{"id":24502,"date":"2025-11-23T13:07:12","date_gmt":"2025-11-23T13:07:12","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/23\/polis-benarkan-perhimpunan-sokong-indira-gandhi-asalkan-aman-2\/"},"modified":"2025-11-23T13:07:12","modified_gmt":"2025-11-23T13:07:12","slug":"polis-benarkan-perhimpunan-sokong-indira-gandhi-asalkan-aman-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/11\/23\/polis-benarkan-perhimpunan-sokong-indira-gandhi-asalkan-aman-2\/","title":{"rendered":"Polis benarkan perhimpunan sokong Indira Gandhi asalkan aman"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">KUALA LUMPUR 22 Nov \u2013 Polis tidak menghalang penyokong M. Indira Gandhi daripada berkumpul dan mengadakan bantahan di hadapan pintu masuk Bukit Aman selagi ia berlangsung secara aman serta tidak menjejaskan kelancaran lalu lintas.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, seramai 60 anggota dikerahkan untuk memantau keadaan sepanjang perhimpunan itu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKita tidak menghalang kehadiran mereka, namun mereka perlu memastikan tidak mengganggu ketenteraman awam, tidak menghalang lalu lintas dan tidak menjejaskan keselamatan,\u201d katanya dalam sidang akhbar di lokasi hari ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut Sazalee, peserta turut diberikan kelonggaran bergerak sehingga ke tengah jalan kerana tiada tindakan yang mengancam keselamatan awam.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Terdahulu, perhimpunan aman berlangsung di ibu kota bagi mendesak polis mempercepatkan usaha mengesan Prasana Diksa, yang dilarikan bekas suami Indira hampir 17 tahun lalu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Pada 2009, Muhammad Riduan atau K. Pathmanathan melarikan Prasana yang ketika itu berusia 11 bulan dan menukar agama dua lagi anak mereka \u2014 Tevin Darsiny, 12, dan Karan Dinish, 11 \u2014 kepada Islam tanpa pengetahuan Indira.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Namun pada Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama ketiga-tiga anak tersebut adalah tidak sah.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Perarakan hari ini bermula di hadapan Sogo KL, Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum bergerak ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dipimpin Indira yang tetap menuntut keadilan selepas penantian lebih 16 tahun.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sementara itu, Indira meluahkan rasa kecewa apabila melihat seolah-olah tiada tindakan sewajarnya diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKami hanya mahu tahu di mana anak saya. Kami tidak kisah bagaimana bentuk kerjasama, kami sentiasa terbuka.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cNamun apa yang berlaku amat mengecewakan. PDRM seolah-olah tidak mengambil tindakan, dan ini benar-benar menghampakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sebagai seorang ibu, katanya lagi, sukar menerima alasan bahawa Ketua Polis Negara tidak dapat meluangkan masa untuk bertemu dengannya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMustahil untuk saya terima alasan bahawa KPN tidak boleh meluangkan lima minit walau sesibuk mana pun beliau.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya sudah nyatakan saya fleksibel. Disember tidak boleh, Januari tidak boleh\u2026 jadi bila? Sekurang-kurangnya berilah satu tarikh. Mengapa begitu sukar?\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/12666\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/12666<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR 22 Nov \u2013 Polis tidak menghalang penyokong M. Indira Gandhi daripada berkumpul dan mengadakan bantahan di hadapan pintu masuk Bukit Aman selagi ia berlangsung secara aman serta tidak menjejaskan kelancaran lalu lintas. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, seramai 60 anggota dikerahkan untuk memantau keadaan sepanjang perhimpunan itu. \u201cKita [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":24501,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-24502","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24502","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24502"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24502\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24501"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24502"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24502"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24502"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}