{"id":23164,"date":"2025-11-17T15:58:57","date_gmt":"2025-11-17T15:58:57","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/17\/henti-guna-istilah-tol-genting-highlands-hanya-caj-kenderaan-ahmad-maslan\/"},"modified":"2025-11-17T15:58:57","modified_gmt":"2025-11-17T15:58:57","slug":"henti-guna-istilah-tol-genting-highlands-hanya-caj-kenderaan-ahmad-maslan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/17\/henti-guna-istilah-tol-genting-highlands-hanya-caj-kenderaan-ahmad-maslan\/","title":{"rendered":"Henti guna istilah \u2018tol Genting Highlands\u2019, hanya caj kenderaan &#8211; Ahmad Maslan"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">KUALA LUMPUR 17 Nov \u2013 Semua pihak diminta menghentikan penggunaan istilah tol Jalan Genting Highlands kerana ia mengelirukan orang ramai, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut beliau, perkataan \u201ctol\u201d tidak wajar digunakan kerana ia memberi gambaran seolah-olah melibatkan konsesi tol seperti 33 konsesi lebuh raya lain di negara ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cPada pandangan kami, perkataan tol jangan digunakan sebab ia mengelirukan. Oleh itu, saya kira mungkin boleh ditukar kepada \u2018caj kenderaan\u2019,\u201d katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Ahmad menjelaskan, caj kenderaan yang dikenakan di Jalan Genting Highlands adalah oleh Genting Malaysia Bhd., selaku pemilik laluan persendirian tersebut.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau berkata, syarikat itu juga menanggung risiko jika jumlah pelancong ke kawasan peranginan itu berkurangan akibat caj yang tinggi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam masa sama, Ahmad menegaskan bahawa pekerja di Genting Highlands tidak wajar dikenakan caj tersebut.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cOrang yang ada tanah di situ atau yang mungkin telah menjual kepada pihak hotel juga perlu dirundingkan. Saya rasa perkara itu perlu dibincang oleh pihak mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau turut mempersoalkan sama ada pengunjung ke Institut Aminuddin Baki (IAB) yang terletak di kawasan tersebut turut dikenakan caj.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cJalan Batang Kali ke situ adalah laluan umum. Saya kira tidak patut dikenakan caj. Hanya mereka yang ingin pergi bergembira di atas itu yang wajar dikenakan caj.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cYang melalui bagi tujuan sosial saya tak nampak ia patut dikenakan caj kenderaan,\u201d katanya. \u2013 KOSMO! ONLINE<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/12545\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/12545<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR 17 Nov \u2013 Semua pihak diminta menghentikan penggunaan istilah tol Jalan Genting Highlands kerana ia mengelirukan orang ramai, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan. Menurut beliau, perkataan \u201ctol\u201d tidak wajar digunakan kerana ia memberi gambaran seolah-olah melibatkan konsesi tol seperti 33 konsesi lebuh raya lain di negara ini. \u201cPada pandangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":23163,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-23164","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23164","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23164"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23164\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23163"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}