{"id":23582,"date":"2025-11-19T16:37:48","date_gmt":"2025-11-19T16:37:48","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/19\/festkon-20-unimap-rapatkan-universiti-dan-warga-perlis\/"},"modified":"2025-11-19T16:37:48","modified_gmt":"2025-11-19T16:37:48","slug":"festkon-20-unimap-rapatkan-universiti-dan-warga-perlis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/19\/festkon-20-unimap-rapatkan-universiti-dan-warga-perlis\/","title":{"rendered":"FESTKON 20 UniMAP rapatkan universiti dan warga Perlis"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">ARAU \u2013 Festival Konvokesyen Ke-20 (FESTKON 20) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membuka tirai hari ini penuh warna-warni di Dataran Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra di sini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Penganjuran selama lapan hari hingga 26 November itu menjadikan festival itu bukan sahaja medan meraikan graduan, malah wadah besar menyatukan UniMAP de\u00adngan rakyat negeri ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, FESTKON 20 simbol keserakanan dan kebersamaan antara UniMAP dan masyarakat Perlis.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Katanya, UniMAP sejak awal dibangunkan sebagai universiti rakyat Perlis aktif menjalankan program yang memberi manfaat terus kepada komuniti.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cUniMAP sentiasa bersama masyarakat melalui penganjuran program berimpak seperti Siswa Universiti Komuniti Madani (SUKA), Program Bakti Madani, inisiatif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bersama sekolah-sekolah, program kebajikan pelajar B40 serta<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">pelbagai aktiviti pendidikan, kesukarelawanan dan kebajikan dilaksanakan sepanjang tahun.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cUniMAP ialah universiti milik rakyat Perlis. Apa jua program yang dijalankan sama ada berbentuk kebajikan, pendidikan, kesukarelawanan atau pemba\u00adngunan pelajar semuanya dilakukan dengan semangat kebersamaan bersama rakyat negeri ini. Kami sentiasa memastikan UniMAP bergerak seiring dengan komuniti,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Ujarnya, kejayaan program berteraskan komuniti tidak dapat dicapai tanpa keserakanan dan kerjasama erat dengan jabatan kerajaan, agensi negeri dan rakan strategik tempatan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKekuatan UniMAP hasil kerjasama utuh de\u00adngan jabatan-jabatan di peringkat ne\u00adgeri dan daerah. Semangat keserakanan ini memastikan setiap program kami memberi impak besar kepada masyarakat.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cPelaksanaan program universiti termasuk FESTKON 20 selari dengan tujuh teras kemenjadian mahasiswa UniMAP yang menekankan pembangunan holistik melalui kampus kondusif, kebajikan terjamin, pemerkasaan mahasiswa, pembinaan bakat, keusahawanan, penglibatan masyarakat serta penyertaan \u00adaktif alumni,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Kata Zaliman, FESTKON 20 menjadi manifestasi nyata bagaimana semua teras ini dilaksanakan secara langsung. Le\u00adbih istimewa pe\u00adnganjuran festival ini digerakkan sepenuhnya oleh mahasiswa \u00adUniMAP daripada pelbagai fakulti.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya amat bangga FESTKON 20 ini diurus, dirancang dan digerakkan oleh pelajar sendiri. Mereka mempamerkan profesionalisme, kepimpinan dan kreativiti luar biasa.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Pengarah FESTKON 20, Nabila Ahmad Radzi berkata, persiapan festival itu dilaksanakan secara teliti sejak dua bulan lalu dengan pengli\u00adbatan pelajar serta kerjasama pelbagai unit dan agensi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cTahun ini lebih meriah de\u00adngan sokongan jabatan kerajaan, komuniti kampus dan rakan strategik UniMAP,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/19\/festkon-20-unimap-rapatkan-universiti-dan-warga-perlis\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/19\/festkon-20-unimap-rapatkan-universiti-dan-warga-perlis\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ARAU \u2013 Festival Konvokesyen Ke-20 (FESTKON 20) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membuka tirai hari ini penuh warna-warni di Dataran Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra di sini. Penganjuran selama lapan hari hingga 26 November itu menjadikan festival itu bukan sahaja medan meraikan graduan, malah wadah besar menyatukan UniMAP de\u00adngan rakyat negeri ini. Naib Canselor UniMAP, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":23581,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-23582","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23582","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23582"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23582\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23581"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23582"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23582"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23582"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}