{"id":45682,"date":"2026-02-12T15:38:43","date_gmt":"2026-02-12T15:38:43","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/02\/12\/saifuddin-minta-pihak-tuduh-azam-baki-kemuka-bukti\/"},"modified":"2026-02-12T15:38:43","modified_gmt":"2026-02-12T15:38:43","slug":"saifuddin-minta-pihak-tuduh-azam-baki-kemuka-bukti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/02\/12\/saifuddin-minta-pihak-tuduh-azam-baki-kemuka-bukti\/","title":{"rendered":"Saifuddin minta pihak tuduh Azam Baki kemuka bukti"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PUTRAJAYA 12 Feb \u2013 Pihak yang membuat dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, diminta mengemukakan bukti terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu selaras dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya proses undang-undang dibiarkan berjalan seperti biasa.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSeperti disebut Perdana Menteri, kita beri ruang kepada proses undang-undang. Ketika ini, tanggungjawab terletak pada pihak yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSetakat ini, saya belum dimaklumkan mengenai sebarang laporan polis yang dibuat berhubung perkara tersebut,\u201d katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), pada Khamis.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sebelum ini, media antarabangsa Bloomberg melaporkan Azam didakwa memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang tersenarai di Bursa Malaysia.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Laporan itu merujuk kepada pemfailan tahunan syarikat berkenaan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu, dengan nilai pegangan dianggarkan hampir RM800,000 berdasarkan harga penutupan dagangan Isnin lalu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam sidang media pada Rabu, Azam menegaskan beliau telah melupuskan keseluruhan pegangan saham tersebut dan kini tidak memiliki sebarang saham dalam mana-mana syarikat.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurutnya, saham Velocity itu dibeli pada awal 2025 dan dijual sepenuhnya pada Julai tahun sama tanpa memperoleh sebarang keuntungan.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14135\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14135<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA 12 Feb \u2013 Pihak yang membuat dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, diminta mengemukakan bukti terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu selaras dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya proses undang-undang dibiarkan berjalan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":45681,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-45682","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/45682","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=45682"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/45682\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/45681"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=45682"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=45682"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=45682"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}