{"id":23602,"date":"2025-11-19T16:45:08","date_gmt":"2025-11-19T16:45:08","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/19\/maafkan-kami-rakyat-malaysia-kami-juga-tersepit\/"},"modified":"2025-11-19T16:45:08","modified_gmt":"2025-11-19T16:45:08","slug":"maafkan-kami-rakyat-malaysia-kami-juga-tersepit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/19\/maafkan-kami-rakyat-malaysia-kami-juga-tersepit\/","title":{"rendered":"\u2018Maafkan kami rakyat Malaysia, kami juga tersepit\u2019"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PETALING JAYA \u2013 Tular di media sosial satu hantaran video memaparkan seorang petugas ambulans memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas mendakwa mereka \u2018tersepit\u2019 dengan sistem baharu panggilan kecemasan, Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS 999).<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Perkara tersebut diluahkan menerusi satu hantaran dimuat naik seorang penolong pegawai perubatan di akaun TikTok @Dressamodern.u5.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dia mendakwa, banyak kesusahan berlaku apabila beralih ke sistem baharu sehingga pesakit terpaksa menunggu ambulans terlalu lama.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSejak berubah ke sistem NG999 semua serba tak kena. Bila sampai rumah pesakit rupanya dah tiga jam lebih pesakit menunggu ambulans tiba. Rasa bersalah dan sedih lihat keadaan pesakit.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMaafkan kami rakyat Malaysia. Jika kami lewat respons bila kalian memerlukan perkhidmatan ambulans. Kami juga tersepit diantara sistem baru yang diperkenalkan,\u201d tulisnya sambil menyertakan tanda pagar #NG999 #ambulansberdua #kkm #burnout.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">NG999 atau Next Generation 999 merupakan sistem panggilan kecemasan baharu yang diperkenalkan kerajaan bagi menggantikan platform lama MERS999.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Ia berasaskan teknologi rangkaian generasi baharu yang membolehkan maklumat lokasi dan data tambahan seperti teks, gambar atau video dihantar bersama panggilan kecemasan, selain menyelaras respons pelbagai agensi termasuk polis, bomba dan Kementerian Kesihatan (KKM).<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sementara itu tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati seorang pengguna TikTok menggunakan nama @Are-Ngah\u201393 mendakwa berdepan insiden tragik apabila menelefon talian 999 berkali-kali.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cAku dah kena semalam. Kesian \u2018aunty\u2019 India tu. Sampai meninggal ibunya dekat rumah. Berpuluh kali telefon 999 tak angkat. Akhirnya dia telefon ambulans swasta. Kami sampai ibunya dah meninggal,\u201d komennya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Selain itu, seorang lagi lelaki yang menggunakan nama Miki mendakwa kakitangan di bawah KKM sendiri turut bergelut dengan NG999.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Katanya, masalah muncul khususnya di kawasan Sabah dan Sarawak yang berdepan masalah liputan rangkaian untuk mengakses sistem, selain dakwaan berlaku kesilapan lokasi panggilan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cJangan kan rakyat, yang kerja bawah KKM pun pening guna NG999 ni, terutama kawasan Sabah Sarawak, guna aplikasi kena ada talian, tapi kebanyakan kawasan tiada talian untuk akses sistem.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKadangkala tersalah lokasi, pesakit telefon dari Sabah tapi \u2018call card\u2019 sampai Sarawak suruh respon kes. Sepatutnya kena ada pendedahan awal sebelum buat,\u201d komen lelaki tersebut. \u2013 KOSMO! ONLINE<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/19\/maafkan-kami-rakyat-malaysia-kami-juga-tersepit\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/19\/maafkan-kami-rakyat-malaysia-kami-juga-tersepit\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA \u2013 Tular di media sosial satu hantaran video memaparkan seorang petugas ambulans memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas mendakwa mereka \u2018tersepit\u2019 dengan sistem baharu panggilan kecemasan, Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS 999). Perkara tersebut diluahkan menerusi satu hantaran dimuat naik seorang penolong pegawai perubatan di akaun TikTok @Dressamodern.u5. Dia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":23601,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-23602","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23602","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23602"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23602\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23601"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23602"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23602"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23602"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}