bersama. Antara cabaran terbesar kami ialah menyeimbangkan masa sebagai pelajar, pekerja dan ibu bapa.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKami sentiasa percaya, setiap pengorbanan hari ini adalah ha\u00addiah untuk masa depan,\u201d katanya di sini semalam.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa kunci utama kejayaan mereka ialah disiplin dan perancangan rapi dalam setiap fasa penyelidikan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Selain itu, katanya, sokongan kedua-dua belah keluarga turut menjadi pendorong utama untuk terus berusaha menyiapkan tesis hingga berjaya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKami sentiasa menetapkan sasaran kecil setiap minggu dan akan raikan setiap pencapaian kecil, itu membantu kami kekal fokus hingga ke akhir.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSokongan moral keluarga amat penting. Mereka sentiasa mendoakan dan memahami perjalanan kami, terutama ketika kami perlu berkorban masa untuk menyiapkan penulisan dan penyelidikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sementara itu, mengulas \u00admengenai kejayaan mereka pasangan tersebut berkata, kejayaan menamatkan PhD bukan hanya tentang memperoleh gelaran doktor falsafah, tetapi tentang nilai kesabaran, kepercayaan dan kekuatan dalam menghadapi cabaran bersama.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKisah kami ini membuktikan bahawa apabila cinta, sokongan, dan semangat ilmu digabungkan, tiada halangan yang tidak mampu ditempuhi, bahkan segulung PhD pun boleh diraikan bersama di pentas yang sama.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKami harap kisah ini menjadi inspirasi kepada pasangan muda di luar sana bahawa ilmu tidak pernah menjadi penghalang kepada keluarga, malah ia boleh memperkukuh hubungan dan menambah makna dalam kehidupan,\u201d ujarnya. -KOSMO! ONLINE<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/16\/cinta-dan-ilmu-seiring-suami-isteri-genggam-phd-serentak\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/16\/cinta-dan-ilmu-seiring-suami-isteri-genggam-phd-serentak\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN \u2013 Pasangan suami is\u00adteri yang bergraduasi di Universi\u00adti Malaysia Pahang al-Sultan Ab\u00addullah (UMPSA) pada majlis konvokesyen ke\u201320 baru-baru ini membuktikan cinta dan ilmu boleh berjalan seiring apabila mereka berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Dasar Awam dan Pentadbiran secara serentak. Pasangan tersebut, Dr. Mohd. Ro\u00adzaimy Ridzuan dan Dr. Noor Amira Syazwani Abd [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":22789,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-22790","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22790","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22790"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22790\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22789"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22790"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22790"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22790"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}