{"id":44588,"date":"2026-02-09T11:19:08","date_gmt":"2026-02-09T11:19:08","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/02\/09\/bukan-anti-lelaki-saya-tak-nak-suami-tumpang-senang-bini\/"},"modified":"2026-02-09T11:19:08","modified_gmt":"2026-02-09T11:19:08","slug":"bukan-anti-lelaki-saya-tak-nak-suami-tumpang-senang-bini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/02\/09\/bukan-anti-lelaki-saya-tak-nak-suami-tumpang-senang-bini\/","title":{"rendered":"\u2018Bukan anti lelaki, saya tak nak suami tumpang senang bini\u2019"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">JOHOR BAHRU \u2013 Hati usahawan sensasi Madam Mariyah tidak tertutup untuk berkahwin sekali lagi namun berharap dijodohkan dengan bakal suami yang sekufu terutama dari segi kewangan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Mariyah atau nama sebenarnya, Mariyah Yaakob, 51, bagaimanapun meletakkan urusan jodoh semua kepada ketentuan Ilahi kerana baginya, Tuhan sebaik-baik Perancang.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cInsya-Allah, kalau ditakdirkan ada, itu Allah yang tentukan. Sudah tentu saya nak cari (berjodoh) lebih daripada saya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKalau tak cari yang lebih berbanding saya (sekufu), nanti dia rasa \u2018rendah\u2019 pula. Nanti ada yan cakap tumpang kesenangan bini pula.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cBiasalah kan, mulut-mulut netizen. Cuma saya nak ingatkan, suami itu adalah pinjam Tuhan,\u201d katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis pelancaran pejabat urusan Auramaria di sini semalam.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Ditebak pertanyaan dirinya anti lelaki selepas gagal dalam perkahwinan, Mariyah mempunyai jawapan tersendiri berhubung perkara terbabit.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Jelasnya, sebelum membulatkan hati untuk menyayangi orang lain adalah lebih baik meletakkan diri sendiri di kedudukan pertama.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMacam saya cakap, suami ialah pinjaman. Dalam masa saya, saya juga nak ingatkan, kita (orang wanita) kena sayang diri sendiri lebih daripada segala-galanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya bukan anti lelaki \u2014 saya nak kaum wanita kena ada duit sendiri. Untung sabut, kita dapat suami \u2018provider\u2019 tapi kita tak tahu masa depan kita.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cApa yang akan terjadi pada masa akan datang, kita semua tak tahu. Tak bermakna hati saya tertutup untuk berkahwin lagi,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sebelum ini Mariyah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mr. S, di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru pada 30 September 2025.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Perceraian setelah hampir 20 tahun berkahwin itu didakwa berpunca daripada orang ketiga.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau diceraikan melalui komen di siaran langsung TikTok pada 7 Ogos 2025.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Terbaharu, terus maju dalam bidang perniagaan, Mariyah yang dahulunya dikenali sebagai Mak Cik Kemboja terus bergerak ke hadapan dengan tujuk produk baharu selepas meledak dengan jenama, Kopi Che Lims.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Walaupun berdepan pelbagai rintangan, Mariyah tetap menzahirkan rasa syukur apabila pejabat urusannya itu tetap berjaya disiap dan dilancarkan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cBerjaya alhamdulillah dengan rasminya pejabat urusan ini dan banyak yang sudah dirancang untuk hari-hari mendatang.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSelain daripada pejabat urusan, hari ini (Ahad) kami juga melancarkan sebanyak tujuh produk baharu yang berkaitan menaikkan aura seseorang itu,\u201d katanya. \u2013 KOSMO! ONLINE<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2026\/02\/09\/bukan-anti-lelaki-saya-tak-nak-suami-tumpang-senang-bini\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2026\/02\/09\/bukan-anti-lelaki-saya-tak-nak-suami-tumpang-senang-bini\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU \u2013 Hati usahawan sensasi Madam Mariyah tidak tertutup untuk berkahwin sekali lagi namun berharap dijodohkan dengan bakal suami yang sekufu terutama dari segi kewangan. Mariyah atau nama sebenarnya, Mariyah Yaakob, 51, bagaimanapun meletakkan urusan jodoh semua kepada ketentuan Ilahi kerana baginya, Tuhan sebaik-baik Perancang. \u201cInsya-Allah, kalau ditakdirkan ada, itu Allah yang tentukan. Sudah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":44587,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-44588","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44588","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=44588"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44588\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/44587"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=44588"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=44588"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=44588"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}