{"id":46358,"date":"2026-02-15T14:13:30","date_gmt":"2026-02-15T14:13:30","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/02\/15\/malu-kita-kalau-tak-dapat-hapus-miskin-tegar-anwar\/"},"modified":"2026-02-15T14:13:30","modified_gmt":"2026-02-15T14:13:30","slug":"malu-kita-kalau-tak-dapat-hapus-miskin-tegar-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/02\/15\/malu-kita-kalau-tak-dapat-hapus-miskin-tegar-anwar\/","title":{"rendered":"Malu kita kalau tak dapat hapus miskin tegar \u2013 Anwar"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PONTIAN \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pegawai daerah di seluruh negara menyediakan laporan lengkap berhubung pelaksanaan projek kerajaan Pusat di kawasan masing-masing dalam tempoh sebulan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Anwar berkata, langkah itu bagi memastikan semua projek kecil dan \u2018sakit\u2019 berjalan mengikut jadual dan tidak dibiar terus tergendala.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cJika hendak ukur kemajuan dan hapus kemiskinan semua ambil masa, tetapi malu kita sebagai negara dengan pelbagai kejayaan kalau tak dapat hapus miskin tegar. Untuk itu saya salute (hormat) kepada Pegawai Daerah Pontian kerana tahun ini berjaya hapus kemiskinan tegar.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMemang orang suka pengumuman projek raksasa, tetapi rakyat akan lebih senang kalau longkang dibaiki, jalan ditampal dan surau diperbaiki.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cIni menjadi keutamaan mulai Januari 2026. Tahun ini kita akan adakan gerakan bagi memastikan projek-projek kecil dilaksanakan dengan segara. Mudah-mudahan semua daerah di Malaysia akan tumpu untuk melihat permasalahan rakyat sekecil-kecilnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Hospital Pontian di Dataran Majlis Perbandaran Pontian, di sini hari ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, perkara tersebut dipelajari daripada mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang dikenali sebagai pemimpin gemar turun padang bagi menyantuni masalah rakyat setempat.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya belajar daripada Tun Abdul Razak untuk turun ke daerah dan tengok masalah, itu yang saya lakukan sekarang kerana rakyat akan nilai kita bukan hanya melibatkan projek-projek di atas seperti transisi tenaga atau tranformasi digital.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cYa itu memang penting tetapi rakyat juga menilai kita melalui (keadaan) anak mereka di rumah dan orang miskin di kampung, itu kita kena cuba selesaikan,\u201d katanya yang mahu semua projek di daerah dilaksana sebaiknya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Mengulas berhubung pelaksanaan projek bangunan tambahan Hospital Pontian, Anwar mahu ia dilaksanakan segara dan dimasukkan sebagai salah satu projek \u2018fast-track\u2019 bawah Kementerian Kesihatan (KKM).<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya harap projek ini dapat disegerakan jadi saya mahu ia dilaksana mengikut \u2018fast-track\u2019, tender ya tetapi perlu dipercepatkan daripada biasa. Jika lambat ketua pengarah perlu jawab kepada saya,\u201d tegasnya.- KOSMO! ONLINE<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2026\/02\/15\/pm-arah-projek-kecil-sakit-di-peringkat-daerah-seluruh-negara-disegerakan\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2026\/02\/15\/pm-arah-projek-kecil-sakit-di-peringkat-daerah-seluruh-negara-disegerakan\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PONTIAN \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pegawai daerah di seluruh negara menyediakan laporan lengkap berhubung pelaksanaan projek kerajaan Pusat di kawasan masing-masing dalam tempoh sebulan. Anwar berkata, langkah itu bagi memastikan semua projek kecil dan \u2018sakit\u2019 berjalan mengikut jadual dan tidak dibiar terus tergendala. \u201cJika hendak ukur kemajuan dan hapus kemiskinan semua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":46357,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-46358","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46358","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=46358"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46358\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/46357"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=46358"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=46358"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=46358"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}