{"id":23780,"date":"2025-11-21T05:06:00","date_gmt":"2025-11-21T05:06:00","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/21\/tak-mampu-tanggung-dugaan-ini\/"},"modified":"2025-11-21T05:06:00","modified_gmt":"2025-11-21T05:06:00","slug":"tak-mampu-tanggung-dugaan-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/21\/tak-mampu-tanggung-dugaan-ini\/","title":{"rendered":"\u2018Tak mampu tanggung dugaan ini\u2019"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PETALING JAYA \u2013 Kehilangan anak tersayang seminggu sebelum majlis konvokesyen akibat kemalangan membuatkan hati seorang lelaki luluh hingga dia menangis seperti budak kecil pada hari dia dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa mangsa.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Lebih menyedihkan apabila Wan Adlin Nadhilah Wan Nasrul Hakim, 22, pergi menghadap Ilahi seminggu sebelum dia menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Isnin depan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Bapanya, Wan Nasrul Hakim dalam satu hantaran di Facebook menceritakan kronologi kejadian dengan penuh perasaan sehingga meruntun hati netizen.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cIni gambar kami dalam perjalanan pulang ke Mentakab, Pahang selepas mengambil jubah konvokesyen di UKM Khamis lalu (13 November). Ketika itu dia tidak tidur walaupun kebiasaannya dia akan tidur bila aku memandu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cDia suka memandu dan waktu itu aku suruh dia memandu dari Plaza Tol Karak ke Mentakab. Seronok aku lihat dia memandu waktu itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut Wan Nasrul Hakim, keesokan harinya dia bersama isteri dan anak keempat, Yusuf pergi membersihkan rumah mereka di Balok, Kuantan tanpa Allahyarham kerana dia bersama adik dan saudara-maranya mahu mengambil gambar prakonvokesyen pada Sabtu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cTerus aku tarik tangan dan peluk isteri serta Yusuf untuk memaklumkan kejadian itu dan kami menangis lebih dua jam ke\u00adrana terkejut dan tidak mampu menampung dugaan tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Ujar Wan Nasrul Hakim, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada anak sulungnya, Aishah yang berada di utara pada pukul 7.23 malam dan segera membelikan tiket bas untuk pulang ke Temerloh.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Katanya, dalam perjalanan pulang dari Balok ke Hospital Temerloh, mereka hanya menangis dan apabila tiba di Jabatan Forensik.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMayat Alin keluar dari Jabatan Forensik pada pukul 12 tengah malam dan kami terus membawanya ke rumah bapa di Mentakab dengan menaiki van jenazah. Sebaik tiba, aku buka kain penutup dan aku lihat tiada apa-apa kecederaan pada mukanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cDoktor kata badan Alin pun tiada kesan cedera tetapi kepalanya terhentak kuat ketika kejadian yang menyebabkan kematiannya. Aku renung muka, cium dahinya dan aku menangis macam budak kecil,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut Wan Nasrul Hakim, dia tidur bersebelahan Alin sehingga Subuh bersama Yusuf. Jenazah kemudian diuruskan dan dikebumikan sebelum zuhur Ahad lalu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Katanya, rakaman papan pemuka (dashcam) melibatkan kemalangan anak-anaknya sudah diterima, namun tidak dikongsikan kerana bimbang akan mengganggu siasatan polis.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMenurut saksi, dashcam diambil dari kereta jenis Pero\u00addua Bezza yang dipandu oleh seorang wanita dari arah Mentakab. Saya mohon dan merayu untuk pemilik kenderaan supaya \u00admenghubungi saya untuk menjadi saksi,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Wan Nasrul Hakim di talian \u00ad018-384 2805 bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/20\/tak-mampu-tanggung-dugaan-ini\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/11\/20\/tak-mampu-tanggung-dugaan-ini\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA \u2013 Kehilangan anak tersayang seminggu sebelum majlis konvokesyen akibat kemalangan membuatkan hati seorang lelaki luluh hingga dia menangis seperti budak kecil pada hari dia dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa mangsa. Lebih menyedihkan apabila Wan Adlin Nadhilah Wan Nasrul Hakim, 22, pergi menghadap Ilahi seminggu sebelum dia menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":23779,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-23780","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23780","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23780"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23780\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23779"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23780"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23780"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23780"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}