{"id":44511,"date":"2026-02-09T11:04:06","date_gmt":"2026-02-09T11:04:06","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/02\/09\/musim-bantuan-perayaan-masa-emas-scammer-mengganas\/"},"modified":"2026-02-09T11:04:06","modified_gmt":"2026-02-09T11:04:06","slug":"musim-bantuan-perayaan-masa-emas-scammer-mengganas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/02\/09\/musim-bantuan-perayaan-masa-emas-scammer-mengganas\/","title":{"rendered":"Musim bantuan &#038; perayaan, masa \u2018emas\u2019 scammer mengganas"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">KUALA LUMPUR 9 Feb \u2013 Orang ramai diingatkan supaya meningkatkan tahap kewaspadaan terutama menjelang musim pemberian bantuan dan sambutan perayaan kerana situasi itu sering dimanipulasi oleh sindiket penipuan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keadaan itu bertambah berisiko apabila pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri berlaku dalam jarak masa yang dekat.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut beliau, ketika ini kebanyakan keluarga akan mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi keperluan harian, persiapan perayaan, pengisian \u2018ang pau\u2019 serta pembelian barangan keperluan, sekali gus menjadikan mereka sasaran mudah scammer.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cDalam tempoh seperti ini, scammer akan berleluasa dan menganggapnya sebagai musim \u2018memancing\u2019.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSekiranya menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengandungi pautan atau hyperlink, jangan sesekali klik,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keselamatan Internet 2026 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, pada Ahad.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Fahmi turut menegaskan bahawa SMS rasmi daripada agensi kerajaan tidak akan mengandungi sebarang pautan, dan sebarang mesej sedemikian berkemungkinan besar adalah cubaan penipuan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Jelasnya, kebanyakan mesej palsu itu dihantar menggunakan kaedah \u2018fake base station\u2019, di mana scammer berada berhampiran lokasi mangsa bagi menyebarkan SMS penipuan secara rawak.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cJusteru, sentiasa berwaspada dan jangan mudah terpedaya. Jika sudah menjadi mangsa, segera hubungi National Scam Response Centre (NSRC).<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cDengan pembukaan pejabat baharu serta penambahan anggota, NSRC kini beroperasi 24 jam sehari.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cLaporan yang dibuat dalam tempoh 30 minit membolehkan pihak berkuasa menahan aliran keluar wang dan meningkatkan peluang untuk mendapatkan semula duit mangsa,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14043\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14043<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR 9 Feb \u2013 Orang ramai diingatkan supaya meningkatkan tahap kewaspadaan terutama menjelang musim pemberian bantuan dan sambutan perayaan kerana situasi itu sering dimanipulasi oleh sindiket penipuan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keadaan itu bertambah berisiko apabila pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri berlaku dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":44510,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-44511","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44511","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=44511"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44511\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/44510"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=44511"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=44511"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=44511"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}