{"id":23594,"date":"2025-11-19T16:44:24","date_gmt":"2025-11-19T16:44:24","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/19\/saya-lemah-tidak-lagi-mampu-bekerja\/"},"modified":"2025-11-19T16:44:24","modified_gmt":"2025-11-19T16:44:24","slug":"saya-lemah-tidak-lagi-mampu-bekerja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/19\/saya-lemah-tidak-lagi-mampu-bekerja\/","title":{"rendered":"\u2018Saya lemah, tidak lagi mampu bekerja\u2019"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PONTIAN \u2013 Hidup seorang pemandu van bertukar sekelip mata apabila tubuh yang dahulunya kuat mencari rezeki kini semakin lemah susulan penyakit kanser Synovial Sarcoma yang dialaminya sejak tiga tahun lalu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Mohamed Hafiz Mohamed Tahar, 49, mengakui kehidupannya juga semakin tidak terurus selepas kanser tisu lembut yang jarang berlaku itu menyebab ketumbuhan sebesar bola tenis pada tangan kanannya sebelum merebak ke bahagian paru-paru.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Bapa empat anak itu berkata, pada awalnya dia menyangka masalah bengkak itu hanya\u00adlah perkara biasa, namun telah merebak sehingga dia tidak lagi mampu untuk bekerja bagi menyara keluarga.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKetumbuhan itu bukan saja melemahkan tangan, malah membawa ke paru-paru. Berat badan pun jatuh mendadak, saya bukan lagi seperti dulu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cDahulu saya ketua keluarga yang mencari nafkah untuk menyuap mulut anak dan isteri. Apabila diuji sebegini, saya tidak lagi mampu berdiri untuk menyara mereka,\u201d katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Home Visit Laksamana Johor Cancer Foundation (TLJCF) di rumahnya di Kampung Api-Api, di sini kelmarin.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TLJCF, Mohd Ikmal Izam Zaini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut Mohamed Hafiz, ekoran penyakit itu, dia kehila\u00adngan sumber pendapatan sekitar RM3,500 sebulan kerana tidak lagi mampu bekerja.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMujur majikan mencarum dengan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Atas caruman selama 30 tahun itu, saya dapat Faedah Hilang Upaya Kekal sebanyak RM1,500 sebulan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSikit sebanyak bantuan itu meringan\u00adkan beban kami walaupun tidak seperti pendapatan asal,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Katanya, Perkeso turut membantu persekolahan tiga anaknya dengan bantuan RM900 sebulan, namun jauh di sudut hati dia tetap berasa terkilan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Mohamed Hafiz mempunyai empat anak berusia antara dua hingga 12 tahun, tiga daripada\u00ad mereka belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api termasuk prasekolah.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sementara itu, isterinya, Jamaliah Ab. Rahman, 41, berkata, dia terpaksa berhenti bekerja demi menjaga suami serta me\u00adnguruskan anak-anak yang masih kecil.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cDulu saya kerja di kilang Shimano di Pekan Nanas, tapi saya terpaksa berhenti sebab anak makin membesar, sekarang suami pula sakit, jadi saya kena kuat,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamed Hafiz (013-765 1443) atau Jamaliah (010-852 8231) atau menyalurkan sumbangan ke Maybank 101151101735.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/19\/saya-lemah-tidak-lagi-mampu-bekerja\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/19\/saya-lemah-tidak-lagi-mampu-bekerja\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PONTIAN \u2013 Hidup seorang pemandu van bertukar sekelip mata apabila tubuh yang dahulunya kuat mencari rezeki kini semakin lemah susulan penyakit kanser Synovial Sarcoma yang dialaminya sejak tiga tahun lalu. Mohamed Hafiz Mohamed Tahar, 49, mengakui kehidupannya juga semakin tidak terurus selepas kanser tisu lembut yang jarang berlaku itu menyebab ketumbuhan sebesar bola tenis pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":23593,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-23594","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23594","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23594"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23594\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23593"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23594"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23594"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23594"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}