{"id":27693,"date":"2025-12-10T19:23:18","date_gmt":"2025-12-10T19:23:18","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/12\/10\/sesiapa-dakwa-perlu-bayar-wang-perlindungan-di-pasar-borong-diminta-tampil-ke-sprm\/"},"modified":"2025-12-10T19:23:18","modified_gmt":"2025-12-10T19:23:18","slug":"sesiapa-dakwa-perlu-bayar-wang-perlindungan-di-pasar-borong-diminta-tampil-ke-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/12\/10\/sesiapa-dakwa-perlu-bayar-wang-perlindungan-di-pasar-borong-diminta-tampil-ke-sprm\/","title":{"rendered":"Sesiapa dakwa perlu bayar wang perlindungan di pasar borong diminta tampil ke SPRM"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">KUALA SELANGOR 10 Dis \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta individu atau peniaga yang mendakwa terpaksa membayar wang perlindungan kepada pihak tertentu ketika operasi penguatkuasaan di Pasar Borong Selayang baru-baru ini, supaya tampil membuat laporan rasmi bagi membolehkan siasatan dijalankan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, isu peniaga mendakwa memberi wang kepada agensi penguat kuasa bukan perkara baharu, namun tuduhan melalui media atau media sosial tanpa maklumat rasmi tidak dapat menyelesaikan masalah.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cPerkara ini timbul dalam media tetapi pada saya, isu wang perlindungan ini sudah lama. Saya berharap mereka yang membuat dakwaan tampil kepada SPRM.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKita ada undang-undang dan mereka juga dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Perkara ini telah kita hebahkan berulang kali,\u201d katanya dalam sidang media selepas program SPRM-UiTM Inspira 2025: Hari Integriti dan Kepimpinan di UiTM Cawangan Puncak Alam, hari ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Program berkenaan turut menyaksikan Azam menyampaikan syarahan Leadership Talk: Inspirasi Integriti Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang dihadiri Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin; Rektor UiTM Cawangan Selangor, Prof Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman; Dekan Fakulti Perakaunan, Prof Dr Norli Ali; serta Pemangku Timbalan Pesuruhjaya SPRM merangkap Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Mengulas lanjut, Azam menegaskan dakwaan umum tanpa bukti kukuh adalah tidak adil kepada agensi penguat kuasa yang dituduh.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKalau mereka hanya bercakap kepada media atau menularkan di media sosial, perkara ini tidak akan selesai. Menuduh agensi penguat kuasa secara umum adalah tidak adil,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau turut menekankan bahawa SPRM perlu berlaku adil kepada semua pihak, termasuk individu atau agensi yang dituduh serta mereka yang membuat dakwaan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cIsu sebenar yang kita lihat ialah ada peniaga yang berniaga tanpa mengikut proses dan undang-undang, malah ada yang menjalankan perniagaan secara haram dengan pelbagai kesalahan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSPRM tidak akan membuka kertas siasatan tanpa maklumat yang benar dan tepat daripada pengadu. Kami tidak akan terus menjalankan siasatan jika tiada maklumat kukuh. Kita perlu berlaku adil,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sebelum ini, tular di media dakwaan bahawa peniaga di Pasar Borong Selayang terpaksa membayar wang perlindungan kepada pihak tertentu ketika operasi penguatkuasaan dijalankan baru-baru ini.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/13027\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/13027<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA SELANGOR 10 Dis \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta individu atau peniaga yang mendakwa terpaksa membayar wang perlindungan kepada pihak tertentu ketika operasi penguatkuasaan di Pasar Borong Selayang baru-baru ini, supaya tampil membuat laporan rasmi bagi membolehkan siasatan dijalankan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, isu peniaga mendakwa memberi wang kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":27692,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-27693","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27693","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27693"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27693\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27692"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27693"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27693"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27693"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}