{"id":48608,"date":"2026-03-02T18:13:21","date_gmt":"2026-03-02T18:13:21","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/02\/mana-ada-tiada-kena-mengena-dengan-dia-pun-erma-fatima\/"},"modified":"2026-03-02T18:13:21","modified_gmt":"2026-03-02T18:13:21","slug":"mana-ada-tiada-kena-mengena-dengan-dia-pun-erma-fatima","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/02\/mana-ada-tiada-kena-mengena-dengan-dia-pun-erma-fatima\/","title":{"rendered":"Mana ada! Tiada kena-mengena dengan dia pun \u2013 Erma Fatima"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PETALING JAYA \u2013 \u201cMana ada! Tiada kena-mengena dengan dia (Da\u2019i Syed) pun.\u201d<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Demikian kata penerbit dan pengarah, Erma Fatima sekali gus menafikan dakwaan sebilangan netizen yang mengatakan kononnya kisah drama terbaharu arahannya, Jangan Panggil Aku Gus adalah tentang pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful atau Da\u2019i Syed.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cApa yang berlaku kepada dia (Da\u2019i Syed) pun, saya sendiri tak tahu kebenarannya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cJadi, saya tak reti nak buat benda-benda yang saya tak tahu. Saya pun tak nak menyentuh isu orang yang kita tak tahu kebenaran yang sebenar-benarnya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cItulah maksud saya. Saya tidak menidakkan ataupun mengiyakan,\u201d katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Terdahulu, seorang netizen menyatakan karya terbaharunya itu diinspirasikan daripada kisah Da\u2019i Syed yang kini berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Ditanya tentang bila tercetus idea untuk menghasilkan drama terbabit, kata Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia edisi ke-9 dan ke-11 itu berkata, penggambaran berjalan lancar sekitar bulan lepas (Februari).<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cAlhamdulillah, drama ini gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. Saya berharap selepas ini akan lebih banyak lagi drama atau filem yang menggabungkan artis Malaysia-Indonesia.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMacam satu ketika dahulu filem Gadis Hitam Putih. Lama tak buat usahasama seperti ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Mengulas tentang keterbukaan dirinya untuk kembali ke kerusi pengarah selepas berehat selama 10 tahun, Erma memaklumkan, semuanya berlaku secara kebetulan selepas dua pengarah terpaksa \u2018melepaskan\u2019 projek ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cMasa saya minta Pali Yahya arahkan projek ini, dia tak habis shooting projek lain lagi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cPengarah kedua, Raja Mukhriz waktu saya minta arahkan mak dia di hospital sedang nazak. Itu dua orang calon saya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cBila dua-dua tak boleh, saya terpaksa turun dan lagipun, saya nak mengarah filem tak lama lagi (selepas raya). Jadi, ini macam pemanas badan buat saya,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Selepas hampir 10 tahun tidak turun ke set sebagai pengarah sepenuhnya, Erma kembali ke lapangan dengan mengarahkan sendiri Jangan Panggil Aku Gus \u2014 sebuah karya yang<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">disifatkan antara yang paling berani dalam perjalanan seninya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Jangan Panggil Aku Gus turut menampilkan gabungan pelakon popular dari Malaysia dan Indonesia termasuklah Bara Valentino, Lukman Sardi, Elina Joerg, Bima Samudera, Anna Jobling, Puteri Sarah, Umie Aida dan Vanida Imran.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Projek rentas negara ini bakal disiarkan secara rasmi di aplikasi Karya Reels bermula 5 Mac ini. \u2013 KOSMO! ONLINE<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2026\/03\/02\/mana-ada-tiada-kena-mengena-dengan-dia-pun-erma-fatima\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2026\/03\/02\/mana-ada-tiada-kena-mengena-dengan-dia-pun-erma-fatima\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA \u2013 \u201cMana ada! Tiada kena-mengena dengan dia (Da\u2019i Syed) pun.\u201d Demikian kata penerbit dan pengarah, Erma Fatima sekali gus menafikan dakwaan sebilangan netizen yang mengatakan kononnya kisah drama terbaharu arahannya, Jangan Panggil Aku Gus adalah tentang pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful atau Da\u2019i Syed. \u201cApa yang berlaku kepada dia (Da\u2019i [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":48607,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-48608","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48608","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48608"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48608\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/48607"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48608"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48608"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48608"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}