{"id":48596,"date":"2026-03-02T18:11:48","date_gmt":"2026-03-02T18:11:48","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/02\/buat-kaki-kiriku-kita-bersama-setakat-ini-saja-2\/"},"modified":"2026-03-02T18:11:48","modified_gmt":"2026-03-02T18:11:48","slug":"buat-kaki-kiriku-kita-bersama-setakat-ini-saja-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/02\/buat-kaki-kiriku-kita-bersama-setakat-ini-saja-2\/","title":{"rendered":"\u2018Buat kaki kiriku, kita bersama setakat ini saja\u2019"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PETALING JAYA \u2013 \u201cTerima kasih ya Allah atas pinjamanMu, jumpa lagi di syurga.\u201d<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Demikian luahan sebak seorang lelaki selepas terpaksa menjalani pembedahan amputasi kaki kirinya sehingga ke paras paha pada 25 Februari lalu akibat komplikasi kesihatan yang dialaminya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menerusi satu perkongsian di media sosial, pengguna Instagram, Achong Tan memaklumkan, sebelum ini kaki kirinya dipasang besi titanium aloi dari bahagian paha sehingga hampir ke buku lali susulan ketumbuhan tumor yang dihidapinya kira-kira dua tahun setengah lalu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cUntuk sesiapa yang tidak tahu, kaki saya memang ada besi, titanium aloi dari kawasan paha hampir ke buku lali disebabkan tumor. Besi ini dah ada dalam dua tahun setengah. Besi kekal.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cPunca kenapa saya ambil pendekatan untuk potong disebabkan sebelum ini saya pernah kena jangkitan dan cuci. Selepas itu memang okey, tapi lama-kelamaan kaki saya sangat sakit dan tidak selesa sehingga tidak boleh berjalan, berat nak angkat kaki dan terpaksa menggunakan bantuan dua tongkat untuk beberapa bulan,\u201d kongsinya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurutnya, keputusan untuk menjalani amputasi bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia terpaksa dibuat demi mengelakkan kesakitan berpanjangan serta risiko jangkitan berulang.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam perkongsian sama, lelaki itu turut menitipkan doa dan rasa syukur atas nikmat anggota badan yang pernah dipinjamkan kepadanya sepanjang hayat.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cYa Allah, sesungguhnya nikmat kaki ini hanyalah pinjaman daripadaMu. Aku bersyukur atas setiap langkah yang Engkau izinkan, setiap kekuatan yang Engkau kurniakan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cBantulah aku agar sentiasa sabar, reda dan menggunakan nikmat ini untuk kebaikan dan ibadah kepadaMu,\u201d tulisnya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Malah, luahannya kepada kaki kirinya turut menyentuh hati ramai.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cBuat kaki kiri ku, terima kasih atas jasa mu sepanjang hidup. Maafkan aku kerana tidak menjaga mu sebaik semampu aku. Jodoh kita bersama takat di sini sahaja. Jumpa lagi kita di syurga ya,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya mendoakan agar lelaki berkenaan terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan selepas ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSentiasa semangat bang bersama isteri dan keluarga tersayang,\u201d kata @fzlnntsya_.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cHai Achong, semua yang berlaku ada hikmahnya. Saya harap perkongsian ini boleh memotivasikan dan beri inspirasi kepada sesiapa di luar sana,\u201d kata Raihan Izwan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSemoga terus kuat sahabatku,\u201d komen Syakirmahdzir94. \u2013 KOSMO! ONLINE<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">A post shared by \ud835\udc00\ud835\udc1c\ud835\udc21\ud835\udc28\ud835\udc27\ud835\udc20 \ud835\udc13\ud835\udc1a\ud835\udc27 (@meachongtan)<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2026\/03\/01\/video-terima-kasih-ya-allah-atas-pinjamanmu-jumpa-lagi-di-syurga\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2026\/03\/01\/video-terima-kasih-ya-allah-atas-pinjamanmu-jumpa-lagi-di-syurga\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA \u2013 \u201cTerima kasih ya Allah atas pinjamanMu, jumpa lagi di syurga.\u201d Demikian luahan sebak seorang lelaki selepas terpaksa menjalani pembedahan amputasi kaki kirinya sehingga ke paras paha pada 25 Februari lalu akibat komplikasi kesihatan yang dialaminya. Menerusi satu perkongsian di media sosial, pengguna Instagram, Achong Tan memaklumkan, sebelum ini kaki kirinya dipasang besi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":48595,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-48596","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48596","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48596"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48596\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/48595"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}