{"id":28224,"date":"2025-12-13T17:32:58","date_gmt":"2025-12-13T17:32:58","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/12\/13\/jual-emas-kereta-bmw-rawat-isteri-sakit-kanser\/"},"modified":"2025-12-13T17:32:58","modified_gmt":"2025-12-13T17:32:58","slug":"jual-emas-kereta-bmw-rawat-isteri-sakit-kanser","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2025\/12\/13\/jual-emas-kereta-bmw-rawat-isteri-sakit-kanser\/","title":{"rendered":"Jual emas, kereta BMW rawat isteri sakit kanser"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PETALING JAYA \u2013 Tiada apa yang lebih berharga buat seorang lelaki apabila isteri yang sakit kembali sihat dan mampu me\u00adnguruskan diri.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Disebabkan itu, Ahmad Hamada Ayueman, 29, sanggup berkorban dengan menjual setiap satu barang miliknya demi mengumpul belanja rawatan isterinya, Siti Nuraifat Bueraheng, 25, atau lebih mesra dipanggil Aifat yang menderita kanser sarcoma tisu lutut tahap empat sejak tahun lalu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya tidak suka berhutang. (Jadi) saya jual apa yang ada termasuk emas. Sekarang, saya sedang berusaha menjual kereta BMW e90 untuk menampung rawatan isteri tercinta,\u201d katanya kepada Kosmo!.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Ahmad Hamada berkata, penderitaan isterinya bermula dengan bengkak kecil pada bahagian lutut kanan selepas terbabit kemalangan dengan motosikal pada 2021, setahun sebelum mereka berkahwin.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cTengok macam biasa (kesan kemalangan), laporan X-ray pun tiada yang patah atau retak. Aifat kuat orangnya, dia cuma berurut. Tapi lama-kelamaan bengkak itu semakin besar dan sakit.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSelepas berkahwin, saya rasa tak sedap hati melihat keadaan\u00adnya lalu membawa isteri ke hospital swasta tapi doktor pun tak pasti punca bengkak,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurutnya, pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan isteri menghidap kanser dan sehingga kini kos rawatan telah mencecah puluhan ribu ringgit merangkumi pembedahan lutut, ujian MRI dan lampin pakai buang.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cStatus kesihatan Aifat semakin merosot dan sukar ber\u00adgerak. Saya juga terpaksa berhenti kerja di sebuah restoran kerana menguruskan isteri yang terlantar,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Katanya, sejak awal rawatan di HKL sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tahun lalu, dia telah memohon pelbagai bantuan untuk pesakit kanser termasuk Majlis Kanser Nasional.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSejak dari awal rawatan sehinggalah keadaan Aifat makin tenat hari ini, masih belum ada rezeki untuk kami. Saya faham mungkin (faktor) isteri saya orang luar (Thailand), tetapi kami mempunyai sijil nikah yang sah di negara ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cAifat juga mempunyai permit visa untuk mengikut suami selama empat tahun. Saya merayu kepada orang ramai yang dapat berkongsi sekiranya ada saluran lain untuk kami memohon bantuan. Saya tidak akan menyerah selagi Aifat masih bernafas,\u201d ujar bapa kenapa dua anak itu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Orang ramai yang ingin \u00admenyumbang boleh menyalurkannya melalui akaun Maybank milik Ahmad Hamada Ayueman bernombor 5640 9852 5536.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/12\/13\/jual-emas-kereta-bmw-rawat-isteri-sakit-kanser\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2025\/12\/13\/jual-emas-kereta-bmw-rawat-isteri-sakit-kanser\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA \u2013 Tiada apa yang lebih berharga buat seorang lelaki apabila isteri yang sakit kembali sihat dan mampu me\u00adnguruskan diri. Disebabkan itu, Ahmad Hamada Ayueman, 29, sanggup berkorban dengan menjual setiap satu barang miliknya demi mengumpul belanja rawatan isterinya, Siti Nuraifat Bueraheng, 25, atau lebih mesra dipanggil Aifat yang menderita kanser sarcoma tisu lutut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":28223,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-28224","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28224","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28224"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28224\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28223"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28224"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28224"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28224"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}