{"id":43865,"date":"2026-02-06T16:08:49","date_gmt":"2026-02-06T16:08:49","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/02\/06\/jangan-ikut-tabiat-pas-semua-dia-lakukan-halal-bila-orang-lain-buat-dianggap-haram-nga-kor-ming\/"},"modified":"2026-02-06T16:08:49","modified_gmt":"2026-02-06T16:08:49","slug":"jangan-ikut-tabiat-pas-semua-dia-lakukan-halal-bila-orang-lain-buat-dianggap-haram-nga-kor-ming","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/02\/06\/jangan-ikut-tabiat-pas-semua-dia-lakukan-halal-bila-orang-lain-buat-dianggap-haram-nga-kor-ming\/","title":{"rendered":"&#8216;Jangan ikut tabiat PAS, semua dia lakukan halal, bila orang lain buat dianggap haram\u2019 \u2013 Nga Kor Ming"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">KUALA LUMPUR 6 Feb &#8211; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyelar sikap politik PAS yang didakwanya cenderung menghalalkan tindakan sendiri, namun melabelkan perbuatan baik pihak lain sebagai salah atau haram, khususnya dalam isu berkaitan sensitiviti agama.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Teguran itu disuarakan menerusi satu hantaran video di Facebook dengan kapsyen \u201cJangan ikut tabiat PAS!\u201d, yang secara terbuka menyindir pendekatan politik parti berkenaan dalam menangani isu agama.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Kor Ming berkata, konsep Malaysia MADANI menuntut nilai hormat dan ihsan, terutama dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, serta menolak sikap memonopoli kebenaran atas nama agama atau kaum.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMADANI untuk semua. Perlu ditegaskan dalam kerangka MADANI itu ada hormat, dalam MADANI juga ada ihsan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cDi masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, amalan saling menghormati itu penting dan rakyat tidak harus dipisahkan dengan faktor warna kulit mahupun kepercayaan ugama.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cJangan ikut tabiat parti PAS, semua yang dia lakukan halal, bila orang lain lakukan perkara yang baik pun dianggap haram,\u201d tulisnya pada Khamis.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Hantaran itu dibuat susulan sesi perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini apabila beliau dipersoalkan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN\u2013Rantau Panjang) berhubung penggunaan kalimah yang sinonim dengan umat Islam.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam video berkenaan, Kor Ming menegaskan bahawa beliau menghormati Islam sebagai agama Persekutuan dan menafikan dakwaan bahawa penggunaan kalimah tertentu bertujuan mempermainkan atau merendahkan kesucian Islam.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKita sebagai anak Malaysia, kita menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan. Mana ada dipermain-mainkan perkataan seperti kurang elok,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau turut menjelaskan bahawa istilah seperti Alhamdulillah dan Insya-Allah adalah perkataan dalam bahasa Arab yang membawa maksud kesyukuran dan harapan, selain digunakan secara meluas dalam konteks sejagat.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cDalam bahasa bersyukur lah. Dalam bahasa Arab, Alhamdulillah. Jangan kita selalu cenderung kepada isu yang bercanggah dengan perpaduan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Tambah Kor Ming, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Dayak, dan kesemuanya perlu disatukan sebagai sebuah keluarga besar berteraskan prinsip saling menghormati.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Terdahulu, Siti Zailah berpandangan penggunaan kalimah berkenaan bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan bukan Islam, malah disifatkan seolah-olah mencemarkan kesucian agama Islam.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cYB dalam penggulungan banyak guna kalimah orang Islam, nak sujud syukur, Alhamdulillah, bersyukur, adakah YB beriman? Adakah percaya dengan Allah? Kami tak mahu kalimah ini dipermainkan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cIni seolah-olah sentuh 3R (isu sensitif berkaitan raja, agama dan kaum) yang kami diminta menjaga (percakapan), kami tak nak ia mengelirukan orang bukan Islam, kalau YB orang Islam, saya tak kisah,\u201d kata beliau.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14025\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14025<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR 6 Feb &#8211; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyelar sikap politik PAS yang didakwanya cenderung menghalalkan tindakan sendiri, namun melabelkan perbuatan baik pihak lain sebagai salah atau haram, khususnya dalam isu berkaitan sensitiviti agama. Teguran itu disuarakan menerusi satu hantaran video di Facebook dengan kapsyen \u201cJangan ikut tabiat PAS!\u201d, yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":43864,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-43865","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/43865","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=43865"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/43865\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/43864"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=43865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=43865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=43865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}